Photoshoot : Girlishous habessss!!! I took this as my birthday present!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Janji tetap janji. Entri yang lepas, aku dah janji nak update pasal photoshoot hari tu. Seminggu lebih aku biarkan blog terbengkalai macam tu jer. Busy sikit la minggu ni. Aku ada banyak sangat test and assignments lately. Ampunkan daku..... :(( Oke lah, dalam entri kali ni takdelah entri cecah lantai sangat. Kalau cecah kang, lambat pulak loading nyerr.. Yang ni jer dah lambat loading, ape tah lagi kalau aku letak semua gambar yang adoo.. Hahaha.. :D


first thing first was make up my appearance

Photoshoot kali ni adalah julung-julung kalinya aku join dengan lebih dari satu kamera. Selalunya aku pergi berphotogedik guna kamera sendiri jer. Antara photographer yang menjadi tulang belakang untuk photoshoot kali ni adalah Syed Nazir, Ismail Makalalag, Eim Jusop, Syafiq Syukri and last but bot least, the girl one, Syariniey Amran. Tempat pertama yang menjadi port kami adalah di Timah Tasoh Resort. As usual, my personal make up and fashion adviser mestilah Ili Dalila, my roommate.



Bermulalah aksi yang pada aku ianya kurang memuaskan. Cuaca agak panas hari tu. So, mata aku tak reti nak bukak bulat-bulat seperti biasa. Asyik nak berkerut aje. Anyway, long dress ni bukan aku punya. Pinjam Kak Cila Ruslan punya dress. Aissshhh.. Takde kerja aku nak beli dress labuh-labuh camni. Bukan boleh bawak pakai gi kuliah pon. Kang tak pasal-pasal mata orang dok pandang 24 jam sebab aku giler. Hahahha... :))))



Haaaa... Bukan aku seorang saja yang jadi model hari tu. Yang ni Shida Manshor. Cantik orangnya. Aku rasa tak layak nak bergandingan dengan minah ni. Comey lotey.... :)) The fact, she is the first people that I know when I'm registered as student at UniMAP. Kiranya dia ni la first roommate aku before Ili.


bachakkkkkkk ILI!!



Just look at my shawl inner. Seriously I hate it! Apsal dia jadi berlipat-lipat camtu eh? Geram betul aku masa pakai inner ni. Actually, aku memang tak suka pakai inner yang ade awning atas tu. Biar bulat muka aku, jangan berlipat-lipat jadi macam tu. GRRRR!!!



Ouh, pose ni takkan tinggal. Sesiapa masih ingat, aku pernah organize a photo contest about jumping. "Ezma, You jump, I jump Contest!" Yeeehaaaa!! Even I am wearing heels that moment, I still can jumping as well. This is my favorite act. Heeee.. :)))) I don't mind if anyone want to copy-and-paste my style. Because everyone can do it. Not only me can do! Kalau ada siapa-siapa yang amik gambar yang lebih stylo sewaktu melompat, just let me know. Teringin sangat nak tengok taw. Hehehhee... :)))



Second place is Tasik Melati. Aku pon bawak baju yang kedua. Skirt pink lagi! Pink?? Terkentut lalu terkesima. Cepat!! Sapa boleh teka trademark blog sapa ni?? :)))) Shida yang stylo mylo ni memilih ala-ala gypsy sebagai tema. Very nice oke! Don't ask me how to make it. Hehehe... :))



Antara pose yang sangat-sangat aku teringin nak buat. Posing with guitar. I am not Yunalis Zarai! I am just Ezmaliza Ezrik. Hahaha.. :)) "Ouh bulannnn.....!!!" Eh, opppsss!! Silap... Bukan!! Next song please! :))



Besar jugak cabaran nak jadi model ni. Pergghh!! Terbakar jugak muntot aku masa duduk atas tangga batu ni. Dengan panasnya tak ingat. Terkulat-kulat aku menjegilkan bijik mata supaya tak nampak berkerut muka tu. Aisshh... Susah! :P


one of the pics that I like it most!


elemen kuch-kuch hota hai pon tak tinggal jugak oke


dua kawan bergembira bersama



The last place that we visit is Marhum Kayang. What a nice view, man! Aku selalu dok lalu depan Muzium tu tapi tak tahu pulak ade tempat yang cantik kat dalam tu. Dah berjuta kali lalu ni pon baru first time jugak lah masuk situ. :))) Malu jugak wehhh!! Tak dapat lah aku nak tepek semua gambar dalam blog ni. Bukan setakat cecah lantai, kang sampai kerak bumi tak habis-habis nanti. Anyone who are my friends in my Facebook list boleh lah tengok kat latest album yerrrr... :))



