Bukan semua operator telefon macam kau kan?? Ouh, pelisss lahh!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)



Gambar paling atas saje nak menunjukkan tension kan? So, memang muka tengik dah sekarang ni. Kenape ni Ezma? Hmm... Semester 6 dah masuk 20hb December hari tu. Awal kan? Selalunye student lain akan masuk selepas New Year celebration. Aku dengan kawan-kawan masuk awal pulak. Ade jugak kot student U lain yang same macam aku.

Masuk semester baru lebih awal ni sebab semester ni sepatutnya semester untuk aku menjalani latihan industri atau praktikal la erti kata lainnya. Tapi tempoh praktikal aku disingkatkan menjadi 2 bulan saje. Nak mencari tempat tu sikit punye susah! Geram pulak rasanya. Sepanjang hari ni jer, aku dok setia menatap laptop dan handphone untuk call mana-mana company yang ada dalam list aku.

Aku yang sopan : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang mula-mula baik : Yes, may I help you? [alamak! dia speaking la pulak!]
Aku yang sopan : Erm, sorry. I am Ezmaliza, student of Communication Engineering at Universiti Malaysia Perlis. I just want to ask you that............... [aku belum abes cakap lagi, dia potong]
Operator yang tiba-tiba angin : Sorry, no more practical students at this moment. Thank you. [terus letak phone]
Aku yang sopan : Eh, excuse me miss!!!!!!!! *blurrrrrr

GRRRR!! Aku assume dia baru lepas kene maki dengan bos dia kot! Ada operator syarikat yang baik pon ada jugak. Bila dah mengganas macam ni pulak rupanya. Adeehhh!! Budi Bahasa Budaya Kita taw! Selamba badak je kau letak phone tu. Agaknye dengar je aku sebut student terus potong ayat aku and blah cenggitu jerk! Dengar lah dulu sampai habes. Manelah tahu kot-kot aku nak cakap something yang lain ke?? Bagi surprise duit bonus tahunan ko ke?? Tak pun aku nak bagi kejutan hadiah tempat pertama yang ko join contest Gores dan Menang ke?? Selambe jerk kau kan! Ishhh!!


Aku yang berbahasa : Hello, selamat tengahari. Ni Syarikat ****** Sdn Bhd kan?
Operator yang baik : Yup, betul.
Aku yang berbahasa : Ok, saya Ezmaliza. Student Communication Engineering dari Universiti Malaysia Perlis. Saya nak tanya , syarikat ni masih ambil lagi ke practical students? [BM and BI aku bercampur baur sudah!]
Operator yang baik : Untuk pengetahuan cik, syarikat kami tidak menyediakan praktikal untuk bidang penyiaran ya. Maaf ya...
Aku yang baik start blurrr : Eh, saya bukan MassComm cik. Majoriti bidang saya Electric and Electronics. [sumpah, tak tipu..aku bukan MassComm!]
Operator yang baik : Ouh, Kejuruteraan Perhubungan ya? Ok, sorry ya. I'm missunderstanding. Kalau macam tu, awak submit resume dan surat dari pihak universiti ke alamat emel kami.
Aku yang dah tak blurr : Oh, terima kasih banyak ye cik. Sekarang jugak saya submit emel tu ya.

Memandangkan aku seorang student yang mengamalkan konsep Berbudi Bahasa Budaya Kita. Makanya, aku reject syarikat yang mula-mula tadi tu! Wah, aku pulak yang reject kan?? Hahaha.. :D Ada berlambak lagi syarikat yang aku nak call taw. So, dalam proses nak buat praktikal ni memang kene banyak bersabar. Banyak faktor aku kene amik kira. Lokasi, kesesuaian bidang, kebolehpasaran dalam dunia kerjaya.... and macam-macam lagi lah. Elaun amik kira tak?? Tipu lah kalau korang tak nak amik kira elaun. Sumpah, korang tipu kan? Hehe.. Aku ada jugak nak. Tapi janganlah demand sangat wehhh... Ni baru nak buat praktikal taw. Belum kerja lagi. :))))) Sikit-sikit sudah lah.




