Trimester Pertama Kehamilan

Assalamualaikum and Hello Readers.

Alhamdulillah, hari ini aku sudah menghampiri hari-hari terakhir dalam trimester pertama. Hari ini usia kandunganku sudah 12 minggu 5 hari bermakna sudah 3 bulan 5 hari dah dia. Setiap hari Jumaat menjelma, usia kandunganku bertambah 1 minggu. Pandai dia pilih hari Jumaat ye. =') 

Mengikut cerita pengalaman ibu-ibu mengandung, mereka semuanya buat buku merah sewaktu kandungan berusia 3 bulan. Katanya kalau pergi awal sangat nanti nurse marah lah sebab terlalu awal dan janin tu belum tentu lekat habis... Kang kalau lewat sangat, pon nurse marah jugak sebab terlalu lambat untuk buat check up segala jadah bagai... Lastly aku pilih usia kandunganku genap 2 bulan untuk buat buku merah. Waktu tu minggu pertama bulan Syawal. Memandangkan nak buat buku merah ni kena buat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) yang berdekatan mengikut alamat IC, jadi ia tersangatlah mudah untuk aku sebab KKIA yang terdekat di area rumah aku hanyalah 100 meter dari guard house apartment rumah Emak.

Ada hari tertentu saje pulak tu yang boleh datang untuk buat buku merah. Memandangkan masa tu Faiz masih cuti beraya, dia ajak buat buku merah. Nah, memang kena pada harinya. Ramai jugak ibu mengandung datang buat buku merah. Ada jugak yang buat check up. Prosedurnya agak merumitkan dan mengambil masa yang lama. Dari jam 8 pagi aku datang, sampai jam 12 tengahari baru habis segala prosedur. Pehhh! Mula-mula, nurse timbang berat dan ketinggian aku dan kemudian aku disuruh pergi kencing dalam satu botol untuk dia check betul ke tak aku mengandung. Oii, betul lah aku mengandung. Ingat aku main-main ke? Kemudian, darah aku diambil untuk dihantar ke Hospital Ampang untuk dianalisis. 

Then, sejam lepas tu sekali lagi nama aku dipanggil untuk masuk satu bilik. Nurse lain pulak yang handle. Dia suruh aku baring atas katil. Dia ketuk-ketuk perut aku dan kemudian dia mintak izin untuk pegang payudara. Katanya takut ada tanda-tanda awal breast cancer. Aku sendiri pon tak tahu nak check macam mana. Then dia kata negative breast cancer. Alhamdulillah.... Sejam kemudian, nama aku dipanggil lagi untuk masuk ke bilik rawatan doktor pulak. Kali ni pon aku kene berbaring atas katil. Doktor tu scan perut aku. Sebelum dia sapu sejenis cecair atas perut aku, aku sempat tanya doktor, "Doktor, sakit tak?" Hahaha.. Kompom-kompomlah tak sakit woiii....... Masa doktor tu menjalankan alat scan atas perut aku........

"Awak baru lepas kencing ke?"
"Haah! Iye laa.. Nurse kat depan tadi suruh saya kencing,"
"Ohh, patutlah... Sekarang ni janin awak tak berapa nak nampak sebab kalau nak buat scan ni, kena ada banyak air dalam perut. Baru kita senang nak tengok baby dalam perut,"
"Laa.. yeke? Mana saya tahu doktor," aku balas tapi dalam pada masa yang sama aku cuak. 
"Tapi takpe, saya akan aturkan satu lagi appointment untuk awak sebelum habis trimester pertama ni untuk scan perut okay? "

Makanya, sewaktu usia kandunganku hampir masuk 3 bulan, barulah next appointment aku diadakan. Prosedur yang aku lalui sewaktu kandungan berusia 2 bulan dulu tetap dijalani seperti biasa. Paling tak suka kena amik darah. Aku takotttt! Jadi, masa aku masuk bilik rawatan doktor, barulah aku dapat lihat bayi dalam kandunganku. 



