Guys, please don't demand while seeking jobs.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah... Dan sejak masuk dalam bulan Ramadhan ini juga aku dikurniakan rezeki dari Allah yang amat-amat aku tunggu sejak dari dulu lagi. Pertama, aku sudah pun bekerja walaupun belum bergraduasi. Dan yang kedua adalah keputusan peperiksaan semester akhir aku yang agak memuaskan. Eh, tapi bukan lah 4 flat! :P


"Belum grad lagi, cepatnya si Ezma ni dapat kerja!"


Haihhh, janganlah cakap macam tu yee... Syukur sangat-sangat impian aku untuk bekerja dengan syarikat telco yang terbesar di Malaysia iaitu Celcom berjaya tercapai. Dulu masa latihan industri, aku ada mintak nak training di Celcom, tapi tidak berjaya. Sebaliknya aku cuma dapat buat praktikal di bangunan belakang Menara Celcom iaitu TM Training College. Dan, kali ini aku dapat jugak!




Buat fresh graduate yang masih lagi belum mendapat pekerjaan, aku nasihatkan agar anda jangan terlalu demand.

"Penat-penat aku amik degree, takkan kerja macam ni?"

Guys! Trust me! Jangan terlalu memilih dalam soal mencari kerjaya ni. Biar pun anda adalah pelajar lepasan ijazah sekali pon jika tiada pengalaman bekerja adalah mustahil untuk anda dapat seperti gaji yang anda mahukan. Ada banyak contoh penganggur di luar sana yang masih tidak mendapat pekerjaan hanya kerana mereka terlalu memilih. Zaman sekarang ni adalah mustahil untuk anda dapat apa yang anda inginkan sekiranya tidak bermula dari bawah.


Ada banyak agensi pengiklanan di internet seperti Jobstreet, JobsMalaysia, Mudah.my dan sebagainya yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya di luar sana. Hantarkan resume terbaik anda agar syarikat pengiklanan dapat menyesuaikan kerjaya terbaik untuk anda. ATAU paling terbaik, mungkin anda boleh hantar sendiri resume anda ke syarikat-syarikat yang ada. Mana tahu rezeki anda pada hari itu memang ada terpampang iklan "Walk-In interview". Haaaa!!



Memang tak dinafikan soal gaji mesti menjadi persoalan untuk mereka yang terlalu memilih ni. Tapi percayalah, soal gaji kadang-kadang bersifat sementara. Jika anda rajin dan menunjukkan prestasi kerjaya yang bagus syarikat akan menyerap masuk terus anda ke bahagian yang lain dan akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan. Apa yang penting adalah kesabaran anda untuk berada di peringkat bawah.

Entah kenapa sewaktu aku di-interview untuk bekerja dengan Celcom, aku teringat kata-kata salah seorang interviewer ni. Tapi cukuplah aku buat sebagai kesimpulan di bawah :

"Pihak Celcom tidak pernah buat open interview untuk orang luar kerana kos untuk training orang luar lebih mahal daripada kami mengambil orang dalam Celcom ini sendiri. Jadi, jika awak ingin menaiktaraf status anda, teruskan performance anda. Dan tahniah kerana awak tidak demand dalam memilih pekerjaan."

So, dari situ aku boleh berfikir.. Dari mana nak datangnya pengalaman bekerja kalau kita tidak bermula dari bawah? Jadi sahaja kuli terlebih dahulu untuk menikmati kehidupan lebih baik masa akan datang. TAPI, lainlah kalau CGPA anda 4.0 flat so anda di mohon untuk demand. HAHAHA!!! Faham maksud aku di situ?



p/s: duduk rumah lama-lama buat apa?
orang Nisemilan kato "Buek menghabehkan boreh jo"


Thanks for reading this. Best of luck kawan-kawan.


Aku bukan Artis!

Assalamualaikum and Hello Readers.


Entri kali ini lebih bernada serius. Sudah lama aku ingin taip entri seperti ini tetapi aku selalu fikirkan keburukan aku masa akan datang. Tetapi sampai bila aku hendak berdiam diri dan membiarkan orang-orang seperti aku kelihatan dianiaya. Aku hanya ingin berkongsi rasa sedih dan kecewa dalam hati ini yang tiada sesiapa pon yang tahu. Populariti ini ada banyak baik buruknya. Tetapi orang lain suka salah sangka.


