Today E is not for Ezmaliza. But E is for Engagement Day.

Assalamualaikum and Hello Readers.


Seminggu yang lepas, adik aku Ezam kahwin. Ehem-ehem, so tak aci la. Aku nak kahwin jugak. Eh, tapi aku belum nak kahwin lagi. Hanya mengikat tali pertunangan dengan Encik Faiz. Selama 5 tahun perkenalan aku dengan dia sejak zaman matrikulasi, baru hari ini nak mengikat tali pertunangan. Hehehe.. Berapa lama usia perkenalan itu tidak menjadi soal. Orang lain baru kenal sebulan dua pon boleh bertunang dan berkahwin. Okeh, sudah cukup sudah! Aku nak cerita pasal Majlis Pertunangan aku ni. Let's gooo!!


Mini pelamin. Dah macam pelamin nak menikah je aku rasa.

Inilah mini pelamin pertunangan aku. Hasil sentuhan kreatif Kak Zura. Sehari sebelum majlis, semua sofa dan rak TV dikeluarkan. Entah kat rumah jiran mana entah Emak aku sumbat sofa-sofa tu. Hari Jumaat tu aku masih bekerja. Bila balik je rumah petang tu, aku bukak pintu rumah, aku rasa macammmm...... "Wow!! Deco bersama Eric datang rumah aku ke hape ni??" Hahaha... Aku berpuas hati gila dengan mini dais ni. Kebanyakkan barang-barangnya macam kain tirai, lampu dan bunga-bunga hiasan tu aku pinjam dari Kak Erna. Nasib baik dia suggest suruh pinjam je dari dia. Uishhh, jimat perbelanjaan aku. Selebihnya pentas, alas pentas, jambangan bunga semuanya guna pakai semula masa majlis pernikahan adik aku minggu lepas. Aku dengan Susie memang ngam! Sebulan sebelum majlis, asyik Whatsapp je bincang pasal majlis masing-masing. So, aku cuma beli sportlight dengan tirai putih dari Ikea.


Nak ikutkan hati, aku memang taknak buat pelamin bagai ni. Leceh! Selalunya orang sarung cincin dalam bilik. Tapi aku taknak orang masuk bilik. Bilik aku comel je wehhh... Kang masuk ramai-ramai, habis sesak nafas dibuatnya. Bak kata adik aku, Ezam. Kipas bilik aku dah buat bunyi macam Angry Bird. Kohaja je aku rasa! Grrr!! Jadi, nak taknak, aku wujudkan jugak la mini pelamin ni. Kenangannnn!!


Ini adalah 7 dulang hantaran dari aku untuk Encik Faiz. Temanya hijau and gold.

Aku dengan Encik Faiz bersepakat untuk buat hantaran dulang sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang. Antara hantaran yang aku berikan adalah cincin pertunangan lelaki dari Diamoney, sepasang kain untuk dibuat baju Melayu untuk menikah nanti, sehelai kain pelikat, sehelai tuala yang di tempah sulam untuk nama aku dan Encik Faiz, wajik buatan Emak, sejambak Ferrero Rocher dan Homemade Cookies with Famous Amos yang dalam tin serta biskut-biskut lain. Hiasan hantaran semuanya dibuat oleh keluarga sendiri. 2 hari 2 malam Emak menggubah sepasang kain untuk dibuat bentuk bunga. Kejap-kejap terbukak! Hahaha :D Kesian Emak.


Hantaran 5 dulang dari pihak Encik Faiz.