Hmm.. Semester ni aku cuma amik 4 subjek ajer. Jadual kelas aku pon tak pack sangat. [makin rajin la aku update blog! :P ] So, kawan-kawan yang belajar kat Uni lain ada sapa-sapa yang amik subjek sama dengan aku tak? Boleh kita sharing and caring sesama kita. Wahhh, nampak cam baek lak aku! Padehal, aku lah paling pemalas. HAHAHA.. :))))


p/s: esok meneruskan usaha mencari tempat praktikal. :(

Happy Birthday, Braces!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Baru aku sedar yang braces aku dok pakai hari ni dah cecah setahun umur dia. Happy birthday, braces! hehe.. Mengikut doktor, kalau aku rajin buat checkup seminggu sekali, aku cuma pakai braces dalam 6 bulan jer. Tapi kalau dah 2 bulan sekali baru nak ngadap doktor memang hampeh la jawabnya. Mane taknya. Klinik gigi aku kat KL. Aku lak study berbulan-bulan kat Perlis. Masa cuti je la aku nak wat checkup. :P



Masalah aku ni sebenarnya tidak la rumit sangat. Cuma nak perbetulkan kedudukan dua batang gigi atas yang tak sama rata. Sikit jer. Gigi bawah aku oke ajer. No problemooo!! Dulu, setahun yang lepas, masa aku start pakai braces ni, lidah aku asyik berdarah jer. Perasan tak kat lidah kita ada reseptor-reseptor yang macam bijik-bijik tu.... haaa, yang bijik-bijik tu la selalu tersangkut kat besi-besi braces ni. Sebab aku punya lidah tak reti duduk diam masa tu. Dok kacau besi-besi barces tu. Sekali bila tersangkut........zassss!!!!! Auwwww!!! Terkesima kau! Haaa..... Time tu dunia macam berhenti seketika. *ayat aku nak hiperbola jer!



Bila dah seminggu pakai braces ni, baru aku perasan aku susah nak sebut certain-certain huruf. Lebih-lebih lagi huruf "D" dan "S". Mak oiii... Tergeliat-geliat lidah aku nak sebut perkataan yang ada huruf-huruf tu. Contohnya la kan, aku nak cakap camni, "Masa aku tengah duduk-duduk kan... ". Secara spontannya ayat tu bertukar jadi, "Masa aku tengah luluk-luluk kan....". Hadoiiii...mulut ni tak reti cover betul la. Tak pasal-pasal jadi bahan gelak kawan-kawan aku. Hik3!! :))) Tapi takpe, hope aku mampu menceriakan kawan-kawan aku nie.



So, macam mana aku jaga kebersihan gigi dan mulut? Haaa.. you know what.. Dalam bakul mandi aku mesti ada dua berus gigi. Satu untuk berus gigi yang betul-betul punya. Satu lagi untuk berus braces. Hahaha.. :D Ili, housemate aku selalu cakap camni, "Ezma, kau pergi lah mandi dulu. Kau kan mandi lagi lama dari aku. Kau dah lah ada dua gigi nak kene berus". Grrrr!! Geram aku dengan pompuan ni taw! Suke sangat usik aku. >__<



Zaman sekarang orang dah takde nak malu-malu dah pakai braces. Kalau dulu, orang yang pakai braces kan macam buruk. Yelaaa.. Macam cerita Yo Soy Betty La Fea. Spek mata old school jer dah tebal giler! Pastu nampak nerd abes! Last-last jadi cun giler abes bila dah pakai contact lens and dah tanggalkan braces. Sekarang ni braces ni macam jadi kegilaan pulak budak-budak zaman sekarang. ada yang teringin nak pakai braces sebab Fatin Liyana punye braces cantik and colorful. Hapeee?? Bukan sikit-sikit duit nak guna taw! :)



Nasib baik lah braces dulu dan sekarang dah berubah bentuk pattern dye. Kalau lah macam Willy Wonka macam cerita Charlie The Chocolate Factory kat bawah ni, dah confirm-confirm takde orang nak pakai kan?? Rupa dia je dah macam orang nak pergi main rugby! Hahaha.. :D Terfikir jugak. Memang macam ni rupa orang zaman dulu-dulu pakai pendakap gigi? Macam mana nak makan? Takkan makan minum guna straw je kot? Hairan!! Hairan!!


