Murah, Cantik, Menawan : Produk manakah yang terbaik?

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Pernah tak jumpa mana-mana perempuan yang tidak ada langsung barang kecantikan dalam bilik mereka? Even baby-baby yang baru lahir pon ada lotion badan mereka sendiri taw! Jadi, sangatlah mustahil kan kalau perempuan tiada barang-barang kecantikan ni. Yelah, semua perempuan pasti ingin tampil cantik walaupun dia bertudung litup serta berpurdah.



Jadi, dalam entry kali ni aku nak kongsi sikit tips dan produk yang aku sering gunakan seharian. So, janganlah nak cakap aku nak menunjuk-nunjuk pulak. Produk yang mampu di miliki ni tak payah nak bangga sangat lah kan. Lainlah kalau kau guna produk mahal nak mati macam SK II ke, Estee Lauder ke kan? Aku memang tak mampu la yang tu. Dengan berbekalkan bajet sebagai seorang student, aku cuma akan review produk-produk yang mampu di miliki serta berkesan.


Berdiri dari kiri : Pencuci muka Clean & Clear (kecil), pencuci muka Clean & Clear (besar), Toner NIVEA Visage Sparkling Whitening, Minyak Zaitun Syahirah, foundation Elianto, Bio-Essence BB Cream 8 in 1 dan bedak muka Silky Girl.

Bedak asas solekan atau pun foundation, aku gunakan Bio-Essence BB Cream. Ini SAHAJA satu-satunya produk yang sedikit mahal yang aku ada. Itu pun aku beli bila ada promotion sahaja. Kalau takde, nampaknya aku cuma mampu meleleh air liur tengok benda alah ni dalam kotak sambil cakap bye-bye pada aku. By the way, tekstur foundation ini ternyata membuatkan wajah kelihatan sangat-sangat bersih tanpa sebarang noda. Tapi kalau nak pakai hari-hari, memang kopak la jawabnya. So, aku gantikan dengan foundation dari Elianto. Ini pun aku beli sewaktu ada promotion jugak. Ekeke.. :D Sungguh menjaga bajet kau ni Ezma!!


Bermula dari rawatan kulit wajah, aku lebih gemar menggunakan produk Clean & Clear facial wash foam. Memang sejak akil baligh lagi, aku guna produk ni dan ternyata kulit aku lebih sesuai. Tetapi berbeza dengan seorang kenalan aku, dia menggunakan Clean & Clear for acne. Katanya tidak berkesan dengan wajahnya yang sering berjerawat. Apabila mengenakan solekan pula, aku akan menggunakan minyak zaitun atau baby-oil untuk membersihkan solekan pada mata. Hal ini kerana minyak zaitun atau baby oil lebih mudah menghilangkan kesan eye-shadow dan eyeliner berbanding dengan toner biasa. Kiranya sekali sapu, terus hilang kesan make-up. Aku tidak menggunakan make up removal sebab harganya agak mahal. Hehe :D Untuk solekan pada wajah pula, aku hanya menggunakan toner biasa. Aku lebih menggemari produk Nivea kerana harganya lebih murah jika dihitung dengan kandungan mililiter di dalamnya. Matematik penting baii!! :D


Dari kiri cepat jalan : SebaMed acne gel, OXY 10, Rosa T from Garden of Eden, dan Nixoderm.

Siapa kata muka aku tak pernah keluar jerawat? Biasalah orang perempuan tiap-tiap bulan, mesti jerawat singgah sekejap pada muka. Jerawat pun ada macam-macam jenis. Ada yang nampak ketara merahnya. Ini paling memalukan. Tapi ada jugak jerawat yang parking baik punya sampai orang lain pun tak nampak. Jerawat jenis ni lebih sakit dari jerawat yang nampak ketara tu cuma dia tidak kelihatan pada pandangan. So, produk-produk dalam gambar di atas merupakan produk terbaik yang aku boleh jamin kalau nak hilangkan jerawat. Paling best sekali adalah Nixoderm sebab ianya jenis 'pedas-pedas'. Aku lebih suka ubat jerawat yang pedas-pedas bila letak kat muka. Aku rasa macam jerawat tu mati terbunuh bila disapu ubat. Yeah! Tapi sekarang ni Nixoderm kurang berkesan pada muka aku sekarang. Ini kerana Nixoderm telah imun atau sudah biasa pada wajah aku. So, aku menggunakan Rosa T Acne Serum. Botol kecil 5mL ini tersangatlah best! Hilang semua parut-parut jerawat aku. Kene rajin gunalah! Baunya agak kurang best tapi takdalah sampai rasa nak muntah bila memakainya. Yang ini pun aku beli sewaktu promosi sahaja kerana harganya sebotol kecil RM25. Tapi sangat berbaloi! You must try! :)


Sengetkan kepala dari kiri : Lipstick Elianto, Vaseline Petroleum Jelly, Lip gloss Elianto. Yang baring tengah-tengah jalan : Eye liner Elianto.

