Pengalaman Melahirkan Qaish Qayzer secara Caesarean Section

"Cord prolapse!! Cord prolapse!!!!"
Satu jeritan yang mustahil akan hilang dari ingatan aku.......

Assalamualaikum and Hello Readers.

Alhamdulillah, tanggal 23hb Mac 2014, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.38pm di Hospital Ampang. Setelah 40 minggu 2 hari aku mengusung perut ke sana ke mari, akhirnya keluar jugak anak kecil ni. Entri kali ini, semestinya sangatlah panjang sebab aku malas nak buat part by part. Jadi, aku nak abadikan cerita pengalaman bersalin aku di sini untuk tatapan anak aku bila besar nanti. 

21 MAC 2014

Sepatutnya hari ini adalah tarikh aku dijangkakan bersalin. Tapi aku mengharapkan agar aku tidak bersalin pada hari tersebut sebab suami aku, Faiz tiada di rumah. Dia ada kursus temuduga Sime Darby di Pulau Carey. Kalau aku bersalin hari itu, macam susah pulak Faiz nak ulang alik dari Klang ke Ampang. Ye tak? So, aku puas berdoa supaya tidak bersalin pada hari ini. Tapi sebelum Faiz pergi berkursus di sana, dia sempat buatkan air selusuh kat semua air yang aku sedang minum : air zamzam, air Yassin, minyak kelapa dara dan semua kurma. Aku tak tahulah apa yang dia sembur-semburkan. Tapi lepas solat Subuh, dia terus mintak benda alah tu semua. 

Tengahari tu aku ada mula rasa sakit perut. Just like mild contraction. Tapi aku still boleh bertahan lagi. Rasa dia macam orang nak buang air besar. Puas aku ulang alik ke toilet. Tapi takde pulak aku membuangnya. Aku pujuk-pujuk baby dalam perut. "Sayangggg, jangan keluar hari ni taw. Ayah takde. Ayah ada work. Nanti kesian kat Ayah kena ulang alik. Please Sayangggg". Setiap kali rasa sakit je, aku akan minum seteguk air zamzam yang Faiz dah bacakan selusuh tu.

Sakit perut aku sekejap-sekejap dia datang dan berlarutan sampai malam. Kalau Faiz WhatsApp bertanyakan keadaan aku, mesti aku jawab yang aku OK. Bukan apa. Aku taknak dia risau. Sebab dia cakap, dia akan tinggalkan kursus training tu serta merta kalau dapat tahu tanda-tanda aku dah nak bersalin. Aku pulak taknak dia tinggalkan program tu sebab program tu salah satu penentu masa depan kami sekeluarga jika ada rezeki juga. Hurmmm... Tapi tindakan aku sedikit merbahayakan diri.

22 MAC 2014

3 PM
Alhamdulillah, Faiz dah balik malam tadi. Hari ini aku bercadang nak pergi jalan-jalan. Orang kata, banyakkan berjalan kaki sebagai petua mudah bersalin. Apa lagi, aku ajak Faiz pergi Times Square (TS). Aku pilih TS je sebab dekat sangat dengan rumah. Kang jadi apa-apa, boleh shoot terus balik rumah/hospital. Hakikatnya masa tu, perut aku memang masih rasa sakit macam semalamnya. Tapi aku buat tak peduli dulu. Parking kereta kat Plaza Imbi, then jalan kaki ke Times Square. Aku tawakal je sebab masa keluar je dari kereta lepas parking, perut aku tiba-tiba makin sakit kuat. Tapi aku diamkan. Takut Faiz marah sebab dah bayar duit parking. Kih3 =P Laki aku garang sikit bila dah kahwin. Dulu sebelum kahwin, aku yang garang. Ekekekeke =P

4 PM
Dalam pada menahan sakit perut tu, jauh jugak aku berjalan dalam TS tu. Orang sekeliling semua macam pandang sebab perut besar macam aku ni ada hati lagi pergi jalan-jalan kat TS. Dalam jam 4 petang, aku ajak Faiz makan Kenny Rogers. Niat aku nak belanja Faiz makan sebab Faiz selalu sangat belanja aku makan sebelum-sebelum ni. Lepas order Kenny Rogers, perut aku makin kuat rasa sakitnya. Makanan dah sampai tapi aku jadi tak lalu nak makan. Hanya beberapa suap sempat aku telan. Aku give up! Aku terus suruh Faiz habiskan semua makanan cepat-cepat sebab aku rasa tak tahan sangat sakit perut. Lepas buat payment, aku gagahkan kaki untuk berjalan balik ke parking tadi. Pehhh, jauh sangat aku rasa nak menuju ke tempat tu. Perut makin sakit. Air mata macam nak keluar tapi aku tahankan aje. Malu pulak kalau orang ramai tengok. 

Dalam kereta, aku terus call Emak. "Mak, kakak dah sakit perut. Kejap lagi kakak sampai kat rumah, Mak terus bawak turun beg hospital kakak dalam bilik. Kakak nak terus pergi hospital." Sebelum pergi hospital, kami singgah kejap balik rumah untuk pick up Emak. Jarak Hospital Ampang dengan rumah aku hanyalah 15 minit. Tak jauh mana pun. Makin dekat nak sampai hospital, air mata aku dah mengalir. Aku nampak Faiz dah mula cemas. Dia pasang double signal masa nak melintasi lampu isyarat merah. Taknak lama pulak lampu merah tu.... 

