Al-Fatihah : Allahyarham Ezam (24 April 1990 - 20 Januari 2013)


Assalamualaikum and Hello Readers.


"Tanda-tanda 40 hari sebelum kematian:

"Tanda ini akan berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita antaranya ialah dia mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. "


Bila aku baca penyataan di atas, aku terkesima sebentar. Sebab?? 40 hari sebelum perginya adik tersayang, merupakan hari pernikahannya. Allahuakhbar!! Patutlah hari itu, kami rasa kehilangan sangat-sangat. Selesai sahaja arwah Ezam melafazkan akad nikah, kami sekeluarga mengeluarkan tangisan kegembiraan. Segalanya cerita perkahwinan Ezam, telahpun aku dedikasikan di "Walimatulurus Ezam & Susie". Hakikatnya, masa itu daun di Arasy Allah yang tertulis nama Ezam bin Embok Zrik sudah pon gugur. Ya Allah, jodoh si Adik hanya bertahan selama 40 hari sahaja. Sungguh! Hingga ke hari ini, aku rasa macam tidak percaya yang Ezam telah pergi buat selama-lamanya.


Akan Kakak abadikan gambar-gambar kenangan Ezam dalam diari online Kakak ye adik. Tiga hari aku menaip di entry ini sebab air mata asyik menitik sahaja. Lalu aku tangguhkan untuk publish.


Ezam bin Embok Zrik di lahirkan pada 24 April 1990. Emak cakap, Ezam lahir masa hari raya Aidilfitri. Jadi, Emak masih baru berpantang dah kena siapkan juadah hari raya untuk orang datang bertakbir di rumah. Ezam selalu marah kenapa nama dia ada 4 huruf je. Jadi, dia sendiri letak nama yang dia nak sangat iaitu Mohd Fitri Ezam. Dulu dekat tabung kelapa pon, dia tulis nama sebagai "Fitri Ezam". Emak cakap, masa Ezam kecil-kecil dahulu dia seorang penyabar. Kalau nak mintak susu pon, dia tunggu je sampai dapat baru dia menyusu. Kalau Emak tengah sembahyang pon, dia pandai senyap duduk dalam katil dia.



Masa aku kecil-kecil dahulu, kami 3 beradik memang selalu main dan gaduh sama-sama. Ershad yang baju putih merupakan abang tiri kami. Sama ayah lain emak. Setiap hujung minggu, Ayah akan bawak Ershad ke rumah kami atau kami yang ke rumah dia. Memang kami 3 beradik sangat rapat. Ezam akan bangun paling lambat dan dia jugaklah yang mandi paling lambat antara kami bertiga. Kalau tidak, muka masing-masing pasti penuh di taburi bedak dek Emak. Tapi Emak selalu cerita yang Ezam memang anak yang penyabar.






Ezam masa kecik-kecik cengeng orangnya. Maksudnya jenis kuat menangis. Pernah sekali, Emak suruh tukar baju cantik-cantik sebab kami nak ambil gambar. Lepas tu dia tanya banyak kali, kenapa nak kene tukar baju cantik semata-mata nak ambil gambar sama-sama? Kemudian Emak jawab, tukar sajalah. Kan nampak cantik dalam gambar. Tak mahu tukar baju punya pasal, dia menangis tak tentu hala. Lagi pulak bila kena usik dengan abang aku si Erwan yang berbaju ungu di bawah. Makinlah merah hidung si Adik akibat menangis.



Kami di Genting. Kenangan bersama sewaktu kecil.



Dulu, hampir setahun kami tinggal sementara di Johor Bharu. Aku bersekolah Darjah 1 di sana manakala Ezam hanya pergi ke pra-sekolah. Di sekolah tadika Ezam, dia sangat aktif. Setiap kali ada apa-apa event, Ezam mesti menang di tempat pertama dan sering terpilih menjadi pelajar untuk mewakili tadikanya. Ezam memang adik yang bijak. Aku selalu cemburu dengan kejayaan dia waktu itu. Boleh katakan penuh almari dapur dengan tupperware hasil kemenangan dia sewaktu sukaneka sekolahnya. Allahhh!!


Arwah Ezam masuk Pertandingan Membaca Muqaddam.


Tadika Taman Gembira, Johor Bahru.


