inilah masanya untuk aku bayar hutang yang tertunggak!!

Assalamualaikum dan Hello Readers! :)

Inilah masanya untuk membayar segala hutang piutang yang tertunggak dek kerana aku agak busy minggu ni. study test macam study untuk final exam. tapi tetap tak tahu nak buat jugak! :D

baik lah! hutang aku yang pertama datangnya dari Cik Mizzura .

|| FIVE things about me when I am online ||



Tatkala aku bukak jer laptop dan mendapat jaringan internet, aku akan memeriksa inbox emel di Yahoo. certain orang malas nak cek-cek emel nih. tapi aku ni rajin la jugak. tapiiiiii... takdelah kemaruk sampai setiap saat nak cek inbox! haha.. :D



Laman web yang ke dua aku akan bukak adalah Gmail. sebab semua emel yang datang dari blog akan masuk kat Gmail aku. aku separatekan emel aku kepada dua supaya aku takdelah serabut sangat dengan inbox yang melimpah ruah. :D adoii, kau tak pening ke Ezma??emel sampai dua?? eh, takdelah. so far aku hidup lagi. panadol ade. makan je la kalau pening. :))))))))




Benda yang seterusnya aku akan bukak adalah laman web facebook! percaya atau tidak, kebanyakan pasangan selalu akan bergaduh sebab menatang nih. aku pon kadang-kadang tak terkecuali. ape pasal entah. dulu masa main friendster takde pulak nak gaduh-gaduh. haha.. :D tapi salunye aku la yang carik pasal..huhu.. :P facebook ni la tempat aku bertemu semula dengan kawan-kawan yang lama terpisah dan mengekalkan persahabatan supaya makin terjalin! pergghh!! ayat aku sumpah tak boleh blah! :))))))))




sambil-sambil aku online facebook, aku akan open new tab untuk tengok blog aku sendiri. kot-kot la ade orang komen, aku wajib reply. pada aku, blogger itu sombong kalau tak reply bloggers yang komen kat blog kau. tapi mungkin tak semua la kan? :) ape pon, I love my blog lah! penat aku cantikkan kau taw blog. dulu kau hitam legam. sekarang dah colorful sikit. :)))





And last but least, aku akan bukak portal Universiti Malaysia Perlis tempat aku menuntut. :) kat portal ni la aku akan dapat macam-macam maklumat yang berkaitan. segala macam jenis lecture notes and tutorial aku akan download dari portal ni. tapi bila ranking ni dah menjadi yang paling akhir, maknanya aku ni takdelah rajin mana yer. sila angguk dan buat-buat memahami aku. terima kasih. :)





hutang seterusnya datang dari Cik Laskar Pelangi dan Cik Eyka Elisha. Dua-dua suruh aku bayar hutang yang sama. adoii... bukan sikit-sikit tahu, banyak gila. adoiii..sape lah cipta soalan panjang-panjang ni? kah3!! :)))

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you.At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because i want to know more about you.




let's start now!!

1) Nama aku seperti dalam blog. no ciplak-ciplak atau nama glemer. tulen dan asli dari mak ayah aku. :)

2) Apabila aku berblogging jer, mesti nak tulis panjang-panjang cecah lantai. aku pon tak tahu la kenapa. bila suruh buat esei kat exam, kering pulak idea aku.

3) Aku pantang tengok warna baby blue. buruk macam mane pon barang tu, aku tetap akan kata cantik.

4) I love photography. tapi kawan aku kata aku ni bukan suke photography pon. aku lebih suka berada dalam gambar. hik3. :)))))

5) Now, I am persuing Degree in Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. only 3 semesters left! yeay!! pastu boleh kawen!! huh! gatai !! :)))

6) walaupun aku ganas, hati aku lembut macam kapas. aku mudah betul mengalirkan air mata. dah tu, esok pagi mula lah bengkak mata tuh! :)))

7) aku manusia cepat marah, tapi cepat sejuk. hehe.. :) hots and cold babe! :)

8) kalau sape-sape tengok locker aku, dia akan tahu yang aku memiliki banyak gila shawls sampaikan aku rase aku nak buat lelong pon ada... hahaha.. :)))))

9) walaupun sekarang aku sedang menuntut dalam bidang engineering, aku punya minat takde kaitan langsung dengan engineering. :P