6 PM
Sampai je kat kaunter PAC dalam jam 6 petang. Aku dah menangis kesakitan masa duduk kat kaunter. Soalan pertama yang nurse jaga kaunter tu tanya, "Ni macam sakit sangat nih! Awak ada minum air selusuh ke?". Aku jawab takde. Nurse suruh masuk dalam bilik untuk check bukaan jalan. Pehhh!! Pertama kali aku buat VE, sakitnya tak tahu nak kata. Menjerit aku bila nurse masukkan jari dalam rahim untuk check bukaan jalan. Baru 1cm katanya. Nurse bagi pilihan samada nak balik rumah atau admit ward. Aku pilih untuk masuk wad sebab aku taknak amik risiko balik rumah.

7 PM
Dalam jam 7 malam aku masuk wad. Faiz tak dibenarkan berada lama dalam wad. Dia datang hantarkan beg baju dan sedikit makanan untuk aku. Faiz mula geram. Dia ingatkan dia boleh temankan aku 24jam. Rupanya kena ikut jugak waktu melawat. Dia try untuk request wad kelas pertama. Rupanya sama jugak. Husband tak boleh temankan selain waktu melawat dan sewaktu masuk labour room. Bezanya wad kelas pertama, katil sebiji dalam bilik besar yang berair-cond. Uhh, taknak aku duduk sorang-sorang. 

9 PM
Sakit perut makin terasa kuatnya. Aku gagahkan diri untuk bangun ke toilet dan ambil wuduk. Aku baru teringat yang aku tinggalkan solat Asar dan Maghrib tadi. Aku pinjam telekung patient sebelah katil dan terus aku gantikan solat tadi. Setiap kali rasa sakit, aku akan baca Doa Nabi Yunus. Memang mujarab sebab sakitnya berkurang. Aku sentiasa pegang handphone untuk update keadaan aku di WhatsApp Faiz. 

Malam semakin larut. Rupanya Faiz tak balik rumah. Aku suruh dia tidur di surau tapi katanya tak boleh. Nak menangis aku bila dia cakap dia tidur dalam kereta di Petronas berhampiran. Katanya senang nak terus menuju ke hospital kalau aku dah nak bersalin. Malam tu, aku tak boleh tidur sebab contraction makin lama, makin kuat. Nurse yang datang untuk check tekanan darah dan CTG, semua cakap graf CTG menunjukkan aku sakit kuat tapi bukaan jalan baru 1cm. Mostly semua nurse tanya, "Awak ada minum air selusuh ke?". Aku pon tanya balik, "Air zamzam je saya minum,". Nurse tanya balik, "Air zamzam tu suami dah ada baca-baca ke?". Aku jawab, " Ada!". "Haaaaa... tu air selusuh la tu. Kat sini kita tak benarkan patient minum air selusuh sebelum bukak jalan. Dah 6cm nanti, awak nak minum tu minum laaaa,"

Hairan aku. Tak tahu nak percaya atau tidak. Setahu aku tak boleh minum air akar fatimah selagi tak bukak jalan. Rupanya air zamzam yang dibaca-baca pon tak boleh minum jugak. Bukan setakat nurse Melayu je cakap macam tu, nurse berbangsa India pon percaya dengan kehebatan air selusuh ni. Dalam pada sakit-sakit tu, terdetik dalam hati aku, dahsyat jugak bacaan Faiz kalau sampai jadi macam ni. Wallahu alam....

23 MAC 2014 

3.30 AM
Aku dah rasa macam nak menangis. Perut makin sakit. Nurse datang check CTG. Dia cakap, contraction aku sangat kuat. Dia suruh masuk satu bilik untuk check bukaan jalan. Sekali lagi, aku menangis bila buat VE ni. Aku tengok sarung tangan getah nurse tu berdarah-darah bila setel check bukaan jalan aku. Baru 3cm. Aku cuba lelapkan mata tahan sakit perut ni sampailah ke pagi.

6 AM
Memang tidur-tidur ayam je lah aku malam tadi. Aku bangun solat Subuh dan cuba makan sarapan walaupun perut aku macam tak boleh terima apa-apa makanan. Faiz dan Emak aku datang sekitar jam 8 pagi dengan izin pengawal. Faiz suapkan telur ayam kampung separuh masak. Mak mertua aku kata bagus untuk tenaga masa dalam labour room nanti. 

9 AM
Sekali lagi, nurse check CTG dan bukaan jalan. Mulanya bukaan rahim baru naik jadi 3cm. Nurse tu kata dia cuba bukakkan lagi jadi 4cm. Sekali lagi aku menjerit menangis masa nurse cuba bukak lagi jalan. So now dah 4cm dan dia kata dah boleh masuk labour room. Nurse masukkan ubat buang najis. Dia suruh aku pergi toilet, salin baju putih dan pergi buang air besar. Pehh, masuk je toilet memang terus aku terberak-beraklah walaupun aku takda rasa nak buang air besar. 