Thanks a lot to the SnaPhenomena Photography Club yang menjayakan projek tergempar ni. What can I say, anda semua memang sporting and soooo funny! Hilang penat aku apabila bekerjasama dengan mereka. This is one of the best moments that I won't forget it. InsyaALLAH ada projek lagi, aku tak serik untuk join sekali. To all my readers, is there any comments with the photo? You are the best judges right? Mungkin ada di kalangan kamu adalah photographer professional?? Atau pun memang model professional. Give your opinion. Thank you sooo much all! Love you guys!



Di saat usiaku meningkat ke angka 22 tahun! Happy birthday, Ezmaliza!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)



Gulp! Gambar di atas ini sungguh menyelerakan bukan? Aku yang dah telan habis sebijik kek ni pon, rasa kecur air liur menengoknya. Inilah kek hari lahirku semalam. Terpampang besar ayat ni "Happy Birthday BELLA. Sweet 22!" Kenapa BELLA? Bukan EZMALIZA?? Sebab masa aku lahir dulu, tahun 1989 ni famous gila dengan lagu Isabella dari kumpulan Search tuuuu. Kalau tak kerana nak mengekalkan tradisi nama adik beradik aku yang semuanya bermula dengan huruf "E" ni, dah lama mak aku letak Isabella nama aku. Hahhaha... :D


muka aku yang sememeh baru bangun tidur.sempat lagi aku capai kain batik buat tudung. nak masuk dalam blog la katakan.

Malam tu aku tertidur awal. Sumpah aku lupa esok adalah birthday aku. Seminggu sebelum tu, aku ingat jer. Tapi siang harinya aku sibuk dengan photoshoot dengan team SnaPhenomena Photographer di sekitar Perlis ni. Akibat penat yang melampau, aku langsung tak ingat untuk berjaga-jaga kot-kot ada kawan-kawan aku nak baling telur ke, tepung ke, air 'wangi' ke.. Sumpah lupa sampai tertidur. Alahai Ezma........!! :)))


tiup ezma! jangan tak tiup!!

Saat aku nyenyak tidur dalam gelap, tepat jam 12 tengah malam, datang seorang kakak menuntut barang yang aku pinjam untuk photoshoot siang hari tu. Menggelabah aku bangun bukak bijik mata yang melekat macam magnet tu. Alahai dia ni tak boleh tunggu esok ke?? Tibe-tibe......!!

Happy birthday to youuuu..............
Happy birthday to youuuuuuuuuuu.............
Happy birthday to Ezmaaaaaa...............
Happy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..............

Makkkkkkk!! Nak nangisssss..... Chek terharuuuu........!!!!! T____T



Rasa seronok sangat sebab ada jugak orang nak celebrate birthday aku yang sudah tua ni. Kawan-kawan yang tolong belikan kek, segala chickadees yang ado! Kak Neny, Ili, Kak Erna, Kak Munir, Kak Desilina, Farah, Bedah, Fiza, and last but not least adik Leeyana! Thank you sooo much guys! Dengan wishes yang sangat berlambak kat facebook tu, aku sangat-sangat menghargainya. Bukan senang seseorang individu tu nak bukak profile setiap birthday yang ada. Dah tu nak kene wish pulak. Aku amat menghargainya. Gambar di atas antara hadiah realiti yang aku dapat birthday card dari Nadia. And handmade souvenir from Ili my roomate. Sarung external hard disk yang dia buat sendiri. Oke, sapa-sapa nak tempah boleh contact aku. Hahhaha... :D Sooo, creative!


Oke, sebelum aku pergi ke conclusion paragraph, aku bagi hint sikit gambar-gambar untuk entry akan datang. Layankan dulu gambar photoshoot aku hari tu. Photographer yang sedia ada ni memang terbaik dari ladang. InsyaALLAH, aku yakin mereka boleh pergi jauh. Tunggu untuk next entry yang panjang cecah lantai yeee... :)))







Tahun 2011 ni aku berusia 22 tahun. Syukur alhamdulillah, aku masih dikurniakan kehidupan yang sempurna oleh ALLAH swt. Masih di berikan peluang untuk menghirup udara yang di pinjamNya. Masih diberikan masa untuk aku beribadah dan bertaubat kepadaNya. Masih diberikan peluang untuk aku menginsafi segala dosa dan kesilapan masa lalu.

