peperangan bakal meletus tidak lama lagi

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Ini merupakan update paling laju dan pantas dan ringkas dan tepat serta mutakhir! haha.. :D aku bakal berperang tidak lama lagi. orang lain ada yang dah abes. tapi, aku baru nak mula. :((


24 November 2010 | EUW224 | Engineering Entrepreneurship

24 November 2010 | EKT308 | Modern Control Systems

26 November 2010 | TKT419 | Electric Circuit II

30 November 2010 | EKT341 | Antenna and Propagation

4 December 2010 | EKT313 | Electric Communication


peperangan yang di maksudkan adalah Final Exam aku. GRRRR!! minggu paling tension yang aku akan lalui. so, mintak ampun dan maaf sebab aku tak dapat nak menjalankan aktiviti blogwalking aku ke blog-blog korang. but please!! please!! pleaseeeeeee!! sila tinggalkan jejak. sebab nanti senang aku nak terjah blog kamu semua. yeah!! :) pasti aku akan rindu nanti.


anyway, aku pohon maaf jika ada salah dan silap aku sepanjang aku berblogging. ku pohon doa yang ikhlas dari kawan-kawan semua semoga aku dan sahabat-sahabat lain dapat menjawab soalan peperiksaan nanti dengan jayanya. :)


kepada students Tahun 3, Bachelor of Computer and Communication Engineering, aku doakan yang terbaik buat kamu semua. insyaALLAH, kita akan dapat apa yang kita nak ya! SOCCERS rockkksss!!! yeahhhh!! :)


bye-bye semua :) I will gonna miss you all!! :)))

haisshhh!! baby sapa ni duk terbiar kat shopping mall nih??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Photobucket

Ahad lepas aku hang out dengan family kat macam-macam shopping mall. agenda?? ouh, carik baju dinner adik dengan kakak aku yang ada annual dinner la kunun-kununnyer. tiba-tiba, tengah dok aku berjalan-jalan sekitar mall, aku jumpe seorang budak kecik yang sangat comel duduk atas bangku tu. mak aihhh...comel giler! anak sape ni???



Photobucket

korang tengok!! korang tengok la tuh...!! tangan dia duk terangkat-angkat mintak di ambil dan di dukung.. adoii.. budak kecik ni, kalau aku amik jawabnye hilang la! aku culik siap-siap bawak balik rumah! pastu kurung dalam almari jangan kasik keluar..!! hahahaha.. :D olololorrrrhhh.... nak amik ke tak ni?? :)))




Photobucket

tangan dia dok tergapai-gapai lagi tuh. aduiii... kesian pulak aku tengok. aku dukung jer la eh? dah berjam-jam, mummy daddy dia tak datang pon nak ambil. aku je la ambik! haha.. :D muka da comel dah! potongan badan dah semangat dah tu. antara larat dengan tidak jer la aku nak angkut budak ni. hahhaaaha... :)))))))



Photobucket

haaaa... kan dah dapat!! mak oih... semangat giler budak ni. menggeletar segala tulang dan urat-urat lenganku. beras pon aku leh tahan lagi. minum susu apo la budak kecik ni?? hahaha.. :)))) korang tengok tangan dia!! sedapnyer ekau bergayut kat den punyo shawl subang yo?? den baru jo boli taw tu adik comey! tercabut nanti sapo nak bayor?? hahahaha... :)))))



Photobucket

alalalalalaaaaa... ekau tengok lagi ni haaa... bukan main manjo laei budak ni! kepalo dio siap landing atas bahu den. apo sodap macam bantal ko ekau ghaso?? hahahaha... :D ape lak kua bahasa negeri sembilan lak ni?? hik3!! :P aduhai.. ni yang rasa macam nak culik aje budak ni. kalau dah culik, aku takkan bagi sapa-sapa amik dah! :))




Photobucket

ermm...culik kejap la. aku nak bawak dia pergi makan. entah bape lame dia duduk kat bangku tu tadi, mesti tak makan-makan lagi. budak comel, awak nak makan apa?? cakap jer. tapi jangan mintak nak susu pulak. hahahahaha... :D haa... di saat tu mana aku nak cekau susu?? :))))




Photobucket

ushhh... jangan main-main. tak comel la kan minum guna botol susu? I pakai straw okeh! baru la aku di panggil brutal! hahaha.. :D aku bagi minum air soya oke. susu la jugak tu kan?? :)))) aku tengok macam sedap jer dia telan. hahaha... :))))) dia belasah jer makan hape-hape! semua dia sumbat kat mulut dia. bagus budak kecik nih. tak cerewet! :)))