Aku call Faiz yang sememangnya berada di lobi hospital dengan Emak. Nurse tolak aku masuk labour room guna wheel chair. Masa tu aku dah seram sejuk ketakutan. Eh, dah nak bersalin ke aku ni? Aku cuma sakit perut je. Takde pulak rasa baby nak terkeluar. Dalam labour room, Faiz setia kat sebelah aku. Dia senyum untuk tenangkan aku. Boleh pulak dia bual-bual tanya aku saat aku mula kenal dia. Aku tahu dia hanya nak aku leka dan abaikan rasa sakit tu. Tapi aku tetap tak boleh nak tahan. Perut aku makin sakit. Setiap kali sakit, aku akan mengerang dan setiap kali tu Faiz bacakan doa Nabi Yunus kat telinga aku. Nurse ada suruh aku sedut gas kalau setiap kali rasa sakit. Faiz pulak pesan, jangan sedut sangat gas tu sebab boleh menyebabkan aku mengantuk dan takde tenaga nak meneran nanti.

11 AM
Doktor datang check bukaan jalan. It's still 4cm. Aku nampak nametag doktor tu. Dr. Fara Hana. Kecil molek je orangnya. Dia memang baik. Setiap kali dia buat sesuatu pada aku, dia akan say sorry banyak kali. Air ketuban aku harus dipecahkan sekarang. Dekat setengah jam jugak doktor dan nurse cuba pecahkan air ketuban aku. Mereka cakap, kepala bayi masih berada jauh di atas walaupun dah masuk laluan. Memang sakit yang amat bila dorang cuba godek-godek nak pecahkan air ketuban. Tiba-tiba datang nurse perempuan India yang kurus melidi. Dia offer diri untuk pecahkan air ketuban aku. Makinlah takut aku dibuatnya. Kalau dah fizikalnya kurus melidi, mestilah jari dia lagi panjang dan lebih mudah untuk dia capai pecahkan air ketuban. 

Masa pecah je air ketuban tu, aku rasa macam air paip keluar mencurah-curah. Basah katil dibuatnya. Doktor cakap air ketuban aku terlampau banyak. Mungkin sebab aku selalu minum air kelapa muda masa dekat-dekat nak bersalin ni. Then doktor cakap, baby aku dah berak sikit dalam perut. Aku dah mula risau. Nurse masukkan ubat melalui jarum di tangan untuk bantu mempercepatkan bukaan jalan. Bilik-bilik lain semuanya aku dengar perempuan menjerit-jerit selang 2-3 minit nak bersalin. Faiz konon-konon taknak bagi aku takut, dia tutupkan telinga aku dengan jari dia. Ahhh, lucu jugak laki aku nih. Persoalannya sampai bila dia nak tutup telinga aku ni? =P

1 PM
Sekejap-sekejap nurse datang check CTG dan heartbeat baby. Dari perbualan dan air muka mereka, aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Dengan suara serak-serak, aku bertanya pada doktor. Doktor akhirnya berterus terang. "Heartbeat baby awak makin lemah. Tapi bukaan jalan baru 4cm. Kita akan masukkan ubat supaya tulang pelvic terbukak besar sikit ye," Aku angguk dan diam saja. Tapi aku dah mula risau. 

Masuk waktu Zohor, Faiz cakap nak pergi solat sekejap. Aku macam taknak bagi. Takut terbersalin tanpa dia sedangkan inilah permintaan dan kemahuan dia dari dulu nak temankan aku sepanjang aku bersalin. Mahu tak mahu, aku lepaskan jugak Faiz pergi solat. Sepanjang Faiz takde, doktor check bukaan jalan dah 5cm. Doktor cakap dalam jam 7-8 malam nanti aku akan bersalin. WHATTT?? Ada lagi 6 jam aku nak tempuhi rasa sakit ni!! Aku menangis kat Doktor Fara Hana tu. Aku merayu mintak czer sebab aku dah tak larat nak tanggung sakit ni. Ececehhh... Aku mintak czer ni macam berani sangat jeee..... Doktor tu pegang bahu aku, dekatkan muka dia pujuk aku supaya kuat. "Puan Ezma, you boleh bersalin normal taw. Kalau you mintak czer, nanti cukup tiga kali you kena czer kita kena ikat saluran peranakan. This is your first baby right? Mesti you nak banyak baby lagi kan? You sabar okay... You kena kuat... ". Aku dengar je dia pujuk macam tu, terus aku angguk setuju untuk tunggu sampai jam 7 malam. 

2 PM
Faiz dah masuk semula dalam labour room lepas selesai solat Zohor. Aku cepat-cepat peluk tangan dia sebab aku kesakitan. Air mata jangan cakaplah. Basah sebasahnya bantal hospital tu. Doktor sekali lagi datang check bukaan jalan. Kali ni doktor wanita lain pulak. Kelihatannya dia nampak tegas. Dia cakap dia akan cuba bukakkan jalan kepada 6cm. Kali ni memang aku menjerit kuat. Dia godek-godek mahu dekat 10 minit jugak. Faiz masa tu diarahkan ke belakang tirai. Aku dengar dia baca Yassiin di sebalik tirai tu. Suddenly, doktor tu menjerit, "Eh,cord prolapse!! Cord prolapse!!!!" Hasudahhh! Ni kenapa pulak ni? Dalam hati, puas aku fikir apa tu 'prolapse'? Setahu aku cord tu tali pusat. Prolapse ni apa pulak??!!

