Ezmaliza, the Mommy-To-Be. InsyaAllah!


"Tahniah ye. Kalau ikut perkiraan dah 4 minggu kandungan awak ni", kata doktor Rohana.


Hari Isnin baru-baru ni aku terpaksa ponteng kerja sebab aku rasa perut aku lain macam. Bukan rasa nak terbuang air besar ke apa. Perut rasa kejang sangat. Dalam hati puas aku menidakkan yang adakah aku mengandung? Sebab aku taknak lagi bersedih sebab terlalu memberi harapan yang tinggi menggunung macam bulan lepas. Sedih aku tu macamlah aku dah bernikah 7-8 tahun tapi tak dikurniakan cahaya mata.



SEBULAN YANG LEPAS - 13 JUNE 2013

Hari ini genap usia perkahwinan aku dan Faiz selama 2 bulan. Aku bernikah pada 17 Mei 2013 dan ketika itu aku sedang haid. Niat kami berdua memang mahukan cahaya mata secepat yang boleh dan tidak mahu merancang untuk anak yang pertama. Maka, lebih kurang sebulan selepas nikah, aku dapat panggilan telefon dari Wana, sahabat lama di SEMASHUR bertanyakan khabar aku. Dia bercerita yang dia mengandung sejurus selepas dia bernikah tak beberapa lama. Rezeki dia. Dia semangat memberitahu aku agar aku cepat-cepat cek UPT untung-untung rezeki aku pula. Akibat terlampau excited, pulang dari office aku singgah di Guardian KL Sentral untuk beli pregnancy test. Pening kepala aku nak pilih mana satu. Ada yang mahal, ada  yang murah, ada yang jenis strip, eh, macam-macam jenis pregnancy test lah. At the end, aku beli je jenama murah Guardian yang ada 2 strip dalam satu kotak.


Hari tu Faiz balik kerja lewat malam. Tetapi pada petangnya dia WhatsApp aku tanya samada aku dah cek ke guna pregnancy test tu. Aku pon balas, "It is better to check at the early morning, Sayang." Setahu aku nak cek air kencing ni lebih elok cek sewaktu awal pagi selepas bangun tidur. Tapi masa tu dah petang nak masuk Maghrib. Kalau ikut kitaran period, memang belum masuk waktu lagi. Tapi apa yang aku tahu, seawal 10 hari selepas waktu subur dah boleh nampak keputusannya pada UPT (Urine Pregnancy Test).


Puas aku belek pregnancy test tu untuk baca segala mak nenek arahan dan cara-cara menggunakannya. Maklumler, aku tak pernah tahu macam mana nak menggunakannya. Nak kencing ikut mana, nak tadah macam mana, nak bubuh air kencing lagu mana. Semua tu aku google time tu jugak! Dalam kotak tu, ada disediakan satu kotak kecil untuk kita tadah urine atau air kencing. Setelah puas aku membelek manual yang disediakan, aku masuk bilik air dan mulakan proses cek UPT. UPT jenis strip ni, aku kene rendam strip dalam kotak kecil yang berisi urine tadi. Aku dapat lihat urine aku diserap naik ke atas memenuhi ruang bacaan keputusan. Semua ruang tu bertukar warna menjadi merah dan selepas 10 saat warna merah tu akan berkumpul membentuk jalur pada satu bacaan. Dan apa yang aku peroleh, hanya satu jalur merah pada bacaan C iaitu Control. Dekat 3 minit aku tunggu dengan harapan yang besar agar satu lagi jalur membentuk pada bacaan T, Test. Malangnya tidak muncul pon. Air mata mula bergenang tapi aku tahankan saja sehinggalah Faiz balik dari kerja malam tu, dia bertanyakan soal itu. Terus laju air mata aku mengalir kat bahu Faiz. Pandai suami aku pujuk, "Kita baru sebulan nikah Sayang, tak apalah. Nanti kita usaha lagi." Esoknya terus datang period. T___T  No wonder la single line je....



Date : 13 June 2013



BULAN INI - 15 JULAI 2013

Aku bersyukur kerana aku merupakan seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang sentiasa tepat dan mengikut sistem pengovulan seorang wanita normal. Jadi, aku sentiasa bersiap sedia dengan tuala wanita dalam beg tangan pada tarikh-tarikh tertentu kerana aku tahu aku akan period pada hari tersebut. Tetapi pada bulan Julai ni, aku dapat rasakan period aku lewat 3 hari. Ini jarang berlaku dan aku mula berangan adakah aku mengandung. 


