A day in Legoland

Assalamualaikum and Good day everyone. 

Berbulan lamanya aku membiarkan blog bersawang tanpa sebarang update. Maklum saja, aku busy nak matik dengan kerja. Cehss!! Padahal sempat je, cuma aku MALAS! Hahaha :D  Elehhh, pegi merayap sampai ke Legoland sempat pulak kan? =,="

Di depan pintu masuk wajid ada gambar

Okay, last week aku dan family ke Legoland, Nusajaya, Johor. Pagi-pagi buta bergerak dari KL ke JB dengan Emak, Angah, Ezam, Incik Faiz, Kak Zura, Susie and 3 orang lagi kawan Ezam. Tiga bijik kereta bergolek-golek ke JB. Sampai Legoland dalam jam 8 pagi. Masa tu orang dah mula beratur tunggu kaunter tiket bukak. Kitorang dah beli tiket awal-awal di Matta Fair. Harganya murah sikit dari harga di kaunter. Entah berapa ringgit murahnya aku pon tak tahu. Bukan aku yang membelinya. Kehkehkeh!


admission pass

Sampai-sampai je depan pintu masuk Legoland, kitorang kene tahan sebab bawak masuk Mee Goreng. Dah la Emak dengan semangatnya masak malam tu untuk bawak bekal dalam Legoland. Actually aku tahu memang tak boleh bawak masuk makanan dalam Legoland ni. Tapi aku mula-mula malas nak percaya sebab aritu masa aku pergi Universal Studios Singapore pon diorang kata tak boleh bawak air dan makanan. So, kitorang pon takdelah bawak. Bila sampai sana, tengok-tengok ramai je manusia bawak. At the end, aku rasa menyesal dan tertipu dengan penulisan blog-blog lain. So, bila kat Legoland ni kitorang memberanikan diri la bawak makanan dari luar. But then, kene tahan pulak. Spoil mood pepagi buta. Hehhh!!



Tapi takpe! Nasib baik dalam beg penuh dengan chips more and roti. At least jimat duit belanja daripada kene bayar makanan yang mahal-mahal. Aku pon tak minat nak spent duit dengan harga sebotol air mineral yang RM1 jadi RM8 bila masuk Legoland. Kot iye pon kau kaya bebenoh, beragaklah sikit ye tak? Tapi kalau memang kaya sangat-sangat, boleh la beli makanan kat dalam sana. Tiada halangan pon. Hehehe :D



Mari kita mulakan misi penjelajahan di Legoland. Tempat ni agak luas dan aku kagum dengan kehebatan jurutera mereka yang mereka-cipta idea dan pembangunan di sana. Pelbagai replika bangunan dan pengangkutan awam boleh didapati di sana. Cuba bayangkan replika bas dan kereta yang sentiasa bergerak mengikut landasan atas jalan raya tersebut tanpa berlanggar antara satu sama lain. Susah nak explain kat sini. Everything is engineering. Wahh, bangga kau sekejap!


Pada aku, permainan dalam Legoland ni suam-suam kuku laaa. Tapi kebanyakannya permainan di sini lebih kepada kanak-kanak riang bersama keluarga tersayang. Untuk aku yang dah besar panjang ni, mungkin akan main permainan jenis roller coaster lah sesuai kot. Aku tak berapa nak hafal nama-nama game yang ada kat sana. Tapi kalau aku sebut roller coaster tu roller coaster jugak la korang kene bayangkan. Jangan pi bayangkan Ferries Wheel pulak ye. Hahaha :D Antara game yang aku join, roller coaster, 4D Legoland, keretapi yang panjang-panjang tengok sekeliling Legoland tu, game yang mcm Menara Taming Sari pon ada, gondola yang jatuh dalam air, game pusing-pusing dalam air. Ahhh, aku rasa buduh sebentar bila tak tahu nama game ni. Main tibai je nama game. Harap korang buat-buat faham saja la ye?


Haa.. gambar ini sewaktu aku sedang beratur untuk masuk dalam dewan 4D Legoland. Beratur agak lama TAPI sekali masuk dalam berpuluh-puluh orang jugak.Yang paling bengang tu, masa kitorang dah masuk dalam dewan, iklan penaja untuk cerita ni iaitu Canon dia ulang iklan yang sama banyak-banyak kali. So, semua orang dah pelik dah masa tu. Lepas tu satu dewan gelap lama gila. Kot la gimik ke hape. Dalam 5 minit lepas tu terang benderang satu dewan. Then ade sorang lelaki keluar cakap "We are so sorry due to technical problem and please leave this hall". Ape lagi, semua orang mengamuk la. Ada jugak yang keluar dewan dengan muka hampa. Ada jugak yang berdegil tak keluar-keluar macam kitorang. Yang mat-mat saleh masing-masing siap datang ke depan tunjuk protes kononnya depa datang dari jauh, penat-penat beratur but then di arahkan keluar begitu saja?"

