|| Faeizma Wedding || 25 Mei 2013 - Majlis Kesyukuran dan Majlis Menyambut Menantu

Assalamualaikum and Hello my lovely readers.


Entry kali ni, aku malas nak taip panjang-panjang. Cukuplah baca caption saja. Okay, majlis sambut menantu atau majlis bertandang aku diadakan di rumah suami aku sendiri di Taman Sri Indah, Machang, Kelantan pada 25 Mei 2013. Biasanya orang Kelantan akan ada 2 jenis kenduri, iaitu Kenduri Kesyukuran  atau Walimatul Urus. Dua jenis majlis ini berbeza. Jika Walimatul Urus, tetamu yang datang menghulurkan duit, pihak tuan rumah akan terima. Tetapi jika majlis kenduri kesyukuran, pihak tuan rumah hanya mengadakan majlis jamuan makan tanpa mengharapkan wang yang dihulur oleh para tetamu. Correct me if I'm wrong ya Kelantanese. Kikiki =D


Tema Oren dan Silver menghiasi perkarangan rumah Faiz.





Sementara itu, aku tinggal di homestay bersama keluarga. Aku mengambil keputusan untuk make up sendiri sewaktu majlis bertandang. Sebab aku rasa dua-dua majlis aku yang lepas iaitu Akad Nikah dan Bersanding, muka aku nampak lain sangat-sangat. Sometimes, aku rasa bukan Ezmaliza. Tapi orang yang melihat semua cakap mekap cantik. Mungkin perasaan aku saja kot. Plus, aku sendiri mahu jimatkan duit untuk elak dari membayar mak andam yang beratus-ratus tu. So, berbekalkan pengalaman mekap sewaktu photoshoot suatu ketika dulu, aku gunakan semula sewaktu majlis bertandang. 

Aku gunakan naturactor sebagai foundation, compact powder dari IN2IT, eye-shadow dari Silky Girl, eyeliner, lip liner dan lipstick dari Elianto, dan maskara from Maybelline. Semua produk ni memang aku sendiri ada. Jadi, aku jugaklah yang pakai baju sendiri, tudung pon pakai sendiri, veil pon pakai sendiri. Cuma tiara je aku mintak tolong orang pasangkan sebab aku takde mata kat atas kepala untuk tolong tengokkan. Kikiki =D Hasilnya Alhamdulillah, aku berjaya mekap diri sendiri dengan pantas sebelum waktunya. 



Oh, rupanya Faiz pon bermekap. Patut cerah semacam je. Hehehe =D Sorry Sayang, kita gurau-gurau aje!



Okay, Faiz dah call suruh get ready untuk berarak. I am ready. Kali ni, langsung takde gementar. 
Mungkin sebab takde protokol kot. 



"Mana bini aku ni tak sampai-sampai lagi?" 
"Eh, sabarlah Sayang. Baju kita berat taw. Kene jalan slow-slow".



Kantoi gelak buruk gila. Time ni aku tergelak besar sebab masa bersalam dengan Faiz, aku nak cium tangan dia. Yang dia pon nak cium tangan aku jugak. Hahaha =D Haih awak, tengah berangan ke?



"Dah habis salam belum ni? Jom la masuk. Panas nih!"






Panas hoi!



Rombongan kecil kami datang bertandang ke rumah suami. Ada yang pertama kali datang Kelantan. 






Cuba korang tengok budak-budak kecik depan aku ni. Bukan main lagi pandang kami sampai tak berkedip mata. Mesti tengah berangan lettew. Takpe dik. Dulu hakak pon masa kekecik macam engkorang pon ada perasaan yang sama. Masa pengantin duduk atas pelamin, hakak lah duduk paling depan sekali betul-betul hadap depan kaki pengantin. Sekali pengantin kentut pon hakak boleh bau tau dik. Takpe dik, nanti masa korang pon akan tiba. Kih3 =D



Baiknya awak tolong bukakkan kerusi kita. Kalau kat restoren, kita bukak kerusi sendiri je! T_T