sumber dari Google


Bila dah mencapai setahun umur braces aku, so far dua batang gigi depan aku dah jarang. Doktor kata memang dia nak bagi jarakkan supaya gigi senang bergerak masuk ke dalam. Ouhh.. Like that haaa... :)))) Dah rata sikit dah gigi aku taw. Cuma nak bagi kedudukan kekal rata 100%, baru doktor akan rapatkan dua batang gigi yang jarang tu. "Erm, doktor.. kalau saya taknak rapatkan boleh tak? Saya nak jadi macam Syarifah Aleya tu. Gigi dia yang jarang tu comel apa". Kau tahu doktor cakap ape, "Awak ingat itu style ke?". Sekali lagi aku terkesima. Alaaa.. Saje gurau pon tak boleh la doktor nie.. Hahaha.. :)))))



Bagi kamu yang sudah memiliki gigi yang cantik, rata dan putih, better jagalah gigi korang dengan baik mulai sekarang. Duit beribu-ribu keluar dari poket mak aku nak cantikkan gigi aku ni haaa.. So, korang cuma perlu berus gigi dan ubat gigi yang terbaik sahaja untuk mengekalkan kesihatan gigi dan mulut anda. Pesanan ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan! :)


p/s: ade org cakap pakai braces ni haram.
seolah-olah macam mengubah kejadian Tuhan.
macam mana ni?? ada sape-sape boleh tunjuk ajar?


Tutorial: Cara elakkan gambar anda di curi walaupun wujud disable right click!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Tutorial sebelum ni merupakan tutorial pertama yang pernah aku buat sepanjang dalam hidup aku ni. kali ni, aku ada satu lagi informasi mengenai tutorial untuk elakkan gambar anda dari di curi. tutorial yang ni paling senang la. just delete certain-certain coding jugak. tak perlu tambah apa-apa.

But, firstly aku just nak mention kenapa aku buat tutorial ni? sebab sekarang ni ramai *kipas-susah-mati kat luar sana. bukan untuk aku. tapi orang lain laaa... tapi kalau dah namanya kipas-susah-mati kau kan, dengan apa cara pon dia boleh berusaha untuk curi gambar korang. tapi tutorial aku ni bertujuan untuk melambatkan atau menyusahkan atau menyulitkan lagi kerja-kerja orang yang curik gambar korang ni.

Tapi!! yes! ade tapi taw! tutorial cume akan berkesan bila korang punyer blog ade letak "Disable right-click" macam blog aku ni. atau kalau blog korang memang tak boleh nak right-click langsung. atau, tak boleh nak highlight. sebab apa?? sebabnya, bila ada orang right-click kat gambar di blog korang, kan ada keluar 'Copy Image', 'View Image' dan sebagainya. haaaa... dekat situ jugak orang dah boleh curik gambar korang.

Apa?? still tak faham dengan apa yang aku duk membebel panjang-panjang kat atas ni?? oke-oke! meh aku kasi contoh! cuba korang klik gambar aku dengan Siti Zulaikha ni. gambar ni akan di buka pada tab baru dengan view yang lebih jelas kan?? cuba right-click lepas gambar di besarkan?? orang dapat curik kan??



oke! sekarang, cuba klik gambar yang sama kat bawah ni pulak? dapat tak korang klik kasi besar?? tak dapat kan?? so, secara tak langsung gambar korang takkan dapat di curi la. sekarang faham kan?? so, meh aku ajar camne cara dia ok. senang ajer.. tak susah pon..




1. As usual, login your own blog. bukan blog orang lain. kang kau di panggil penceroboh pulak kan? hahaha... :D

2. Tepekkan sekeping gambar yang korang suka.

3. Klik pada Edit HTML. ade nampak coding moding yang mampu memeningkan kepala kan??

4. Delete coding yang aku highlight kan macam kat bawah ni. Coding untuk certain-certain pics memang berbeza. tapi coding yang bakal di buang ni selalunya sama saja. Jangan sampai salah delete. takut tak berhasil. Coding ni mostly letaknya berada di awal coding gambar. pandai-pandai cari oke?