Buat kaum wanita, kulit muka dah cantik tiba-tiba bibir kering dan hitam pulak. Bukan sebab merokok yang menjadikan bibir mereka hitam, tetapi mereka tidak menjaga bibir mereka sebaiknya. Setiap malam, aku akan sapu Vaseline Petroleum Jelly pada bibir. Bila bangun pagi, bibir kelihatan lembap dan menjadikan sapuan lipstick or lipbalm lebih mudah. Banyak kegunaan Vaseline ni sebenarnya. Kalau kulit kering, tumit kaki merekah, punggung baby yang melecet akibat ruam lampin semua boleh gunakan Vaseline. Tapi aku khususkan untuk sapu pada bibir sahajalah. Takkan nak campur-campur bila kau dah sapu ke kaki kan? Tiga lagi produk Elianto di atas ternyata sangatlah best untuk di cuba. Lipstick dan lip gloss dari Elianto sedikit pun tidak mengeringkan bibir aku. Harganya juga murah dan mampu dimiliki oleh student-student seperti aku. Tidak ketinggalan eye liner Elianto yang mudah di lukis dan tidak comot.


Bagaimana dengan penjagaan kulit tubuh badan? Aku cuma menggunakan Vaseline Healthy White untuk lotion harian manakala Vaseline Healthy Hand & Nail untuk rawatan kulit pada tangan. Lotion yang kecil dan aku mudah untuk bawa ke mana-mana tersangatlah wangi dan berkesan kerana aku perasan tiada lagi kutikel pada kuku aku setelah aku mencuba produk ini. Kalau nak bagi putihkan kulit tu, aku tak pastilah berkesan atau tidak sebab cuaca di Perlis ini seperti tidak mengizinkan aku menjaga kulit supaya kelihatan cerah. Memang sedih lah!! T____T


The latest : Ezmaliza went to the class with jubah! I felt awesome! Ekekeke :P

Orang kata, jika nak cantik minum air putih banyak-banyak. Cuba kita contohi kaum Cina yang bawa sebotol besar air putih ke mana-mana mereka pergi. Lihat sahaja kulit mereka yang bersih dan lembap kerana air penting untuk badan kita. Selain itu, rajin-rajinlah kita berwudhuk. Mereka yang rajin berwudhuk ini sering kelihatan cerah berseri-seri. Itu pula kuasa wudhuk yang ternyata maha hebat! :)



p/s: Tidak semua produk berkesan dengan keadaan kalian.
Jadilah pengguna yang bijak dan berjimat-cermat! :)



p/s/s: Dalam hati ni teringin sangat nak pakai
SK II, tapi tak mampu! nangess!!



58 comments:

  1. sayang! wanie pun guna gak vaseline yg healthy hand & nail tu..bau dia best sangat kan:)

    ReplyDelete
  2. teringin plak nak try vaseline yang bleh ilangkan kutikel tu..mahal x?

    ReplyDelete
  3. wah..banyak..ilmu penjagaan awak mmg rapi..sy ni pon nk ada brg make up pon xbeli sgt...aish sy nk kena berubah mjg penampilanla ni azam baru

    ReplyDelete
  4. banyak gila produk..
    brape RM abis 1 bulan ni?
    hikhik

    ReplyDelete
  5. awkk kite nk pinjam ubat.. nk hilanggkan parut jerawat...ley x? nk kulit mcm awk jugakk laa....hihihihihi

    ReplyDelete
  6. @laskar pelangi

    yes! mmg best bau dia.wangi sgt kan..setiap pagi ke kelas, ezma akan pakai lotion tu sambil jalan..hik3.. :P

    ReplyDelete
  7. @♥yaya budak suka embun♥

    tak mahal pon yaya..ezma beli rm8 je...mmg best pakai mnde tu :)

    ReplyDelete
  8. @dayah

    hehehe..azam baru yg baik tu dear..boleh apply dalam kehidupan seharian :) insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  9. @zaril

    syukur alhamdulillah :) thank u dear.