Pencapaian Ezam sewaktu di sekolahnya.



Memang arwah merupakan anak kesayangan Emak. 


Sekolah Agama Jalan L5, Kampung Pandan.


Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang

1 Berlian, SKTN


Kenangan sewaktu kami di USS. Yes dik. You are the greatest Husband for Susie.



Aku gembira sekurang-kurangnya sewaktu hayatnya, Ezam sempat pergi ke mana-mana yang dia mahukan. Setidak-tidaknya kami juga sempat meluangkan masa bersamanya jika kami melancong ke mana-mana. Apa yang mengagumkan aku, dia ni jenis tak tahu penat. Dia yang akan memandu jika ke mana-mana dan kemudian sambung aktiviti melancong. Lepas ni, kami tak tahulah siapa yang akan memandu.Siapalah yang akan berjenaka dalam kereta. Siapalah yang menggantikan tempatmu dik. Yang pasti, tiada sesiapa boleh menggantikan arwah Ezam. Dia terlalu istimewa dan berbeza. =(


Allahuakhbar. Bila aku lihat album sewaktu graduasi, aku teringat kisah sewaktu kami dalam perjalanan ke dewan konvokesyen. Sesi konvo aku adalah pada sesi petang. Waktu itu, aku sudah kelam kabut sebab Ezam suka berlengah-lengah. Sepatutnya jam 1.30 petang aku sudah berada di dewan konvokesyen. Tapi jam 1.40 petang aku masih di homestay. Dalam perjalanan, puas aku marahkan Ezam kerana aku sudah kelewatan. Ya Allah, mesti Ezam tahan je kemarahan dia pada aku. Padahal, masa aku sampai di dewan lebih kurang jam 2.15 petang, semua orang masih sibuk dengan jubah tak berpakai lagi. Tak pasal-pasal Ezam kena marah dengan aku. Allahhhh!!!! Sewaktu aku sedang beratur menuju ke dewan, aku nampak kelibat Ezam yang membawa jambangan bunga buat aku. Masa tu aku berlari keluar dari barisan dan bergambar dengannya. Ezam, Kakak mintak maaf sebab marahkan Ezam. Kakak tak sengajaaa dik...... =(



Gambar di atas adalah sewaktu di Legoland. Ya Allah. Aku memang tak boleh tengok gambar ini. Aku rasa mahu menangis. Waktu ini aku baru sahaja bekerja dan belum ada duit di tangan. Sewaktu berjalan-jalan di Pusat Bebas Cukai Johor Bahru The Zon, Ezam pelawa aku belanja aku dan Emak untuk beli kasut. "Kakak dengan Emak nak kasut apa? Amiklah. Ezam belanja!". Macam tak percaya Ezam cakap macam tu sebab Ezam ni jenis yang kedekut. Maksudnya jenis sayang duit. Memang payah nak tunggu Ezam keluar duit untuk belanjakan sesuatu. Tetapi hari itu, dia pelawa begitu. Apa lagi, memang aku sambar satu selipar "Check". Aku akan jaga selipar tersebut. Kalau ianya rosak sekalipun, akan Kakak simpan selipar tersebut sampai bila-bila dik. =(



Dan saat inilah aku rasa daun yang tertulis namanya gugur di Arasy Allah SWT. Di hari pernikahannya, kami sekeluarga menitiskan air mata. Kami merasakan Ezam macam pergi tinggalkan kami semua apabila dia sudah bernikah. Pelik! Memang pelik!! Padahal dia adalah pihak lelaki. Sepatutnya pihak perempuan yang mengeluarkan air mata. Tetapi jadi terbalik. Rupanya memang betul dia pergi tinggalkan kami semua. Rupanya kami sudah menangis terlebih dahulu atas pemergianmu dik. Allahhhh!! Peliharalah adikku dunia akhirat. =(