5. So, sekarang bila korang publish entry, cuba klik gambar yang korang dah kunci tak bagi di curi ni. dapat tak korang besarkan dia?? Kalau dah tak dapat tu kira berjaya la ya.. :) tahniah! sebab anda faham tutorial aku ni. hehehehe.. (^___^)v


Alaaaa...kalau dah nama pon kipas-susah-mati korang, mesti dia sanggup printscreen sebijik-bijik gambar korang. so, letak lah watermark sebagai pembuktian yang ini adalah gambar milik korang sendiri. Kan ada banyak software edit gambar yang korang boleh guna untuk letak watermark ni.

Hmmm...Demam-demam aku ni pon masih gagah untuk buatkan tutorial yang hampeh ni untuk kawan-kawan. sebab aku kesian kat seseorang yang gambar di blog beliau di curi dan dijadikan profile pic facebook sendiri. bengong ke apa??

p/s: tanda * kipas-susah-mati.
cube translate sebijik-bijik dalam BI,
hard-core-fan! :))))

Tutorial : macam mana nak besarkan gambar dalam entry?

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Buat pertama kalinya aku nak ajar orang macam mana nak besarkan gambar dalam entry. aku tak pandai nak ajar. tapi boleh ajar sikit-sikit ajer. kalau tak paham dengan penulisan aku, tanya taw! insyaALLAH aku cube ajar sampai you all dapat!

oke, cube tengok pic Siti Zulaikha kat bawah nie. nampak kecik jer kan. so, macam mane nak besarkan pic dye eh??



haaa.. macam pic bawah nie.. how to enlarge?? oke. pada aku, aku suke pic letak besar-besar kat entry blog sebab kepuasan untuk tengok pic besar gedabak taw! hehe.. tapi ade laa cara dye yang tersendiri. sume gune coding. jangan pening dengan coding oke! kalau pening, sediakan awal-awal panadol oke? hehe.. let's start!!





1. Login blog anda yer. jangan login blog orang lain pulak. :P

2. Upload sekeping gambar kat entry korang. bile dah DONE, pegi Edit HTML. see, ade nampak coding tak?? macam kat bawah nie.




3. Ok, sekarang ni nampak tak coding "height: 400px;" ?? haaa...sekarang delete coding yang aku hightlight tu tanpa rasa ragu-ragu yer adik-adik. jangan salah delete lak. nanti tak menjadi.





4. Now, nampak tak width coding tu?? kalau blog aku, aku tukar then pakai 600px. depends pada certain-certain blog. try and error oke. kalau buat lebih sangat takut terkeluar dari blog. nanti nampak lah kecacatan blog korang lak. kan buruk suda....so, try and error ok. kalau blog lebar, guna lah 600-700px. kalau tak berapa nak lebar sangat gune 400px jer. mane-mane jer oke.



5. Kalau korang preview blog korang sekarang, pic akan jadi pecah-pecah taw. macam kamera 1.3Megapixel la pulak. padehal korang guna 12Megapixel. oke, caranya, nampak tak coding "s400" yang aku highlight kat atas tu?? so, tukar kepada "s700". depends jugak la. bergantung kepada jenis dan kualiti kamera yang korang guna jugak. tapi cara dye same jer taw. as usual TRY AND ERROR!! hehe.. :)

6. Done! cube tengok! jadi tak?? aku ajar sebijik-bijik ni taw. kene banyak sabar and rajin main dengan coding. aku suke jugak coding-coding nie. tapi bila dah salah, mula lah menggagau aku nak betulkan balik coding tu.


p/s: pasni aku wat tutorial macam mane tak nak bagi
gambar di curik walaupon dah ade disable right click.
insyaALLAH..
tapi ni semua coding ok.
nantikan kemunculan nyer.. :)


Good bye Kuala Lumpur! Hye Kuala Perlis! ohh.. Prosperity!