10) hasrat dan impian aku untuk berumah tangga adalah selepas habis belajar. tapi kalau jodoh aku sampai awal, takkan aku nak tolak pulak kan?? :)))))

11) aku ada impian nak hantar mak ayah aku ke Mekah. insyaALLAH. andai ada rezeki yang lebih, akan ku kotakan hasrat ini.wah! :)

12) nak tau tak, aku teringin nak carik musuh-musuh aku. bukan nak makan dorang. tapi aku nak mintak maaf dan jernihkan air yang keruh.. hehe.. :P serious! aku bukan main-main :)

13) haa..dah nombor 13 nih. aku lahir 13 haribulan dua taw! :) lagi 15 minit jer nak jadi Valentine. hik3.. :D tapi, aku tak celebrate pon. :P

14) di saat ini aku sedang gila nak pikir ape lagi patut aku sumbat kat nombor seterusnya..

15) aku tak suke orang yang excited melampau terhadap sesuatu benda yang kau tak patot nak excited sebab aku pon adooooo...!!

16) walaupun aku perempuan, aku tak malu atau segan untuk cakap perempuan itu cantik.

17) apabila aku dah gelak, sumpah aku tak mampu nak cover lagi dah!

18) aku adalah aku. menjadi orang lain bukan cara aku.

19) ayat-ayat aku semakin pendek kerana aku penat menjerit untuk sokong Kelantan tadi. hahahahaha!! :D

20) kerja gila yang aku pernah buat adalah pusing berpuluh kali round about di Kangar sebab aku tak dapat buat keputusan untuk mencari kedai makan. :))))

21) sejak akhir-akhir ni, aku dah jadi gila bola sikit. sejak bila entah! :P

22) tatkala di nombor ini, aku sedang menguap selebar mungkin kerna mengantuk tahap gaban! :P

23) aku gile perfumes. aku tak peduli murah atau mahal. janji wangi dan tak menusuk hidung! :))

24) antara KFC and McDonalds, aku prefer McDonalds! :)

25) yes!! last words! I dunno dah nih..please, bagi aku tidur. mata dah berat. nunite! :) zZZzzZZzz!!


kalau you all bace ni, sila buat. penat kot nak pikir ayat! tapi kalo you followers I, sila buat! haha.. :D tak..tak!! aku tak paksa pon. :)



ada siapa-siapa lagi yang sama dengan aku tak??

Assalamualaikum and Hello readers! :)

Actually, aku dah tak tahu nak tulis topik apa lagi dah. tapi tiba-tiba teringat entry yang aku postponed suatu ketika dulu aku nak sangat tulis entry tentang ni! tentang apa?? it's all about my handphones!! pada aku handphone sekarang da makin canggih-manggih! and kalau ada handphone tapi duit kat dalam takdak tak usah nak berlagak! haha.. :D


ini lah dia handphone Nokia 3210 aku masa mula-mula aku dapat dari ayah. aku dapat handphone yang beratnya tak boleh blahhh ni masa aku Form 1 lagi. haaa... korang kiralah sendiri tahun bila pulak tu. kecik-kecik lagi dah dapat handphone ni sebab senang ayah nak amik dan hantar aku pergi sekolah masa tu. maklumlah.. sekolah aku jauh gila pulak tu.. masa tu aku boleh dikatakan agak penakot takot-takot nak naik bas sekolah. paling aku ingat, ayah aku kreditkan RM200 setiap minggu untuk aku call dia kalau-kalau ada emergency. tapi masa tu mana ada kawan-kawan aku pakai handphone lagi. boyfriend nak main message pon takde taw! sumpah tak tipu ni. so, duit dalam tu kadang-kadang burn cenggitu jerk! :(


naik je Form 4, aku pindah sekolah. dapat 8A untuk PMR la konon. ayah bagi lagi satu handphone kecik ni Nokia 6510. aku dapat pulak offer masuk SBP atau nama panjangnya Sekolah Berasmara Berasrama Penuh yang tak dibenarkan bawak handphone.adoiii... kalau aku rindu dengan mak ayah aku camne?? alaaaa... Form 4 jer aku tak bawak handphone tu. naik je Form 5 aku dah naik tocang! haha.. :D nak tau tak, aku ni mengamalkan konsep, PANDAI-MAKAN-PANDAI-SIMPAN taw. aku tak macam orang lain yang sorok handphone dorang dalam tilam lah, tin biskut lah, baju-baju lah dan sebagainya. :P tapi aku guna idea kawan aku untuk simpan dalam air kotak! haha.. :D aku tak tahu la kalau taktik ni dah ramai orang guna ke tak. aku keluarkan air dalam kotak tu tanpa menjejaskan bentuk kotak dan straw. dah basuh bersih-bersih, aku letak handphone dalam tu then aku masukkan balik kotak minuman tu dalam plastik dia. kah3!! :)))) ini sumpah kantoi gila. ahh!! lantak lah! :P