Pagi tu Faiz memang ambil cuti kerana dia mahu habiskan cuti tahunannya yang berbaki 2 hari. Tapi aku memang kene pergi kerja lah. So, lepas sahur dan solat Subuh, kami sambung tidur akibat kepenatan memandu dari Johor malam tadi. Bila aku hendak bangun untuk mandi dan pergi office, aku rasa perut kejang semacam. Aku tengok Faiz masih nyenyak tidur. Dalam hati aku ni berbelah bagi nak buat urine test tak ni? Sebab ada lagi 1 set strip dalam kotak yang aku beli bulan lepas. Tapi aku taknak terlalu berharap sebab nanti aku jugak yang kecewa sampai menangis. Sebelum aku turun dari katil, aku sempat bisik senyap-senyap kat telinga Faiz, "Abang, kita nak pergi buat test ni. Sayang doakan yang baik-baik ye." Tapi sebelum tu, aku sempat lagi berangan lama-lama memikirkan skrip yang akan muncul dari mulut aku untuk aku ekspresikan pada si suami kalau test tu positive. Tapi, kalau negative, aku nak buat senyap-senyap je then terus pergi kerja diam-diam. T__T





Selesai berangan, aku masuk bilik air dan mulakan operasi urine test. Setiap saat aku tak lepas pandang melihat urine aku diserap naik oleh strip tersebut. Mulanya jalur pekat berwarna merah muncul pada bacaan C. Aku dah mula rasa frust. Tapi aku sedapkan hati untuk tunggu beberapa saat lagi. Tiba-tiba aku nampak ada satu jalur samar-samar muncul pada bacaan T. Aku gosok mata banyak kali supaya mata aku tak buat silap. Lama-lama warna jalur tu semakin pekat. Terus aku menjerit dari bilik air panggil suami aku, "SAYANGGG!!!". Tapi takde suara membalas. Geram jugak aku nih. Jerit dua kali pon takde balasan. Dibuatnya aku jatuh dalam toilet ke, Faiz dah bangun nak mandi baru tahu agaknya aku pengsan jatuh toilet. Hahahaha =D Tapi InsyaAllah tidak..... =P


Haishhh, tak boleh jadi ni. Aku keluar dari bilik air dan kejut suami aku bangun tidur. Disebabkan Faiz boleh selamba tidur tak dengar jeritan aku, habis hilang semua skrip yang aku cuba reka tadi kalau test ini positive. Haih la Faiz. Saya sayanggg awak! Masa dia bangun, "Kenapa Sayang?". Lama aku terdiam sebab tak tahu nak bagitahu macam mana. "Sayang, I am maybe pregnant." Terus Faiz terduduk atas katil sebab terkejut. Dia punya senyum tu lebar sampai ke telinga. Hahaha =D Terus dia peluk dan cium dahi aku. Makruh tak puasa? =P



Date : 15 Julai 2013


Tengahari itu kami mencari-cari klinik sambil menuju ke Shah Alam untuk mengambil kad nikah. Kami mahu klinik yang ada tulis nama doktor perempuan sahaja. Kalau klinik ada tulis macam, "Klinik Rahman", "Klinik Rajasamy", "Klinik Ah Beng" dan sewaktu dengannya memang aku taknak pergi. Sepanjang jalan mata aku meliar mencari klinik yang ada nama doktor perempuan macam "Klinik Rokiah", "Klinik Fatin Liyana" ke, last sekali aku terjumpa Klinik Rohana Jamil kat seksyen berapa entah. Doktor wanita tu pon excited bercerita dan menerangkan pada aku tentang kehamilan pertama aku. Beliau menasihatkan agar aku rajin-rajin makan buah kurma dan makan asid folik. InsyaAllah, aku akan amalkan. Baik sangat doktor tu. Doktor macam ni aku suka. Bukan sekali masuk tak sampai 5 minit then di caj sampai berpuluh-puluh ringgit. Hahaha =D Adakah aku membayar untuk mendengar doktor tu membebel? Nay! But I like the way like that! =) Macam-macam la kau Ezma.... Hahahhaa........