Sekurang-kurangnya Allahyarham Ezam sempat mencapai keinginannya untuk berkahwin dan naik pelamin. Sekurang-kurangnya dia sempat merasa nikmat perkahwinan. Sekurang-kurangnya hasrat dia untuk memiliki handphone SIII tercapai. Dari dulu lagi, dia selalu cakap, "Tunggu Ezam beli SIII taw!!". Bila difikirkan semula, kebanyakkan hasratnya tercapai. Syukur Alhamdulillah dik. Sekurang-kurangnya Ezam merasaaaaa.... Kami berasa lega. Aku berasa gembira juga kerana aku sempat berbakti kepadanya. Aku sempat untuk menemani Ezam dan Susie untuk membeli baju nikah, memakaikan inai di jarinya, menyiapkan barang hantaran untuknya dan macam-macam lagi. Kini, aku sudah tiada adik lagi. Kepada siapa lagi tempat aku nak bergaduh? =(



Meriah! Majlis perkahwinan Ezam dan Susie meriah! Aku gembira kerana sang adik sempat naik pelamin. Merasa jugak untuk dia memakai persalinan seperti seorang pahlawan Melayu. Cukup dengan barang hantaran untuk pihak Ezam dan pihak Susie. Paluan kompang untuk pengantin berarak. Bunga telur untuk tetamu. Upacara merenjis. Lengkap! Serba lengkap! Ramai juga sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat-sahabat arwah datang memeriahkan majlisnya. Kakak gembira sangat Ezam. Alhamdulillah, kau merasa semua ni dik. Kakak legaaaaa.........



Arwah Ezam suka mengelat. Dia nakal. Selalunya kalau kami bersalam, dia patut cium tangan aku sebab aku kakak dan lebih tua darinya. Tapi Ezam selalu mengelat. Nanti kalau bersalam, tangan dia dihalakan ke hidung aku supaya aku yang akan cium tangan dia. Allahuakhbar!! Nakal sungguh adik kakak yang sorang ni. Terlalu rindu aku pada peristiwa itu. Hanya dia yang akan buat macam tu pada aku. Sekali lagi, waktu ini, air mata aku jatuh lagi ke pipi. Ezammmmmmmmm............ =(


I love you, family!


Di majlis pertunangan aku, dia juga banyak membantu. Majlis aku pada hari Sabtu. Jumaat itu aku masih bekerja dan dia datang ke rumah membantu Emak untuk berkemas. Lantai di luar rumah dia sental bagi bersih untuk tetamu yang hadir menjamu selera. Sungguh berbakti kau dik pada kami sekeluarga. Kakak takkan lupa semua kenangan kita semua. Adik aku yang lelaki pon turut menolong membasuh pinggan-mangkuk di dapur. Kalau tidak, dialah yang paling malu kerana buat kerja-kerja perempuan. Terima kasih Ezam. Kakak tak sempat nak sebut ucapan itu pada kau dik. 




Pada 20 Januari 2013 jam 4.15 pagi aku menerima panggilan dari adik iparku, Susie. Aku sedang lena terkejut dan hairan kenapa nama Susie yang muncul di telefonku. Sebelum aku menjawab, kepala aku ligat berfikir. Aku hanya ingatkan Ezam bergaduh dengan Susie dan lari rumah ke dan Susie hanya telefon aku untuk mengadu dan bertanya pasal Ezam. Sangkaan aku meleset bila aku terdengar suara Susie teresak-esak menangis dan beritahu bahawa Ezam accident! Pada aku Ezam accident biasa-biasa sahaja sebab sebelum ini pon arwah pernah banyak kali juga accident. Terus aku bangun untuk beritahu Emak akan berita ini di bilik tidurnya. Emak merungut marahkan Ezam dan terus dia ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke hospital.


Selang 5 minit lepas tu, Susie menelefon aku semula. Tapi kali ni lelaki yang jawab panggilanku. Rupanya kawan arwah Ezam. "Kak, Ezam dah takda kakkk!! Ezam accident kat Highway Dengkil!!Kitorang semua dalam perjalanan ke sana". Masa tu, aku rasa macam nak pengsan. Kepala lutut aku menggeletar. Dalam masa yang sama, aku tidak tahu bagaimana hendak beritahu hal ini kepada Emak. Sebaik sahaja Emak tahu, Emak terus menangis. Aku masih tidak percaya akan berita itu. Banyak kali aku berdoa dalam hati supaya keajaiban berlaku pada pagi subuh itu. Aku terus menghubungi Angah dan Ershad akan berita itu. Mereka rupanya sudah tahu dan dalam perjalanan ke rumah untuk mengambil aku dan Emak. Aku dimaklumkan untuk menunggu di Unit Kecemasan Hospital Serdang.