Buat EMAK dan AYAH, ini ada sedikit bingkisan buat dua insan paling bermakna dalam hidupku.

EMAK dan AYAH,
tanpamu, aku tidak akan melihat matahari dan bulan,
tanpamu, aku tidak kenal A, B, C.. Aliff, Baa, Taa... One, Two, Three.. Do, Re, Mi..
tanpamu, aku tidak mengenal alam fana yang penuh pancaroba,
tanpamu, aku tidak akan sampai ke sekolah, asrama dan universiti,
tanpamu, aku mungkin tak mampu hendak menulis di sini,
walaupun aku sedar hakikatnya aku tidak akan mampu untuk bayar segalanya,
tapi EMAK dan AYAH, percayalah........
aku akan bahagiakan kalian dengan segala kebahagiaan di dunia dan akhirat,
dalam setiap solatku, belum pernah aku lupa untuk mendoakan kesejahteraan EMAK dan AYAH.

Terima kasih duhai BONDA dan AYAHANDA tercinta kerana melahirkan aku ke dunia.



p/s: entah macamane boleh meleleh air mata aku tatkala menulis entry ni.
basah kot keyboard ni. kalau la EMAK dan AYAH baca ni..... indahnya.. :((

Tak perlu pergi Jepun atau Perancis jauh-jauh tuuu! Dalam Malaysia pon ada jugak taw! :P

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Minggu lepas sepanjang cuti Raya Cina, memang heaven giler la! Kerja aku asek berjalan menghabiskan duit walaupun takde duit hakikatnya. Hahaha.. :D Dapat pergi gathering blogger walaupun bila balik rumah kene ganggu dengan ANON. Oke, sudah! Taknak lagi cerita pasal dia. Aku sendiri maafkan manusia tu walaupun dia takde pon mintak maaf kat aku. Hmmm.... Then, pergi Bukit Tinggi dengan IncikFAIZ. Next, bergathering-gathering dengan all my families eat McD. Memang havoc! :)


ini aje kasut and beg yang paling aku selesa dan suka untuk ke mana-mana


So, aku nak jugak abadikan cerita aku ke Bukit Tinggi ni dalam blog kesayangan aku ni. Dulu aku pernah pergi dengan family 3 bijik kereta. Tapi kitorang patah balik sebab satu kepala nak masuk Bukit Tinggi tu jer RM10. Dalam kereta yang aku naik ade 5 orang. Belum masuk lagi dengan budak-budak kecik yang berderet-deret kat kereta belakang. Mahu tak beratos-ratos hengget duit melayang-layang. So, kali ni aku tak lepaskan peluang untuk pergi sendiri dengan IncikFAIZ nie. Yeay! :D



Memandangkan minyak pon dah naik harga, nak masuk Bukit Tinggi ni pon naik jugak harga tiket dia. RM12 per person! Adesss...!! Nak pergi Bukit Tinggi ni jer dah bersimpang siur jalannya. Macam jalan kat Bukit Putus Negeri Sembilan dolu-dolu. Perut aku dah la kosong. Macam nak muntah aku masa tu. Haha.. :D Bukit Tinggi ni ada 2 tempat menarik. First place yang aku lawat adalah di Japanese Tea House. Second one is Colmar Tropicale French House.



Nak naik bukit ke Japanese Tea House tu memang tinggi betul darjah kecerunannya. Lenguh-lenguh kaki aku nak naik kat atas tu. Dah lah pakai heels. Adoiii... Siryesly, baru tahu tempat ni macam mana. Tu laaaa Ezma! Lain kali buat la research sikit pasal tempat yang nak di kunjung ni. Kalau tahu dari awal, aku pakai selipar jepun je. Haha.. :D



Wahh, IncikFAIZ pon nak jugak amik gambar. Penat sudah dia. Drive jauh-jauh. Kena angkut semua beg, payung sebab takut hujan and camera stand aku. Dalam beg tu ada botol air dan makanan. Hehe.. :D Denda cikit sebab tak cakap pon tempat ni berbukit-bukit. Sakit dah kaki nie. Haha.. Takdelah denda. Melampau tak aku......... :P



Dalam Japanese Tea House ni ada banyak jugak la tempat best untuk photoshoot. Siryesly best giler. Cuma aku dah tak larat nak jalan jauh-jauh lagi sebab macam nak tercabut lutut ni. Amik pics sikit-sikit boleh la. Sekadar buat syarat. Hehehe.. :D Tapi takdelah nak tepek semua kat sini. Ni pon dah kira banyak la nie... :D


tingkap rumah zaman Jepun dulu-dulu macam ni eh??


sssshhhhhhhhh!!!