Photobucket

haaa... dah kenyang kan muka dia?? pipi aku pon da bomb macam budak kecik tu jugak! dah macam mulut ikan da aku tengok! hahahaha... :))))) aduiii... mak, kakak nak culik budak ni boleh tak? dah comel da ni. boleh tak?? boleh la mak!!! hehe... tapi kan, aku dah tak larat nak dukung dia lama-lama. tangan aku dah lenguh. penat dia kan sama penat macam ko tulis esei 5 muka surat! hahaha.. :))))




Photobucket

ye adik comel. sebelum berpisah, meh sini kakak comel nak kiss sikit. muaaahhh!!! disebabkan adik sangat comel, kakak kiss 3 kali yer?? muaahhh!! muahhh!!! muahhhh!!!! sayang adik comel ni.. jangan nakal-nakal yer. nah! duduk balik kat bangku tadi oke. tunggu mummy adik datang. lain kali jangan duduk situ lagi. takut orang lain kebas lagi adik nanti... hahhaha... :)))))))) bye-bye adik comel.




p/s: sebelum korang telefon polis kata aku culik budak,
baik aku bagitahu siap-siap.
ini budak kecik adalah pelakon terhebat
anak buah kesayangan daku.
Siti Zulaikha, 10 months! :)))

dah agak dah! balik rumah confirm takkan study!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Aku dah agak dah! kalau aku balik KL, sudah semestinya buku takkan di buka. haha. :D pasaipa?? opss..loghat utara keluar sudah.. :PP hmm..dah balik rumah terchenta, peratusan untuk aku membuka buku sangat la tipis. tu baru bukak buku yer. apetah lagi peratusan untuk aku tatap dan study buku-buku tu lagi lah takde!


so, daripada duduk rumah, jom kita pergi jalan-jalan. hahaha.. :D pergi mana?? tengok wayang?? main bowling?? adehh... bukan!! bukan!! kali ni aku buat lain dari yang lain. join Pembukaan Rasmi Petronas dan McDonalds di Petronas MRR2. alaaaaa.... yang baru bukak tu.... tak tahu ker?? sape penah pergi?? huhuhu.... :))



Photobucket


dulu masa aku kecik-kecik, aku memang di besarkan dalam dunia family McD! happy meals!! toys!! Ronalds!! semuanya lah! ingat lagi tak watak-watak dalam family McDonalds?? macam kat bawah ni haaa.... ade Ronalds, Birdie, Grimace, Hamburgler dan yang kecik-kecik warna warni tu lupe pulak nama dia. adoiii...



Photobucket


so, aku membesar dalam dunia McDonalds. sebab apa?? haha.. kakak aku boss McD oke. sedikit sebanyak tempias dia kene sikit la kat aku dan adik aku. masa kecik-kecik asyik nak berebut mainan jer. last-last kakak aku kene bagi 2 set supaya aku dan adik tak berebut. hahaha... :D



Photobucket


encik Ronalds ni watak utama McD la. bukan patung maskot yang ade baju sendiri tu. tapi cat je muka dia dengan warna putih. letak gincu besar sekeliling bibir. senyum lebar-lebar macam aku suke senyum!! haha... aku rasa sape-sape pon boleh jadi kot. kaya kot jadi Ronalds ni. satu event jer, gaji dia cecah beribu-ribu. hahaha... :D macam best jer?? :P


Photobucket


so, last pic aku dan encik Ronalds! dia ni aku rasa sama tinggi je dengan aku. dia pendek ke atau aku yang tinggi??? hahahha... :D entah! tapi aku rindu kenangan aku kecik-kecik dulu main kat rumah Ronalds at McDonalds! :))))




p/s: so, betul tak aku cakap? bila dah balik rumah,
mesti aku tak bukak buku punyer!
hmm.. nak taknak, aku bukak la sekejap Control System ni.
sedap sikit hati aku malam ni. :)

keadaan semakin horror di Perlis! nak taknak aku harus bertindak!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

keadaan di Perlis semakin horror. erti kata lain, makin teruk dan tak terkawal. nak taknak, aku kene bertindak. dua tiga hari ni, hujan tak berhenti-henti sehinggakan Perlis mengalami banjir yang teruk. kalau korang perasan, ramai jugak blogger yang update entry pasal banjir di utara tanah air ni.