Assalamualaikum and Hello Readers!

baru semalam aku sampai di negeri Perlis Indera Kayangan ni. eh, sekarang bukan lagi Perlis Indera Kayangan oke! tapi Perlis Darul Sunnah! bila masa tukar nama nie aku pon tak tahu lah. teruk betul aku ni sebagai salah seorang rakyat Perlis. hehe.. (^___^)v




bila dah mula semester baru di UniMAP ni, aku akan rindukan semua yang di tinggalkan di KL, my sweet home! akan rindu dengan parents! rindu dengan katil sendiri. rindu dengan TV. rindu nak dengar loceng rumah buntik ting tong ting tong! rindu nak hang out dengan kawan-kawan. eh, dengan si dia rindu tak?? hehe.. :P mestilah ade kan! :P gatailah kau ezma! :))))




sebenarnya paling aku rindu adalah Prosperity at McDonalds! adumak aihhh.... walaupun hargenye makin mahal, setiap kali keluar asik makan mende alah tu jer! Where MMMMMM meets AHHHHHH...!! hik3! bila yang pedas-pedas Prosperity di minum bersama McFrizz! perrgghh!! air Sprite di campurkan dengan fresh orange! hah! lapar tak??lapar tak korang?? hik3!! :D aih..rase macam tengahari ni nak ajak orang pergi makan Prosperity kat Alor Star! :PP




Prosperity selalunya keluar masa Chinese New Year kan. tapi dia keluarkan produk ni awal sebab aku kebulur nak makan mende nie. hahaha.. :))) eh, tak lah! kan dah New Year. alang-alang tu keluarkan terus ape salahnya. hik3!! :PP produk ni sampai bulan Februari kalau tak silap! hah! sempat la korang nak tabur duit sampai licin kat McD yer! hahaha.. :D

kat Perlis memang takde McDonalds! mereka cakap cawangan McDonalds akan di bukan di seluruh negeri di Malaysia pada tahun 2015 kalau tak silap. alaaa...masa tu aku dah abes belajar! tak sempat nak merasa McD kat Perlis. wow!! haha... :D

takpelah.. bila pikir balik, bagus jugak McD takde kat Perlis. kalau ada, alamatnya habis duit aku beli Quarter Pounder! hik3!! :))))


p/s: ade org request tutorial camne nak besaqkan gambar kat blog.
aku tak pandai ajar.insyaALLAH next entry aku buat oke?
:)

Aku mahu jadi photographer berjaya! bukan model!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

It such a been a long time I didn't update my blog. So, I really miss it! A few days ago, I had a photoshoot at Bukit Kubu, Kuala Perlis. Frankly, this is a very beautiful place for anyone who like to capture their best moment with the wonderful scenery! The green paddy fields makes everyone fascinated to come here. Well, enjoy my photos. This the long photo entry that I never done before! :)


hey, it's me! Ezmaliza! :)


repair tudung. di terbangkan dek angin.




walking at paddy fields!

opss..kain terlebeh angkat pulak.. :P



look at my wedges!


how much inches??


touch it!






photo ni I amik. suke sgt! :) eh, sape tu??


she's again!


ouh, she is Ili, my housmate! :)


angin meniup pergi segala duka. :)





bila dah gile kamera....camni la jadinya..


pernah tengok iklan "Katakan Tak Nak Pada Rokok" ?? Saya juga mampu melakukannya. :)








tolong kawan naik dari batas sawah.. :)


dialah kawan tempat nak gadoh-gadoh and tumbuk-tumbuk! :)))


teringin nak ada lesung pipit macam Pretty Zienta! :P


end! senja nan biru.. :)




p/s: sejak bila pulak aku buat entry dalam Bahasa Inggeris nih?
aku orang Melayuuuuu!! kalau salah sile tunjukkan! :)

Azam Baru : Belajar Mengawal Kemarahan dan Stress dengan Bijak!




bila masuk tahun baru Islam, Awal Muharram semuanya nak baru la konon-kononnya. ini belum masuk Tahun Baru yang bulan Januari tuh.. baju nak baru.. suasana nak baru.. pengalaman baru.. azam pon nak baru jugak.. padehal azam yang tahun lepas punye belum capai lagi tuh.. banyak jugak yang belum tertunai.. tapi yang tertunai tu pon ade jugak. contoh cam hasrat dan impian aku untuk memiliki kamera DSLR. Alhamdulillah.. terima kasih Angah!




