Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Dua minggu aku tak update blog! Bukan malas ke hape ke... I am kind a busy with my industrial training at Telekom Malaysia Berhad. So, walaupun aku tak update blog, masih ada jugak yang sudi berkunjung ke blog picisan lagi sengal ini. Well, aku cuma mampu ucapkan terima kasih daun keladi, walaupun aku tak update sila la datang lagi. Ngeh3!! Tapi ada jugak la yang datang sebagai ANONYMOUS. Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasal Kacang Hantu Blog ni. Buang masa dan tenaga aje. Sebelum aku kupas sedalam-dalamnya entry ini, apa kata kamu klik entry INI dahulu. [klik sahaja, automatik ke open new tab] So, dah baca? Mari kita kupas satu-persatu "Kenapa wujudnya ANONYMOUS dalam dunia blogging ni???"
Hati manusia mana yang tidak terkejut dan sedih apabila blog kita mendapat kunjungan ANONYMOUS. Begitu jugak aku. Dulu blog aku selalu dapat kunjungan ANONYMOUS ni. Masa mula-mula memang sedih. Dalam hati tertanya-tanya, apa yang aku dah buat sampai ANONYMOUS ini boleh datang menyerang. Sejak dari itu, aku belajar sedikit ilmu IP Adress ni. Beruntung juga aku mengambil jurusan Communication Engineering. Ada jugak aku belajar sedikit demi sedikit. Selalunya kunjungan ANONYMOUS ke blog kita adalah mereka di sekeliling kita sahaja. Percayalah! Mana mungkin orang yang kita tak kenal nak datang serbu tiba-tiba kan? Boleh jadi mereka ini adalah kawan kita sendiri yang kita tidak sedar akan tindakan mereka. Sebab itu la dalam dunia ni, kita jangan mudah percaya pada kawan-kawan sendiri. Sebab itulah orang selalu cakap, Pandai-pandai pilih kawan. Jika mereka mempunyai hasad dengki yang tinggi, dengan memegang title ANONYMOUS inilah sebagai jalan terbaik untuk mereka menyampaikan rasa dengki supaya kita akan lebih sedih.
Pada kebiasaannya ANONYMOUS mana yang menulis dengan kata-kata yang sopan santun? Kebanyakkan melemparkan kata-kata yang berunsurkan caci maki dan keji. Inilah cara mereka yang tidak berani untuk tampil ke hadapan dalam menyampaikan sesuatu. Jika benar kamu tidak suka seseorang itu, katakanlah dengan jujur dan menggunakan identiti sendiri. Tetapi mana ada manusia yang berani berbuat sedemikian. Kita kene saling beringat, dalam dunia ini ALLAH menjanjikan pahala dan dosa serta syurga dan neraka untuk makhlukNya berfikir secara rasional atas setiap tindakan kita. Kenapa harus busuk hati dengan orang lain? ALLAH jadikan kamu cukup dengan keistimewaan kamu tersendiri. Masih tidak cukupkah? Aku juga ALLAH yang cipta dan aku juga masih belum sempurna. Tetapi, ANONYMOUS tetap datang jugak menyerang. Ehem-ehem! Adakah aku sudah sempurna di mata ANONYMOUS ni? [wajib CAPS LOCK sebagai tanda gelak guling-guling]
Kadang-kadang, ehhh...Bukan kadang-kadang! Tetapi kebanyakkannya, ANONYMOUS ni memang mudah panas bontot bila nampak orang lain lebih sikit dari dia. Bukan lebih banyak sangat pun. Sikit aje lebihnya. Tapi dia tak puas hati. Dia nak jugak dapat kelebihan yang orang lain ada tu pada dia jugak! Eeeeiii... Tak tahu malu! Hahaha.. :D Sebenarnya dia sendiri teringin nak jadi macam kita. Percayalahhh... Orang macam ni adalah orang yang tak reti nak bersyukur. Dah elok ALLAH beri hati yang bersih suci lagi murni, dia pergi rendam hati dia dalam air longkang! Hahaha... :D Heyy! Tak baik taw dengki-dengki dengan orang lain. Nanti ALLAH sikit pon taknak beri rezeki pada anda. Eh, memang ALLAH taknak beri la tu kot kalau dah ternyata hati dia memang busuk! Ohh... poor you! Kahkahkah!! Mesti terbakar kan ANONYMOUS nie.. Berderau tak darah? Ekekekeke... :P
Kalau setakat blog aku ni, takdelah teringin sangat aku nak buat police report. Macam lah ANONYMOUS ni buat jiwa aku jatuh merundum sangat-sangat kan? Sikit pon tak beri kudis pada aku. Makin buat aku bersemangat untuk menambahkan sakit hati dia adelah. Pernah dengar tak ada seorang blogger tanpa identiti telah ditangkap kerana menulis yang buruk tentang Sultan Johor suatu ketika dahulu. Haaa... Itulah kejayaan pihak polis dan pihak Cyber Security Malaysia menangkap mereka yang pengecut yang lahir tanpa identiti ni. Haa... Kalau betul anak Melayu, meh ler tampil ke depan. Apehal lu takut sangat ni haa?? I don't bite. I just want to meet you, coward! Hahahaha...!!! :D Say it face-to-face laaa.. Janganlah pengecut sangat! Ouhhh lupe! Kau kan huduh, sebab tu malu nak jumpa. Berapi tak? :P
Semua mak ayah bertanggungjawab menghantar anak-anak mereka untuk mempelajari ilmu agama. Di sekolah mana-mana pun ada mengajar tentang pendidikan sivik. Hoii, kau tak belajar sivik ke dulu? Ohh, tak pergi sekolah memang lah tak belajar kan? Alahai, makin berapi pulak ANONYMOUS ni nanti. Meh kita coolkan dia. Hoiii, kau tak ingat kat dosa dan neraka ke? Eleh, setakat jadi ANONYMOUS kat mana-mana blog dosa kecil je kan. Ehh, kau tak ingat ke dosa yang besar yang dah ko buat semalam? Dah berapa bakul dah tu dosa tu? Ekekeke... :D Aku ni pon ada jugak dosa. Tapi seram weh tambahkan dosa yang sedia ada ni. Kang senget pulak bahu kiri nanti. Hahaha :D
Last but not least, as usual lahhh... Kata KIPAS-SUSAH-MATI kannn... Maknanya memang betul-betul peminat nombor 1 la wehhh! Semua pergerakan kita dia akan catat dalam kepala hotak dia. Semua benda yang kita buat, kita pergi mana, semua ANONYMOUS ni tahu. Ehhh, macam artis fofulerrr pulak kannnn.... Hahahha... :D Eleehhhh, ANONYMOUS ni lah yang buat blogger-blogger jadi populer sebenarnya. Thanks a lot la ANONYMOUS! Anda terbaik! Sila datang lagi bagi memeriahkan lagi blog aku yang usang dan jarang berupdate nie. Ekekekke... :D Tapi sebelum tidur jangan lupa solat Taubat dulu taw. Bukan apa, takut mati terjojol bijik mata masa tidur nanti. Innalillah..!! Kalau kau rasa aku cantik, mulut aku laaaaaaaggggggiiiiiii cantik! Hahahhaa... :D
p/s : Yeay! Aku dah remove chatbox aku.
Lepas ni meroyan abislah ANON nak tulis kat blog aku.
Padan muka kau! Hahaha.. :D
Lepas ni meroyan abislah ANON nak tulis kat blog aku.
Padan muka kau! Hahaha.. :D