Pernah tak orang lain memanggil anda dengan panggilan "artis", "retis" atau sehubungan dengannya? Aku tidak terkecuali. Anda bangga dan suka ke dengan panggilan tu? Adik-adik yang baru nak up mungkin akan gembira dan kembang hidung jika dipanggil sebegitu rupa. Tetapi bukan aku. Entah kenapa aku rasa panggilan itu lebih bernada sinis daripada keikhlasan dalam hati.


Correct me if I am wrong. Setahu aku artis ni merupakan insan seni yang muncul di kaca TV dan sering kedengaran di corong-corong radio. Hakikatnya tidak pernah pulak mana-mana TV pelawa aku untuk datang ke stesen TV atau radio mereka. Aku cuma blogger dan manusia biasa. Tetapi kenapa aku sering mendapat gelaran "artis" ni? Aku tak kata semua orang panggil aku begitu, tetapi segelintir manusia yang tidak faham akan erti "artis" itu sendiri.


RETIS BLOGGER! Apa "retis blogger"? Sejak bila wujud terma ni dalam dunia blogger? Ohhh!! Adakah disebabkan dunia seni ada artis, jadi dunia blogger pon kena ada artis? Mungkin mereka yang berjaya di panggil "retis blogger"? Apakah sudah tidak ada terma lain yang boleh digunakan untuk memanggil golongan seperti ini? Banyak soalan, tapi takda jawapan.


Sejak bila aku menjadi "retis blogger"? Ada nampak blog aku masuk mana-mana majalah? Ada nampak followers aku berpuluh-puluh ribu? Empat tahun aku berblogging, aku tidak pernah memujuk rayu blogger lain untuk follow blog aku. Takkan hanya sebab kita berkawan dengan mereka yang ada nama, kita pon dapat tempiasnya? Takkan sebab aku selalu mendapat berpuluh-puluh likes di Facebook, aku dah di panggil "artis"? Aku tekankan di sini, BERPULUH-PULUH likes! Bukan BERATUS-RATUS likes! Kenapa cetek sangat fikiran manusia zaman sekarang yang sewenang-wenangnya memanggil orang sebagai "retis". Pada pendapat aku, "retis" yang dimaksudkan ibarat mereka yang popular dan kini ingin demand dan kekwat atau sombong dengan title mereka. Kali ini aku pula akui kerana fikiran aku pula yang kolot. Asal jadi artis je mesti sombong. Ye tak? Tapi semua orang ke macam tu?



"Kau dah lain la Ezma. Wedding saudara/member pon tak pergi. Gathering pon tak pergi. Orang buat reunion pon tak pergi. Mentang-mentang dah jadi retis sekarang."

Yaaa...korang fikir aku kaya-raya boleh terbang ke sana ke mari dalam sekelip mata hanya untuk memenuhi hasrat hati orang lain. Aku masih ada tanggungjawab lain untuk aku tunaikan sebagai seorang pelajar di Perlis. Kini aku tidak lagi bergelar mahasiswa dan InsyaALLAH kalau korang buat apa-apa event insyaALLAH aku berusaha untuk hadirkan diri.


"Laaa... dah kata retis kan? Takkan tak kaya-raya?"

Aku dah kata aku bukan artis. Celah mana aku nak dapat duit? Dengan PTPTN pon aku masih berhutang. Denga Emak Ayah pon aku masih meminta. Tolonglahhh... Jangan panggil aku macam ni. Aku rasa orang lain pon tak suka dengan panggilan ni.



"Mentang-mentang dah jadi retis. Dah ada nama!
Suka-suka kau nak marah eh?"


