Untuk pertama kali aku join Gathering Sahabat Blogger! Paling penting aku suka dengar nasihat Heliza Helmi AF5!!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Semalam, 30 Januari 2011 ada Gathering Sahabat Blogger yang pertama kali di anjurkan oleh bloggers terhebat seperti BroFramestone, Amal Espraza and Naim Noor Alim di Berjaya Times Square. Memandangkan rumah aku di Sri Pinang Villa ni hanyelah mengambil masa 15 minit sahaja untuk ke sana, aku rasa sangat-sangat teruja untuk join gathering ni. It was my first time oke. Selalunya asek dengar celoteh Ery Farieha jer pasal gathering sana-sini. Tapi kali ni, dia pulak yang tak pergi. *sigh*



Pagi tu aku bangun macam biasa. Tapi sejuknya la amat! Hujan renyai-renyai tak berhenti dari semalam. Rasa macam taknak mandi pon ada. [buruk giler perangai!!] Hahaha.. :D Jam handphone dah tunjuk pukul 10. Aku semangat nak pilih baju yang nak di pakai kejap lagi. Amik handphone untuk kejutkan adik aku Siti Maryam yang tinggal kat Cheras. Dia la yang bakal teman aku hari tu. :)) Thank you adik!



Macam mana ni?? Hujan tak berhenti lagi. Kalau aku bawak kereta dah lame aku sampai kat TS tu haaa.. Tapi kereta aku tinggal kat UniMAP. Cuti seminggu je weh. Takkan nak bawak balik jugak. Membazir minyak jer... So, hari tu naik LRT dari Cempaka sampai ke Hang Tuah. Jumpa adik aku secara kebetulan kat Maluri. Hahahha... :)) Disebabkan pemalas nak jalan kaki, dari Hang Tuah tu aku naik Monorel ke Imbi. Satu stesen jer pon! Maklumlah... Masa tu jer dah jam 2.30 petang. Orang dah datang lambat! Takkan gedik-gedik nak jalan kaki.


Sampai jer kat TS, aku terus pergi ke tempat bowling. Aik? Takde pon dorang nie. Mane semua orang pergi. Lastly, aku mesej Amal, tanya gathering sekarang kat mana. Rupanya dorang dah beralih tempat ke tingkat 10 Food Court. Oke! Sampai dah lah lambat! Pastu buat muka tak malu jer masuk lepas Amal jemput sendiri. Haha.. Malu jer aku rasa! Bweekk!! :PP



Oke, masa sampai kat tempat tu, aku tengok ada ramai gilers bloggers yang duduk daam bulatan. Aku tak leh nak masuk la. Datang lambat kan? So, berdiri ajer la. Dari jauh dah nampak Yuyu Zulaikha. Ya ampun.... Kecil molek jer budak cinonet ni... Geram aku tengok! Kalau aku dukung dia ni, mesti aku larat ni. Hehehehe... :D Tapi dia memang cute gilers! Kami sebaya oke! Yang cun-cun dan comel-comel semua datang dari tahun 89! Hahahaha... :D Oppssss...!!



Oke, aku pon memang penyegan orangnya. [bweekk!!] So, cuma yang genit-genit jer la aku jumpa. Yang lain tu, memang tak sempat nak bertegur sapa. Pemalu gilers aku nih. Hmm.. Malu-malu rugilah aku! :)) Hahahha... :D So, Hannan Al-Qudsey yang comel macam orang Arab ni pon datang tegur aku. OMG! Thank you sudi tegur aku yang pemalu nie. Dia ni pangkat Akak oke! Tapi umur tak memainkan peranan lah kak Hannan! Dalam pic ni nampak aku yang lagi tua dari dia. Uwaaaa.... Do keep in touch oke Kak Hannan! :)





Yang ni Bro Framestone! Orang kuat yang menjayakan Gathering Sahabat Blogger ni! Katanya dah 2 hari berturut-turut beliau tak tidur malam sebab anjurkan program besar-besar. Hahhaa... :D Bro, kalau ada eye-beg kat mata jangan lupa gunekan Garnier Eye Roll-on! Hahaha.. :)))) Saya boleh jadi duta Garnier tak bro? :PP



Kepada sesiapa yang tak tahu, inilah dia dua orang blogger daripada UniMAP! Universiti aku tu beb! Sebelah kiri Syafik Way dan sebelah kanan Faizal Fredley. Ni pangkat adik-adik kat aku. Nasib baiklah diorang ni tegur aku dulu. Hahhaha.. :D Kamu berdua buat praktikal elok-elok oke. Kak Ezma praktikal naik cuti sem depan. Tapi tak pilih tempat lagi. Hahaha... :)) Wah, main akak-akak pulak! :P