Mereka mengenakan tema berwarna pink untuk hantaran kepada aku. Antara barang-barangnya, sebentuk cincin pertunangan dengan sireh junjung, sepasang kain satin dan lace untuk dibuat baju nikah, sepasang kain baju kurung berserta tudung, sehelai sejadah dan pulut kuning dicucuk dengan bunga telur. Aku tak rasa Encik Faiz yang menggubah hantaran ni. Pasal tangan dia bukan tangan kreatif sangat. Hehehehe :D Sorry tunang saya. Saya sengaja.... :P


Rombongan pihak lelaki sampai dalam jam 12 tengahari. Encik Faiz kata 10 biji kereta datang ke teratak aku. Mak oii.. ramainya saudara mara dia. Makinlah berdebar jantung aku masa tu. Berlari aku masuk bilik bila Encik Faiz message kata dah sampai depan rumah. Dalam bilik, aku tak senang duduk. Fatin dengan Amira temankan aku. Ili pulak aku arahkan jadi tukang amik gambar untuk kamera aku. Sekejap-sekejap dia masuk bilik untuk beritahu keadaan di luar semuanya terkawal. Hahahaa :D 


 Abaya! Encik Faiz kata dia nak warna peach. Ok, nah peach color. Hehe..

Make up by Ili Dalila. Memang aku senang kalau kawan baik sendiri yang mekapkan. Kali ni dia tonyoh muka aku baik-baik aje. Selalunya masa kat UniMAP dulu, kalau ada photoshoot, dia tak bagi aku baring kalau nak mekap. "Amboi Ezma, aku penat mekap, kau tidur je kan? Ahhh, takde! Bangun!!". Sakit je hati aku dengan minah ni. Hahahaha :D Eleh, konon katanya today is one of my big day. So, tak mengapalahhh... Foine! Thanks Ili.... Girls di area Lembah Klang boleh contact dia di Facebook (SINI) beliau untuk dapatkan khidmat andaman okay? Gerenti murah. Tapi get ready la untuk ditonyoh! Hehehe :D



Entah apa yang mereka di luar sana bincangkan aku pon tak tahu buah butirnya. Nantilah aku nak korek cerita dari Encik Faiz. Kalau dia pon tak tahu apa-apa jugak, SAH dia angau. Tak pun berangan! Hahaha :D Padahal dia pon datang. Emak aku kata yang lelakinya tak payah datang. Dia nak jugakkk..... Hahaha :D Adat orang Kelantan agaknya. Aku bukan tahu sangat. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh Emak. "Dah, jomlah keluar..." Haaa...masa tu menggelabah kau... Bila keluar aku nampak orang ramai sangatttt... Ya Allah... Tak sanggup aku nak pandang. Segan ya amat! Tunduk setunduk yang boleh aku berjalan menuju ke pelamin. Dan kemudian Ma Encik Faiz melakukan upcara menyarung cincin ke jari manis aku. Alhamdulillah.... Terima kasih Ma... Eh, belum boleh panggil Ma lagi... Hahaha :D



Kemudian upacara sarung cincin untuk Encik Faiz pulak. Masa ni, aku tak tahu Ayah pergi mana. Rupanya Ayah lari masuk bilik bila Emak panggil aku keluar untuk sarung cincin. Lama jugak tetamu tunggu Ayah. Bila Ayah keluar, aku nampak mata Ayah bengkak menangis. Emak cakap, Ayah sebak dan sedih sangat aku hampir di ambil orang. Ya Allah... Ayahhhh.... Kakak baru bertunang je ni... Nanti kalau nikah nanti macam mana laaa.... Yeee.... iyeee!! I know, I am Daddy's daughter. Hehehe :D


Nah amik sikit gambar untuk menjamu mata.....

Emakkk!! Tak rugi Emak beli carpet ni Mak. Kakak rasa macam rumput tumbuh dalam rumahhh!!