Seorang demi seorang ahli keluarga kami telefon untuk memberitahu hal ini. Keluarga belah Faiz semuanya okay sahaja. Tapi keluarga belah aku, semuanya menangis bila aku beritahu akan berita gembira ni kecuali Ayah. Ye laaa... Takkan Ayah nak menangis kan? Maklum lah, rumah kami sudah lama tidak kedengaran suara bayi. Bila mereka nangis, aku pon tiba-tiba turut mengalir air mata sekali. =') 


Apa yang aku boleh cakap, semua perasaan wujud dalam diri aku sekarang ni. Gembira, teruja, takut semua ada. Macam-macam persoalan bermain dalam fikiran aku. Dan masa inilah aku menggunakan perkhidmatan Google untuk cari jawapan pada masalah aku. "Apa makanan yang boleh dan tidak boleh aku makan?", "Berat mana barang aku tidak dibenarkan untuk bawa sewaktu kehamilan?", "Kalau duduk macam ni, janin terganggu tak?", "Apa yang boleh aku lakukan untuk elakkan keguguran?", "Start daripada bila aku kena pakai baju mengandung?", eh macam-macam persoalan lah yang bermain di benak fikiran aku. Takpe Ezma. Slow-slow. Doa banyak-banyak. Behave yourself. Jaga pemakanan. Jangan jalan laju-laju kat LRT. Banyakkan bertanya pada orang yang lebih berpengalaman. Harap ada yang sudi membantu aku. 


Till then. Doakan kandungan aku sihat dan selamat sampai waktunya. InsyaAllah jika Allah izinkan, akan due pada 21 March 2014. =') Alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau berikan. 

Berbulan madu di Pulau Perhentian

Assalamualaikum and Hello my lovely readers! :)

Lama kot aku tangguh untuk update entry baru. Mohon ampun dan maaf sebab kesibukan melanda. Aku baru lepas pindah rumah dari rumah Mak kat Ampang ke rumah sendiri di Bukit Jalil. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar aktiviti pindah randah barang-barang tu semua. Jarak masa antara rumah Emak dengan rumah aku sendiri ni lebih kurang 15-20 minit je kalau jalan tak jem kat MRR2 tu. Hihi :D


Waiting for the boat at Jeti Kuala Besut. 

Meh sini aku nak sambung cerita pasal entry honeymoon. Sejurus selepas Majlis Bertandang aku di Kelantan sana, aku terus pergi berbulan madu di Pulau Perhentian. Dekat je dengan rumah keluarga suami aku di Machang sebab Jeti Kuala Besut tu dikira sempadan Kelantan dan Terengganu je. Perancangan bulan madu ni aku dah rancang awal-awal lagi. So, aku search dalam internet untuk lihat pakej-pakej bulan madu yang menarik dan mampu dibayar. Kena pandai tengok dan bajet jugak la kalau nak book hotel ni. Kadang-kadang pakej dan tempat penginapan yang sama tetapi harga berbeza RM50-RM100. Buat kajian dan survey sebanyak yang boleh supaya tidak menyesal sebab terbayar lebih kat individu-individu tertentu.



Di sepanjang survey aku, aku dan Faiz buat keputusan untuk berbulan madu selama 4 hari 3 malam di sana. Kononnya boleh ambil masa yang lama untuk berjalan sana sini. Jadi, aku ambil pakej dengan D'Lagoon Perhentian Resort dengan harga RM450 seorang. Harga ini termasuklah sarapan, makan tengahari, makan malam, BBQ, tempat penginapan, snorkeling, jungle trekking, flying fox and so on. Hmm, dah cun dah tu!



Hari pertama aku sampai di jeti, aku mula excited nak naik boat laju. Silapnya aku bawak luggage yang beroda tu untuk isi pakaian. Kan dah susah nak angkut masuk dalam boat. Kalau pakai beg sandang belakang tu mungkin senang nak bergerak tapi aku la pulak tak larat nak mengangkutnya nanti. Masa dalam boat, abang yang bawak boat tu tanya aku dan Faiz akan harga pakej yang kami beli. Faiz pon jawab dalam dialek Kelantan. Abang yang bawak boat tu kata mahal. Kalau ambil pakej dengan dia, harganya murah RM100 daripada harga yang aku siap beli. Maknanya RM350 seorang. Pehhh! Geram pulak aku rasa. Tapi abang tu tak buat promosi kat internet that's why aku tak jumpa pakej semurah itu. T_T Tapi dia ada bagi contact number kalau-kalau aku nak datang sana lagi.


Air laut di pukul laju.