handphone ni adalah Nokia 3220. ayah aku bagi masa aku amik SPM. time tu dah boleh bawak handphone pergi sekolah sebab SPM kan... aku suka gila handphone ni sebab ada lampu blink-blink bila ada orang call and message. aku yang jakun ni excited la kalau orang call ke hape ke. sebab lampu punya pasal. tapi sayangnya handphone ni takde bluetooth. so, lagu-lagu dalam tu pon cumalah hasil record adik aku. serious macam sengal. masa tu aku pakai ringtone Rossa-Pudar. haaaa... lagu tu je la sampai abis riwayat handphone tu aku pakai. kah3!! :D



lepas abis SPM, aku buat part-time sebagai cashier kat Tesco Ampang. kan kat area-area dalam Tesco tu ada banyak orang jual handphone. before masuk kerja je mesti aku dok ushar handphone-handphone kat situ. masa tu entah apa kemaruk sangat aku nak pakai handphone lipat-lipat entah! balik kerja, aku menyendeng-nyendeng kat ayah. "ayaaaaaaaahhhhhh... kakak teringin la nak pakai handphone lipat-lipat. model apa yang cantik eh ayah?".. ceyh!! buat-buat tanya pulak. menyampah!! padehal memang aku nak suh ayah aku belikan pon. hahaha.. :D dua-tiga hari lepas tu aku dapat! ayah aku siap bagi handphone tu kat kaunter cashier tempat aku kerja lagi. macam nak menitik air mata aku taw. satu, sebab aku terharu dapat handphone idaman aku time tuh. kedua, adoiii... aku tengah kerja ni. mana boleh bawak masuk handphone. nanti kene tangkap pulak. :((( so, itulah dia Nokia 6131 aku.




lama jugak la aku guna handphone lipat tu. dari zaman matrikulasi sampai ke zaman universiti semester ke-2. semester ke-2 universiti aku teringin pulak nak pakai handphone slide-slide. ahh, gedik betol kau nih! semuanya nak! haha.. :D Nokia N81 ni aku dah aim lama gila. nak pulak time tu handphone ni boleh guna Wi-Fi la. so, mana tak kemaruknya aku nak pakai handphone ni kan. sampailah ke hari ni aku masih pakai handphone ini saja. takda pulak aku kemaruk dah nak pakai Blackberry ke.. iPhone ke.. ape-ape je lah! mungkin belum sampai seru atau aku dah kesian kat ayah sebab asek nak belikan handphone aku jer keje. hahaha... :D




aku happy jer walaupun aku tak pakai BB or iPhone. [ape motif letak pic ni? saja nak tayang gak muka aku]


tapi aku happy jer walaupun handphone aku tak canggih mana. mungkin zaman sekarang ni, budak kecik pon dah pakai iPhone. ada aku pedulik?? taaaaddeeeponnn!!! :)))) so, ada siapa-siapa tak yang sama dengan aku?? ada tak korang punye handphone sama dgn aku?? ke korang still stick dengan handphone yang lama?? atau dapat-dapat terus Blackberry?? :P



p/s : baru aku perasan, semua handphone aku adalah NOKIA!
al-maklumlah! aku tak pandai pakai handphone brand lain.


aku pun pernah pergi jugak la! bukan kau sorang jer taw!