Awak nak sedondon kan? Dah...ni dia.... Jubah abaya ni di beli di Jalan TAR saja. Disebabkan Encik Faiz dah ada baju melayu peach, cuma nak beli baju tunang aku sajalah. Payah gila nak cari warna peach yang sama dengan baju Melayu Encik Faiz ni. Mulanya aku cuma nak pakai baju kurung chiffon yang selalu orang pakai tu.. Tapi kalau nak lain sikit, aku nak cari yang ada perincian manik dan labuci pada hujung lengan dan badan. TAPI, payah gila nak jumpa. Last sekali, aku decide dengan Encik Faiz, "Kalau susah sangat kita nak pakai jubah je la. Susah la nak cari. Nak patah pinggang pusing-pusing Jalan TAR ni". Dia ni OK saja. Hehehe :D Halfmoon shawl pon dari Jalan TAR jugak. Femes kau Jalan TAR kali ni......



Cincin pertunangan Encik Faiz dibeli di Diamoney, Semua House. It is Palladium. Survey cincin lelaki ni payah jugak. Kene berhati-hati. Mula-mula Encik Faiz cakap dia nak pakai cincin suasa tapi make sure batu tenggelam. Taknak yang jenis timbul. Survey punya survey, ramai akak-akak kedai emas cakap cincin suasa ni ada sedikit kandungan emas. Memang aku ada survey pasal cincin suasa ni. Kakak kedai emas tu cakap bergantung pada negeri jugak. Ada negeri yang boleh pakai cincin suasa yang ada emas ni. Heyyy, siapa ajar kau? Kalau dah emas namanya, memang haram lelaki pakai. Amboi kak, kot ye nak suruh orang beli, janganlah ketepikan soal halal haram. Walaupun kandungannya hanya 1%. Jadi, hati-hati sewaktu memilih cincin untuk lelaki. Silalah google pasal kandungan cincin suasa ni. Memang ada kandungan emas.



Me with pengantin baru. Thank you sebab tolong majlis Kakak. Tolong hias pelamin. Tolong belikan barang. Tolong kemas rumah. Tolong jaga lauk. Tolong cedok lauk. Tolong basuh pinggan. Eh, thank you for everything la. Hehehe... Giliran Kakak pulak nak ikut jejak langkah adik sendiri. I can't imagine bila Ezam dan Susie ada baby nanti. Hehehehe :D



Thank you Masz and Hazanah sebab sudi datang. Sorang lagi tak dapat datang, Fadilah. Katanya kene kerja. Ohh, mereka ini adalah sahabat baik aku sewaktu sekolah rendah sampai Tingkatan 3. So sad both of you kena balik awal sebab Hazanah ada kelas. Anyway, sangat dihargai kedatangan tuan hamba berdua. Hehehe :D



Adegan candid dari kawan-kawan baik. Dari kiri : Amirah (kawan Fatin), Fatin Izyan (kawan baik aku masa matrikulasi), Aku, Hani Fadzuin (kawan baik di SEMASHUR Tingkatan 4-5) dan Ili Dalila (kawan baik di UniMAP). Aku sangat-sangat terharu mereka sudi datang memeriahkan majlis. You girls memang sporting habis!! Nanti aku kahwin, jadi bridesmaid I okay? :D Hehehe...



Tetamu yang lewat sampai! Kak Hyerda de cousin. Nasib baik tak sesat dari Shah Alam ye. Terima kasih la Hyerda's housemate sebab sudi bawak dia sampai ke rumah kita. Dia ni kecik molek yang tak tahu jalan langsung. Hahaha :D Thanks for coming kak Hyerda. Rajin-rajinlah singgah kalau dah tahu jalan tu.... :D


Untuk majlis hari tu, Encik Faiz mintak kawan sekampungnya untuk jadi official photographer. Boleh tahan jugak hasil kerjanya. Cuma aku pulak yang tak pandai nak berposing bila depan kamera dia. Hahaha :D Sebab aku tak biasa. Aduhhh...payah jugak ni... Nak taknak, aku cuba jugak senyum sehabis mungkin. Boleh tahan murah jugak dia punya service. Gambar pon sangat nice. Tapi agaknya bila dengan kawan-kawan boleh dapat murah sikit kot? Ke free terus eh Encik Faiz? Hahaha :D Again, banyak cantik nak free! Amik gambar sendiri laaaa!!! Hehehe.. Boleh contact beliau seperti di bawah. 