"Eh, apa yang bergerak-gerak tu doktor?"
"Haaa.. itu kaki dia. Yang ini kepala dia. Kejap! Saya zoom bagi awak tengok heartbeat dia,"
"Ya Allahhhhh!"

Terus menitik air mata aku atas katil tu jugak bila aku nampak dalam mesin scanner tu satu benda yang berkelip-kelip. Rupa-rupanya itulah degupan jantung bayi aku. Aku nampak kaki dia seolah-olah menendang-nendang diafragma aku. Haa.. kan dah keluar bahasa biologi aku. Tapi aku tak rasa apa-apa pon. Bayi dalam kandungan aku sedang berbaring ketika itu. Besar sungguh kuasa Allah. Ada satu nyawa dalam perut aku. Kecil je perut aku nak bagi seorang khalifah tinggal sementara dalam tu. Ouh =')


Kalaulah dapat amik video, boleh aku kasi tengok kaki dia bergerak-gerak.

Doktor cakap, hari pertama tarikh period terakhir (LMP) dan estimate due date (EDD) aku sama perkiraan iaitu 21 Mac 2014, InsyaAllah. Ini kerana period aku normal dan setiap bulan keluar dengan jayanya. Gitew! Doktor kata lagi, kebarangkalian untuk mengandung adalah sukar sekiranya period seseorang wanita itu tidak teratur. Jadi, nasihat aku buat gadis-gadis yang belum berumahtangga tu, kalau anda ada masalah ini, silalah berjumpa dengan doktor. Mungkin ada rawatan terbaik untuk anda sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. TAPI, rezeki Allah ni luas. Ada jugak wanita yang mempunyai period tidak teratur tapi Allah beri rezeki anak melimpah ruah. Who knows?



Jadi, semenjak aku disahkan mengandung, tahap keterujaan aku mencapai tahap maksima! Pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan pregnancy semua aku download. Memang sangat berguna. Macam contohnya aplikasi 'BabyBump', aku boleh tengok perkembangan baby dalam perut setiap minggu. Macam minggu ke 12 ni, bayi aku sekarang sudah terbentuk seperti seorang manusia. Jari jemari pon sudah membentuk sedikit demi sedikit dan proses bukak katup jari akan berlaku tidak lama lagi. Kuku bayi pon sudah ada. Eh, ada banyak lagi lah informasi pasal perkembangan baby dalam perut ni. Memang excited habis!



Ada orang, usia kandungan 3-4 bulan masih belum menampakkan perut lagi. Tapi tidak aku. Perut aku mulai nampak masa kandungan berusia 2 bulan setengah. Sehinggakan setiap kali aku menaiki LRT ke pejabat, orang awam mula beri tempat duduk pada aku. Tapi depends jugak. Kalau masa tu aku pakai baju kurung, memang takdenye orang offer tempat duduk. Malah, siap pejam mata berdengkur lagi. Tapi, kalau aku pakai seluar, memang nampak kebulatan perut. Hehehe =D Macam dalam gambar ni atas ni. Aku pergi kenduri kahwin Najwa. Ramai kawan-kawan cakap perut aku dah besar. Tapi ni okay lagi. Pernah dulu aku dapat mesej di Facebook dari seorang rakan. Sambil borak-borak dalam FB, dia tanya usia kandungan aku. Bila aku jawab, tiba-tiba dia tanya, "Eh, kau dah kahwin berapa lama eh?". Ceh! Tanya soalan tu macam nak cakap, anak yang aku kandungkan ni wujud sebelum aku menikah. Tapi takpaaaa... Aku jawab dengan penuh hemah tanpa melatah. "Aku dah kahwin dah 3 bulan 3 minggu, baby dalam perut ni baru je masuk 3 bulan semalam. Kenapa?" Hehehe... Sengaja aku tambah ayat tanya, KENAPA? Tapi dia diam aje. Kawan, rezeki ni Allah kadang-kadang bagi awal. Kadang-kadang Dia beri lambat. Yang kau sebagai hambaNya usahlah mempersoalkan. Duduk diam dan beribadah sudah lah! Aku harap kau baca ni okay? =)