hmmm..tension aku pikirkan keadaan ni lah!! :((


aku pulak bukan nak cerita pasal banjir. tapi aku dah nekad untuk balik ke KL sebab sekarang macam-macam masalah berlaku dah ni. bekalan air putus. aku nak mandi, beyak dan terkucil semua macam mana?? paling penting!! aku nak amik air semayang camne??? dengar ura-ura pulak, bekalan elektrik pun akan putus mulai malam ni. adoiiii.... dah tu, exam dah nak dekat. kalau elektrik takde, aku nak study camna??

walaupun hakikatnya, aku ni bukan kaki study, aku pikir jugak lah keadaan aku nanti kan. haha. :D dalam kepala otak aku ni pikir macam-macam benda. tak bawak balik kereta kang, takut di tenggelami dek air banjir. balik guna kereta banyak pakai duit. adeeehhh... sabar EZMALIZA!! balik saja dan study elok-elok kat uma naaa...


jangan main hujan ya kawan-kawan. nanti demam. kesian dokter-dokter pening kepala kat spital tu.. hahaha.. :D


so, aku akan balik KL malam ni atau pagi esok. bye-bye baby blog. bye-bye bloggers!! aku kalau dah sampai rumah terchenta memang tak pandang sikit pon laptop nih. hahahahhaa... :)))) anyway, doakan pemanduan aku semoga selamat segalanya. :) amin.

Assalamulaikum..... :))


tak cantik ke perempuan berbaju kurung bila hangout??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Ini adalah entry bergambar. kenapa?? sebab aku malas nak taip panjang-panjang. haha.. :D Sabtu lepas, UniMAP ada buat satu program untuk students 3rd year yang bakal menjalani Latihan Industri. so, kitorang di wajibkan memakai baju kurung. BAJU KURUNG oke!! pelik ke?? biasalah... ada mulut-mulut yang longkang busuk masa kitorang hangout lepas abis program mengutuk dari tepi , depan belakang kata kitorang agak skema bila berbaju kurung ke shopping mall. elleh.. jeles kitorang cantik cakap jer la. haha.. :D


ini aku. eh, dah tentu la aku. berkurung biru. teruk sangat ke? siap boleh main tangkap gambar lagi masa nak beli waffers taw. sedap woo..!! :) nampak skema ke aku? tak kan??



ini aku dan bestfriend aku, Ili. :) aku gila biru. dia gila pink. oke jugak kan? teruk sangat ke? dia pon lawa jer aku tengok. apa yang skema sangat?? :)) kawan aku ni single ye. sapa-sapa nak ngorat, sile mintak izin aku. kah3!! :D



mereka pula kawan-kawan aku yang gila-gila sporting. kitorang mampu jer nak berkaraoke dengan berbaju kurung. skema ker?? tak cantik ke mereka?? lawa oke!! comel lotey taw.. dalam ni aku rasa macam aku over giler!! aku gile microphone oke. aku dulik hapa ade suara ke tak. belasah jer la!! :))



ini sekali lagi kawan aku ye. sesi tayangan gigi bermula. turun eskalator kat shopping mall tu, ade segerombolan perempuan dari arah bertentangan dok pandang-pandang kitorang. ingat aku tak dengar la tu apa dorang kata. "eeeeiiii, skemanyer!!," sambil menjuihkan mulut dan blah cenggitu jer! aik! agak kurang ajar di situ! ces!



haa.. yang ini juga blogger! dia memang suka buat mimik muka. sebab itu dia penah memenangi contest mimik muka apa entah. tapi dia memang juara la! :) cepat-cepat!! sapa dapat teka siapakah dia??? :)))) tengok jugak dia. skemakah dia?? lawa jugak aku tengok. haaa... ape lagi. sila ngorat beliau juga. :))))



last! sebagai penutup, berbaju kurung bukan penghalang segala-galanya. malah, lebih cantik dan sopan. maaaaaaallaaaahhhhhhh.... lebih cun dari mereka yang berpakaian ketat dan seksi lagi seksa kat luar sana. ooo... pandai lah korang eh. pompuan yang terdedah sana sini dok puji melambung tinggi. bila mereka yang berbaju kurung camni, kau mengata ya?? aku gunting lidah kau nanti. hahahahaha... :D



p/s : eh, tadi kata malas nak taip panjang-panjang??
arrhh,, dulik apa aku. haha.. :D