Facebook | Redzuan Azis
Fanpage Facebook | Pixelated Design


Layan je la gambar dari OP. No caption. Hehehe....










Setakat ini sahajalah dapat aku ceritakan dalam blog kesayangan. Kami belum tahu lagi bila tarikh pernikahan dan persandingan. Tapi yang pasti akan di buat sebelum musim Haji tahun depan. Hajat Ma Abah Encik Faiz hendak dilangsungkan sebelum mereka ke Tanah Suci. Ya Allah, semoga urusan kami dipermudahkan. Kalau boleh aku memang nak kahwin cepat-cepat. Sebab aku akan selalu outstation berkaitan dengan kerja. Kalau boleh aku mahu ada lelaki yang halal di sisi yang boleh menemani aku nanti.


Aku bagi pihak keluarga memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan. Makanan tak sedap ke, tak dapat doorgift ke, pinggan tak cukup ke, rumah sempit atau kurang selesa ke, semua-semualah. Maafkan kami. Apa pon, keluarga kami sangat gembira menerima tetamu yang hadir. Keluarga dan sanak saudara Encik Faiz, kawan-kawan aku, jiran tetangga dan sebagainya. Terima kasih banyak aku ucapkan. Doakan supaya urusan kami dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin..........




Thanks for reading this long loonggggg entry!

Zaman Sekolah Rendah : Tudung Bulat dan Surat Cinta


Terlalu rindu aku dengan zaman persekolahan. Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang menjadi satu kenangan manis dan mustahil untuk aku lupakan. Meh sini aku nak cerita kisah aku masa zaman persekolahan. Masa kat sekolah rendah, aku selalu di panggil "Bulat". Sebab aku suka pakai tudung bulat. Betul-betul bulat! Selagi tak bulat, selagi tu aku tak berganjak dari cermin solek. Lagi pulak, masa sekolah rendah aku seorang pengawas yang berdedikasi. Gitu kaaauuu! Aku sangat garang. Entah, kawan aku cakap aku garang. Eh, mestilah! Jadi pengawas kene la garang. Mind set aku masa sekolah rendah laaa... 


So, sebagai seorang pengawas, aku tak boleh buat salah. Kalau tak, nanti aku takkan di hormati. Dari Darjah 3 sampai Darjah 6 aku merupakan pengawas sekolah. Bila cikgu-cikgu sekolah bermesyuarat, semua pengawas di arahkan untuk bertugas menjaga kelas jagaan masing-masing. Kalau aku nak jaga kelas, aku nak jaga kelas yang dah siap sedia ada bulu rotan. Senang! Kalau budak-budak bising, aku nak libas bulu rotan atas meja. Wahhh, garang uolls!


Masa kat sekolah aku bukanlah budak pandai sangat. Paling pemalas subjek Matematik. Aku benci gila topik "Tolak" dengan "Pecahan". Soalan exam ni kan suka sangat bagi soalan "Tolak" yang aku pinjam dengan angka sebelah. Aku memang bodoh gila masa tu. Penah sekali aku pinjam jam tangan member yang ada kalkulator. Apa lagi, aku kira matematik guna jam tangan kalkulator you olls. Mampus aku kalau mak aku tahu aku meniru masa ujian fasa bulanan. Hahahaha :D


Darjah 6 merupakan tahun peperiksaan UPSR. Aku masih ingat, cikgu-cikgu aku gigih buat bank soalan, kelas malam, latih tubi etc. Macam nak muntah aku jawab soalan matematik beribu-ribu soalan untuk satu malam. Buku latihan matematik tu tak payah cakap la. Tebaiii nak mampus. Lepas habis satu, aku stapler dengan buku baru. Hujung tahun sampai 5 keping buku berstapler dan ade 3 set. Memang mujarab hasil ajaran Cikgu Anuar Sadat, cikgu matematik aku. Kata orang, cikgu paling garang. Dia panggil aku, "Esmony". Kuasam punya cikgu. Sebab masa tu femes iklan aiskrim Esmony.