Assalamualaikum and Hello readers!


haha.. kat shoutbox aku semua tanya kenapa aku tak update-update blog ni. adoii... baru berapa hari beb! relax la.. ceyt!! macam fofuler sangat! tuih!! aku busy sikit minggu ni. busy dengan assignment dan test yang datang bergolek-golek macam ayam golek. tambah pulak, incikFAIZ datang melawat aku di Perlis ni. lagi la tak boleh buat kerja. haha. :D


title entry aku ni pulak konon-konon macam gempak jer! biasalah... nak mengaplikasikan konsep blogger-blogger yang selalunya post tah hapa-hapa tapi tajuk dia biarlah rahsia, eh silap! biarlah gempak! haha. :D abes aku kene banned nanti! :P haha.. taklah! cool bebeh! be hots bebeh! :P


berjaya dapat tiket saat-saat akhir untuk menyaksikan Kedah Vs Kelantan. final result dua-dua tiada jaringan. :)


actually Rabu lepas aku pergi menyaksikan perlawanan bola sepak antara KEDAH dan KELANTAN di Stadium Darul Aman Alor Star. perrgghhh!! ini adalah kali kedua aku tengok bola secara live! jakun tak?? jakun kan aku nih??!! hahaha.. :D kenapa aku macam ni?? sebab aku bukan kaki bola. tapi aku berani je nak ikot orang pergi tengok football match! dulu first time kat Stadium Shah Alam perlawanan antara SELANGOR dengan KELANTAN.


yang ini pulak pic lama sewaktu Selangor Vs Kelantan dan final result pon seri jugak. satu sama! :)


aih.. dua-dua perlawanan yang aku tengok semuanya ada negeri Cik Siti Wan Kembang nih. apa cite ni? tapi aku bukan orang sana. aku orang KOLUMPO. pelik nih!! konpius nih!! apa dah jadi?? hahahaa.... :D incikFAIZ orang sana. aku pon join la sekali berjoget bila dengar rebana ubi pihak Kelantan ni dimainkan. best jugak weh! :D terasa macam kat disko. haipp!! kau pernah pergi disko ke Ezma?? sumpah tak pernah! :D :D


hakikatnya aku cuak dan seram lagi scaaarrrryyyyyyy bila pergi tengok perlawanan bola sepak ni. semenjak dua menjak ada kes orang mati sebab tengok bola?? ish! seram bulu tengkuk aku. tapi kalau pandai jaga diri dan tatasusila tatkala menonton bola, insyaALLAH kau takkan mati tengok bola. tapi kalau ajal dah sampai nak buat macam mana kan. :D :D tapi sumpah aku terasa diri aku berani gila sebab dapat pergi tengok bola kat stadium secara live. kenapa aku bangga? sebab aku ni orangnya penakot jugak kadang-kadang. opsss!! kantoi suda....HAHAHAHA... :D malu gila. uhhh!! tiba-tiba rasa macam nak tutup muka dengan bantal sekarang jugak!! :P


arrrgghhh!!! badan terasa macam sengal-sengal ubi!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Urggghhh!! susah giler aku nak bangun dari tidur pagi tadi. badan aku sakit giler! haha.. nak tau kenapa?? semalam aku ada futsal match taw. :D wahh!! konon-konon macam hebat la sangat. takdela.. aku join untuk suka-suka sahaja. dan, hanyalah menepati konsep yang selalu aku pegang, KALAU-LELAKI-BOLEH-KENAPA-TIDAK-AKU?? haha.. :D walaupun ni game untuk lelaki, aku sebagai perempuan harus buktikan yang aku pon boleh taw, walaupun hakikatnya aku bukan lah reti sangat nak sepak bola tu. :) better try than never, ye tak? :P


ini aku. wow!! orange color. huhu :P kenapa nombor 13? ada siapa-siapa kat luar sana boleh teka? sapa teka dengan betul, aku bagi coki-coki satu. nak tak? :)


ada macam muka cuak tak aku? cuak taw. team perempuan yang Johan tu hebat-hebat woo.. badan je genit-genit. tapi lincah! :)


akak bukan korek hidung ye adik-adik. lihat tu! kitorang sepakat susun strategi. haha.. :D susun ke?? aku bantai je sepak mana-mana. :D


ini sahaja gambar aku beraksi di padang futsal. selebihnya beteri camera habis! lupe nak cas! mencik!! ish! :D aku lupa la moment gambar ni. bola tu aku sepak ke, atau bola tu aku bakal sepak? entah! :P



oke, semalam team kitorg hanyalah mendapat tempat kedua sahaja. walaupun jumlah jaringan antara Johan dan Naib Johan serta sepakan penalti kami sama, kami kalah pada balingan coins 20 sen. haha.. :D nasib tidak menyebelahi pihak kami. apakan daya. tapi tak mengapa! kami positifkan diri. pihak lawan bernasib baik. tahniah buat mereka :) kitorang tetap bawa balik hadiah berbentuk hamper dan wang tunai RM200. apa lagi!! makan besar la.