    ReplyDelete
  10. @onie

    best kan onie kan?? murah lak tu..hehehe :D

    ReplyDelete
  11. @amier azrul alias

    eh, takdelah beli tiap2 bulan.haha :D jimat sgt2 dah nie :)

    ReplyDelete
  12. @faiz

    nanti kita hadiahkan awak produk kecantikan utk lelaki punya :) ok?

    ReplyDelete
  13. ptotlaa sys comey..ske jge sume2 eh? ehhehehe..nuru gune simple je sys huhuhuh

    ReplyDelete
  14. tringin nak guna Rose t..b4 nie ada jgak guna Nixoderm..tp xjd jugak..

    ReplyDelete
  15. @nuruashia ♥

    ehhh...bukan jadi comey pon pakai semua2 nie dear..btw, the simple is the brand or mmg nuru just simple2 aje? hehehe... lg senang kalo jadi nuru :)

    ReplyDelete
  16. @syafieka nur

    mungkin nixoderm tu dah immune dgn kulit muka awak kot..anyway, rosa T pon boleh try jugak..sgt best and insyaALLAH berkesan :) good luck...

    ReplyDelete
  17. @::FAIZ FARISH::

    hakikatnye sikit aje sebenarnye..bukan beli sekali harung pon :)

    ReplyDelete
  18. kau ni aku tengok cantik dalam gambar. pegi kelas biasa je simple. kenapa tak pakai cun2 pegi kelas?

    -pemerhati dari jauh-

    ReplyDelete
  19. jenama dan harga tak penting..yg penting kesesuaian..kalau murah pun boleh buat kita cantik kalau sesuai kan =)

    ReplyDelete
  20. @Anonymous

    subhannallah... sy ni student engineering. bukan student mass comm atau kesetiausahaan. mmg tak memerlukan baju cantik2 utk ke kelas. terima kasih kerana sudi memerhatikan saya. =,="

    ReplyDelete
  21. @zOeY zAu YaH

    setuju dgn anda! kdg2 bila pakai yg mahal pon, bukan semua bagus.. ikot kesesuaian jugak! agree!

    ReplyDelete
  22. ezma..kadang2 produk mahal tak sesuai dengan kulit kita pon, yang murah kadang2 berkesan dr yang mahal..pape tengok kulit orang.kalau sesuai dgn produk y tak mahal, alhamdulillah boleh save budget T__T

    ReplyDelete
  23. adik akak yg cun habes! ehehe...

    kaksha nk try la yg rosaT tu..sedih tgk parut jerawat kat muke ni yg degil nak mampus..cube mcm2 dah tak berkesan jugak..T_T

    ReplyDelete
  24. kalau dah nme gegel knfem ade brg2 smue nie..hehehe..klu kite tak perfect klu brg2 nie takde..

    murh dan berkesan adlah terbaik..:)

    ReplyDelete
  25. utk losyen, kite guna produk yg same.. :)

    ReplyDelete
  26. Owhhh.. patotlh muka k.ezma cantik je.. kulit halus mulus gitu.. :) nway, Vaseline petroleum jelly tuh mmg superbbbbb!! jadi2.. keh3..

    ReplyDelete
  27. @Syariniey Amran

    ezma setuju dgn along. btw, bukan semua produk yg mahal tu berkesan pada kulit kita. malahan, bergantung pulak pada jenis dan kualiti sesuatu produk.. ezma pakai pon yg murah aje along..hehehe :D

    ReplyDelete
  28. @♥CIK SHA♥

    kak shaaaaaa....mmg wajib try produk tu...kak sha cari je kat mane2 farmasi..insyaALLAH mujarab :) hehehe...

    ReplyDelete
  29. @Cik Yatt

    hehehe..mmg ciri pilihan ezma pon adalah yg murah dan save budget.. mahal2 pon kene tggu dah kerja dan ada duit sendiri baru sedap nak memakainya :))

    ReplyDelete
  30. @♥e'in♥

    seppp sikittt!! kita serupaaa!! hehehe... :DD

    ReplyDelete
  31. @SiKecilMirmO

    ehhh....mesti tak bace entry kak ezma sampai abes nie..hehehe :D muka kak ezma pon ade jerawat dear... setiap kali waktu subur mmg takleh blah jerawat naik! :((

    ReplyDelete
  32. wahhh banyaknya barang2 nye , hihihi

    ReplyDelete
  33. @sYafIk-wAy

    hahhaa..byk2 pon takdelah sampai kene beli sekaligus... beli satu2 la...hahhaa :D

    ReplyDelete
  34. indeed, we the girls have to take good care of anything about ourselves. most importantly, like you said earlier, minum air putih banyak2, or if not, kita bakalan kekurangan air dalam badan and our body will be getting worse if we don't do so..hehe, hai si jelitawan!