Sampailah satu hari, aku dipanggil Guru Disiplin yakni Guru Bahasa Inggeris aku gak. Aku masih ingat nama dia. Puan Hanisah Othman. Haaa... yang ni sah memang cikgu garang. Kalau aku pandang dia, badan aku seram sejuk. Dia panggil aku kat bilik guru. Aku masih ingat dialog ni.


Puan Hanisah : Ezmaliza! Awak adalah prefect. Awak tahu apa kesalahan awak?
Aku : Haaa?? (aku dok pikiaq punya pikiaq) Agaknya sebab  saya bawak pensel Shaker. (masa tu sekolah aku mengharamkan pensel tekan. eh, pensel mekanikal kononnya)
Puan Hanisah : Awak bawak pensel Shaker? Nooo!! Bukan itu. Saya dah rampas surat cinta awak dengan budak lelaki ni.
Aku : Haaaaaaaa??? ( kali ni mulut aku terlopong)


Aku seorang pengawas. Mana mungkin aku ada berbalas surat cinta dengan budak lelaki. Bila aku tengok surat tu, aku yakin itu bukan tulisan aku. Sampai hati ada orang menyamar jadi aku untuk balas surat cinta budak laki tu. Tapi masa tu aku tak berpeluang untuk defend diri aku. Sebab aku terkedu. Yang kesiannya, mesti budak laki tu ingat aku yang balas surat tu. 


Daripada kes ini lah, aku selalu dijadikan bahan kalau Puan Hanisah tu berucap sewaktu perhimpunan Isnin. Memang la dia tak sebut nama aku. Tapi mesti sikit-sikit dia cakap, "You all semua masih belajar. So, tak payah nak berBUAYA-friend dan ber-GILA-friend sangat ye." Maksudnya toksah nak berboifren and bergirlfren sangat lah time-time study ni. Cehs!! Masa tu aku jadi down gila. Setiap kali pergi sekolah mesti aku rasa berat hati taknak pergi sekolah. Setiap kali kene perli dalam kelas, aku menyumpah-nyumpah dalam hati rasa nak saman je Puan Hanisah masa tu. Ye laaa... Dia malukan aku satu sekolah padahal bukan aku yang tulis surat cinta tu. (ni kalau cikgu aku ke atau sanak saudara dia baca ke, aku tak dulik dah. tolong la bagitahu dia yang aku tak bersalah) hehehehe


Disebabkan itu, setiap kali kelas Bahasa Inggeris aku mesti tunduk je. Memang langsung tak fokus. Dah tentu-tentu aku dungu cakap omputeh masa tu. Sepatah haram aku tak paham apa dia berceloteh kat depan kelas. Tambah pulak dia asyik dok perli-perli aku. Last-last masa keputusan UPSR keluar, subjek Bahasa Inggeris jugak yang aku tak dapat score. I got 4A 1B. English la yang dapat B tuh! Nak apply sekolah asrama penuh pon tak layak jugak ni.

Masa tu aku fikir nak cepat-cepat berambus dari sekolah tu. It just like a nightmare kalau lalu atau terpandang sekolah itu. Sampai sekarang aku masih tak tahu siapa yang menyamar jadi aku. Tak pasal-pasal nama aku busuk dek kerana rampasan surat cinta. 


TAPI, ada hikmahnya yang berlaku. Bila aku rasa down sangat, aku jadi kental untuk terus diam dan fokus untuk belajar subjek selain dari Bahasa Inggeris. Memang aku jadi pelajar yang pendiam dan bukan lagi ceria macam biasa. Sampai sekolah terus bukak buku. Takde nak merayap pergi singgah mana-mana kelas kawan yang lain. Balik rumah pon jadi pendiam. Buku je la tempat aku nak melupakan masalah. Sebodoh-bodoh aku jawab matematik, akhirnya berjaya jugak aku perolehi A. Subjek Sains yang membencikan pon aku boleh score A. Sah, ini penangan dari kes surat cinta itu jugak. 


