SURVEY : Katering Perkahwinan Lengkap


Assalamualaikum and Hello Readers :)


Apabila aku menghadiri majlis-majlis perkahwinan sanak saudara mahupun kawan-kawan, aku dah terfikir benda ni dari awal lagi. Aku mesti pilih tarikh yang available untuk dewan kemudian barulah aku boleh fikir tarikh majlis pernikahan dan sebagainya. Alhamdulillah, aku minta bantuan Ayah untuk booked dewan. Berjaya!! Sebelum Ayah booked, aku dah call dewan-dewan yang kosong pada tarikh yang aku mahukan. Most of dewan yang aku mahukan semuanya fully book! Lebih-lebih lagi tarikh cuti sekolah. Tapi takpe, aku dapat satu dewan serbaguna yang dekat dengan kediaman sendiri. Setidak-tidaknya aku memudahkan jiran tetangga dan kawan-kawan sekolah lama untuk datang. Syukur daripada langsung tak dapat.

 image by google : inspirasi dewan

Bila dah dapat dewan, kali ni kepala aku berserabut nak fikir soal katering pulak. Hasil carian aku di Google, ada beberapa syarikat katering yang menawarkan pakej seperti yang aku mahukan. Pakej yang aku mahukan adalah lengkap seperti makanan untuk tetamu, kerusi dan meja yang cukup untuk dewan, hidangan untuk pengantin dan tetamu dari pihak lelaki, pelamin bersesuaian dengan konsep dewan (pelamin besar), baju persandingan untuk pengantin lelaki dan perempuan beserta aksesori, make up, P.A system dan pengacara majlis, kompang, pintu gerbang, kek pengantin, hiasan dewan dan sebagainya. Semua ini aku mahukan dalam 1 pakej kerana aku tidak mahu membuang masa untuk pergi bermacam-macam tempat untuk sesetengah perkara. Wasting my time and money. Lebih baik berjalan-jalan survey vendor yang fully package daripada aku buat kerja sikit-sikit.


Ciri-ciri katering yang boleh dijadikan pilihan aku semestinya murah dan berbaloi. Aku tak mahu melakukan pembaziran melampau. Berbaloi dalam erti kata lain, makanan sedap dan service tip-top. Kedua, katering tersebut terletak di Lembah Klang. Senang aku nak berurusan nanti. Next, promosi yang menguntungkan. And lastly, syarikat katering ini ada menyewakan baju persandingan yang menepati citarasa aku dan tunangku.

Meh sini aku nak share antara vendor katering yang aku berminat :


MAHLIGAI IMPIAN CATERING
Sungai Buloh, Selangor 


I like this one! Still under my budget. Cuma syarikat katering ni terletak di Sungai Buloh. Agak jauh dari Ampang. Tapi masih dalam area Lembah Klang. Hujung minggu ni jugak aku akan ke Sungai Buloh untuk discuss and have a food testing. Wowww! Jimat makan malam aku... 


EZZAQ WEDDING PLANNER (Pelamin dan Katering Budget)
Damai Perdana, Cheras
Laman Web : Facebook


Pakej dari katering ni pon macam best! Memang bersesuaian dengan namanya iaitu katering budget! Nanti aku nak buat appointment dengan katering ni pulak. Kalau macam ni harga dia, aku tiada masalah kalau nak tambah sikit duit kalau nak beri lebih keselesaan kepada tetamu yang datang nanti. Cheras pon dekat je dengan Ampangggg :)


SRI ANGSANA CANOPY & CATERER
Taman Nirwana, Ampang.
Laman Web : Sri Angsana


Haaaa.... Sri Angsana ni agak popular kalau di majlis-majlis perkahwinan di area Ampang. Kebanyakkan jiran-jiran aku yang buat kenduri kahwin akan pilih Sri Angsana ni. Harga boleh tahan murah. Cuma kalau aku nak mencipta kelainan dari majlis-majlis jiran lain aku tak dapat lah ambik katering ini. Sebab dah selalu sangat rasa lauk kenduri yang ini. TAPI, kalau dah takde sangat, aku ambil je! Dekat pon dekatttttt sangatttt!! Tak sampai 1 km dari rumah aku.