Allahyarham Ezam disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang. 



Azan Subuh sudah berkumandang sewaktu kami semua menunggu di sana. Tanda-tanda Susie dan kawan-kawan arwah Ezam untuk sampai masih tidak kelihatan. Lama kami menunggu di hadapan hospital. Lebih kurang jam 7 pagi, baru aku nampak van polis sampai di hadapan pintu masuk Unit Kecemasan. Ya Allah, luluh hati aku bila aku lihat satu mayat terbujur kaku di balut plastik hitam di dalam van itu. Kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam van apatah lagi melihat wajah arwah. Emak dah menangis di tepi van macam orang gila. Mahunya tidak. Luluh hati si ibu melihat anaknya terbujur kaku di dalam van polis tanpa dibenarkan untuk melihatnya. Polis cakap, mereka perlu tunggu sehingga jam 10 pagi untuk di bedah siasat. Kerana pagi itu tiada doktor yang boleh lakukan post mortem. Allah!! Dugaan yang maha berat ini kami tempuhi dengan linangan air mata sahaja. Tak sanggup aku lihat jenazah terbujur layu di dalam van itu sahaja. Berkali-kali surah Yaasin dibacakan untuk arwah.


Sementara menunggu doktor sampai, kami sempat bersoal siasat dengan kawan-kawan arwah yang turut datang pagi itu. Mereka kata arwah Ezam tidak sempat mengelak dari lori 3 tan yang tiba-tiba berhenti secara mengejut. Tambahan lagi, lori itu langsung tidak mempunyai lampu belakang membuatkan arwah terlanggar belakang lori. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika benarlah apa yang diceritakan, pemandu lori itu tidak akan selamat dunia akhirat kerana dia lari apabila menyedari orang melanggar belakangnya. Mustahillah dia tidak rasa langsung perlanggaran itu. Allahhhh!! Tunjukkanlah kuasamu. Kawan arwah Ezam juga sempat bercerita kepada kami, "Masa tu saya rasa degupan jantung arwah makin lama makin perlahan kak. Saya pon ada ajar arwah untuk mengucap dua kalimah syahadah. Dia sempat mengucap kak. Arwah menarik nafas lagi. Kali ketiga dia tarik nafas, terus dia pergi kak. Masa tu saya dah tak rasa apa-apa lagi pada degupan jantung dia." Berjuraian air mata kami mendengar cerita kawan-kawan arwah Ezam. Allahuakhbar!! Kuatkan la semangat kami......


Lebih kurang jam 10 pagi, doktor minta waris untuk masuk ke dalam Unit Forensik. Banyak kali Emak menangis kerana tidak mahu jenazah dibedah siasat. Emak tidak mahu dadanya dibelah sewenang-wenangnya. Kami dimaklumkan jika tidak dibedah siasat, kami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah dan jenazah akan disimpan dalam peti mayat. Ya Allah... Aku tidak sanggup melihat Ezam terseksa lagi. Kami menerangkan kepada Emak akan kepentingan bedah siasat. Akhirnya, Emak terpaksa bersetuju dan menurunkan tandatangan. Sebelum dibedah siasat, kami keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk untuk melihat dan buat pengecaman mayat. Allahuakhbar!!! Mata arwah tertutup separuh sahaja. Bila arwah melihat Emak, barulah kesemua matanya tertutup. Emak pernah pesan, sekiranya jenazah tidak tutup keseluruhan matanya, maknanya dia mahu melihat orang yang dia hendak lihat kemudian barulah dia menutup mata sepenuhnya. Tapi kali ni, aku sendiri melihatnya. Ya Allahuakhbar!! Ezammmmm............ =( Aku sempat mengucup dahinya berkali-kali. Sekali lagi, berjurai-jurai air mata aku melimpah. Badannya sejuk dan mula mengeras. Sejukkkk sangattt..... Macam baru keluar dari peti ais. Aku dah tak tahan lagi melihat jenazah adik sendiri terbiar lama di situ.