Hari ini, aku tidak lagi benci sekolah itu. Tapi sebaliknya aku rindu. Dalam semua kehidupan zaman sekolah rendah aku, tak semuanya pahit. Ada jugak yang manis. Alaaa... zaman budak-budak. Paling seronok pergi kedai buku sekolah. Aku tak paham kenapa setiap kali rehat mesti singgah kedai buku dan beli pemadam bendera. Lama-lama penuh beg aku dengan pemadam bendera. Tapi sebelum beli pemadam, aku akan tenung lama-lama pensel shaker yang dijual. Dalam hati aku, Emak mesti takkan bagi duit RM17 untuk sebatang pensel shaker ni. Tetttttttttt!!!


Sekian. Entri takde gambar. Sekadar melepaskan kenangan rindu zaman sekolah rendah. Esok lusa aku update pasal kenangan sekolah menengah pulak ye. Uii...zaman cinta monyet tuuuu....... :P

Walimatulurus : Ezam & Susie

Assalamualaikum and Hello Readers.

Syukur Alhamdulillah, tanggal 11 December 2012, adik lelaki aku, Ezam selamat di ijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Susie. 

Tok Kadi : Ezam bin Embok Zrik!
Ezam : Yaaa! (kuat dan jelas kedengaran)
Tok Kadi : Aku nikahkan akan dikau dengan Susilanensi binti Sije dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.
Ezam : Aku terima nikah Susilanensi binti Sije dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.
Tok Kadi : Sah?? (sambil pandang kiri kanan melihat saksi)
Saksi : Sah!!!

Alhamdulillahhhhh.................


Masa tu baik aku, Emak, dan Angah semuanya mengalirkan air mata. Entah kenapa, adik bongsu kesayangan keluarga kini sah bergelar suami orang. Macam tak percaya. Mahunya tidak. Aku rasa macam dia belum cukup dewasa untuk memikul tanggungjawab itu. Tekaan aku silap. Ezam berusia 22 tahun. Pada aku dia lebih bijak memilih jalan yang mana yang terbaik buatnya.


Usah di tanya kakaknya bila lagi. Aku akan jawab lain tahun nanti. Hahaha :D Adik aku dah lama bekerja. Jadi, dah tentu dia mempunyai pendapatan sendiri yang cukup untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tidak sama kes nya dengan aku. Baru beberapa bulan bekerja. Manakan cukup nak kahwin. Takpe, orang kata kalau kita nak mendirikan masjid, pasti ada rezeki yang Allah beri. InsyaALLAH. Aminnnnn........


acara membatalkan air sembahyang



mini pelamin pon adik ipar aku buat sendiri. good job adik ipar! hehehe


terima kasih Encik Faiz sudi datang :)

kecik-kecik dulu, 3 orang berderet-deret jalan sama-sama. berebut mainan sama-sama. 
dari kiri : Ershad Embok Zrik, Ezmaliza Embok Zrik, Ezam Embok Zrik


Maka, pada 15 December 2012 berlangsunglah majlis persandingan Ezam dan Susie di rumah pengantin perempuan di Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Kami sekeluarga sepakat mengenakan tema warna merah untuk majlis kali ini. Beberapa bulan sebelum majlis, Emak sibuk mencari baju melayu merah dan kain untuk dibuat baju kurung. Luckily my mom was a best tailor!

saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang turut sama menghantar pengantin lelaki

adik aku tinggi macam galah. sama macam Along aku. makan coco crunch agaknya dorang ni.