As usual, kitorang memang gila. Diarahkan keluar, kitorang ikot. Tapi di pintu keluar, kitorang buat bantahan la sebab kitorang masih nampak orang lain masih beratur panjang untuk masuk dalam dewan 4D Legoland ni. Agak tidak berpuas hati laa.. At least mereka kene la letak sign board yang mengatakan sistem rosak ke, hape ke. So, disebabkan itu, kitorang satu family protes dengan menunggu di pintu keluar. Pintu keluar tu should be automatic tutup, tetapi kitorang tahan supaya jangan tutup. Kitorang panggil technician tu then complaint la sebab penat-penat beratur tapi kene keluar bodoh-bodoh gitu je. Tak sampai 10 minit, orang technician tu panggil kitorang masuk ikot pintu belakang. Katanya sistem dah dibaiki. Wah, masa tu aku rasa eksklusif TAPI aku rasa kesian pulak dengan orang yang masuk sama-sama dengan aku tapi dah blah awal-awal bila disuruh blah tadi. Hmm... Tu laaa..lain kali tunggu saje laa... TAPI salah pihak Legoland jugak. At least, kalau taknak nampak kantoi sangat, just beritahu saja suruh tunggu sekejap dalam dewan sementara sistem sedang dibaiki. Heyyy, we all boleh tunggu laaaaa!! Rather than we have to queue up again for a longggg time. So now, jom masuk dari pintu belakanggggg!!!

Seperti yang dijangkakan, kerusi dalam dewan tu takdelah boleh bergerak-gerak macam USS. Cuma spec 4D bila dah pakai memang okay and tidak memeningkan kepala. Selalunya bila aku pakai spec 4D ni boleh buat kepala aku pening sebab 4D pada skrin tak berapa nak cun. Tapi yang Legoland ni kira okay la. Apa yang akan jadi realnya masa watak-watak Lego dalam cerita ni buat senjata ais, tiba-tiba salji tiruan pon turun. Tapi takdelah sampai basah baju uolls. Memang real la. Yang aku hairan, anak-anak mat saleh depan kitorang pulak yang over. Eh, bukan tempat korang ada jugak ke snow-snow ni? Hahaha :D 



Lihatlah.. Punyalah ramai manusia di sana. Tapi aku masih berpuas hati sebab belum lagi aku kene beratur sampai berjam-jam untuk main satu permainan. Kalau USS, aku beratur lama gila untuk satu-satu game. TAPI, confirm game tu best gila. Cuma penat beratur panjang saje lahhh! Eh, tercerita pasal USS pulak. Maklum saje, aku tetap nak kata USS lagi best dari Legoland ni. Fullstop!



Haa.. ni la keretapi panjang-panjang yang akan berjalan mengelilingi Legoland ni. Bila dah naik benda alah ni baru kitorang tahu game mane yang belum cuba lagi dan pintu masuk untuk beratur. Selalunya nampak game dari jauh tapi tak tahu mane arah pintu masuknya. Hahaha :D Thanks to you long train.




Ni pulak game yang aku kata pusing-pusing dalam air tu. Game ni agak sengal sikit. Ape motif entah. Tapi best sebab laju gila bila dia berpusing. Kene pandai pusing handle jugak la. Kalau tak, melekat je gondola ampa. Tapi bila dia dah lajuuuu, memang syokkk!! Boleh pening kepala muntah-muntah kalau perut kosong. Haaaa.... :D



replika jejantas cinonet


namaste! salammmm tajmahalll.....


bagi makan burung kejapppp



Kitorang tinggal di rumah tetamu UTM. Thanks to @mat_jepa kerana membantu aku mencari dan mendaftarkan kami di sini. Harganya lebih murah jika uolls adalah warga UTM. Satu malam RM130. Okay laaa... Kitorang cuma nak tumpang tidur aje. Bukan nak melepak dalam hotel. Haha :D Bilik yang selesa dan bersih. And that one was my first time masuk dalam kampus UTM. Fuhh, besar sungguh. Oppsss, terpuji universiti orang lain pulakkkk :P


so, bye-bye from us. tengah pikir nak ke mana pulak lagi lepas ni..


Komen aku untuk Legoland:

1#  Harga tiket terlalu mahal sampai RM140. Hey, ini dalam Malaysia saje la. Kot iye pon nak buat standard international janganlah mencekik darah sangat. Mungkin after next 10 years, baru harga tiket jatuh kot. 
2#  Dengan harga tiket yang agak mahal tu, seeoloknya perbanyakkan infrastruktur dan lebihkan permainan untuk orang dewasa juga. Ni tidak, permainan untuk kanak-kanak je lebih. 
3# Boleh tak jangan letak harga semua benda mahal gila sampai aku rasa tak logik langsung. Takkan lah payung pon sampai RM70? Ada emas ke keliling payung tu? 