Suasana jadi hingar bingar. Sekelip mata je, nurse-nurse datang masuk cabutkan semua wayar yang ada kat badan aku, cabut CTG tapi tangan doktor tu masih dalam rahim aku. Faiz dipanggil ke depan. "Kami terpaksa bedah isteri awak. Tali pusat baby ada kat bawah." Allahu Akhbar!! Aku disuruh sign satu borang. Entah macam mana rupa sign aku, lantak lerr!! Aku disorong dengan cepat menuju ke bilik bedah. Sementara tu tangan doktor tu still berada dalam rahim aku malah dia pon sama-sama berada atas katil yang aku sedang baring waktu tu. Tapi doktor tu dalam keadaan bertinggung. Doktor tu letak satu bantal di bawah punggung aku supaya baby tak turun ke bawah. Aku dah rasa macam dalam drama TV3 yang pesakit kena dibedah siasat. Satu persatu lampu hospital aku lewati. Pehh, sebijik macam dalam drama. 

Dalam masa 2 minit je, tiba- tiba aku sampai dalam operation theater. Aku rasa mamai sangat. Tapi aku masih ingat apa yang berlaku dan apa yang aku nampak. Mana tak mamainya. Setiap kali sakit je, aku akan sedut gas berulangkali. Memang mengantuk la jawabnyaaa.... Dalam bilik bedah tu sejuk sangat. Ramai doktor dan nurse dalam bilik bedah tu bersedia untuk berkhidmat. Tinggal tunggu pesakit datang masuk je. 

Aku beralih katil. Macam-macam benda mereka pasang kat badan aku. Last sekali, aku disuruh bukak mulut..... dannnn........ aku lenyap! Langsung aku dimatikan seluruh badan. Masa tu aku redha je. Mati ke hidup lepas tu, aku tawakal pada Allah. Memang takut sebab banyak lagi amalan tak sempat aku buat. 

2.45 PM
"Puan Ezma... Bangun puan... Bangun... Bukak mata.....". Aku bukak je mata, terus aku tercungap-cungap mencari nyawa. Macam orang menangis teresak-esak mencari udara untuk disedut. Aku rasa macam kena kurung dalam plastik beg sampai aku bagai nak gila mencari udara. Badan aku menggigil kesejukan mencari haba. Dekat 10 minit jugak aku tercungap-cungap. Penat jugak ibarat udara tu macam dah habis semua orang guna untuk sedut. T_T  Aku fikir kalau aku tak teruskan bernafas, mungkin nyawa aku berakhir sampai situ saja. 

Sambil tercungap-cungap, dengan suara yang sangat serak, terketar-ketar tangan kesejukan untuk memanggil nurse. Aku cakap aku kesejukan yang amat. Terus dia bagi satu vacuum panas. Entah! Aku tak tahu apa benda tu. Tapi macam hos vacuum yang mengeluarkan angin panas. Dia suruh aku pegang dan hala pada badan aku. Aku rasa macam tak cukup! Nak mintak satu lagi vacuum untuk hala pada kaki tapi tak tercakap pulak aku masa tu. Masa tu lah aku nampak perut aku dah kempis. Takde lagi baby dalam perut. Tapi aku tertanya mana baby aku? Takde pon kat sebelah aku.

Nafas aku semakin stabil. Tapi seluruh badan aku masih lagi menggigil kesejukan. Aku nampak nurse-nurse tengah uruskan prosedur untuk aku keluar dari bilik bedah. Sedikit demi sedikit aku dah tak shaking lagi. Masa nurse tolak katil aku keluar, aku tanya dia. "Where's my baby? Is it boy or girl? Everything's fine right?". Nurse tu jawab, "Kami tak pasti puan. Sebab baby puan masuk NICU. Nanti sampai kat wad, puan boleh mintak husband pergi NICU untuk tengok baby ok?". Aku mula risau. Hidup ke mati ke anak aku macam takde jawapan yang pasti. 

Saat nak keluar dari bilik bedah, aku nampak Faiz, Emak dan Angah di sebalik pintu kaca. Mereka tertinjau-tinjau aku dari luar. Aku cuba angkat tangan pada mereka tanda aku OK dan masih hidup. Lama jugak aku disebalik pintu kaca tu. Kesian keluarga aku. Mesti mereka risau. Masa untuk aku ditolak ke wad. Faiz, Emak dan Angah mengiringi aku. Sampai di wad, seorang demi seorang cium dahi aku. Masa tu aku rasa nak menangis. Tapi ubat bius masih ada di badan membuat aku jadi mamai dan separa sedar. 