Dalam ni kita boleh sewa kimono. Boleh lah nak feeling-feeling Jepun kat sini. Tak payah dah nak pergi Jepun nun jauh tuuu.. Tapi satu baju RM20. Tu baru untuk aku. Yang IncikFAIZ mestilah nak jugak. Aishhh.... Tak payahlah. Jimat duit. Amik je la gambar kat rumah Jepun nie. Berangan jer la kau puas-puas kat situ Ezma oiii... Huhuhuhu.... :)))



Haaaa... Masa nak turun balik ke tempat letak kereta, memang curam giler jalan tu. Nak taknak, aku kene tanggalkan kasut ni. Boleh rosak kasut murah aku ni kalau aku tak campak kasut tuh. Aih, berkaki ayam la pulak. Batu-batu tu sejuk jer. Tapi sakit jugak la terpijak batu-batu kecil tu kan... Uwaaaaa.... :(((



Hahhaa... Sekali lagi berlaku kejam dengan IncikFAIZ. He was lending me his shoes. Yeaaahhhhaaa!!!! Yeay!!Yeay!! Dia pulak berkaki ayam. Haha.. :D Aku kijam betul kan. Thank you awak. Walaupun saiz kasut awak besar, saya bantai jugak pakai kasut nie. Hahaha... :D Thank you yerpp!! :))


chak!! photogedik depan cermin cembung! aku nampak gemok lah! adesssss....



Next place, ke Colmar Tropicale French House. Pemandangan di sini memang cantik! Terdapat kawasan kediaman orang-orang Perancis. Struktur bangunan di situ sangat klasik. Macam real gile ade kat oversea kononnya. Look at the front gate. Jambatan atas tasik macam dalam cerita-cerita orang putih. Syok weh! Jakun abes la si Ezma nie. :)))


macam mana nak sebut ayat kat jam besar tu?? :P aku tak amik French masa kat sekolah dulu.





kalau ada kuda kat depan tu, aku bantai naik jer bawak lari balik rumah. hahaha.. :D



Ada 4 ekor angsa kat tasik ni. 2 ekor warna putih. 2 ekor lagi warna hitam. Aku mane lah pernah ada peluang nak tengok angsa dekat-dekat. Tapi gatal nak beranikan diri nak sentuh angsa tu. Kang dia geget tangan ko Ezma. Aihhh... Kurang mas kahwin aku nanti. Hahahha... :D



Hari tu panas gila. Aku pulak sengal habis pergi tertinggalkan payung kat Japanese Tea House tu. Vunguksss!! Ada rasa macam nak terjun kat kolam air pancut ni pon ado. Tapi kang kene saman pulak. Huhu.... Okelah, jom balik. Dah penat dah ni. Lapar pon ada. Makan kat KL je la. Sini mahal gila makanan dia. Macam kat Genting jugak. Aku ni student jer. Kene lah berjimat-jimat sikit.



Oke, sebelum balik jom amik gambar sama-sama. Ingat kamera kecik dulu je boleh buat macam ni. DSLR pon boleh. Menggeletar tangan aku pegang sebelah jer. IncikFAIZ, awak tolonglah pegang sekali. Adessss.... Auchakk!! Bye-bye semua. Sesiapa yang pernah pergi, kamu sangat beruntung lah. Kepada yang belum lagi, pergilah ke sana ya. Banyak lagi tempat menarik di Malaysia ni yang masih belum sempat aku terokai. So, Cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaa!!!!!! Pesanan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (^___^)v





p/s: err, aku ade bakat
jadi Menteri Pelancongan tak?? :P



Tolonglah bagi aku mencarut hari ni! Hanya pada entri ini sahaja! Please! Anonymous takde telor!

Assalamualaikum and Hello Readers!