Ini meja makan beradab kami. Memandangkan ini adalah majlis sambut menantu, jarang mereka buat pelamin. So, iolls tak kesah pon sebenarnya. Boleh jimat sikit duit. Tak payah nak membazir duit sewa pelamin. Ambil gambar cantik-cantik di meja makan beradab pon I okay je! =) Okay, I tak sabar nak telan semua udang-udang tu sebab kenduri di sebelah perempuan, iolls tak sempat pon nak makan udang tenggek kat meja makan beradab I. Sedih taw iolls. ='(  Dah kenapa macam Mak Jemah pulak ni Ezma?




"Sayang, dah baca Bismillah ke? Tahu la dahaga!"
"Dah laaaa.. Okay, boleh minum!"
"Jom buat style minum macam pengantin lain. Kita silangkan tangan. Nak tak?"
"Alaaaaa.... Taknak lah! Terbelit tangan kita buat macam ni. Minum macam biasa sudah lerrr."



Dah jom mencekik! Kita lapar taw. Tak sarapan pagi pon semata-mata nak kosongkan perut taw!



Lihatlah betapa kebulurnya muka aku. Nampak pulak udang aku dilarikan orang. Grrr! Geramnya aku dibuatnya. Aku hanya mampu memandang sahaja. Takkan nak jerit, "Hoi, nak bawak lari mana udang aku?" Hahaha =D



Amboi Ayah. Borak sakan noh. 



Takde pelamin pon boleh je ambil gambar dengan family. 



Kami dalam kamar beradu. Pon dihias cantik. 



Pandai photographer tidak berbayar kami ambil gambar candid. Ahmad Fuad Fahmi, adik Faiz setia je pegang kameranya. Satu lagi tips berjimat tak perlu upah photographer. Gambar tetap OK je pada aku. 









Outdoor photoshoot pon buat kat belakang rumah je. Malas nak pergi jauh-jauh. Semak samun itu seni. 









Kalau dah minat bola tu, time jadi pengantin pon sempat lagi timbang bola. Lepas ni, akulah yang akan teman dia pergi main futsal ke, bola sepak ke, match ke. Ni final Kelantan lawan JDT ni pon dia dah book seat kami sebelah rebana ubi. Iyeee, kita teman awak sampai bila-bila la Sayang!



Muka lega! Fuhhh!! 


Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Akad Nikah, Walimatul Urus dan Majlis Menyambut Menantu Faiz dan Ezma. Kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke salah satu majlis kami. Diharapkan mana yang terkurang, dikeji jangan. Ampun dan maaf kami mohon sekiranya ada kekurangan, tersalah kata, makanan tidak menepati selera, air tidak mengikut citarasa. Mana yang baik datangnya dari Allah dan mana yang buruk semuanya dari pihak kami sendiri. 

Aku rasa gembira sangat kerana segala hasrat dan impian aku untuk menjadi isteri Faiz terlaksana. Mengikut perancangan Faiz, dia mahu menikahi aku pada hujung September tahun ini. Akan tetapi aku telah berhasrat untuk sama-sama menjalani ibadah puasa Ramadhan sebagai suami isteri. Syukur Alhamdulillah, Dia permudahkan niat baik kami walaupun terdapat sikit onak dan duri tetapi kami berjaya tempuhi. Kini, aku isteri dia. Aku akan cuba mempelajari satu persatu ilmu dunia rumahtangga demi kebahagiaan kami bersama. InsyaAllah. Doakan agar jodoh kami berpanjangan hingga ke hujung nyawa dan kalau boleh aku mahu bertemu Faiz di syurga. Terima kasih Allah kerana mengurniakan seorang lelaki yang cukup baik dan sempurna buat aku. 




p/s : next entry, Honeymoon okay? 

|| Faeizma Wedding || 18 May 2013 - Walimatul Urus & Majlis Bersanding

Assalamualaikum and Hello my lovely readers.