Usai sahaja post mortem, aku dan keluarga yang lain turut berada di samping jenazah sehingga ke jenazah dimasukkan ke liang lahad. Pertama kali aku memandikan jenazah. Pertama kali, aku membantu mengkafankan adik sendiri. Pertama kali aku melihat pengebumian saudara sendiri. Pertama kali aku mendengar dengan telinga sendiri talkin dibacakan. Banyak kali aku merayu pada orang yang membantu memandikan jenazah agar mandikan arwah dengan lemah lembut. Sakit badannya nanti. Kami usap dan sapu air pada badan jenazah dengan lembut. Sampaikan aku rasa macam tak sentuh langsung kulitnya. Aku takut arwah adik sakit. Lebih memilukan apabila aku melihat jari jemari arwah adik masih merah dengan inai pengantin. Allahuakhbar!! Kuatkan semangat kami...Selepas Zohor, jenazah adik disembahyangkan di Surau Sri Pinang Villa dan kemudian barulah jenazah di bawa untuk dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tidak sampai hati melihat arwah adik di masukkan dalam liang lahad. Tukang penggali kubur menyuruh jenazah mengiring dan biarkan hidungnya mencium tanah! Allahhh!! Sekali lagi, air mata tak henti-henti keluar. Tudung aku basah dek hingus dan air mata. Bengkak mata aku menangis tak henti-henti. Masa itu, lihat mulut arwah kelihatan terukir senyuman. Aku masih dapat bayangkan keadaan arwah sewaktu itu.Aku hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yaasin buat arwah adik Ezam. Kami terlalu sayang. Kami terlalu kasih pada adik yang menjadi penceria keluarga. 


SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN:
Patutlah, seminggu sebelum arwah Ezam pergi meninggalkan kami semua, Ezam ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk aku. Masa itu, aku baru balik dari kursus kahwin. Petang hari kedua kursus kahwin, aku ke Rawang. Di sana aku berjumpa Emak, Ezam dan Susie. Mereka baru sahaja beli kipas di kedai elektrik di Rawang. Aku singgah sekejap bertemu mereka sebelum berpisah semula kerana mereka katanya hendak ke pasar NSK Rawang. Aku sengaja beritahu Ezam yang aku baru balik dari Kursus Kahwin dengan Faiz. Terus lancar mulutnya mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat kami berdua. Dia tergelak-gelak bagi ucapan tu. Aku pula menafikan, "Haishhh, kakak baru pergi kursus kahwin je laaaaaa....". Aku mencebik! Hari ini, aku tak sangka ucapan yang dia beri itu sangat bermakna dan beri penuh pengertian buat aku sampai bila-bila. 



Ini bukanlah pertama kali aku menerima berita kematian. Tetapi ini adalah untuk pertama kali keluarga terdekat sendiri yang pergi buat selamanya. Aku tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Hari ini baru aku rasa kehilangan macam mana orang lain yang pernah juga merasa kehilangan. Ya Allah, baru aku tahu betapa perit dan sedihnya bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Aku nasihatkan pada kalian agar, sayangilah keluarga anda. Jika tidak, pasti menyesal tiada kesudahan. Aku tidak dapat bayangkan keadaan aku pula jika kehilangan ibu bapa. Allahhh... janganlah aku diduga seperti itu. Biarlah aku yang pergi dahulu kerana aku tidak mahu menangis lagi atas kehilangan orang-orang yang aku kasihi. 



Saya mohon, sesiapa yang mengenali Allahyarham Ezam bin Embok Zrik, sedekahkan Al-Fatihah buatnya. Jika arwah adikku ada berhutang dengan sesiapa, aku mohon tampil ke hadapan untuk aku langsaikan segala hutangnya. Aku mohon dan merayu jika arwah Ezam ada sakitkan hati sesiapa, mohon dimaafkan segala dosa dan kesalahannya. Aku juga mahu ucapkan terima kasih atas ucapan takziah dan segala jenis bentuk sumbangan oleh kalian sepanjang tahlil arwah dilakukan beberapa hari lepas. Hari ini kami mula redha dengan ketiadaannya. Kadang-kadang kami rasa arwah Ezam masih ada di samping kami semua. Dan aku yakin dan berpegang teguh bahawa hidup mesti diteruskan. InsyaAllah dik, kakak janji, kakak akan jaga keluarga kita semua dan kakak akan jaga Susie isterimu macam kakak jaga adik kakak sendiri. Segala harta peninggalan arwah Ezam, kami akan gunakan untuk kebaikan arwah sendiri. Teringin rasanya aku hendak buatkan upah haji buatnya. InsyaAllah dik. Pusara adik, kakak akan selalu ziarah. Ezam tidur elok-elok ye. Kakak terlalu sayanggggg Ezam... Kakak rindu sangat-sangat dikkkk....... Sekian..... Wassalam.....