SRI PAYUNG CATERING
Pandan Utama, Ampang
Laman Web : Sri Payung


Fuhhh, yang ni memang betul-betul fully package! Siap ada cenderahati untuk tetamu tuuuu :) Tapi lari bajet aku kalau ambil pakej ni. Tuan punya katering ni rakan kenalan Emak. Mostly jiran-jiran pon cakap Sri Payung ni memang sedap. Tapi tu la masalahnya... Aku sudah peruntukkan amaun tertentu untuk katering ni. Melainkan kalau Emak Ayah dan adik beradik aku yang lain nak tolong bayarkan. Hehehhehe =D



p/s: guys, korang yang tinggal di area Lembah Klang ada cadangan tak mana-mana katering yang murah, berbaloi dan fully package seperti yg aku mahukan? Kalau ada, kongsikan dengan aku ya. Thanks in advance =)


Latest updated! (26 May 2013)
Aku memilih Ezzaq Wedding Planner and CT Katering sebagai katering pilihan aku. Ini disebabkan owner katering iaitu untie CT tu sangat menarik perhatian aku. She's just like emak-emak untuk menguruskan majlis perkahwinan aku. Pakej yang disediakan paling murah antara yang aku survey dan dia sangat tolerate dengan aku yang jenis cheapskate ni. Plus, aku mintak itu dan ini, dia layankan saja kerenah aku. Bukan macam katering yang pernah aku pergi. Lagak cerita tentang pakejnya siap boleh cakap, "Kalau awak tak mampu ambil pakej yang ini, awak boleh ambil pakej yang ini pulak." Pehhh, ayat dia. Macam ni ke katering yang aku nak pilih. Awal-awal lagi dah judge aku tak mampu walaupun hakikatnya memang aku tidak berkemampuan. Grr! Erm, senang cerita, untie CT ni memang bagi service terbaik untuk kami sekeluarga semasa majlis kahwin aku tempoh hari. Majlis nikah aku yang sepatutnya dia tak ambil port, dia siap tanya samada bantal nikah aku ada atau tak. Aksesori nak pakai masa nikah ada atau tak. Seriously aku tak pernah jumpa orang meniaga macam dia. Jenis tak kesah aku ambil dan pulangkan barang-barang yang aku sewa itu sedikit kelewatan. Thank you Ezzaq Wedding Planner and CT Katering.


Thanks for reading this :)

32 comments:

  1. Tips dari aku pulak, dont get into budget but the budget must get into what u want. Kadang kadang kita rasa the price is too reasonable with all you needs but it come to worst when the event started contohnya, nasi cukup2 utk tetamu, the PA system cikai cikai, the set up was "boleylaa". Go for it. As long as menepati and memuaskan hati. Lantik sorg jadi head of event utk monitor this tiny things. For katering pulak, jgn lupa pegi test food and get the best quotation. Always think about backup plan. Seriously needed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalo itu aku tahu.. awin ada bg aku beberapa tips few days ago. dia ckp biar berlebih, jgn kurang. and aku tahu, you as event management mmg take very particular things ttg benda2 mcm ni kan? :) boleh la aku amik ko nnt..hehehe :P

      Delete
  2. Tips dari aku pulak, dont get into budget but the budget must get into what u want. Kadang kadang kita rasa the price is too reasonable with all you needs but it come to worst when the event started contohnya, nasi cukup2 utk tetamu, the PA system cikai cikai, the set up was "boleylaa". Go for it. As long as menepati and memuaskan hati. Lantik sorg jadi head of event utk monitor this tiny things. For katering pulak, jgn lupa pegi test food and get the best quotation. Always think about backup plan. Seriously needed.

    ReplyDelete
  3. ehehe ciann awk.. nanti esok sy teman awk g kat cateringg sungai bulohh erkk?? sayangg awkk sgt2 taw... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sungai buloh tu kite rasa mcm jauh sgt la sayang.. risau kalau apa2 jadi dia susah nak dtg semula... nnt kite pegi survey next catering ye sayang...teman pls? :)

      Delete
  4. wahhh bila kenduri kak ? huhuhu :DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa budak2 cuti sekolah..insyaAllah... nnt kak ezma jemput... ampang area ok? :)

      Delete
  5. ezma..sis dulu pon nak amik yang promo2 katering ni..sekali mama taknak..dia nak jugak katerer dekat rumah sebab makanannya sedap..tapi memang sedap ponnn! rege lebih sket jer..pros kalo amik dekat rumah..kalo ada short makanan diorang bole cepat2 supply. hati@ ada setengah katerer tak pandai bajet food..tu yang ada kes..baru pukul 1 dah kena catu makanan..siap ayam dicedokkan sorang seketoi kecik..adoiyai..
    makanan adalah penting dlm kenduri kawin..sebab kalo sedap sampai bila2 pon orang akan perkatakan..bukan hal baju pengantin mahupon pelamin..yang tu mungkin sedara mara atau kawan2 dekat je yang amik port..so make sure buat food test..puas hati..then booked :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emak kite sama la kak mizzura.. dia pon suruh kite ambil katering yg dekat2 aje..katenya senang...

      ayat kak mizzura "makanan sedap, sampai bila2 org igt, kalo baju n pelamin tu kawan2 terdekat je". ini mmg sebijik ayat Ayah kite pulak.. kite cume risau kalau food test dia buat sedap.. sekali masa kenduri dia buat sambil lewa je..risau jugak... :(