Apakah aku tidak boleh ada rasa marah? Sedih? gembira? Hey, aku belum gila lagi nak marah orang suka-suka hati. Kalau orang dah buat salah, aku tegur pon tak jalan, takkan aku masih nak senyum lebar? Aku ni manusia biasa la. Aku bukan malaikat yang hakikatnya sungguh sempurna ciptaan Tuhan. Aku tetap ada perasaan gembira, sedih, marah, menangis dan sebagainya. Takkan aku hendak berpura-pura senyum atas setiap kesedihan yang berlaku. Dulu aku pernah ada kawan yang menelek setiap inci muka aku yang mengatakan aku berbangga dengan apa yang aku ada sekarang. Katanya wajah aku yang dahulu tidak sama dengan sekarang yang membuktikan aku tersangat-sangat bangga dengan apa yang aku miliki hari ini. Kalaulah kau tahu apa isi hati aku, pasti kau akan tarik balik kata-katamu.


"Orang yang berlagak retisss je yang selalu privatekan wall atau
offline chat Facebook ni"


See! Status ini aku pernah nampak di home Facebook aku. Dulu aku pernah privatekan wall sebab setiap aku approve orang, mesti orang tu akan promote barang yang mereka jual. Aku faham mereka ini jenis berniaga. Aku tak marah. Tapi dah kalau semua orang buat macam tu di wall Facebook aku, sehinggakan post aku sendiri jatuh ke bawah. Apa guna medan Facebook aku? Susah nak cakap dengan orang-orang yang tidak tahu hormat hak orang lain ni. Selain itu, aku privatekan wall sometimes kerana aku tidak mahu lagha kerana masa tu aku ingin fokus study untuk exam. Macamlah 24jam orang nak "SiPolan binti SiPilun posted on your wall" right? Memang bunyi tu bajet retis la kan? Tak kesah la. Orang lain faham apa aku sampaikan. Faham tak yang aku nak elakkan lagha. Online memanjang lama-lama di Facebook. Nak pulak kene melayan chat lelaki-lelaki yang tiba-tiba "hye" di chat Facebook. Bila aku membalas dikatanya, "Fuiyoooo... Retis online dan reply chat aku!!!". Bila aku mendiamkan diri, selang beberapa minit, "Jadi retis dah sekarang kan... Manalah nak reply chat kita". Kau faham sometimes aku rasa nak hempuk kepala sorang-sorang ke dinding.


"Ezma, kau kan femes! Retisss!! Meh la join aku program ini. Mesti ramai followers kau!"
"Tolong aku promote benda ni. Bla...Blaaa...Blaaaa"

Yang ini memang ramai. Tersangat-sangat ramaiiiiiiii tak terkata. Aku tak kesah dah kalau ada yang nak terasa jika membaca tentang ini. Ya ALLAH. Aku bersyukur atas kurniaanMu jika inilah yang Kau berikan. Hey, I have no problem la dengan segala jenis promosi sedangkan aku sendiri pon suka mempromote sesuatu. Tetapi dah kalau semua orang mintak tolong aku promote itu ini sampai aku tak terjawab untuk memberikan bantuan. Walau dengan kawan-kawan sendiri, aku perlu bersikap adil. Disebabkan aku tidak dapat membantu kawan-kawan aku untuk mempromosikan sesuatu, jadi untuk anda juga aku tidak dapat lakukan. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata @syamsidflymoo bahawasanya aku boleh buat duit dengan setiap promosi itu. Ada betulnya kata-kata dia ni. Dalam marketing pon mesti ada turun naik harga. Haih, tapi percayalah. Kalau aku jenis demand dan mata duitan dan mintak bayaran atas setiap yang aku promosikan, bukankah semakin ramai yang kata aku ni macam RETISSSSSS nanti?



Hakikatnya banyak lagi insiden dan perkara yang berlaku ke atas aku. Somestimes aku rasa seperti dipergunakan. Entahlah, mereka yang mengalami situasi yang sama seperti aku pasti akan turut merasakannya. Aku bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH berikan jika populariti ini adalah satu kurniaanNya. Tetapi aku ingin gunakan sebaiknya menurut syariat Islam. Setidak-tidaknya jika benar, aku boleh menjadi ikon yang terbaik untuk golongan remaja seperti aku berlandaskan Islam. Apa salahnya. Tetapi aku mohon dan aku berlutut depan anda semua. Janganlah panggil aku "ARTIS" atau "RETIS" lagi. Makan hati aku dibuatnya.


Usah memuji tinggi melangit kerana takut riak dan sombong menyelubungi diri.


Thanks for reading this. Aku memohon seribu kemaafan jika ada yang tersinggung mahupun terasa.