azam dan impian aku untuk Awal Muharram kali ni adalah untuk belajar mengawal kemarahan dan stress dengan bijak. aku ni jenis orang yang senang sangat nak melenting. tapi cepat cool..!! pastu senang sangat nak mengamuk.. tapi cepat cool..!! dan aku ni selalu sangat stress bila tension atas sebab tertentu. tapi cepat cool..!! haha.. :P mangsa sasaran aku mesti DIA. kesian DIA. buat salah sikit pon dah kene marah.. maafkan saya, awak. :( saya tidak sengaja..



so, bile stress, orang kata pantai atau laut adalah tempat paling syoookkk la kalau nak hilangkan tension. yeke?? angin dan ombak akan membawa pergi segala masalah kita. orang kata la.. bukan aku ye.. jadi, aku pon try la melepakkan diri tepi Pantai Kuala Perlis. nasib baik Perlis ada pantai... KL manede.. huh! eh, betul la.. memang release tension aku di buatnya. segala masalah macam di bawa pergi oleh angin dan ombak laut tu. serious! tak tipuu... nyaman jerrrr.... :)



itu baru satu cara nak hilangkan stress. ada banyak lagi sebenarnya. dalam Al-Quran tapi tak ingat la pulak Surah apa, ada tertulis bahawa mengambil air wudhuk mampu menghilangkan kemarahan. ye la... sifat marah kan sifat syaitooonnn... ish3!! jadi, ambil la wudhuk selalu.. insyaALLAH.. sedikit demi sedikit sifat buruk tu akan hilang. dan last but not least, senyum la selalu!! sebab itu lagi la menghilangkan stress malah membuatkan wajah anda kekal awet muda gituu.. wah, macam iklan promosi krim muka pulak..!! hahaha.. :)))


p/s: tapi kalau orang buat pasal,
takkan nak diam kan??
ini boleh mendatangkan kemarahan! :P

blog aku kene hack! bersabarlah wahai EZMA!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Alhamdulillah!! exam aku baru abis jam 12 tengahari baru nie.. paper Electric Communication! huh..entah la..boleh jawab ke tak.. tapi aku dah usaha, insyaALLAH, ade la sikit-sikit rezeki aku kat mana-mana soalan tu. hehe.. :)))


anyway, entry ni aku dah lama nak tulis. walaupun sedikit basi, aku nak jugak tulis. pedulik hape aku! dalam bulan November lepas, masa minggu Raya Aidiladha, blog aku tak dapat bukak. bile klik je URL blog, dia tulis "THIS BLOG HAS BEEN REMOVED"!! ya ALLAH, bila masa pulak aku deactivate blog aku ni??





ramai jugak yang contact either message or facebook bertanya kenapa aku delete blog?? eh, aku tak mungkin la nak delete blog nie.. paling tidak pon, aku akan privatekan sekejap kalau aku tengah repair template ke apa... tapi sumpah la, aku tak mungkin akan delete or deactivate blog ni.. :((


malam tu hati aku memang tak tenang. nak tidur pon susah. nak tak nak, aku godek-godek balik segala emel google and blog nie. finally, aku dapat tau manusia keparat nie tukar password emel aku then tukar setting blog kepada deactivate. cis!!!!!


ada jugak manusia macam ni kat dunia ni kan?? kot iye pon kalau kau nak mempraktikkan latihan meng'hack' blog orang, kenapa blog aku yang kau target?? tapi kau ingat kau hebat sangat ker hah??? aku yang bodoh ni pon tau nak dapatkan balik password emel and active kan balik blog aku la...ish! aku mencikkk orang macam kau taw! :((


you alls tau aku wat cene?? aku bukak google mail, then aku klik 'forgot your password'. pastu, dye tanye soalan-soalan confirmation berkaitan diri aku. and tiba-tiba aku ingat jawapan yang aku pernah letak dulu.. plus, google siap suruh aku reset password baru lagi. urrggghhh!! nampak sangat kau tuka password aku before nie! hoiii manusia keparat! apesal kau dengki kat aku??