Aku tidak dibenarkan bangun dan makan apa-apa dalam tempoh 6 jam. Dikhuatiri aku akan jatuh atau muntah. Sepanjang 6 jam, aku berehat dan keluarga aku pulang semula ke rumah sebab waktu melawat dah habis. Sebelum mereka balik, aku mintak Faiz tengok baby kat NICU. Sekembalinya Faiz ke katil aku, dia bawak gambar baby dalam handphone. "Abang dah azankan baby kita. Tapi Abang tak berani nak dukung dia sebab dia pakai oksigen. Abang cuma tunduk dan azankan kat telinga dia je Sayang," Menitik air mata bila tengok gambar baby. 


Nasib baik kesan forsep dah hilang malam tu.

PUNCA?
Apa sebabnya tali pusat baby aku tiba-tiba berada di bawah? Ini kerana air ketuban aku terlampau banyak. Bila air ketuban dipecahkan, bayi akan turun ke tulang pelvik sedikit demi sedikit. Akan tetapi, sewaktu bayi turun, tali pusatnya turut mengikut dan turun dahulu daripada kepala bayi. Adalah tersangat bahaya jika tali pusat berada di bawah. Dikhuatiri bayi lemas dan ketiadaan oksigen. Boleh menyebabkan kematian. Sebab itulah aku sangat bersyukur kerana aku dan bayi selamat.


SYUKUR ALHAMDULILLAH aku panjatkan setinggi-tinggi kepada Allah. Aku selamat. Baby pon selamat. Baby dimasukkan ke NICU takdelah kritikal macam kena duduk dalam incubator ke. Doktor harus monitor keadaan dia sebab nafasnya laju dan masih dibawah ubat antibiotik. Pehhh, nangis meleleh-leleh air mata aku sebagai ibu dia setiap kali kena masuk antibiotik. Dia punya menjerit, Allah je yang tahu. Aku pon sakit kalau antibiotik masuk dalam badan. Urat tu macam di tarik-tarik bila kena masuk antibiotik. Siapa yang pernah rasa mesti tahu macam mana keadaannya. Dan aku bersyukur yang amat kerana hasil penjelasan doktor yang operate aku hari tu datang beritahu bahawa peluang pembedahan aku hanyalah 50-50. Samada salah seorang akan pergi atau kedua-duanya sekali. Allah masih beri aku peluang untuk terus beribadah dan bertaubat..... ='(




QAISH QAYZER BIN AHMAD FAIZ MUSTAQIM

Aku namakan baby QQ sebagai Qaish Qayzer bin Ahmad Faiz Mustaqim. Puas aku cari dalam internet dan buku-buku agama nama yang cantik dan maksud yang bagus. Qaish bermaksud firm(tegas) dan Qayzer (Kaiser) bermaksud Raja. Dengan berat 3.62kg, baby aku dibenarkan discaj pada hari ke 4. Syukur Alhamdulillah......

Kini tanggungjawab aku sebagai ibu bermulaaaaa........................ Semoga Allah berikan kekuatan kepada aku untuk pikul tanggungjawab ni... Aminnnn...........

Kami cukur rambutnya pada hari ke 7 di majlis Aqiqah dan Doa Selamat baby Qayzer



p/s : 2 hari aku taip entri ni. kejap-kejap Qayzer nak susu. 

Pemakanan sewaktu hamil

Assalamualaikum and Hello Readers!


Tiba-tiba rasa nak share sesuatu informasi yang valueable untuk semua pembaca yang teringin untuk conceive. Aku bukanlah hebat nak bagi nasihat sedangkan aku sendiri pon sedang hamil. Belum deliver pon lagi at this moment. Tapi rasa teringin nak share dalam blog ini.

Dulu masa bulan pertama aku kahwin, aku takde consume any  supplement  untuk conceive. Plus, aku sendiri tak tahu pon yang sebenarnya beberapa bulan sebelum kahwin, anak-anak gadis ni digalakkan makan pil asid folik untuk menguatkan rahim dan melancarkan period. Seriously memang aku langsung takda makan asid folik unless ada sekali tu masa zaman study kat UniMAP, aku diberi asid folik oleh doktor sebab period lewat beberapa minggu. Padahal period aku memang teratur je every months. Doktor cakap mungkin aku stress sebab minggu tu minggu study week. Okay fine. Maybe la kan...... 

Bila kita dah kahwin, baru lah sibuk nak search kat Google "how to conceive", "how to get pregnant", "what should I consume to get pregnant", dan yang paling tak boleh blahhh aku pernah google, "posisi terbaik untuk hamil apabila bersama suami". Kahkahkah!! Sampai macam tu sekali sebab memang tidak tahu menahu tentang isu ini. So, please don't ask me what is the best position bila bersama suami. Mungkin lain entry la kot kalau nak cerita bab-bab tu. Kihkihkih =D






Alhamdulillah, bila kita dah berusaha dan berdoa, hampir 2 bulan aku bernikah, aku disahkan hamil 4 minggu. Dan semua ibu-ibu mengandung atau ibu-ibu yang dah ada anak sudah sedia maklum yang mana usia kandungan janin dalam rahim selalunya akan ditolak 2 minggu dari yang doktor beritahu. So, masa tu usia kandungan janin aku baru berusia 2 minggu. Doktor sarankan aku makan asid folik untuk kuatkan rahim serta penting untuk perkembangan otak bayi. Ternyata pil ni amat penting jika kita sendiri jarang amalkan pemakanan yang mengandungi asid folik seperti bayam, barli, daging, keju dan sebagainya. 