Al-Fatihah.......


SURVEY : Katering Perkahwinan Lengkap


Assalamualaikum and Hello Readers :)


Apabila aku menghadiri majlis-majlis perkahwinan sanak saudara mahupun kawan-kawan, aku dah terfikir benda ni dari awal lagi. Aku mesti pilih tarikh yang available untuk dewan kemudian barulah aku boleh fikir tarikh majlis pernikahan dan sebagainya. Alhamdulillah, aku minta bantuan Ayah untuk booked dewan. Berjaya!! Sebelum Ayah booked, aku dah call dewan-dewan yang kosong pada tarikh yang aku mahukan. Most of dewan yang aku mahukan semuanya fully book! Lebih-lebih lagi tarikh cuti sekolah. Tapi takpe, aku dapat satu dewan serbaguna yang dekat dengan kediaman sendiri. Setidak-tidaknya aku memudahkan jiran tetangga dan kawan-kawan sekolah lama untuk datang. Syukur daripada langsung tak dapat.

 image by google : inspirasi dewan

Bila dah dapat dewan, kali ni kepala aku berserabut nak fikir soal katering pulak. Hasil carian aku di Google, ada beberapa syarikat katering yang menawarkan pakej seperti yang aku mahukan. Pakej yang aku mahukan adalah lengkap seperti makanan untuk tetamu, kerusi dan meja yang cukup untuk dewan, hidangan untuk pengantin dan tetamu dari pihak lelaki, pelamin bersesuaian dengan konsep dewan (pelamin besar), baju persandingan untuk pengantin lelaki dan perempuan beserta aksesori, make up, P.A system dan pengacara majlis, kompang, pintu gerbang, kek pengantin, hiasan dewan dan sebagainya. Semua ini aku mahukan dalam 1 pakej kerana aku tidak mahu membuang masa untuk pergi bermacam-macam tempat untuk sesetengah perkara. Wasting my time and money. Lebih baik berjalan-jalan survey vendor yang fully package daripada aku buat kerja sikit-sikit.


Ciri-ciri katering yang boleh dijadikan pilihan aku semestinya murah dan berbaloi. Aku tak mahu melakukan pembaziran melampau. Berbaloi dalam erti kata lain, makanan sedap dan service tip-top. Kedua, katering tersebut terletak di Lembah Klang. Senang aku nak berurusan nanti. Next, promosi yang menguntungkan. And lastly, syarikat katering ini ada menyewakan baju persandingan yang menepati citarasa aku dan tunangku.

Meh sini aku nak share antara vendor katering yang aku berminat :


MAHLIGAI IMPIAN CATERING
Sungai Buloh, Selangor 


I like this one! Still under my budget. Cuma syarikat katering ni terletak di Sungai Buloh. Agak jauh dari Ampang. Tapi masih dalam area Lembah Klang. Hujung minggu ni jugak aku akan ke Sungai Buloh untuk discuss and have a food testing. Wowww! Jimat makan malam aku... 


EZZAQ WEDDING PLANNER (Pelamin dan Katering Budget)
Damai Perdana, Cheras
Laman Web : Facebook


Pakej dari katering ni pon macam best! Memang bersesuaian dengan namanya iaitu katering budget! Nanti aku nak buat appointment dengan katering ni pulak. Kalau macam ni harga dia, aku tiada masalah kalau nak tambah sikit duit kalau nak beri lebih keselesaan kepada tetamu yang datang nanti. Cheras pon dekat je dengan Ampangggg :)


SRI ANGSANA CANOPY & CATERER
Taman Nirwana, Ampang.
Laman Web : Sri Angsana


Haaaa.... Sri Angsana ni agak popular kalau di majlis-majlis perkahwinan di area Ampang. Kebanyakkan jiran-jiran aku yang buat kenduri kahwin akan pilih Sri Angsana ni. Harga boleh tahan murah. Cuma kalau aku nak mencipta kelainan dari majlis-majlis jiran lain aku tak dapat lah ambik katering ini. Sebab dah selalu sangat rasa lauk kenduri yang ini. TAPI, kalau dah takde sangat, aku ambil je! Dekat pon dekatttttt sangatttt!! Tak sampai 1 km dari rumah aku.


