Tips dan Petua : Rahsia Bedak Sejuk

Assalamualaikum and Hello Readers.

Hari ni aku nak share satu tips kecantikan untuk gadis-gadis yang membaca. Tapi kalau ada jejaka-jejaka yang membaca entry aku sekarang ni pon tetap boleh amalkan tips ni sebab petua yang aku nak share ni bergenre bebas. Hahaha =D


Guys, pernah tak pakai bedak sejuk? Bedak sejuk adalah hasil rendaman beras yang bertahun-tahun lamanya. Kemudian, ia akan diproses menjadi bentuk macam ala-ala Ferrero Rocher. Bedak sejuk ni merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya lebih baik pakai bedak sejuk ni. Dah la murah malah tiada bahan kimia macam produk yang selalu kita guna tu.



Banyak kelebihan bedak sejuk ni. Antaranya:

# Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
# Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
# Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
# Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
# Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
# Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.



Caranya cukup mudah. Selalunya orang akan guna air paip atau air suam untuk cairkan bedak sejuk. Boleh je guna air biasa. Tapi air paip ada klorin. Melainkan kalau rumah korang ada penapis tersendiri. Dulu aku guna air paip aje. Tapi bila bedak sejuk tu kering pada muka, habuk-habuk mudah tertanggal dan mengotorkan baju. Jadi, aku cadangkan apa kata kita gunakan Air Sari Mawar Putih dari Mustika Ratu sebagai pengganti air paip. Selain mewangikannya, bedak sejuk juga tidak mudah tertanggal dan kulit menjadi lebih lembap. Harga dalam sebotol RM6.90. Boleh jumpa di mana-mana kedai runcit atau toko jamu.



Haaaa... Lepas tu tepek la sedikit demi sedikit pada muka. Jangan sapu bedak sejuk pada kawasan atas mata kerana kulit pada mata merupakan kulit yang nipis. Selain itu, dikhuatiri habuk bedak sejuk jatuh dan memasuki mata. Bukan ke tu makin parah? Haha... =D Pantang larang yang aku boleh cipta sendiri sewaktu memakai bedak sejuk ni sama je macam pakai masker iaitu jangan menonton "Super Spontan". Hahaha =D Yela, nanti pecahlah bedak sejuk tu kannn.....



Ini ada satu lagi tips untuk aku kongsikan bersama. Petua ni aku dapat dari adik @eypgonzales di twitternya. Cuba gantikan air mawar tadi dengan perahan limau nipis. Buat masa ni aku belum cuba lagi sebab tak beli lagi limau nipis ni. Tapi aku akan cuba sebab katanya limau nipis dapat mengecutkan jerawat. Ohh, ini aku sangat suka dan bersetuju. Nanti nak ajak Emak pergi Tesco beli limau nipis sekilo. Hehehe =D


Can you see the difference?

Setelah beberapa lama aku amalkan bedak sejuk ni, aku baru sedar yang parut jerawat aku yang selama ini member dok kata aku macam kene demam campak dah hilang. Tapi ambil masa juga untuk aku keluarkan hasil sebab aku tak istiqomah dalam pemakaian bedak sejuk ni. Bila rasa nak pakai, baru teringat nak pakai. Kalau lupa, lupa terus sampai seminggu. Teruk betul aku ni. =,=" By the way, aku nak pesan sesuatu, janganlah cakap macam ni pulak nanti, "Muka dah cantik, tak payah nak makin cantik. Bersyukurlah apa yang ada!!" Memang betul. Tapi salah ke kalau kita menjaga dengan lebih baik lagi kulit yang ALLAH berikan. DIA juga sukakan pada kecantikan. Wallahualam.




p/s: sekali aku bersin, berterabur bedak sejuk atas lantai.
hahahahaha =D

Why I didn't watch any Korean drama?



I found this in Google.


Bukan benci.

Bukan tak minat.

Cuma takde perasaan.

Sebab setiap kali cuba untuk menonton drama atau filem Korea,
aku akan mudah rasa keliru.

Just like confusing.

"Eh, dia ni bukan yang tadi ke?" "Bukanlah, watak ni belum muncul lagi"

"Yang ni siapa pulak?" "Laaa, ni perempuan yang tadi tu la"

Aku sukar untuk mengesan dan mengenalpasti watak yang bermata sepet.

Ini bukan diskriminasi terhadap mereka yang bermata sepet ye.

Sometimes, mata macam mereka pon aku teringin nak buat. Hihi..

Sedangkan student Chinese dalam fakulti aku pon, aku tak ingat nama diorang. =,="

Untunglah kawan-kawan yang mempunyai ketajaman mata dan akal
untuk kenal watak-watak artis Korea ni.

Kesimpulannya, aku memang belum jadi fanatik K-Poppers! Korean drama.

*Updated: K-Pop ni in term of Korean band eh? Ke muzik Korea? I dunno!

Oke, my mistake. Change it to Korean drama.

Sekian. =,="




P/s: Macam mana nak pergi Korea,
kalau aku sendiri tak pandai tengok cerita Korea.

Someone please teach me how to watch it?
=(