Oke! Jangan jeles please! Ni pic dengan Heliza AF5! Tersangat la comel. Mata dia bulat sangat! Sangat peramah and lucu. Masa dia sampai kat tempat gathering semalam, dia ada bagi satu dua nasihat kat para bloggers mengenai dunia blogging! Dulu Heliza pon bloggers tapi sekarang dah tak aktif. Laman web dia www.helizahelmi.com. Dalam banyak-banyak cemarah dia.. Opsss... Ceramah dia ade nasihat macam ni. "Dalam dunia blogging ni, kita janganlah sesekali menulis tentang keburukan orang lain. Cerita yang buruk-buruk tentang orang lain. Ni semua tak baik taw. Dunia artis dan bloggers ibarat simbiosis iaitu saling memerlukan antara satu sama lain." Kita semua tak sempurna oke. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita. Jangan ingat nak naikkan trafik blog dengan mencanang cerita keburukan orang lain. Satu jari menuding ke arah orang lain, empat jari lagi menuding ke arah kita. Nasihat Heliza tu aku akan ingat dan simpan jadi pedoman. InsyaALLAH... :)



Haaa... Pic kat atas ni aku masih ingat masa Heliza tanya kat aku, " Eeeeiiii, keciknya bracesss awak! Unik!" Hahaha... Aku pon jawab, " Ni more to retainer kak Heliza. Sebab saya nak kebelakangkan gigi ni. Braces biasa tu selalunya nak kedepankan gigi." Hehehehe... Selamba aku jawab. Tapi menggeletar jugak la sebab tengok awek cantik depan mata. Wahhh!! Macam lah aku ni jantan! Hahahaha... :)))



Disebabkan susah sangat nak amik gambar kak Heliza ni. Aku pon main masuk jer kamera sape-sape untuk amik pic dengan Heliza nie. Nasib baik ada Yuyu. Kalau tak, segan jugak aku! Hahahhaa... :D Tanpa tengok kiri dan kanan, aku terjah masuk! Auuuwww Chakk!!! Hahahhaa... :D Diorang yang kat tepi-tepi ni pon bloggers tapi aku tak kenal. Ouhhh... My mistake! *sigh*



Masa nak balik aku dengan beraninya tegur Zarien ni. Olorrhhh comelnyer dia ni. Peramah rupanya. Aku yang takut nak tegur dari awal tadi. Aku beranikan diri cakap, "Kite la BLOG e.Z.m.@.L.i.z.@!" Pastu Zarien cakap, "Ouhhhh... Yang ni ke EZMALIZA???" Hahahha... :D Nasib baik dia kenal aku. Kalau tak, maunya aku malu sampai rasa nak tutup muke dengan bantal! Hahahaha... :D Thank you Zarien Comel! :))



Sebagai penghargaan, pihak Sahabat Blogger menghadiahkan Patrick kawan baik Spongebob ni kepada Heliza Helmi AF5! Cute sangat! Thank you sooo much penaja hadiah! :) Baik hati kamu! :)



Sesi photogedik beramai-ramai. Masa ni nak kene sebut "Kami dari Sahabat Blogger mengucapkan terima kasih kepada 1TubeMalaysia.com!! 1 MALAYSIA!!!! " Hahaha.. Bape kali take aku pon tak tau la. Asek tersasul sebut salah. Tapi memang kelakar giler!!! Kah3!!! :D Thank you jugak kepada 1TubeMalaysia.com sudi datang untuk merakamkan aktiviti kami di sini.



Kiri kanan aku semuanya fashionista terhebat! Hye aweks! Kalau bace entry ni bagitahu eh kat komen! Hehehehe... :D Kite tak kenal la mane satu... Hehehhee.. :D Semuanya comel-comel belaka! :)



Ramai giler yang join gathering ni. Ni baru pic yang ni. Ada lagi muka-muka yang tak sempat nak masuk dalam gambar. Senarai bloggers yang hadir boleh tengok kat blog Zack Entry! Rajin gile Zack Entry listkan blog satu-satu! Terbaek la bro!!! :))



Last! Aku rasa happy sangat-sangat semalam. Walaupun ramai bloggers yang aku belum kenal, tapi insyaALLAH, aku akan kenal diorang sikit masa lagi. Memang silap la aku jadi seorang yang sangat pemalu semalam. Diam and senyum jer. Hahaha.. :D Dan satu kerugian besar sebab tak sempat nak jumpa dengan Bro Ben Ashaari! Beliau pulang awal ke kampung kata bloggers lain. *sigh* Tak pelah... Ade rezeki kita jumpe lagi yer kawan-kawan! InsyaALLAH!!