Since aku pregnant, jerawat mencanak-canak naik kat muka. Sebab itulah aku memang takde hati la pulak nak self capture gambar sendiri semenjak mengandung ni. Keh3 =D Tapi, jerawat tu datang dan pergi dengan pantas sekali. Bagus-bagus! Hmm, bila tiba si Ema kawan aku nak tengok perut, aku pon amik gambar sendiri. Eh, macam bantal peluk pulak rasanya dalam perut ni. Tak cukup dengan itu, aku mintak tolong Faiz amikkan sekeping lagi. Hahaha =D



Ada yang cuba menelek jantina baby. Mereka kata baby boy sebab aku takde morning sickness dan perut aku cepat nampak walaupun baru 3 bulan. Dan ada yang kata baby girl, sebab masa aku dukung sorang baby boy ni dia diam and siap senyum-senyum lagi. Tapi bila aku dukung baby girl, dia nangis taknak dekat aku. Apesal hah? Aku comel kot. Kenapa baby nangis? Hehehe =P By the way, aku tak kisah sangat jantina baby yang aku kandungkan ni. Cukuplah dia sihat dan sempurna sifatnya bila dia lahir nanti. Tapi kan, kalau dapat baby girl, aku lagi sukaaa! Hahahha =D Cuma Faiz je lah, dia nak baby boy dan dia mahu baby dalam perut ikut muka dia. Ceh, ingat comel lettew? Kih3 =D


Haaa.. alang-alang aku dah buat post ni, aku nak dedicate my milion thank you to my husband Faiz. Aku bukanlah nak puji melambung sangat laki aku ni. Tapi dia ni memang bagus dan terbaik. Since I am pregnant, dia yang akan bangun tidur dahulu. Aku tak pernah lagi bangun sebelum dia. Kih3 =P Rutin harian dia, dia akan masak air pagi-pagi. Then lepas dia dah hampir siap semuanya untuk ke tempat kerja, baru dia kejut aku bangun dari tidur. Padahal aku memang dah berjaga sebenarnya cuma aku jadi malas. Ceh! Teruk lah Ezma! Then, aku siapkan sarapan dia dan dia pergi kerja. Bila masing-masing pulang dari office, it's dinner time. Alhamdulillah, aku takde alahan untuk goreng bawang ke apa. Tapi!!! Faiz akan kupas semua bawang-bawang sebelum aku mula memasak. Sementara dia kupas bawang, aku duduk tengok TV kat depan. Bila aku pergi dapur, aku lihat dia dah meleleh menangis kupas bawang. Hahaha =D Can you imagine a man kupas bawang kat dapur sampai nangis? It is funny! Setel kupas bawang, sementara aku tengah masak, dia akan kutip kain baju untuk basuh, then dia akan sidai dan dia jugak akan lipat. Seriously aku sebenarnya terharu Allah kurniakan Faiz untuk membantu aku. Aku berharap Faiz akan terus berperangai begini sampai bila-bila. Ewahhh! Naik tocang pulak aku. Habis pantang aku nanti, aku pulak tolong dia. Hehehe =D Terima kasih Allah. Terima kasih sayangku Faiz. =')








p/s: actually aku puji Faiz melambung ni, bukan dia baca pon blog aku.
dulu je masa sebelum kahwin, dialah peminat nombor satu blog aku.
sekarang ni, hari-hari aku depan mata, takdenye dia 
nak baca blog aku yang panjang meleret ni.
keh3 =P

32 comments:

  1. happy for u ezma.. tak sabar tunggu baby keluar.. ni mesti tembam ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mesti tembam sebab perut kite bulat ke? haha...thank u yatt =D

      Delete
  2. tahniah ezma n faiz...

    waaa lagi 6 bulan lahir la khalifah kecik itu..perut ezma pun da nampak walau baru awal kandungan...ntah2 kembo hehe...

    apa pun jaga diri bebaik..jaga kandungan tu baik2 tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaaa... seronoknya kalo dapat kembar... tp rasanya mcm mustahil sebab kite dengan faiz mmg takde genetik kembar.. ngeee =D