Tak sempat nak menjengah ke sini. T__T



Setibanya aku di challet yang aku dah booking tu iaitu, D'Lagoon Perhentian aku tengok macam kawasan perkampungan kecil di tengah-tengah lautan. Comel je... Rupa-rupanya Pulau Perhentian ni tak sama macam Pulau Langkawi. Aku tersalah tafsir. Kalau Pulau Langkawi, resort dan challet mereka semua di tepi pantai dan saling berdekatan dan boleh berjalan kaki saja kalau nak sana dan ke mari. Tetapi bukan Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ni antara resort dan challet mereka jauh-jauh. Kalau hendak ke satu tempat ke satu tempat yang lain, kita perlu menaiki 'teksi' yakni, boat. Dan caj setiap penghantaran adalah sangat mahal ok. Kalau lebih jam 12 malam lagi la harganya mahal melampau. Satu kepala mahu dia caj RM20 kot. Tu baru sekali pergi sahaja, kalau nak balik semula ke challet? Kiralah sendiri. Padehal nak ke tempat tu dalam 5 minit je pon. T_T



Aku sampai je, pihak pengurusan resort beri kami 'Welcome Drink' sementara nak tunggu check in room. Lama jugak aku tunggu sampai sempat jugak aku habiskan bateri handphone main internet. Line internet kat sana kurang memuaskan. Maklum ler atas pulau. Tapi D'Lagoon ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma. Taaaapppiiii, dah kalau semua orang nak guna wifi free, kau gunalah unifi mahal macam mana sekalipun, internet tetap macam siput. Tssskkk! T__T



Hari kedua aku di D'Lagoon, kami dijadualkan untuk pergi snorkeling. Inilah pertama kali aku nak ber-snorkeling. Aku tak pernah tahu macam mana dan cara untuk snorkeling. Pakai goggle tu pon first time aku cuba. Kami di bawa ke tengah-tengah lautan menaiki boat laju. Masa tu aku dua orang je dengan Faiz pergi snorkeling dan sorang pakcik yang membawa boat dan sorang anak lelaki dia lebih kurang 7-8 tahun. Sampai kat satu tempat di tengah-tengah laut, pakcik tu cakap kat sini ada batu karang cantik dan dia suruh kami turun kat permukaan air. Bapakkk ahhh! Taknak aku. Seram kot. Walaupun dah ada life-jacket, aku tetap takut nak turun. Faiz pon seram jugak rupanya. Hahaha :D At the end, pakcik tu sendiri terjun ke laut dan lead kami berdua untuk tengok dasar laut. Masa tu aku ada bawak handphone untuk ambil gambar di dasar laut. Handphone tu dah dimasukkan dalam bekas kedap air dah. Yang payahnya, bila pakai touch screen susah nak tekan itu ini dalam air. Tambah pulak aku macam nak lemas sebab air masin asyik masuk dalam goggle. Lepas tu tertelan! Euwww! Masin gila air laut. Macam manalah ikan boleh minum? Erk!



Aku silap sebab pakai tudung yang ada awning. Sebab goggle tu memang betul-betul kedap dan ketat pada muka aku, tapi bila tudung aku ada awning, terus air laut mudah masuk melalu lubang-lubang kecil di celah-celah tudung. Kenapalah takde orang nak bagitahu? Haaa.. ni cheq nak habaq la ni. Aku sempat tengok dasar laut yang cukup cantik dengan keindahan batu karang. Fuhhh, seram sejuk aku tengok dasar laut sebab itu bukan dunia kita. Aku tengok dasar laut tu jaaauuuuhhh sangat dalam laut dan aku terfikir kalau la muncul ikan jerung tiba-tiba dia ngappp aku, mane sempat aku nak lari. Berenang pon tak pandai. Tapi pakcik tu teman kami snorkeling. Aku berpaut di tangan pakcik tu sebelah kanan, manakala Faiz pula berpaut kat sebelah kiri. Yang bagusnya pakcik tu sikit pon tak pakai life jacket. Bagus gilaaa.... T__T

Tak sampai setengah jam aku snorkeling, Faiz dah naik atas boat. Dia kata dia pening kepala dan muntah-muntah. Haasudaaahhh... Dah kenapa suami aku ni? Dia cakap dia mula rasa pening masa boat berhenti kat tengah-tengah laut dan terumbang-ambing dipukul ombak masa pakcik boat tu menjawab panggilan telefon. Hmm, kesian pulak tengok Faiz masa tu. Tapi aku steady je. Pakcik tu terus bawak aku ke Turtle Point pulak. Masa ni aku sorang je turun tapi Faiz tidak sebab dia kata dia dah tak larat dan pening kepala yang amat sangat. Aku mintak izin dia untuk aku turun snorkeling sorang diri. Haaa, time ni aku dah pandai dah manage goggle aku. Aku yang tak pandai guna rupanya. Masa ni, Subhanallah, aku dapat tengok penyu in real life. Besar sangat penyu duduk kat dasar laut. Masa penyu tu nak naik ke permukaan air, dia hampir-hampir nak terkena kat aku yang tengah skodeng dari atas ni. Tapi aku lari berenang ke belakang takut penyu gigit aku. Cehhh, penyu manede gigit orang! Grr! Satu pengalaman yang aku takkan lupakan. Balik dari snorkeling, I noticed that handphone Galaxy Wonder aku rosak sebab masuk air. Nasib baik pouch bag kalis air tu tak muat untuk masuk Note II, kalau tak, mesti handphone hantaran aku yang satu ni pon rosak. Huwaaaaaa!! T__T


Ikan ni menggelupur kesesatan di persisiran pantai. 