    ReplyDelete
  35. @Rtp Farra Arisha

    hai adik comel..pandai adik berkata2..kagum kak ezma taw! yes, u are right! air sgt penting dalam tubuh badan manusia kalau nak sihat dan cantik :)

    ReplyDelete
  36. wow, banyaknyer.. tak tau yg mane ok.. apepun jgan campur bnyak sgat.. hehe.. salam kenal.. free2 singaah blog sy :)

    ReplyDelete
  37. @محمد رازيق

    thank u for your advise..haha :D saya tak campurkan produk2 pon.. tp yg berkualiti itu sudah tentu menjadi pilihan :)

    ReplyDelete
  38. Ssungguhnya Allah itu cantik.....
    dan sukakan kecantikan.....^^ betul x Ezmaliza.. hehe.. thanks krn visit my blog.. bangga aih.. haha..

    ReplyDelete
  39. hai kak , salam perkenalan slme ni jd silent reader je , hehehe nk tnye produk yg bole hilngkn parut jrawat mcm akk pnye tu beli kat mne ea ?

    ReplyDelete
  40. @..aZhAri.cOm..

    masyaALLAH..pandainyaaa!! mmg ALLAH sukakan kecantikan..jadi, tidak salah jika kita hendak kelihatan cantik :) thanks for the quote yaaaa :)

    ReplyDelete
  41. @nurul diana

    thank u so much for being my silent reader. anyway, kak ezma beli produk Rosa T tu kat farmasi..kat guardian or watson insyaALLAH ade :) best of luck ok dear? :)

    ReplyDelete
  42. SK II over mahal lah kan? Vaseline pun dh kira ok lah sis:) nnt kerja bru boleh beli SK II. insha-Allah!

    ReplyDelete
  43. cantik...;-)

    banyak produk kita sama tau...yala.masih stdy tu ja mampu beli..dah kerja leh beli y mahal2 ckit..hehehe

    ReplyDelete
  44. @FIFIEY LYCHEE MARATION

    tu la dia..kak ezma igt bila dah kerja nak try la produk2 mcm tu..hehehe :D org kata SKII bagus!

    ReplyDelete
  45. @ILA HonEyBuNNy

    oh ye ke?? kirenye produk2 kita berkongsi dgn jenama yg same la nie? hehehe :D mmg murah dan berbaloi kan? best! :)

    ReplyDelete
  46. salam ezma ,

    suka sangat dengan entri ni .
    sekarang wana berani try OXY je ..sebab kena dengan muka..bila pakai yg lain..tak berani sangat ..mesti allergic/ merah2..

    terimakasih untuk entri berinfo macam ni... i loikkee ^_^

    ReplyDelete
  47. @wanabee

    OXY 10 pilihan ezma..kulit ezma nie tak sensitif sgt..kalo pakai ubat jerawat murah pon alhamdulillah masih mampu kering dgn cepat..hehhee :))

    your most welcome dear ;) hope dapat membantu :)

    ReplyDelete
  48. this is for you sis :)

    http://nuruldiana97.blogspot.com/2011/12/braces-itu-cantik.html

    ReplyDelete
  49. vaseline laki-laki pon ade kan.. anyway.. walaupun byk still boleh jimat cermat bukan nya brg tu habis tiap-tiap bulan kan... nice entry :)

    ReplyDelete
  50. @nurayunni

    masyaALLAH..syukur alhamdulillah..saye cuma berkongsi barangan yg berkualiti dan berpatutan..hehe :) thank u dear...

    ReplyDelete
  51. @nurul diana

    thanks so much honey! kak ezma dah bace and komen jugak..what a lovely entry :))

    ReplyDelete
  52. @Nizam Ijam

    hehe..ini produk utk kaum perempuan aje..sbb ape??sbb saya kan perempuan :P

    ReplyDelete
  53. @haffizmohdnoor

    aah..mmg ade produk vaselin utk lelaki.. tp saya tak pasti samada produk tu bagus atau x..tak pernah lg suh sape2 try and give testimonial :P hehehe..thanks for the comment :)

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?