lihat saja muka aku. sooo oily. pergi dengan muka bersih-bersih. balik pulak taktau nak kata apa. haha. :D tahniah buat team futsal aku. Dari kiri barisan belakang, Beth, Kak Pinad, Yana, Kak Yani, Kak My. Dua orang kat depan tu dah tentu-tentu lah aku, Ezmaliza and Kak Neny.


hakikatnya, aku tetap gerun tengok budak-budak lelaki main futsal. sepak bola kuat gila. tak macam budak-budak perempuan. aku mengaku gila-gila lah yang perempuan ni main kalut sikit banyak. al-maklumlah.. kan aku dah cakap. sukan futsal ni biasanya lelaki yang punya. haha :D main sampai luka-luka! ish! [tiba-tiba teringat, incikFAIZ main futsal sampai luka tak?lupe nak tanye] alhamdulillah.. team kitorang main takdelah sampai injured. syukur!! :)




p/s : lelaki yang mana boleh main bola jaring,
raise up your hand? haha. :D anyone?



FACEBOOK : nak market lebih boleh gune application nih!

Assalamualaikum and hello readers!

hari ni aku tau satu lagi benda baru yang semua orang boleh market lebih la. ni bukan market yang orang dok pergi pasar beli ikan tu oke. tapi market lebih yang di maksudkan adalah saja nak menunjuk lebih tapi sebenarnya tade hape pon! haha.. :D


nasib baik abang aku mengaku.kalo tak, aku kebas BB dye!


semalam aku ternampak status abang aku kat facebook! katanya testing handphone baru. dah aku kata abang tu maknenya abang kandung la. bukan 'abang-abang' !! hahahaha... :D perrgghh!! Blackberry kot! aku semangat dok puji la ni kot-kot kalau aku kipas dia sikit boleh dapat satu lagi free ker?? hahaha.. :D sekali.... ko tengok ape dye tulis! hanyalah application Blackberry yang wujud kat facebook tu. adoiyai.... [sigh]


ade jugak aku ciom-ciom jentik-jentik facebook ni. feeennniiiffffuuuu!!! tapi ada jugak yang betul-betul pakai Blackberry.. tapi apo kan dayo... kalo den dah kato den tanak pecayo, den taknak la tuh.. so, jangan nak percaya sangat seseorang tu nampak kaya bila ade status dia tulis VIA BLACKBERRY sebab tu hanyalah application facebook! nasib kau la sape-sape yang betul-betul pakai Blackbery. hang pon kene tempiasnya sama.. hik3! :P


p/s : mende ni dah lama wujud ke??
ke aku baru tahu??
ke aku kene kencing??
haha..jap lah!
tibe-tibe rase nak terkucil! :D



kenapa GIGI rongak??


ini adalah sejenis tag! tapi tajuk aku lain sikit. sebab tag tu datangnya dari Gigi Rongak! aduii.. kenapa Gigi Rongak?? tak sampai hati aku nak panggil orang macam ni. tapi tak pe lah.. aku pon orang panggil GiGi BeSi. haha.. :D sebab apa?? Along aku cakap, ada pagar kat gigi aku. :P so, jom layan tag ni. lama dah tak buat tag! :)


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
DUIT! tanpa DUIT aku tak kemana-mana. nak beli kereta pon guna DUIT. tapi, ingat! DUIT bukan segala-galanya! :)

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri.
haaa...ada banyak satu T-shirt yang aku baru beli semalam. murah sajer. tak payah mahal-mahal. aku student yang masih di tanggung mak ayah lagi. T-shirt ni macam melambangkan diri aku sendiri. pink color!! cube teka..apa dia yang sama?? :P



3. Di manakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang?
erm.. tempat tu yang pasti area rumah aku, Taman Cempaka, Ampang KL.. tema lak, aku teringin nak kahwin ala-ala taman. alaa...boleh la tu.. rumah aku dalam taman. oke la tu kan?? :P

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ermm... no komen. next! HAHA.. aku kejam! :D

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi dia mencintai aku, selama itu lah aku akan mencintainya. hingga hujung nyawa! wahh!! :D

6. Novel/Buku/Majalah terakhir yang korang beli.
ermmm.. REMAJA yang 15 September punya. yang bulan Oktober tak beli lagi. aku ni peminat setia REMAJA ni taw. kat almari bilik aku dah penuh dah stok tahun-tahun lepas. :P