Walaupun aku rasa macam nak mencarut, aku tak lupa untuk bagi salam and greet my lovely readers. Included YOU, ANONYMOUS BODOH!!! Pada ANONYMOUS yang BAIK, it's oke. You are welcomed come here anytime and anywhere. :)



Dua hari selepas aku join gathering kat Times Square, aku agak liat nak update blog. But then, I still have my own time to blogwalking and replying all my comments at the entries. As usual, aku akan reply komen dulu then baru terjah shoutbox aku. Sebenarnya, it such a been a long time aku tak dapat komen yang menghina dari ANON ni. Itu pon 'kawan' aku sendiri punya kerja then kantoi. Cehhh!! Kawan ke macam tu??? Tapi hanya aku tahu siapa. Takpelah, aku harap dia insaf. Mudah-mudahan........



Mula-mula si COKI ni komen "U R SO HOT!" . With the other name, JARORK ni komen lagi macam ni, "BAJET CANTIK LA KAU NI!!" dan "BONTOT KAU BESAR MASA MAIN BOWLING!!" What the &%#!!! Jangan tambah dosa aku yang sedia ada untuk mencarut kau! Aku tak sempat nak printscreen sebab terlalu bengang. And aku terus delete and ban IP Adress dia. Hey, apesal la kau pilih name ko COKI?? Aku dah lah suke makan COKI-COKI! Untuk pengetahuan kau, masa gathering hari tu, aku datang lambat. So, memang tak sempat la kan nak main bowling. So, bontot sapa yang kau tengok hari tu? Ke kau ni main petik je cerita bodoh kau?? Haaaaaa....KANTOI di situ!!!!! KAHKAHKAH!!



Aku cek IP Adress dia. 118.101.252.46 berasal dari Temerloh, Pahang. Adeeiiiiii... Jangan buat malu orang Pahang weh! Tak pasti la kan dia ni betul ke orang Pahang atau saja-saja tinggal sekejap kat Pahang ke. Entah la kan... Maybe cuti-cuti sekolah ni, dia balik kampung dia kat Pahang ke.. Kan??? Ye tak?? Atau mungkin dia memang orang Pahang. ANON yang takde telor ni memang bijak. Biasalah, nak jadi ANON mesti bijak. Dia bukak website aku tanpa datang dari mana-mana website lain. Dia terus bukak link URL blog aku. Then CLICK! Tapi kan takdelah bijak sangat! Sebab aku masih tahu kedudukan lokasi kau.




Oke, look at the both pictures above! Sekarang ada satu lagi watak lain iaitu eRjaz~ and one more as usual COKI. Kalau korang tengok IP Adress dua-dua mangkuk ayun ni sama jer. Cuma dia guna nama yang lain. Mula-mula kau puji aku kata "WOW, KIUTNYA!". Bluweeekkk!!! Hellooooo!! Listen here, aku tak hidup dengan pujian orang. And aku tak mati dengan kutukan orang oke! Second one, dia kata "KAKI CIDING JE LA MEK NI, ARAP MUKE AJE. BONTOT KECIK. TAK PADAN DGN BODY". Mesej ni aku tak delete oke. Still ada lagi kat shoutbox aku tu. Tapi IP Adress banned already! Part ni aku rasa nak gelak! KAHKAHKAHKAH!!!! Semalam kau kata bontot aku besar, sekarang kau nak kata bontot aku kecik pulak?? Aih, dah berubah fikiran ke?? HAKHAKHAK!!! :)))))))



Aku cek IP Adress dia pon still orang yang tinggal kat Pahang. Tapi kali ni area Bentong and Jerantut pulak. Hmm.... Tak serik kau ni kan ANON?? Aku dah banned IP Adress kau pon still ada hati nak bukak blog aku nie. Memang peminat aku nombor satu la kau ni. Terima kasih laha sudi datang blog aku. Kau datang jer, aku dapat duit taw. Thank you to Nuffnang. Makin meningkat lah duit aku dalam tu. Datang lah lagi yer... Seronok pulak main banned-banned IP Adress orang ni. Lepas tu, gelak-gelak sebab seronok tengok duit Nuffnang meningkat. :)))))




Aku meneruskan aktiviti blogwalking aku. Macam biasa, aku suka terjah blog YUYU ZULAIKHA ni. Salah satu sebab aku suke terjah kat sana sebab YUYU ni rajin komen blog aku. Plus, nama ZULAIKHA ni nama anak buah kesayangan aku. HEHEHE... :D Saje aku terjah shoutbox dia, tiba-tiba aku nampak komen yang kurang enak di situ. Aik, ayat "BAJET CANTIK" ni macam aku pernah kene. Eh, nama yang dia pon sama lah! Ape lagi, aku printscreen YUYU punya shoutbox ni. Aiiiii.... Memang kurang ajar la ni kan? Aku ingat aku sorang jer kene. Rupanya YUYU pon kene?? Atau ade lagi ke orang lain yang kene?? Meh sini bagitahu aku.