kenapa aku orang nya??

kenapa kau dengki kat aku???

kenapa kau tak buat kat orang lain??

apa yang aku ada sampai kau dengki macam ni sekali??

kau ingat blog aku femes sangat ke sampai kau nak hack??

ke kau memang ade penyakit tak senang duduk bila nampak orang senang???


macam-macam persoalan aku fikir di benak fikiran nie. kadang-kadang aku tertanya, aku pernah ke hack blog orang?? tak pernah la pulak.. :(( camne nak hack pon aku tak pernah belajar. kenapa kau tak register je jadi hacker kat bank ke??kaye kot.. tapi aku rasa kau ni bukan la hacker yang bijak pon kan?? kalau kau hacker bijak, mesti aku tak dapat nak bukak blog aku dah! so, kau adalah hacker yang...... ??? sila jawab sendiri. :) terima kasih!




masa aku post status kat facebook pasal blog kene hack ni kan, ramai jugak yang bagi tips pada aku untuk elakkan blog or emel kene hack nie. antaranya........


1. letak password yang unik. means, combination huruf dan nombor.


2. jangan letak tarikh lahir, no IC, no plat kereta dan seumpama dengannya sebagai password anda.


3. letak password sepanjang mungkin yang digabungkan huruf besar dan kecil. *mati aku nak ingat banyak-banyak!


4. tukar password setiap satu bulan. GRR!! yang ni lagi la kerja gila namanya. nak pulak aku ingat kan?? rumus untuk soalan exam pon aku terkial-kial nak hafal..


itu adalah antara tips yang tak berapa nak banyak. tapi seriously, sangat-sangat berguna. pada aku, tengok dulula tips nombor berapa yang aku nak ikot. hehe.. :) tapi caranya macam ni la yer kawan-kawan.

aku ni baru abes exam tahu?? tak pasal-pasal wat dosa maki orang tengah-tengah hari bute nieh!! jadi, jangan biarkan blog anda diselubungi hacker-hacker yang tak berapa nak bijak nie... atau erti kata lain, BODOH!!


p/s: entry ni penuh emosi,
mintak maaf atas kekasaran gaya bahasa.

peperangan bakal meletus tidak lama lagi

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Ini merupakan update paling laju dan pantas dan ringkas dan tepat serta mutakhir! haha.. :D aku bakal berperang tidak lama lagi. orang lain ada yang dah abes. tapi, aku baru nak mula. :((


24 November 2010 | EUW224 | Engineering Entrepreneurship

24 November 2010 | EKT308 | Modern Control Systems

26 November 2010 | TKT419 | Electric Circuit II

30 November 2010 | EKT341 | Antenna and Propagation

4 December 2010 | EKT313 | Electric Communication


peperangan yang di maksudkan adalah Final Exam aku. GRRRR!! minggu paling tension yang aku akan lalui. so, mintak ampun dan maaf sebab aku tak dapat nak menjalankan aktiviti blogwalking aku ke blog-blog korang. but please!! please!! pleaseeeeeee!! sila tinggalkan jejak. sebab nanti senang aku nak terjah blog kamu semua. yeah!! :) pasti aku akan rindu nanti.


anyway, aku pohon maaf jika ada salah dan silap aku sepanjang aku berblogging. ku pohon doa yang ikhlas dari kawan-kawan semua semoga aku dan sahabat-sahabat lain dapat menjawab soalan peperiksaan nanti dengan jayanya. :)


kepada students Tahun 3, Bachelor of Computer and Communication Engineering, aku doakan yang terbaik buat kamu semua. insyaALLAH, kita akan dapat apa yang kita nak ya! SOCCERS rockkksss!!! yeahhhh!! :)


bye-bye semua :) I will gonna miss you all!! :)))

haisshhh!! baby sapa ni duk terbiar kat shopping mall nih??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Photobucket

Ahad lepas aku hang out dengan family kat macam-macam shopping mall. agenda?? ouh, carik baju dinner adik dengan kakak aku yang ada annual dinner la kunun-kununnyer. tiba-tiba, tengah dok aku berjalan-jalan sekitar mall, aku jumpe seorang budak kecik yang sangat comel duduk atas bangku tu. mak aihhh...comel giler! anak sape ni???