 



Since aku disahkan pregnant, tangan aku jadi rajin nak google itu dan ini. Macam-macam benda aku akan google, so macam-macam jenis informasi aku dapat. You know what, asid folik ni teramat penting untuk perkembangan bayi. Kekurangan asid folik sewaktu hamil adalah berisiko untuk bayi tersebut mengalami masalah spina bifida, risiko Anencephaly dan sebagainya. Ini adalah kecacatan bayi yang boleh berlaku jika si ibu kurang mengambil asid folik dan tambahan pula ibu tersebut adalah perokok atau kaki botol. Korang boleh google la macam mana rupa bayi yang alami kecacatan seperti ini. Kita hanya berusaha tapi segalanya Allah juga yang tentukan. 





Bila dah rajin meng-google, aku juga amalkan makan Pati Delima Gulsan. Seperti mana kita tahu, buah delima memang buah yang bagus untuk dimakan. Tapi pernah sekali Faiz beli buah delima ni suruh aku makan. Mengah aku nak kunyah sebijik-sebijik sebab saiznya terlalu kecik. Hinggakan aku dah malas sangat nak makan, aku tunggu Faiz yang kupaskan buah tu satu persatu. Pastu makan macam makan popcorn depan TV. Alang-alang dah ada jual Pati Delima Gulsan ni, aku cakap dengan Faiz jangan beli lagi dah buah delima sebab dah ada pati delima dalam peti ais. Tak larat nak kunyah! Kihkihkih =D Harga sebotol dalam RM15 ke bawah sahaja. Please jangan tertipu kalau ada yang jual sampai RM20 and above. Gila markup harga sampai macam tu sekali. Ada jual kat stall-stall macam Tesco tu. Rasa masam-masam pati delima ni boleh kurangkan rasa mual ibu-ibu yang ada alahan. Alhamdulillah sepanjang 8 bulan aku pregnant, tak pernah ada alahan. Berselera je aku makan apa sahaja! Sebab tu aku mok-mok! =P





Selain itu, aku turut amalkan supplement seperti produk Shaklee. Aku nak mention awal-awal, aku bukan Shaklee Distributor. Daripada testimonial yang aku baca, mostly preggy mommies semua consume produk Shaklee ni. Ada banyak set produk Shaklee tapi aku cuma makan Ostematriks, ESP dan Omega Guard Shaklee sahaja. Ianya sedikit costly tapi bila aku kira-kira balik, ianya berbaloi sebab supplement ni boleh bertahan sampai 3 bulan. Masa trimester pertama, aku cuma makan Ostematriks dan ESP sahaja memandangkan aku tak suka minum susu tepung macam Anmum tu. Sebenarnya aku peminat tegar susu tapi bukan susu tepung yang kena bancuh tu. Tekak I tak boleh terima plus I malas nak bancuh susu sebenarnya. Jadi, untuk mendapat keperluan kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi, aku amalkan 2 biji Ostematriks pada waktu pagi dan  2 biji waktu malam. Then 3 sudu ESP aku akan bancuh dengan Milo, kurma atau air Twister Oren tu. Pehhh, sedapppp gila rasa dia! ESP ni adalah sumber protien. Ianya bagus untuk semua golongan yang inginkan kulit yang cantik, tumbesaran bayi yang sihat, bekalkan tenaga dan sebagainya. So bila aku ambil ESP Shaklee pagi-pagi, aku mesti tak rasa nak makan tengahari. So, dinner dengan Faiz je kat rumah. 

Bila dah masuk trimester ketiga, aku mula consume Omega Guard Shaklee pulak. Omega Guard ni bertindak macam minyak ikan yang bagus untuk perkembangan otak bayi sewaktu dalam kandungan, mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang, mengawal berat badan ibu mengandung, membantu mengekalkan sistem imunisasi bayi untuk ibu yang menyusu dan yang paling aku suka adalah meningkatkan kualiti susu untuk bayi kelak. InsyaAllah aku akan consume ESP dan Omega Guard lepas deliver nanti. Aku berniat untuk menyusukan baby sampai dia berusia 2 tahun. Punya semangat sampaikan breastpump pon aku dah beli taw! 

Sesiapa nak cuba produk Shaklee ni boleh contact my sister in law ni. Memang aku selalu beli dari dia aje. Senang!

NURHAFIZA HANIM
call/whatapps : 019-351 1315
Shaklee ID : 894672





Selain tu, aku turut minum sesudu madu lebah sebelum tidur. Eh, kadang-kadang 2 sudu. Ehhhh, 3 sudu pon pernah! Hahaha =D Sedapkan? So, pernah sekali masa tu Faiz balik Machang, aku tak ikut sebab tak larat nak jalan jauh, Faiz call....


Faiz : Sayang ada nak kirim apa-apa tak kat sini? Nanti Abang belikan.
Aku : Belikan madu macam kat rumah kita tu. Madu lebah taw. Jangan bawak balik madu lain. 
Faiz : (gelak terbahak-bahak) Hahaha.. Sayang nih! Abang tak terfikir pon sampai ke situ. 