SRI PAYUNG CATERING
Pandan Utama, Ampang
Laman Web : Sri Payung


Fuhhh, yang ni memang betul-betul fully package! Siap ada cenderahati untuk tetamu tuuuu :) Tapi lari bajet aku kalau ambil pakej ni. Tuan punya katering ni rakan kenalan Emak. Mostly jiran-jiran pon cakap Sri Payung ni memang sedap. Tapi tu la masalahnya... Aku sudah peruntukkan amaun tertentu untuk katering ni. Melainkan kalau Emak Ayah dan adik beradik aku yang lain nak tolong bayarkan. Hehehhehe =D



p/s: guys, korang yang tinggal di area Lembah Klang ada cadangan tak mana-mana katering yang murah, berbaloi dan fully package seperti yg aku mahukan? Kalau ada, kongsikan dengan aku ya. Thanks in advance =)


Latest updated! (26 May 2013)
Aku memilih Ezzaq Wedding Planner and CT Katering sebagai katering pilihan aku. Ini disebabkan owner katering iaitu untie CT tu sangat menarik perhatian aku. She's just like emak-emak untuk menguruskan majlis perkahwinan aku. Pakej yang disediakan paling murah antara yang aku survey dan dia sangat tolerate dengan aku yang jenis cheapskate ni. Plus, aku mintak itu dan ini, dia layankan saja kerenah aku. Bukan macam katering yang pernah aku pergi. Lagak cerita tentang pakejnya siap boleh cakap, "Kalau awak tak mampu ambil pakej yang ini, awak boleh ambil pakej yang ini pulak." Pehhh, ayat dia. Macam ni ke katering yang aku nak pilih. Awal-awal lagi dah judge aku tak mampu walaupun hakikatnya memang aku tidak berkemampuan. Grr! Erm, senang cerita, untie CT ni memang bagi service terbaik untuk kami sekeluarga semasa majlis kahwin aku tempoh hari. Majlis nikah aku yang sepatutnya dia tak ambil port, dia siap tanya samada bantal nikah aku ada atau tak. Aksesori nak pakai masa nikah ada atau tak. Seriously aku tak pernah jumpa orang meniaga macam dia. Jenis tak kesah aku ambil dan pulangkan barang-barang yang aku sewa itu sedikit kelewatan. Thank you Ezzaq Wedding Planner and CT Katering.


Thanks for reading this :)

IDEA : Design baju pernikahan

Assalamualaikum and Hello Readers. :)


Amboi, sejak dua menjak tiga menjak aku dah bertunang ni, asyik meng-google je kerjanya. Aku suka baca blog wanita pasal perkahwinan. Banyak inspirasi dan idea aku dapat bila aku baca kisah dan pengalaman sesetengah orang ni. Salah satunya adalah idea untuk baju pernikahan.


Salah satu hantaran pertunangan aku adalah sepasang kain satin dan lace untuk dibuat baju nikah. So, tinggal tunggu nak hantar pada tailor sahaja. Bila baca cerita-cerita orang di blog, ada yang hantar pada tailor atau designer terkemuka. Ada jugak yang hantar pada butik-butik ternama. Ada jugak yang hantar pada orang biasa-biasa sahaja. Masa sebelum bertunang, aku ada jugak emelkan pada butik-butik yang menjalankan perniagaan melalui online mintak quotation untuk design dan tempah baju untuk wedding. Ada la dalam 7-8 buah butik aku emel. Harammm!! Sorang pon takde nak reply. Yang aku hairannya, kat page facebook siap tulis, 

"Any inquiries please do not hesitate to PM or email us at blaaa...blaaaa...blaaaa...."

BOLEH BLAH! Butik agak ternama. Kalau aku sebut, korang mesti kenal punyalah! Malas aku nak mention butik diorang dalam blog ni. Kang femes tak tentu pasal pulak. Terus aku unlike fanpage diorang. Nak meniaga buat cara nak meniaga. Aku serious kot nak tempah baju kat dorangggg... Iskkk!!