theme: gold green

giliran Emak menepung tawar pengantin


Now my turn. aku main campak-campak je bunga rampai tu kat pengantin. Dalam hati nak campak kuat-kuat. Tapi adik aku bisik, "kakak ni jahat la. suka rosakkan majlis." "Ah, biar la! Dulik apa kakak!" Hehehe. Naik pelamin jugak kau Zam. Bangga kakak dengan kau.

kalau makan beradab, udang dicucuk dengan lidi kalau takde memang taksah kan? lauk pengantin semua kitorang kebas. walhal tak duduk pon kat meja makan beradab. buruk noh perangai. ngeee :D

the siblings, cousins (Mamat, Eman, and Kak Hyerda) and nephew (Eizad Eizhan and Eizad Erfan)

Along, Emak, Ezam, Susie, Kakak, Angah

Encik Faiz, bila kita nak naik pelamin? Tahun depan kah? Dua tahun depan kah? 

Jarang aku nak pakai warna merah. Anyway, thanks Farhana Norsham for this halfmoon shawls. Ada rezeki lebih, kita nak lagi. Yeayy, promot ni. Untung-untung boleh dapat free. Muahaha... Weh, tak weh! Aku gurau je tu... Orang nak meniaga, kau suka-suka nak free! Beli la sendiri! Hehehe......

My cutest cousin, Kak Hyerda. Kecil molek orangnya. Thanks for coming kak Hyerda.

Meriah!

Muhammad Eizad Eizhan and Muhammad Eizad Erfan. The Anak Jantan Along's.

Pakaian untuk upacara potong kek. How sweet both of you. White color you olls.

I love you Family! 

Haa!! Apesal pandang kita macam tu? Motif? Jeles eh! Hehehehe...


The hantaran's! Most of the hantaran dibuat oleh Emak dan Kak Zura. Sangat-sangat cantik dan pening kepala nak menghiasnya. Aku memang tak sempat sangat la nak menolong dek kerana aku kerja. Bila berlangsung majlis perkahwinan ni, aku rasa mereka yang kreatif mampu menjana pendapatan dengan mengambil upah untuk hantaran. Fuhhh, memang bukan aku laaaaa........

Anyway, aku tak larat nak taip panjang-panjang. Cukuplah sekadar gambar je berderet-deret sampai cecah lantai. Nak pilih gambar pon berpinar bijik mata. Inikan pulak nak suruh aku menaip lagi. Urghhh... Janji aku sempat abadikan kenangan manis keluarga aku dalam blog kesayangan ni. 

Till then, thank you so much to all saudara mara, jiran-jiran dan sahabat handai yang sudi datang memeriahkan majlis. Aku wakil untuk semua pihak mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dalam majlis ini. Kot la ada makanan yang tidak cukup, tidak sedap, pinggan tak cukup ke, goodies bag lupa nak beri ke, bunga telur ada yang tak dapat ke. Mohon maaf semua ya. Mana yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari pihak kami sendiri.

Again, tahniah Ezam dan Susie. Jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi sampai hujung nyawa. Sentiasalah bersabar dalam menjalani kehidupan bersama. Susie, jaga adik kita baik-baik ye. :) Wah, ucapan aku macam la aku tahu rasa perkahwinan tu macam mana. Alaaa... tapi ucapan tu cliche la kan?



Thanks for reading this longggg entry. :)

November's big event

Assalamualaikum and Hello Readers. :)

Hari ni 30 November bersamaan hari terakhir dalam bulan November tahun 2012. Ohh, banyak sangat event besar berlaku sepanjang my November ni. Ala-ala sweet November gitu. Aku takkan lupa untuk abadikan segala peristiwa manis yang berlaku di bulan November ini dalam blog kesayangan. Gambar pon dah nampak kan? So, mari kita skrol down satu persatu.