Actually aku saja bergurau dengan dia. Hehehe =D As we all know, madu lebah memang banyak khasiatnya kan? Khas untuk ibu mengandung, madu lebah mampu memberikan tenaga untuk kita usung perut ke sana ke mari. selain itu, madu juga turut membantu menambah darah. Haaa.. ini penting sebab kalau darah kurang dalam badan, bayi akan berisiko nanti. Darah bukankah penting untuk mengalirkan oksigen dan makanan pada bayi kita. Dan pastikan ianya madu lebah asli bukannya madu tiruan yang kaya dengan gula. Kang kencing manis pulak jadinya. 





Memandangkan aku tak suka susu tepung yang kena bancuh tu, aku hanya akan minum susu ready made macam susu DutchLady dan sebagainya. Once dah beli, aku tak beli yang kecik-kecik tu. Terus beli yang botol besar. Haaaa... boleh dimakan bersama dengan Coco Crunch! Yummy!! Susu juga penting untuk bekalkan kalsium pada tulang kita dan bayi. Bila dah pregnant, bayi akan 'curik' kalsium pada badan kita menyebabkan ibu mengandung akan kekurangan kalsium. Akibatnya mulalah kaki kejang waktu malam, sakit belakang, gigi reput dan sebagainya. Jadi, kalau tekak ibu-ibu jenis tak boleh terima susu, berusahalah makan pemakanan yang kaya dengan kalsium seperti keju. Faiz selalu pesan, kalau taknak makan untuk diri sendiri, pleaselah makan untuk baby kita. Hmmm.. Haah! Ye lah! Nak makan untuk baby kena lalu kat tekak kita dulu. Hehehehe =D






Last but not least, since my pregnancy masuk 30 minggu, Faiz dah mula belikan air kelapa muda untuk aku minum. Ecececeh!! Mesti dia tahu dari kakak-kakak kat office dia pasal kebaikan air kelapa muda ni. Air kelapa muda ni bagus untuk ibu mengandung bila dah masuk trimester terakhir. Kalau boleh masa di awal kandungan jangan minum lagi air kelapa ni sebab ianya bersifat tajam pada janin. Takut keguguran pada bayi pulak nanti. Tapi untuk trimester ketiga, ianya bagus untuk mendapatkan kulit baby agar bersih tanpa sebarang kerak sewaktu melahirkannya nanti. Selain itu, bak kata orang tua-tua ianya juga bagus untuk memudahkan proses kelahiran bayi. 

Apa pon, kita hanya berusaha. Selebihnya kita hanya berserah pada Allah kerana Dia yang tentukan segalanya. Siapa yang taknak zuriat kita dilahirkan dalam keadaan sihat, sempurna dan comel? Aku juga tidak terkecuali. Selain pemakanan secara zahir, adalah penting juga pemakanan batin. Emak dan ibu mertua aku selalu berpesan supaya rajin-rajin baca Al-Quran kalau nak dapatkan baby yang baik. Alhamdulillah, aku tetap amalkan bersama suami. Lepas solat, aku akan baca sehelai dua Al-Quran. Kalau di office, aku akan pasang ayat Al-Quran pada laptop. Jiwa akan rasa tenang sahaja bila bacaan suci Al-Quran dialunkan. 

Trimester Kedua Kehamilan

Assalamualaikum and Hello Readers!

Ampun dan maaf kerana membiarkan blog bersawang tanpa sebarang update. Terlalu sibuk dek menguruskan diri dan kerja. Ceeesss!! Orang lain kerja jugak, tapi banyak je masa nak uruskan blog masing-masing. Anyway, ampun dan maaf atas ketidakbertanggungjawabnya si Ezmaliza ni.....

Alhamdulillah, hari ini 29 Januari 2014 tempoh kehamilan aku sudah hampir cecah 33 minggu. Ada lagi lebih kurang 7 minggu nak bersalin woii.... Itu pon kalau lahir ikut EDD. Kalau dia nak keluar awal, makanya kurang dari 7 minggu la aku harus bersedia dari hari ini.....

Sepanjang trimester kedua yang lalu, aku dah tak penat sangat macam trimester pertama. Aku jadi rajin gila masak, kemas rumah, basuh baju, sidai then lipat. Pehhh! Pendek kata, semuanya aku buat macam orang tak pregnant. Sampaikan Faiz cakap dia sendiri macam lupa nak tolong aku kemas rumah. Ye laaaa... nampak bini macam rajin je so dia tak tahu nak tolong apa.... Amboii...!!


i was 20 weeks preggy sewaktu my bff Awin bertunang


shopping barang baby di SOGO. 
i was 25 weeks and 5 days on that day.


yang ni pulak shopping barang baby kat AEON Mid Valley. masa tu AEON buat sales!
 i was 27 weeks on that day.


penat jugak bawak perut berjalan ke sana ke mari.
 kaki kembang macam gajah dah ghupe diaaa......


masa ni pulak i was 28 weeks pregnant. kemho la kite!