Irine Nadia Marcello & Vel Oliver's Wedding at Beseri Perlis

Assalammualaikum and Hello Readers. :)

Hari terakhir aku di Perlis, baru aku dapat merasa makan kenduri di negeri kecil lagi aman ni. Rezeki saat-saat akhir barangkali. So, let's go to Irine Nadia Marcello & Vel Oliver's wedding. It was held on 7th July 2012 at Beseri, Perlis. What a romantic wedding here. Hey, aku tersangat-sangatlah excited sebab this is my first time I met this well known blogger, Irine Nadia. =)


Muka pun menunjukkan betapa excitednya aku!


Irine Nadia and Mohd Amirul. Sama cantik, sama padan. Seriously! :)


What a beautiful pelamin. Eh, pelamin in English ape? Oh My English!! LOL!!


Acara memotong kek. it is blue color okeee!! Aku suka betul dengan tema warna wedding dia ni.
All is my faveret!



Aku datang ke wedding ni dengan Anith Shasha Chan with her friend, Mimi. Terima kasih Anith sebab tumpangkan kita untuk pergi wedding ni :) Kesian Anith! Dia nak sangat-sangat cupcake dalam kotak tu. Tapi tak dapat. At last, dapat yang bukan dalam kotak pon jadi la kan Anith. Hehehe =D


One big happy family. Hey, I saw CPM Honey Nurhaliza and Aizul Marcello over there. Segan gila nak tegur mereka. hahaha... Ape la kau Ezma... Rugi jeeee.........


Meja makan beradab. Eh, seriously, i love the color. Memang faveret aku kaler biru nie.


Aku: Hai Irine...!! Kenal tak siapa ni?
Irine: Kenalllll.... Ezmaliza.... Kak Ezmaliza kan?

Besar je suara Irine ni, tapi orangnya mak aihhh... Kiut sangat-sangat. Rasa nak pengsan Irine kenal aku. Ya right, I am one of her friends in Facebook. But I don't expect that she know me in million of her friends. Thanks Irine for this invitation. Excited tak habis lagi nie. =))


Alamak, Anith, jom berdiri dekat belakang. Heeee....

Haaa... Masa gambar ni, Anith dah duduk sebelah Irine dah. Eh, aku takkan nak duduk atas kerusi pengantin jugak? Aku masih kekalkan rekod untuk tidak duduk atas kerusi mana-mana pengantin atas pelamin sampailah aku duduk sendiri atas pelamin aku sendiri nanti. Wahhh, sampai sekarang rekod tu masih disimpan baik. Hahaha =D Ape pesen la kau ni Ezma?!


Kak Ayu Cinta and Irine Nadia. Arhh, cantik-cantik belaka.

Anith dah kene balik awal. Bye-bye Anith. Thanks a lot. See u again. Nasib baik masa ni Kak Ayu Cinta pon sampai dengan Wani. Boleh la aku tumpang dia balik kejap lagi. Heee.... =D


door gift


Present for Irine & Amirul from my BFF and me. Irine, she know you first before me.
So sad Ezma!


Me with Kak Ayu Cinta and Norshawani Yahya.


Lepas ni tak tahu bila nak jumpa kak Ayu ni. Hari terakhir aku di Perlis, nasib baik lah dapat jumpa orang yang banyak memberi aku ruang dan peluang untuk memperagakan koleksi tudungnya. Tapi, aku paling suka tengok kak Ayu dengan suaminya abang Faizal. Mereka ni kalau berborak, aku curik-curik dengar, aku sendiri yang gelak. Sangat-sangat sweet! =))

Ok, last but not least, sekalung tahniah buat adik Irine Nadia dan suami Mohd Amirul. Sepasang suami isteri yang bagai pinang di belah dua. Irine yang sangat comel dan suaminya yang kacak. Semoga kalian kekal bahagia sampai ke syurga. Barakallahumma..... Eh, aku perasan suami Irine ni ada rupa Engku Emran yang suami Erra Fazira tu. Hahaha =D Hasudah, jangan suka-suka nak menyamakan muka orang Ezma oiiii!! Oke-oke!! Bye..............

Thanks for reading this wedding entry.