7. Apa nama penuh korang?
Ezmaliza binti Embok Zrik. [aku Bugis! bangge lak!tuih!] ;p

8. Antara mak dengan ayah, mana yang korang lebih mesra?
I can get along with both of them! but my mom lebih sikit. eh, ayah.. eh..tak! mak.. eh??? entah lah! dua-dua sama saje. tiada beza kasih sayang yang depa dok bagi kat aku. [ah, sudah! cakap utara dah aku]

9. Adakah korang basuh baju sendiri?
soklan cepumas! oke! aku jujur. aku pengguna setia mesin basuh. fullstop! :D

10. Bila tarikh lahir korang and kat mana korang sambut tahun lepas?
13 Februari and aku sambut kat Shah Alam in advance 15 minutes. huhu.. :D not bad laaa.....

11. Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang.
* nama dia Gigi Rongak.
* mungkin dulu giginya rongak sebab tu dia gelarkan dirinya rongak.
* sumpah! dia tak sombong! huhu... :P

12. LIMA orang blogger yang korang nak tag!
* Shasha Bee *
* Laskar Pelangi *
* Nobita Sensei *
* Kepa *
* Farah Amoi *

* YOU!! * [eh, buat-buat tak sedar diri lak! you! sila buat!]





|| kemaafan DENDAM terindah ||

Assalamualaikum! hye readers! hari ni hari pertama bulan Zulkaedah. tak tau nak cakap macam mana. semalam hari terakhir bulan dalam bulan Syawal merupakan hari paling gembira buat aku. kenapa?? ianya seolah-olah mendapat keberkatan terakhir dalam bulan Syawal untuk aku memohon keampunan dan kemaafan aku pada sahabat-sahabat yang sekian lama aku tak bermesra.. bercakap.. bergurau senda..


segalanya terluah malam semalam. sumpah! aku tidak akan lupa kejadian malam tadi. bercucuran air mata aku pada seorang sahabat yang selama ini aku pandang serong. aku pandang dengan penuh rasa dosa. tetapi dek akibat terlampau mendengar kata-kata hasutan orang, aku turut memandang dia sebelah mata. memang tidak patut untuk aku ceritakan siapa. biarlah kekal abadi di alam maya untuk tatapan anak dan cucu aku kelak.






malam tadi, aku bertindak untuk terus bersemuka padanya. sebab aku dah tak sanggup lagi nak menahan segala kesedihan dan kemarahan atas perbuatan sahabat aku ni. segala-galanya terjawab apabila aku mengetahui dia tidak mengenali aku dengan sebaiknya. hanya mendengar kata-kata orang. ya !! situasi ini sama seperti aku. YA ALLAH!! Kau menjadi saksi kejadian malam tadi ya ALLAH.. betapa aku bersyukur padaMu!!


aku tak mahu lagi menanggung beban dosa terhadap sahabat aku sendiri. dan disebabkan itu aku ingin berterus terang padanya. betapa mulianya hati beliau sebab sanggup memaafkan kesalahan aku. alhamdulillah....kemaafan adalah dendam yang paling indah!! malam tadi adalah malam paling membahagiakan aku. kawan-kawan aku telah bersatu kembali. yang dahulu berkelahi, telah bercakap sesama sendiri semula. yang dahulu menyimpan dendam, telah terurai segalanya. berterima kasih aku tidak terhingga pada kawan-kawanku yang lain kerana sudi memberi kekuatan padaku untuk bersemuka dan memohon kemaafan pada gadis ini.






pikah, aku mintak maaf pada kau pikah. selama ni, aku sangkakan kau yang buat macam ni pada aku. aku terlalu mendengar kata buruk orang. yang baik aku tolak jauh-jauh. pikah, aku dengan ILI memohon maaf pada kau. aku tak sangka kau begitu baik dan sudi memaafkan kami berdua. kalaulah aku kenal kau dari dulu lagi, silap-silap haribulan mesti lagi seronok. kita mempunyai minat yang sama. macam-macam!! tapi, aku silap pandang kau, sayang. maafkan aku. aku berharap hubungan baik aku dan kau kekal sampai bila-bila! pikah, aku ni jenis orang yang sayang kawan taw. kalau kau kene maki atau kene kutuk, carik aku taw. biar aku maki dia balik. hehe.. :)



hari ini aku kenal siapa kawan-kawan aku. hari ini aku makin sayang kawan-kawan aku. hari ini jugak aku makin kenal erti persahabatan. dan mulai hari ini, aku tak mahu kehilangan kawan-kawan aku. tanpa mereka, aku tidak kuat untuk terus hidup di tempat aku menimba ilmu kini. maafkan aku.......................


walaupun aku PEREMPUAN, aku suka pada kecantikannya !