Ayat dia sama jer kat blog aku jugak. Memang sadis. Aku tak pasti perempuan atau lelaki ANON ni. Kalau lelaki, apa masalah kau hah? Jeles ke motifnya?? Tapi pasal apa?? Mungkin kau terngin jadi perempuan kot. Tapi rasa terancam sebab YUYU comel?? Tapi kalau perempuan, kemungkinan besar kau ni jeles. Banyak sebab lah kau nak jeles kan. YUYU comel and cun abes! No wonder oke. Ada tu pulak, mangkuk ayun ni guna nama YUYU sendiri kata dia bermekap tebal. Aih, jeles ke? Ke kau tak tahu nak mekap?? KAHKAHKAH!! :)))))))




Kenapalah kau nak kutuk kejadian yang TUHAN aku dah beri. Apakah TUHAN kau tak ajar ke?? Atau TUHAN kita sebenarnya sama je?? Hmmmm.... Taknak lah nak cakap konsep keTUHANan kat sini pulak kan. Aku memang bukan arif lah dalam bidang-bidang ni. Sejahil-jahil aku ni, aku masih tahu bahawa mana-mana agama menuntut umatnya supaya berbuat baik dan tidak menyakiti sesama umat. Apekah kau ni tiada pegangan agama?? Soal fizikal yang TUHAN bagi ni buat main-main wahai ANON. Silap haribulan terkene batang hidung sendiri. Kalau tak kene batang hidung kau, kemungkinan besar, pasangan hidup kau pulak ke yang berbontot besar.... Mana lah tahu kan.... Aku bersyukur aku masih ada bontot. Besar atau kecil aku peduli apa? Janji aku masih boleh membuang air besar dengan baik. Alhamdulillah. Macam pelik pulak la kan aku nak cakap pasal bontot and buang air besar. Maklumlah, aku tengah bengang. Semuanya keluar dari jari jemari aku ni. Laju jer aku tekan keyboard ni tau??


Aku yakin, kalau ANON yang tengah baca ni mesti PANASSSSS jer hati dia. Mesti jantung dia berdegup laju. Confirm!! Tak payah nak tipu la. Cube rasa dada kau, jantung berdegup laju kan?? Dup dap dup dap dup dap!!! :))))) Hey, ANON. Kau ingat aku takot ke dengan kau? Sikit calit pon tak kene pada diri aku dengan kata-kata kau okeh! Malah, kau buat aku rasa makin semangat nak tulis blog dan tayang muka yang kau kata BAJET CANTIK tu!! Aku rasa muka aku bukan aurat yang perlu di tutup. Ini fakta yang aku pernah belajar dari ustaz kat sekolah agama dulu. So, aku cuma nak bagi ucapan special untuk semua ANON yang secara tak langsung dah join club "AKULAH ANON YANG TAKDE TELOR" ni, ingat-ingat TUHAN sikit yer. Hidup kat dunia ni, TUHAN aku iaitu ALLAH SWT bayar cash jer segala perbuatan kita di dunia ni. Kalu bukan hari ni kau terkena, aku yakin esok lusa pasti kau terkena. Haaaaa....... Masa tu, janganlah kau terbayang-bayang wajah aku pulak ye bila kau dah terkena. Tapi aku yakin, mesti kau rasa macam nak mintak maaf kat orang-orang yang pernah kau sakitkan hati mereka. Di saat tu, barulah kau tahu langit tinggi atau rendah.


Oke, dah! Aku nak pergi sembahyang taubat! Banyak dosa aku mencarut kat sini... :(((




p/s : ampun maaf wahai readers.
aku bukan jenis orang yang suke mencarut.
tapi ANON ni memaksa aku buat macam ni.
mencarut puas-puas kat entri ni ajer.