      Delete
  3. alhamdulillah..seronok tengok adik kaksha ni dengan perot boyot die..hehe..

    semoga ezma dan baby sihat2 je sampai saat melahirkan..insyaAllah..jaga kesihatan tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalo ezma baru lepas makan, lagi la nampak keboyotan perut ni kak shaaa... anyway, thank u kak sha for the doa.. aminnn =)

      Delete
  4. cepatnye perot nampak. tahniah kak! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn?? kalo dah 9 bulan nnt tak tahu la besar mane pulak perut ni nanti.. mesti macam globe bumi bulatnya..hehehe =D

      Delete
  5. sronokkn bl mengandung?tetiba suami pon tlebih caring kt kita...hehehe...take care ezma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. harap2 dia teros caring sampai bebila.. hahaha.. naik lemak la kite kalo gituuu kak zaiii =D

      Delete
  6. hehe..skarang klinik kerajaan takde state time pon utk buat buku merah, lagi awal lagi bagus coz untuk kebaikan baby tu juga..i buat time kandungan baru masuk 7 minggu..take care of urself dear. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u sister... hehe.. i just read from mommies experiences.. sebab tu kite buat buku merah masa kandungan 2 bulan.. ngee =D

      Delete
  7. jaga diri elok2 awk...byk kan berzikir dan mngaji, elok2 mkn..smg mnjadi bakal ibu mithali

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... buat masa ni kita selalu baca surah luqman utk trimester pertama... thank u dayah =)

      Delete
  8. wuaaaa bestnye mengandung....laki jadi prihatin sgt hehe...saya masih belum ada rezeki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kite berdoa suami kite akan terus prihatin sampai bile2.. kih3 =D takpe milaaa..insyaAllah.. doa byk2, dan cube amalkan pemakanan yg sihat =)

      Delete
  9. Comel jer perut.... jaga diri n kandungan baik2 ye ezma..

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe =D thank u cik GK =) insyaAllah kite jaga perut ni elok2..eh, kite jaga baby dalam perut ni elok2. hahaha

      Delete
  10. heyy kenapa sweet sgt somi awak ni!!bestnyeeeee dpt somi mcm ni..hehehe

    jaga diri dgn baby elok2 ye mommy to be ^_^ happy for you

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. insyaAllah your future husband pon akan jadi lebih caring just like mine when u're pregnant nanti.. hehe.. anyway, thank u dear. yes, i will care of my baby.. =)

      Delete
  11. Maaf.. saya berterus terang ... walaupun saya kurang bersetuju dengan
    awak... tapi saya akui... pendapat awak memang logik dan pos nih memang menarik..


    Here is my blog post; Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete
  12. tahniah ezma.syoknya tgk kwn2 dah kahwin dan pregnant :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thank u kak siti.. =) lepas ni turn kak siti pulak.. hehehe

      Delete
  13. slm kenal :)
    tks drop by blogbiz akak..
    akak pon tgh preg in 1st trimester.. n masih nyusukn ank ke2 yg dh nk msuk 2thn stgh huhuhu... still xdpt nk wean off hmmm...
    njoy ur pregnancy yer, keep in touch :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u sista.. semoga sis enjoy with your 2nd pregnancy.. hehe =D

      Delete
  14. wahhh! comelnya ezmaliza! betullah mcm awk cakap. ada org rezeki awal. ada yang lewat kan.. lupa lak, sy ayshah budak smkpj 1ke1 dulu. kot awk lupa plak.. hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kenal la ayshah ni..hehe =D yup.. ade org rezeki tidak sama.. semuanya bergantung pada Allah.. mane yg dia nak beri dulu, dia bagi. =)

      Delete
  15. EDD ecah 2 Mac..hehe..dekat2 la ngn awk..

    ReplyDelete
  16. Salam akak.. nak tnya katering mana ye yang akak pilih? Dorg ada buatkan untuk tunang tak? Blh x akak bg senarai katering as soon as possible pls..

    ReplyDelete
  17. Jemput ke blog akak untuk baca tentang perjalanan kehamilan, vitamin sms hamil, berpantang dan menyusu

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?