Assalamualaikum! hello readers. :) aku sehat? korang sehat? alhamdulillah. hari ni, aku happy sangat-sangat. kenapa? nanti-nantilah aku cerita. sebab aku tak sabar-sabar nak taip entry tentang kecantikan seseorang perempuan yang cukup membuatkan aku kagum. satu masa dulu, 25 September lalu, aku ada post status seperti di bawah.



dah baca kan? huhu.. walaupun korang perempuan, pernah tak korang tengok perempuan yang cantik?? tak kiralah artis or kawan-kawan korang sendiri. mestilah pernah kan?? cuma antara mampu atau tak je korang nak puji sebab ego terlalu tinggi atau takot perempuan cantik tu bangga lebih pulak kan?? haha.. jom terjah satu-satu dulu kategori perempuan cantik dari kalangan selebriti kat Malaysia ni. terima kasih pada incikGOOGLE sebab bagi aku gambar yang terbaek ni. antaranyalah......

Datuk Siti Nurhaliza! yes! dia memang sangat cantik. aku tak pedulilah ada antara korang yang tak menggemari beliau. tapi aku suke! haha.. :D so, suka hati aku la kan? :P dari dia remaja sampai dah kahwin pon beliau tetap cantik. tak kisahlah walaupun badan beliau nampak makin sihat sikit sejak mendirikan rumahtangga ni. kak SITI, you memang cantik!



next, Lisa Surihani! wow! yang ni memang aku cukup suka. lakonan yang mantap! belajar pon pandai. lihat saja wajahnya di kaca televisyen. memang lelaki cair habis! confirm! hahaha. :D kak LISA, I adore you lah! :D



next is Datin Norjuma Habib Mohamad. pengacara rancangan TV3 ni sooooo cute! penuh dengan ciri-ciri kelembutan beliau. seriously, lemah lembut beliau menampakkan lagi kecantikan dan keayuan yang ada pada beliau! hebat!



last! seorang lagi selebriti pilihan aku adalah Nurul Syuhada Nurul Ain. pengacara TV jugak nih. setiap kali dia mengacarkan sesebuah rancangan tu, mata aku tak lari dari memandang lesung pipitnya yang kejap timbul kejap tenggelam. maklumlah, aku mana ada lesung pipit. puas di tenyeh hari-hari pipi takkan timbul lesung pipit ni pon. hahhahaa... :D


so, berbalik pada status FB aku tadi, macam-macam feedback yang aku dapat. ada yang bertanya siapa. tapi, aku merahsiakan identiti perempuan tersebut. takut juga kalau beliau riak. tapi rasanya beliau tak tau pon aku mengaguminya. persoalan yang bermain di benak fikiranku sekarang ni, salah ke aku mengagumi kecantikannya kerana aku seorang perempuan dan bukan seorang lelaki. salahkah??

oke-oke! ni pendapat aku la yer. korang jangan fikir bukan-bukan. ape?? ingat aku lesbian ke?? abes mane aku nak campak incikFAIZ aku tu? haha. :D macam ni.. aku kagum betul dengan keindahan wajah seorang perempuan ni. beliau pelajar universiti aku jugak. cantik sungguh!! matanya bulat. bibirnya mungil bak delima merekah. hidungnya mancung bak seludang. kulitnya bagai telur di kupas. alis kening yang tersusun rapi. bentuk wajah yang berbujur sireh. mempunyai ukuran badan persis model gitu. wah!! banyak dah ni duk puji melambung-lambung. makna kata memang cantik lah. dah tak tau nak describe macam mane lagi dah ni.