      Delete
    2. salam blogwalk,

      ayat bapak akak pun camtu.. bile akak dok kecoh psl nk bg doorgift ape, psl nk traditional caklempong instead of modern DJ, bapak akak ckp 'sukati kau lah na.. abah yg penting makanan tu.. jgn x sedap.. jgn x cukup..' huhuhu.. anyway, mase akak aritu, masak gotong royong..

      free2 nnt jenguklah blog akak plak eh ^_^

      Delete
  6. katering abg kak erna memang the best! try la check..Ekhwan katering. memang fofular! servis tip top. makanan sedap. semua puji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak erna, abg kak erna ade buat sekali x pelamin n baju semua??

      Delete
  7. ezma..akak sependapat dengan sophie tu...kadangkala dorang bagi harga rendah tp kualiti servis nya kurang memuaskan cukup2 boleh nak puas hati je..pastu akak syorkan ada backup makanan/masakan lain daripada pihak kita sendiri..riso makanan tak cukup

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula yg merisaukan ezma tuuu... harap2 katering yg ezma cube dapatkan ni nnt pandai dan sgt berpengalaman dalam bidang2 mcm ni...

      Delete
  8. oo nk carik katering ye..ada member kawin semalam kat bukit indah katering..tgk wedding dia simple ngn nice tp katering dia amik kat kg pandan, http://www.fariscatering.com.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh..fariscatering pon kite penah dgr.. tapi rasanya dia takde buat pakej sekali dgn pelamin n baju la dear.. kalo boleh kite nak cari yg mcm tu je senang...

      Delete
  9. hye..salam kenal. jom singgah blog saya..

    ReplyDelete
  10. aku ase semenjak dumenjak ni ko mst bkawan rapat dgn en.google kn...heeee..slamat mensurvey...bile lg nk ngadap laptop smp juling mate...kkikikih

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii...ko jgn tak tahuuu..setiap hari keje aku menggggooooogggleeeeee saje! habis semua blog org aku bace satu persatu untuk bace pengalaman dorggg :D

      Delete
  11. Kalau food testing tu, mintak yg die masak utk kenduri org lain. Maknenya die kene buat lebih la..Bru tahu sedap tak sedap. Kalau masak sikit2 confirm sdp.

    ReplyDelete
  12. Food testing tu, try mnx die buat lebih. Misalnya arini die ada buat utk kenduri org lain, ckp nk test mknn tu. Kalau buat smata utk test, cnfirm sedap, kak ;)

    ReplyDelete
  13. Kalau food testing tu, mintak yg die masak utk kenduri org lain. Maknenya die kene buat lebih la..Bru tahu sedap tak sedap. Kalau masak sikit2 confirm sdp.

    ReplyDelete
  14. smoga berjaya jumpa yg sesuai dgn bajet n keinginan :)

    ReplyDelete
  15. elya nye ambik sri payung dulu!! mmg rekemen sgt2...ramai gile tetamu kata sedapp..
    kl nak but kenduri kawen ni..benda yg paling kene tekankan bab catering ni...sebb kiter nak jamu org makan kan..
    awak try laaa jumpa owner sri payung tu dulu.. akak tu ok, leh deal baik punyeee...hehee..:)

    ReplyDelete
  16. As'salam cik..
    boleh tgk website kami utk pakej katering. kedai kami di lembah jaya utara, ampang.tq
    http://www.tadc-creative.com/

    ReplyDelete
  17. salam kak. yang pakej mahligai impian pakej E tu.. masih ade lagi ke? sy tgk website dy.. x ada pon untuk pakej E, ada pakej lengkap, tapi RM 22. ni pakej baru ke?

    ReplyDelete
  18. salam kak, sy ada tgk website mahligai impian katering tu, pakej E tu tak da pon? pakej lengkap tu ade. tapi hargenye RM 22. pakej E tu yg baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. saya tak ambil pakej katering yg mahligai impian tu. saya ambil pakej dgn katering lain. jadi, saya tak pasti dah skrg ni perubahan pakej mereka.

      Delete
  19. nak tanye, awk gi Ezzaq Wedding tu tmpat die kt damai perdana cheras ke? tmpat die lot kedai or rumah?
    kene wat appointment ke? hope boleh tlg sy. Thanks

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum cik..

    jika ada yg berminat utk mendapatkan pakej perkahwinan yg menarik ..jemput-jemputlah tengok website ibunda catering & wedding planner... http://www.ibundacatering.com

    ReplyDelete
  21. As salam kak... nk tye... ok x akk amek pakel dkt Ezzaq wedding nie ?

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?