Photobucket

korang tengok!! korang tengok la tuh...!! tangan dia duk terangkat-angkat mintak di ambil dan di dukung.. adoii.. budak kecik ni, kalau aku amik jawabnye hilang la! aku culik siap-siap bawak balik rumah! pastu kurung dalam almari jangan kasik keluar..!! hahahaha.. :D olololorrrrhhh.... nak amik ke tak ni?? :)))




Photobucket

tangan dia dok tergapai-gapai lagi tuh. aduiii... kesian pulak aku tengok. aku dukung jer la eh? dah berjam-jam, mummy daddy dia tak datang pon nak ambil. aku je la ambik! haha.. :D muka da comel dah! potongan badan dah semangat dah tu. antara larat dengan tidak jer la aku nak angkut budak ni. hahhaaaha... :)))))))



Photobucket

haaaa... kan dah dapat!! mak oih... semangat giler budak ni. menggeletar segala tulang dan urat-urat lenganku. beras pon aku leh tahan lagi. minum susu apo la budak kecik ni?? hahaha.. :)))) korang tengok tangan dia!! sedapnyer ekau bergayut kat den punyo shawl subang yo?? den baru jo boli taw tu adik comey! tercabut nanti sapo nak bayor?? hahahaha... :)))))



Photobucket

alalalalalaaaaa... ekau tengok lagi ni haaa... bukan main manjo laei budak ni! kepalo dio siap landing atas bahu den. apo sodap macam bantal ko ekau ghaso?? hahahaha... :D ape lak kua bahasa negeri sembilan lak ni?? hik3!! :P aduhai.. ni yang rasa macam nak culik aje budak ni. kalau dah culik, aku takkan bagi sapa-sapa amik dah! :))




Photobucket

ermm...culik kejap la. aku nak bawak dia pergi makan. entah bape lame dia duduk kat bangku tu tadi, mesti tak makan-makan lagi. budak comel, awak nak makan apa?? cakap jer. tapi jangan mintak nak susu pulak. hahahahaha... :D haa... di saat tu mana aku nak cekau susu?? :))))




Photobucket

ushhh... jangan main-main. tak comel la kan minum guna botol susu? I pakai straw okeh! baru la aku di panggil brutal! hahaha.. :D aku bagi minum air soya oke. susu la jugak tu kan?? :)))) aku tengok macam sedap jer dia telan. hahaha... :))))) dia belasah jer makan hape-hape! semua dia sumbat kat mulut dia. bagus budak kecik nih. tak cerewet! :)))




Photobucket

haaa... dah kenyang kan muka dia?? pipi aku pon da bomb macam budak kecik tu jugak! dah macam mulut ikan da aku tengok! hahahaha... :))))) aduiii... mak, kakak nak culik budak ni boleh tak? dah comel da ni. boleh tak?? boleh la mak!!! hehe... tapi kan, aku dah tak larat nak dukung dia lama-lama. tangan aku dah lenguh. penat dia kan sama penat macam ko tulis esei 5 muka surat! hahaha.. :))))




Photobucket

ye adik comel. sebelum berpisah, meh sini kakak comel nak kiss sikit. muaaahhh!!! disebabkan adik sangat comel, kakak kiss 3 kali yer?? muaahhh!! muahhh!!! muahhhh!!!! sayang adik comel ni.. jangan nakal-nakal yer. nah! duduk balik kat bangku tadi oke. tunggu mummy adik datang. lain kali jangan duduk situ lagi. takut orang lain kebas lagi adik nanti... hahhaha... :)))))))) bye-bye adik comel.




p/s: sebelum korang telefon polis kata aku culik budak,
baik aku bagitahu siap-siap.
ini budak kecik adalah pelakon terhebat
anak buah kesayangan daku.
Siti Zulaikha, 10 months! :)))