Disebabkan itu, mungkin aku akan tempah pada orang biasa-biasa sahaja. Walaupun Emak aku jugak seorang tailor, tapi aku taknak bebankan beliau dengan kerenah aku yang macam-macam ni. Dengar kata orang kalau nak tempah baju nikah cuba-cubalah bawak diri tu ke Medan Mara berhampiran dengan Pertama Kompleks dan SOGO. Orang kata lagi butik-butik pengantin pon selalunya akan hantar ke tailor situ jugak. Maka dengan itu, adalah lebih baik kalau aku terus ke tailornya tanpa melalui orang tengah. Tengoklah dalam hujung minggu ni aku rasa nak pergi menyervey kat situ. Nanti aku share dalam entry lain pulak ok.


So, bila dah meng-google, ramai B2B kata suruh bawak design yang diminati. Kalau tidak, tengok pada design tailor yang sedia ada je la. Emak cakap, kalau taknak membazirkan kain lace, buatlah macam jubah. Aku suka design jenis dress atau ala-ala maxi. Tapi taknak ketat sampai nampak tulang belulang. Hahaha :D Biar kain tu kembang payung. Hmmm, sebenarnya aku sendiri masih tak nampak bayangan lagi potongan yang macam mana sesuai dengan bentuk badan aku. 


Moh ler kita terjah satu persatu........


# Dress macam ni aku minat. Simple but very nice. Tapi macam tak guna sangat lace. Mungkin tailor tu ada idea mereka sendiri mana nak bubuh lace aku nanti. Takpe, kita bawak je gambar design ni kat tailor nanti. 



# Yang ni pon aku sukaaa!! Tapi design ni sesuai untuk untuk mereka yang tinggi dan langsing. Nak kene tunggu aku kurus sikit baru boleh buat design macam ni. Fabrik kain pon aku rasa jenis chiffon. Tak pasti lah kalau kain satin sesuai atau tak. Nexttt!!



# Ni satu lagi design yang menarik perhatian aku. Ohhh, sangat cantik! Full of beadings. Tapi masalah yang sama jugak, mana nak letak kain lace tu nanti? 



# Yang ini kita panggil jubah kaftan. Pon cantik jugak kalau dibuat baju nikah. Aduhaiii... aku tak boleh bayang pandai ke tak tailor yang bakal aku ketemui nanti design baju untuk aku. Hmmm....



# Ini last design yang menarik minat mata aku untuk memandang. Ohhh... kembang ala-ala princess gitu. Yang ni boleh ditambah lace pada bahagian badan. Kain meleret atas lantai ni maknanya aku tak boleh la nak guna pakai semula. Kot la kalau nak pergi mana-mana function macam dinner ke... Emak cakap, nanti habis disapu dek tahi ayam. 


Hmmm.... Pening kepala fikir baju perempuan ni. Kalau baju untuk lelaki senang sangat! Baju melayu sudah! Kalau nak nampak advance sikit pakai ala-ala coat. Pon senang dan tak memening kepala. Bajet aku untuk tempah baju nikah ni adalah bawah RM300. Kalau dapat yang cantik dan murah, memang tailor itulah yang aku pilih. Warna kain satin yang aku dapat masa hantaran hari tu sebijik macam gambar kat bawah ni. Kalau buat design macam ni pon cun jugak. Hahahaha :D




Aku tak tahulah sebenarnye kalau kena hantar kain berapa bulan sebelum majlis. Tapi kalau hantar sekarang, takut nanti badan aku tiba-tiba makin naik entah macam mana pulak. Kalau makin kurus takpe pulak. Tak menjadi masalah. Kena control makan lepas ni Ezmaaa!! 


Girls, korang ada idea tak mana nak cari tailor yang boleh dapat harga murah dan design cantik? Setakat yang aku tahu sekarang ni cuma Medan Mara sahaja la. Kalau boleh nak area Lembah Klang je. Kang kalau korang bagi idea nun jauh kat Utagha, bila masa pulak aku nak belayar ke sana. Please.... i need an idea. 


Thanks for reading this entry :)