Tips untuk ke Legoland:

Segala tips yang aku tulis entry di USS ni memang boleh digunakan sangat-sangat.
Sila refer DI SINI.
1# As usual, memang kene spent duit la. Melainkan uolls memang datang dari Johor ni kan. Memang boleh datang hari-hari la. Hahaha :D 
2#  Lebih baik bawak sendiri makanan ringan macam keropok, sandwiches, chips more ke, everything yang tak berat macam Mee Goreng yang Emak aku buat. Kang tak pasal uolls menderma sebiji tupperware di Legoland. 
3#  Bawak bekalan air mineral yang cukup untuk keperluan diri sendiri. Nak senang, bawak botol yang pakai tali tu. Senang nak sangkut kat bahu. Takpon, letak je dalam beg sandang.
4#  Bawa payung lipat dan baju hujan. Why? Payung lipat gunanya bila hujan turun senang uolls dah ada payung sendiri yang siap sedia tersimpan dalam beg. Baju hujan gunanya bila uolls nak naik satu permainan yang bila gondola uolls terjun menjunam tu memang jatuh dalam air dan konfom-konfom basah. So, bawak baju hujan. But mostly dorang kat sini tak pakai baju hujan yang uolls pakai masa bawak motor tu, TAPI plastik transparent nipis sebagai pengganti baju hujan. Alaaa.. Aku tak tahu terma ape aku nak gunakan bagi uolls paham laaa! =,="
5#  To all Muslimah, bawa telekung sendiri. Surau memang disediakan dan sangat selesa but then aku tak nampak lagi rak untuk telekung. Jadi, untuk elakkan orang pinjam meminjam, silalah bawa telekung sendiri. 



Last word, aku berbangga menjadi warga Malaysia kerana dalam banyak-banyak negara di Asia ni, Malaysia jugak dipilih untuk terbinanya Legoland. Sekurang-kurangnya dapat memajukan ekonomi penduduk tempatan apabila ramai pengunjung datang berkunjung ke sini. Cumaaaaaa...... cumaaaaaa....... Janganlah mahal sampai cekik darah weiiii.... Melampau nohhh harga-harga korang nih! >,<"


16 comments:

  1. seronoknyer... rase macam nak g je.. :)

    ReplyDelete
  2. wow! mmg details lah ezma bgtau..thanks ezma..he3;)
    suka sangat part ezma kongsikan pasal tu..mcm tak nak pg lak rasa..dh la tiket mahal oh...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sharing is caring... kite share supaya jadi panduan utk kawan2 yg lain..hehehe :D

      Delete
  3. perghh . teringin pulak nak pergi , tapi duduk jauh, kalau ada rezeki , pergi jela ; hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa..jauh tu duk mane?? :D ade rezeki, pergi saje..ok? :D

      Delete
  4. Haha. Time studio 4d pun ko kena masalah teknikal. aku pun kena haritu. Movie tak start2. pastu terpaksa beratur panjang balik. Bila masuk 2nd time, ada problem dgn air pulak. Tiba2 je ada efek air. Hari tu ada problem kot, sebelum ni ok.

    Mee tu boleh bawak, pandai2 la cover masuk beg :P

    Tiket memang mahal, makin mahal. bukan makin murah. Pikir 18 kali kalau nak pergi situ kalau tak de annual pass. Itu pun beli masa awal2. Boleh la jugak. RM180. Nasib baik rumah dekat, kalau rumah jauh tak berbaloi. Kan dah kata utk budak2

    Baru tau ke UTM besar? Boleh sesat kalau masuk tiba2 je. 4 tahun aku duk situ pun banyak tempat aku tak pergi :P

    Pesanan terakhir : jangan pergi hari hujung minggu/cuti sekolah/musim hujan. menyesal je nt :)

    http://aizuddin.com/pengalaman-legoland-malaysia/

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasni aku nak gi weekdays plak..tapi bukan legoland..haha..aku nak pi USS lak... :D

      Delete
  5. teringin nak pergi plus macam sesuai je game kat situ dengan i yang penakut ni -,-' tapi tu lah , tic terlalu mahal and macam tak berbaloi je .T_T thanks share info ye dear . lama tak datang blog u

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...awak penakut ke? jgn la cmtu...u have to try the game..bestt taw! :D

      Delete
  6. bestnye jejalan...klu yattkan..tak teringin pon nk pergi sini..haha..lain lah kalau duti beribu tak tau nk guna watpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kalo kite duit beribu, kite dah pi oversea dahhh..hahaha :D

      Delete
  7. seronoknya. teringin nak pegi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sile2...jgn malu..jgn segan...yg penting duit ado...hehehe :D

      Delete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?