p/s : sape-sape nak pic,
aku beri keizinan untuk ambil di
BLOG e.Z.m.@.L.i.z.@
di Facebook! :)



Bila datang kerja gila, aku mekap tebal-tebal, capai D5000 then pergi shoot!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Yes! Seperti title entry di atas. Aku suka buat kerja gila. Tapi aku tak gila taw. HAHA.. :D Ini merupakan satu lagi entry yang panjang cecah lantai sebab penuh dengan gambar sahaja. Aku bosan sebenarnya. So, ajak ILI pergi shoot sama-sama. Syok ape!! :) Sooo, jom layan!




Tempat ni kat Kuala Perlis ajer. Haaa... sapa kata Perlis takde apa-apa? Walaupun bukan negeri yang besar, Perlis masih mengekalkan suasana aman damai dan kehijauan.



Nasib baik lah ada tempat nak landing kat sini. Kalau atas jalan raya, tak nak aku landing. HAHAHA.. :D Daun-daun kering dari pokok ape pon aku tak tau name dye. Tapi bila kering, nampak sangat artistik! :))





Kalau malas nak letak caption boleh tak?? Selalunya orang bukan suka baca pon kan?? Orang lebih suka tengok gambar dari membaca. Termasuklah aku kadang-kadang. Hahaha... :D



Letak la sikit caption eh. Kang kosong sangat orang condemn pulak kan? :D By the way, candid ni aku suka sangat. Habis baju aku melekat dek kerana daun-daun kering tu. Tajam sikit. Auchh!! :PP



Rantai ni merupakan rantai fevret aku taw! Sweet and simple. Murah jer oke! Aku beli kat Arau. Tersangatlah murah dan kadang-kadang aku rasa tak setimpal dengan ke'sweet'an dia. RM5 jer oke. Tak perlu beli mahal-mahal. Aku student lagi. Eh, macam pernah dengar jer ayat ni.....!



Aku bukan mangsa fesyen. T-shirt biasa pon dah boleh pergi kuliah. Aku tak kesah pakai baju yang di beli kat pasar malam. Selalunye baju kat butik-butik yang mahal, aku tengok takdelah cantik mana. Mahalnyer gila tak ingat! Hanya gah pada jenama. Orang bukan tengok pon kain perca yang di jahit kat belakang baju kau kan? :))



Haaa... Ini bukan pose untuk majalah lucah yer. Tapi aku sendiri rasa macam lucah. Tapi mane kelucahannya?? Ado kau nampak?? Takdo!! Hahahaha... :D Oke, next!!



Tak pernah lagi rasenye dapat amik picture macam ni. Sangat teruja bila tengok balik. EZMALIZA dalam keadaan terbalik? Hahaha.. Sometimes it was sooooo funny! :))



Haaa... Cube teka aku tiru gaya siapa ni?? Cepat! Siapa dapat teka, korang memang peminat dia nombor satu. Untuk pose yang ni jer dah banyak kali aku try buat. Tapi susah gilerr!! How come dia boleh lembutkan jari jemari dia. Susah kot nak luruskan. Hahahhaaha... :))) That's why people always said that, just be yourself. And this is not me! But it was HER!! Susah nak tiru!! HEHEHE.... :D



Nampak tak kereta usang kat belakang sana? Itulah harta yang aku ada wat masa ni. Ayah bagi kereta tu untuk kemudahan aku ke kelas. Dari aku kecik lagi, dah wujud kereta tu, tapi syukur Alhamdulillah kereta tu masih berada dalam keadaan yang baik sebab ayah aku seorang yang cermat dalam menjaga harta beliau. Ada aku kesah kau pakai BMW sekalipon?? Janji aku ada. Syukur dah wehhh....