TAPI !!!! please lah.. jangan di tanya aku soalan, siapa weh?? who's that girl?? agak-agak dia single ke dah kahwin?? please! memang aku tak jawab la soalan tu. haha.. tapi indah betul ciptaan TUHAN. dan yang paling pasti, kalau perempuan tu cantik, tambah pulak budi pekerti dia pon cantik jugak.. pergghh!! makin lah aku kagum gila-gila dengan orang-orang macam ni. hmm...bilalah aku nak jadi seperti mereka. kecantikan itu satu subjektif. mungkin perempuan ini cantik di mata aku, tetapi tidak di mata korang sume. jadi, pandai-pandai kita nilaikan.






p/s: dalam Quran ada tulis, air wuduk yang berkekalan mampu
menambah kecantikan seseorang individu itu. (^___^)v






Saya macam KATAK ke??


SALAM! haha.. tiada kata mahu di ungkapkan. cume nak tepek satu gambar kat sini. lihat ini!
v
v
v
v
v
v
v
v




comel tak aku? eeii..please! tu bukan aku la nak tanya samada aku cun, comel, cantik or tak! terpulanglah pada individu untuk menilainya macam mane. :) haha. for the first time pakai spec ni rasa kelakar. sebab sebijik macam KATAK jer! hahahahahha... ONG KEDEK-KEDEK! ONG KEDEK-KEDEK!! ONG!!!!


mereka kata sekarang ni sudah menjadi trend remaja pakai spec besar-besar. then jalan kat mane-mane mall. pakai shawls and suar ketat a.k.a leggings sambil pakai spec besar ni. HAHA. aku cakap berdasarkan apa yang aku pernah nampak la... bukan nak mengata sesiapa. :)

pendapat aku la kan, zaman sekarang ni semua macam balik semula ke zaman atuk nenek. contohnye la kan, spec old school pesen macam ni.. satu lagi contoh terbaik adelah kamera yang makin besar gedabak. ape lagi, DSLR la... orang makin nak saiz yang kecik, tapi ni tak. aku lagi nak yang besar. hahaha.. :D

satu lagi, pemakaian shawls. dulu nenek aku pakai selendang jer pergi mana-mana. selempang kiri! selempang kanan! dah siap! tapi hari ni, menda alah tu dah jadi trend pulak. aku salah sorang la pengikutnya. huhu... tapi pakai spec besar tu bukan aku okeh! :P hik! hik! hik!

~ eh, bunyi apa tu?? ~

* KRAAAKKK..!!! KRAAAKKKK!!!! *

Assalamualaikum!! wah, bunyi apa tu?? haaa.. tu la bunyi jari jemari aku di patah-patahkan. serta bunyi pinggang aku di liuk lentuk untuk menconteng kat sini. wah3..!! ni betul-betul aku lupekan baby blog aku nih. berkurun lama.. ku rasakan... hahaha... :D nak abeskan lagu aku tak tau lirik. wakakka... :D

puasa dan raya semua dah lepas. kalau nak ikutkan hati, umat Islam puasa sebulan, kite kenelah raya sebulan jugak. tapi cukup ke puasa kau tu Ezma?? :P so far, mood blogging aku memang hilang. melayang entah ke negeri mana aku pon tak pasti. ke negeri Jepun agaknya. tapi aku kuatkan jugak jari jemari ni untuk taip sebutir-sebutir yang keluar dari mulut dan hati ni.

tak nak cakap banyak! mood nak berblog belum sampai. so, cucilah mata sendiri dengan gambar-gambar favourite aku ye.

||Ceritera Aidilfitri AKU dan DIA||

[takde keje kan raya-raya pergi Sunway??]


[aku kene ragging?? tiup lilin sampai padam!]


[eleh, ingat aku sorang kene ragging? dia pon kene jugak! :D ]


[dengan muka takde rasa malu, jumpe mane-mane pokok, aku snap gambar!]


[ouh, dia pon nak jugak! :D ]


[Resident Evil:Afterlife 3D version]


[ting tong!]


[chak! sayelah tu disebalik pokok!]


[tren ni besh! cubelah.. boleh sampai London!]


[Selamat Hari Raya versi 2010]


[pagi tu, kami pergi wedding kawan incikFAIZ]




buat semua kawan-kawan blog aku, harap masih belum lewat untuk aku wish Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin andai ada silap salahku sepanjang aku menulis di sini. aku hanya insan biasa yang sering melakukan kekhilafan. ampun ye. :) kita raya sebulan. sapa nak duit raye, meh datang raya kat rumah aku ni dulu. oke semua? tata :)




p/s: Ahmad Faiz Mustaqim, happy 30th months Sayang! 011010.