MAJLIS MERISIK 24 NOVEMBER 2012

 
Hari Sabtu lepas bersamaan 24 November, keluarga Encik Faiz telah datang ke teratak usang aku di Ampang. Hahaha :D Gituuuu..... kononnya ada majlis merisik. Tapi entah kenapa aku rasa dah macam nak bertunang pon ada. Hehehe :D Family Encik Faiz memang sporting. Nenek, Ma, Abah, Kak Long, Kak Ngah sekeluarga, Dikmi, dan Ibu Saudara Encik Faiz semua datang. Meriah you ollsss...

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan keluarga belah Encik Faiz. Abah Encik Faiz sendiri jadi tukang cakap. Penuh adat dan sopan santun masa aku mendengar Abah dia bercakap. Abah dia perkenalkan sorang demi sorang ahli keluarga Encik Faiz yang datang. Aku duduk disebalik dinding je. Segan yaaa amaaaatttt!!


Upacara sarung cincin merisik. Ni adalah nenda Encik Faiz. Aku tengok dia masih kuat lagi. Kalau nenda aku dah tak larat berjalan dah. Haaa... lelaki sebelah aku pula adalah Encik Ayah. Hai Ayahhh!! Sewaktu nenda Encik Faiz menyarungkan cincin, tangan aku masa tu sejuk gila. Dalam hati aku meronta, sekarang ke kena sarung cincin?? Esok-esok tak boleh ke?? Hahaha :D


 
Hari tu, Emak lah orang paling sibuk. Maklumlah, nak terima menantu. Eh? Hahahah :D Takdelah... Emak dari mula memasak pada semalamnya lagi. Kalau you olls nak tahu, Emak aku memang pandai masak. Main campak-campak je dalam kuali pon dah menjadi. Menu kami hari tu, nasi putih, ayam rendang, ikan bawal masak kicap, sayur kobis masak lemak, salad telur, sambal belacan dan kuih muih. Emak aku memang paling semangat la senang cerita. Seminggu sebelum majlis, dia punya sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Sana dia kemas. Sini dia susun. Sana dia gubah. Sini dia alih. Aku balik kerja je, aku rasa macam Deco Bersama Eric dah datang rumah aku. Hahahaha :D Saaaayyyaaannnggg Emakkk!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UITM AHMAD FAIZ MUSTAQIM 
27 NOVEMBER 2012

  
Peristiwa bersejarah yang kedua dalam bulan November ni pulak adalah Majlis Konvokesyen bakal tunang saya, Encik Ahmad Faiz Mustaqim bin Mohd Noor. Syukur Alhamdulillah, walaupun kebanyakan universiti lain semuanya selesai dengan majlis konvokesyennya. UiTM agak lewat sikit berbanding yang lain. Berkonvo jugak awak ye Encik Faiz... Hehehe :D 



Alhamdulillah, kini giliran Encik Faiz pula memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam. Tahniah Encik Faiz. Saya berbangga dengan kejayaan awak. Pasti Ma dengan Abah bangga dengan awak jugak. Akhirnya penat lelah usaha kita membuahkan hasil. Inilah hadiah untuk ibubapa kita yang selama ni bertungkus lumus menyekolahkan anak-anak.



Kini, kami berdua sudah bergraduasi. Syukur sekali pada Allah kerana kami sudah pun bekerja sebelum berkonvo. Hari ini Encik Faiz adalah seorang engineer di sebuah kilang kamera di Shah Alam iaitu Canon Opto (M) Sdn. Bhd. Hehehe.. Bolehlah aku mintak dia bagi sebijik kamera Canon untuk hantaran nanti. Hahahaha :D Dan aku pula kini bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat komunikasi di Plaza Sentral, KL iaitu di SMART Digital International Sdn Bhd. Syarikat aku lebih pada bahagian fiber optic la. So, takkan nak bagi fiber optic sebagai hantaran Encik Faiz pulak kan? Nak buek apo dongan fiber optic den?! Sorry yo! Hehe :D




p/s: haaaa... Ezma, agak-agak bulan 
December ni ada big event tak? :P