Sudah-sudah la tu... Penat dah nak posing ni. Aku bukan professional model. Juga bukan professional photographer. Seharusnya aku jadikan sampingan buat masa ni. Ini janji aku dengan mak ayah. :))



Siapa tahu ni pokok apa?? ILI kata ni pokok pain. Tapi aku google, bukan jawapannya. Aku pulak bantai kata ni pokok ru, pon bukan jugak. Salah ibu mengandungkah kalau aku tak kenal pokok?? :)))





Sedang aku dok berposing sana-sini, tiba-tiba ada 3 orang abang askar ni lalu kat kawasan ni. Aku dengan ILI dah siap berdoa gila-gila bila nampak diorang ni dari jauh. Seram kot. Takut tibe-tibe kene tembak ke hapa ke...Hahaha.. :D Tengok senapang dia jer dah buat aku rasa gerun. Kenapalah diorang lalu kat tempat-tempat macam ni kan? Ye lahh... Mereka jaga kawasan sempadan. Perlis kan dekat dengan Thailand. Aku lak photoshoot kat tepi laut. Kalau ada yang seludup masuk dadah ke, PATI ke melalui perairan kita, diorang tembak jerrr!! Zassss!! [agaknyelah, aku pon taktau betul ke tak.entah-entah dorang otw nak balik rumah!]



See!! Look at the sunset! Sooooo nice and wondergirl wonderful. Aku suka tengok sunset. Nak tengok sunrise tak berkesempatan. Ape taknya. Kalau bangun tidur pon, matahari dah terpacak atas kepala. Hahaha... :D



Ya ALLAH. Terima kasih sebab pinjamkan matahari dan bulan ni pada kami. Keindahannya tiada tandingan. KuasaMU sungguh aku kagum. KAU ciptakan matahari dan bulan bersilih ganti siang dan malam. KAU maha Adil, ya ALLAH... :) Syukur.....



Andai aku dapat capai langit nan merah, akan ku kongsi bersama dia yang tersayang. Wah! Bermadah youu!! Auww!! See! Buat kerja giler sampai senja dah ni.



Oke-oke! Saya nak balik la ni. Hahhahaa.... :D Dah senja sangat-sangat dah ni. Perempuan tak elok duduk kat luar bila dah senja ni. Motifnya apa eh?? Siapa tahu?? :))



Kamilah photographer dan kami juga lah model. Mekap dan baju semua sponsor sendiri punya badan. Tiada istilah penat dan bosan bila kerja gila ni menjadi hobi kami. Seronok dan kepuasan yang aku dapat. Sesiapa nak ajak aku pergi photoshoot sama-sama, just call me ok. Aku sendiri sedang cari model untuk aku asah bakat aku sendiri dalam bidang yang jauh menyimpang dari Communication Engineering ni..... Hmmmmmmmmm............ :))


Saya Ezmaliza dengan ini melaporkan berita sukan untuk TV 19!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

My last entry is all about my preparation for futsal match at UPM, Serdang regarding with Hari Siswi 2011 for all girl students in IPTA. Aku salah seorang daripadanya, of course! :) So, entry untuk hari ini merupakan berita tentang laporan sukan dari TV19 mengikut cara aku.. HAHAHA :)))



Peace! Candid pic masa tunggu bas kat UniMAP. Look at my teeth! Braces help me a lot. HEHE.. :D Nak pergi main futsal pon nak touch up ke? Eh, suke hati aku lerrr... Kau jeles ke ape?? :D



Ini dia team futsal aku. Muka semua orang macam get ready nak berperang. HAHA.. :D Aku sebenarnya semangat nak balik rumah ajer. Serdang dengan Ampang tidak lah jauh mana. Ayahhhh!! Nanti amik kakak balik rumah eh.. Eh, boleh ke macam tu? Team futsal aku total 7 orang saje! 5 main, 2 reserve. As usual, aku mahu jadi reserve. Sesiapa injured, aku ganti. Kalau tak injured, aku takmoh masuk. Aku nak amik gambar ajer. HAHAHA... :D Gurau jer la... Takkan datang jauh-jauh tapi tak main kan? :D Sudah-sudah! Jom gerak! Jam 4.30 petang, bas UniMAP meluncur laju ke UPM. Hmmm...jam berapa pulak nak sampai ni?? Dalam bas, kitorang karok ramai-ramai, tengok movie dannnnnn TIDOR! :))))



Sampai kat UPM masa tengah malam buta. Kalau tak silap aku kul 2.30 pagi baru aku dapat check in dorm. Punya lah lame nak cari Kolej Kediaman dorang ni. Besar jugak lah UPM ni. Al-maklumlah, kampus UniMAP kan belum siap lagi. So, aku tak pernah merasa betapa besarnya kampus universiti orang lain. Agaknya bila dah siap kampus UniMAP nanti besar dia macam UPM tak agak-agak?? :D Oke, let's go for the match! Masing-masing mata bengkak tak cukup tidur. Hmmmm........