Semalam aku dah update pasal entry Nikah, and today I would like to update about my Reception event. Alhamdulillah, setelah berhari-hari aku tak dapat tidur dengan nyenyak pada waktu malam, sejurus selepas akad nikah, aku berjaya tidur dengan lenaaaa... Syukur... Bangun pagi, mak andam dah message aku yang dia akan sampai rumah aku pada jam 9.00 pagi. Seawal jam 10.00 pagi semua orang dalam rumah termasuklah family dan saudara mara yang bermalam di rumah kami sudah keluar menuju ke tempat resepsi kami di Dewan Taman Cempaka, Ampang. Tinggallah aku seorang dengan mak andam sambil menunggu Faiz datang dari Serdang dan pengapitku, Ili Dalila dari Gombak.

Let's picture tells you the story.......






My lovely wedding dress



I love all the beads!



Kadang-kadang aku rasa lain sangat bila dimekap oleh orang lain.



Hand-flower bouquet!



It's 1.25 pm already. We are ready to go to the reception hall.



So sweet, Sayang! Thank you....



Pengapit lelaki, Fuad Fahmi (adik Faiz) dan pengapit perempuan, Ili Dalila (my besties)





Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir memeriahkan majlis kami sekeluarga. Terlalu ramai. Risau aku kalau tak cukup makanan. Harap semuanya kenyang dan selesa.



Kekok! Maklumlah tak pernah jadi pengantin.



The Husband!



The Wife!






Terima kasih kepada pengapit. Anda melakukan kerja dengan baik sekali. Tapi sekejap lepas tu lesap dah dua orang ni. Rupanya masing-masing pon kebulur belum makan lagi. Hehehe =D Kesiannn.... =P



Makan beradab. Lauk semua nampak sedap-sedap. 
Tapi sayangnya, tak semua aku sempat merasa. =(



My wedding cake. Sedap kek buah ni. Setiap lapisan ada buah! Yummy!



Faiz's family. I love them much!



My family! I love you more guys!




The colorful of Majlis Persandingan Ezma & Faiz.



Upacara memotong kek. Kami hanya pakai baju yang sama saja. Malas nak tukar-tukar baju potong kek lah. Baju itu lah. Baju ini lah.



We are sooo eagerly to eat this cake! 






So cheeky me!



I love this pose so much!



My closed up wedding dress.



Okay, dah habis! Bye-bye!!

Alhamdulillah, majlis persandingan disebelah pihak perempuan berjalan dengan lancar. Rasa gundah gulana dalam hati risau jika makanan tidak mencukupi sewaktu tetamu hadir. Terima kasih kepada semua krew Katering Ezzaq Wedding Planner atas kesungguhan mereka menjayakan majlis kami sekeluarga. Kepada semua sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai yang sudi hadir, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas masa yang diberikan untuk makan jamuan kenduri. InsyaAllah jika kalian pula yang buat majlis makan-makan, aku dan suami pula akan hadir. =)

Majlis berakhir tepat jam 4.45 petang. Terima kasih atas semua hadiah yang diberikan. Dannn, paling penting adalah doa yang terbaik dari kalian semua amat kami hargai. Tak terbalas semua pemberian, hanya Allah SWT sahaja yang membalas. Aminnn ya rabbal alaminnn.... Tak pernah kami mendapat hadiah yang banyak sampai penuh 3 kereta. Malam harinya nak membuka hadiah, mulalah aku rasa sayang nak buang pembalut. Orang beli pembalut hadiah RM1 kita koyak macam tu je. Kenapa tak balut dengan surat khabar je kan? Takdelah aku rasa sayang sangat nak mengoyaknya. InsyaAllah akan kami manfaatkan sebaiknya semua pemberian tersebut. =')






p/s : Tak sabar nak upload semua gambar perkahwinan kami di Facebook.
Gambar kawan-kawan dan tetamu lain pon banyak dan aku nak bubuh kat Facebook lagi senang!


p/s/s : Next entry, Majlis Bertandang and 
next-next-next entry is Honeymoon!