Trimester kedua ni sangat tidak sama macam trimester pertama dan ketiga. Orang cakap, trimester kedua kita boleh release sikit la compared to 1st and 3rd one. Start trimester kedua ni jugak aku mula shopping barang-barang baby. As usual la kan, since i nak kahwin pon dah jenis cheapskate, sampai ke anak pon cheapskate jugak la. Tapiiiiiii kannnnn!!! Tetap berlebihan jugak aku berikan untuk my little baby ni. Kalau shopping tu, memang beli yang murah-murah tapi kuantiti yang banyak! Gila tak reti berjimat ibu sorang ni. 


 
see!! inilah benda pertama yang aku beli after baju-baju kat Pasar Sena Machang tu. 
ibu very excited to the max!


Since aku ada buat scan 3D/4D di Klinik Fauziah, Ampang, aku dah mendapat keyakinan akan jantina baby supaya aku tidaklah teragak-agak nak beli baju baby boy ke girl. Oh ye, aku buat scan ni masa usia kandungan aku dah 24 minggu 1 hari. Any preggy mommies yang tinggal di Lembah Klang, boleh buat online appointment untuk menjalani scan 3D/4D ni di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/ atau boleh LIKE Facebook mereka 3D 4D SCAN MALAYSIA. Mereka ada buat banyak cawangan seperti di Ampang, Shah Alam, Seri Kembangan, Cheras, Puchong, Kota Damansara dan Bandar Cyber Ipoh. 

Memandang masa tu usia kandungan aku dah mencecah 24 minggu, aku berpeluang untuk menjalani scan 2D details dan 3D/4D scan yang berharga RM220 + RM80 (doppler). Scan 2D details hanya boleh dilakukan sewaktu usia kandungan 18 minggu hingga 24 minggu sahaja. Lebih dari tu, mereka mungkin tidak terima sebab baby dah besar. Scan 2D details ni bertujuan untuk check kecacatan bayi. Sonographer akan check satu persatu anggota badan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah syukur pada Allah, my baby sihat walafiat dan sempurna sifatnya. InsyaAllah.....

Korang boleh bukak la link yang aku share tu untuk maklumat lanjut. Segalanya mereka dah terangkan satu persatu dalam website tu. 

InsyaAllah my little baby ni adalah baby boy! Malas lah nak secret-secret!! Orang asek tanya jeeee.... Macamlah awak tu diva retis sangat nak rahsia-rahsia gender baby ye tak? Kihkihkih =D Tapi tu kalau dah confirm lah. Kalau tak confirm, memang orang lain pon tak berani nak share gender baby.


Let me share the pictures :



Ada banyak gambar yang sonographer bagi sebenarnya, tapi aku cuma share yang ni satu je la ye. Masa Ms Jezzlyn the Sonographer tu scan perut aku, my baby asyik gerak-gerak tutup muka dengan tangan. Sometimes kaki dia pon naik sampai ke mulut. Hisap jari kaki dia sendiri. Alahaiii... hidung dia sebijik hidung aku. Like Faiz always said before we married, hidung bunga! Yeah right, I know it is kembang like a flower. Kan dah kena kat batang hidung anak sendiri. Kihkihkih =D =D =D



Masa ni scan 2D details. Miss Jezzlyn tu check semua anggota badan baby. Dia akan check jumlah jari kaki dan tangan, kandungan air apa entah dalam jantung dan otak, tulang belulang cukup atau tidak, kebulatan kepala bayi samada sempurna atau tidak, peparu, mulut, hidung, tulang belakang, dan alat sulit baby. Dia akan explain satu persatu kepada kita. Syukur my baby semuanya okay dan tiada masalah. Kita hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya kerana kuasa Allah tiada siapa boleh lawan. 


 

Masa scan 4D di Klinik Fauziah tu, aku ada ambil full pakej with doppler. Doppler ni kalau dijual berasingan berharga RM130++ jugak. Tapi kalau kita beli masa full pakej, doppler ni berharga RM80 sahaja. Doppler ni bertujuan untuk check sendiri denyutan jantung bayi. Memang laju sangat jantung baby ni berdegup taw! Setiap kali aku letak doppler ni kat perut, memang payah nak cari kat mana posisi yang tepat untuk aku letak benda alah ni. Tapi kalau Faiz yang carikan, sekejap je dah jumpa. Bila dapat je aku detect dia punya heartbeat, terus kitorang akan senyum dan gelak-gelak sebab bunyi dia teramatlah kuat dan laju macam orang lari marathon 50km. 


kuat menendang bila aku pasang ayat Quran kat lappy


Start kandungan aku berusia 7 bulan je, aku dah mula rasa baby mula menendang-nendang. Kadang-kadang tak boleh tidur malam sebab rasa tidak selesa dengan perut bergerak-gerak. Selalunya dia akan mula menendang dengan kuatnya bila masuk pukul 7 malam sampailah aku nak masuk tidur. Buat ibu-ibu mengandung, seeloknya kita amalkan membaca surah Ar-Rahman, surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam. Surah-surah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk bayi dalam kandungan agar menjadi anak yang baik, soleh/solehah, bijak pandai serta aktif dan cantik/kacak. Alhamdulillah, memang selalu aku amalkan surah-surah ni setiap kali lepas solat. Semoga anak ibu menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. 





p/s: tahun bila pulak aku nak update entry seterusnya ni eh?