Pihak UniMAP menghantar 3 buah team futsal wanita. Yang berbaju biru ni adalah pasukan UniMAP 'A' dari SUKSIS UniMAP. Mereka ni berdisiplin abes lah! Salute abes kat depa ni. Masa pasukan dorang ni berlawan, aku boleh salute lah sebab mereka patuh abes pada arahan Captain mereka. Kene contohi nih! :)



Oke, yang berjersi orange ni dah tentulah team futsal aku kan? Team aku suka buat spoil. Amik gambar formal pon tak reti. HAHAHA.. :)))) Semua nak main peluk-peluk! Yeahhh!! We love each other. Love you guys! :) Dan kamilah dari team UniMAP 'B'.



Team yang berjersi kuning ni pulak adalah UniMAP 'C'. Inilah team yang kalahkan team aku masa Futsal Match under Kolej Kediaman aritu. Not bad! Badan dorang ni kecik-kecik aje. Tapi lincah gila wa cakap sama lu. Zuuppp!! Zaappp!! Zuuppp!! Zaappp!! Tiba-tiba bola hilang, dorang dah bawak lari. HEHEHE... :D



Awal-awal game jer, team aku dah kene masuk court. Aku macam biasa lah. Posing abes dulu wat muka seterik mungkin macam ni. SMILEEEEE!! :)) Oke! Dah-dah! Aku nak jadi pompom girl nih. Sorak abes-abesan untuk team sendiri sampai hilang suara. :)))



Okeh, first game aku kene lawan dengan students UTHM. Badan memang solid abes. Seram gile wa cakap sama lu.... Mahunyer tidak. First game ni la semua orang tengok. "Go NENY go!!" "Kejar bola tu Beth!!!!" "Cayalah Kak Pinad!!". Penat aku menjerit bagi sokongan kat mereka dari tepi. Bila bola sampai kat gol pihak lawan, semua orang menggelabah. HAHAHA :))))))


siryes muka cuak giler! please...please goal please!


Goalll!!!!!! Yeayy!! Alhamdulillah....!!



Alhamdulillah.. First game dah menang 3-0 dengan UTHM. hik3... :D Perlawanan agak sengit. Kami meneruskan perjuangan sampai ke peringkat seterusnya. Memang penat dan cuak gile! Team yang lain semua hebat-hebat! Pemain MASUM pon join. Mati la camni..... :(( Tapi takpe! What we want? PENGALAMAN untuk mara ke peringkat seterusnya.



Game untuk hari tu, team aku berjaya masuk hingga ke suku akhir saja. Alhamdulillah! Yang suku akhir ni boleh pulak bertemu dengan Team UniMAP 'A'. Alahai... Budak UniMAP sendiri. Camne ni?? :) Tapi aku dah kata, mereka memang hebat. So, mereka mara ke separuh akhir and berjaya dapat tempat ke 4 saja. Syukur! :)



Eh, incik FAIZ sanggup turun dari Kelantan untuk tengok aku bermain. Hmmmm... nak tengok kite main ke?? atau takut ade orang lain kacau?? Hik3..!! :D Saya setia lah. Don't worry. :) Anyway, thank you sebab sudi datang yer awak. Saya sangat menghargainya itu.


posing sikit. senyum! :)



Ini dia salah seorang ahli team UniMAP 'C'. Dia kata dia pembaca setia blog aku. Sumpah malu gile bile dia buat pengakuan macam tu. Siryesly, aku baru tahu. Tapi kenapa nak malu eh? Heran lah aku ni. Hye T-Rex! Kalau ko bace ni, klik like kat Facebook Like Button kat bawah ni oke? Hahhahaha... :D


you guys memang terbaik! tak menang takpe weh! kite bukan atlit. dah masuk wakil UniMAP ni pon kira bersyukur dah ye.



Oke, habis semua game lebih kurang jam 6 petang. Haaa... mane tak terbakar kulit aku. Burn abes! Penat aku putihkan kulit. HAHAHAHA! :D Malam tu jugak aku call ayah suruh amik kat UPM. Yeay!! Yeay!! Balik rumah!! Yeay!! Adeehhh... Siryesly, aku ni paling suka balik rumah. Eksaited you alls.... So, esok paginya tu gerak balik ke UPM untuk pulang ke UniMAP. Semua muke-muke penat. Tapi jelas nampak kepuasan sebab kitorang takdelah baru first time main dah kene balik. HEHEHE... :P


Ape pon, pengalaman yang kami dapat ni, akan kami applykan pada game futsal yang akan datang. InsyaALLAH. Tapi lepas ni aku nak main netball pulak. Asek jadi jantan jer main futsal. Nak main netball pulak.. Rindu netball........ :)))