Boleh dikatakan kami agak rugi sebab tak berjaya pergi ke semua tempat untuk snorkeling sebab keadaan kesihatan Faiz tak mengizinkan. Dia jadi mabuk laut. Setahu aku, dia takde mabuk laut pon masa naik feri pergi Langkawi dulu. Jadi, Faiz kata dia nak balik challet nak rehat. Aku rasa geram jugak sebab tak puas lagi nak snorkeling ni. Tapi Faiz benarkan aku snorkeling sendiri di kawasan challet sahaja dan dia akan tunggu kat tepi pantai. Cececehhh... Aku dah berani dah nak pergi snorkeling sorang-sorang dan mula sikit-sikit menjauhi gigi air. Macam-macam ikan aku jumpa. Nemo pon ada. Ikan lauk makanan tengahari semalam pon ada sebab warna kat kepala ikan tu hijau-oren sama macam lauk lunch semalam. Dalam hati aku, "Cis, dia tangkap ikan kat sini je bagi aku makan semalam." =,=" 


Breakfast!

Tapi, makanan kat D'Lagoon ni memang terrrbaikkk!! Kerja aku asyik makan, makan, dan makan! Kuantiti makanan yang mereka hidang untuk aku dah macam untuk 5 orang makan. Padahal aku dengan Faiz je yang nak mencekik pon. Tapi bila fikir taknak membazir dan bagi berbaloi pada apa yang kami dan bayar, kami gigih jugak nak habiskan setiap makanan yang dihidangkan. Sedap tu memang sedap! Tapi kenyang gila la dibuatnya.


Dinner!






Lunch!



At last, kami berdua give-up. Mana makanan yang tak larat nak habiskan, kami biarkan macam tu je. Sebab aku dah nampak perubahan pada pipi aku pada hari terakhir aku kat sana. Tembam ya amat! Naik mendadak kot perubahan isipadu pipi! Mana tidaknya, aku tidak lapar pon terpaksa ikut jadual makan untuk makan. Lauk yang dihidangnya pon bukan 1-2 jenis lauk tetapi 4-5jenis. Pehh! Makanan memang terbaik!



Keadaan dan rupa challet kami. I give 2.5/5 sebab aku rasa aku book yang ada aircond. Tapi pihak pengurusan di situ siap memperlekehkan aku lagi dia cakap, "Cik, challet kami semuanya mana ada aircond. Mungkin cik silap kot?". Ok, mungkin aku silap. Tapi aku rasa geram sebab dia bagi jawapan dengan lemparan senyum sinis ibarat macam, "Kau bayar murah tapi nak bilik aircond." Cisss! Dan satu lagi, setiap kali aku berus gigi dan berkumur-kumur mesti aku rasa air paip tu macam payau gila. Hilang selera nak gosok gigi. Ke memang challet tepi laut macam tu? Entah! Aku pon tak tahu sebenarnya.


Spot me! Kekenyangan!


Lepas makan je aku bersadai kat buaian ni. Mana tak tembun pipi aku? =,=




Berjalan kaki ke Turtle Beach selama 5 minit dalam hutan. Seram jugak!




Santai lepas dinner. Mat Salleh conquer semua kerusi. Ni terpaksa share! T_T


Love you Faiz!



Masa untuk balik ke jeti semula. Keadaan Faiz masih kurang baik. Dia masih pening dan mabuk laut. Yang bestnya, dia ada jugak luahkan rasa kesal sebab tak dapat nak happy-happy dengan aku sewaktu aktiviti bulan madu kami yang pertama. He thinks he spoiled everything and he promise me to bring me to the next honeymoon. Tapi bukan laut! Hahaha =D Aku sikit pon tak marah dan kecil hati. Malah aku jadi makin dekat dengan dia sebab masa dia mabuk laut tu, air mata dia bergenang masa aku suapkan makan malam untuknya dalam bilik. Faiz cakap, nanti kalau satu hari nanti dia sakit, dia tahu akan ada orang jaga dia. =') 

InsyaAllah, kami akan pergi second honeymoon pulak! Yeayyyy!!! =)