Assalamualaikum and Hello Readers!
Ampun dan maaf kerana membiarkan blog bersawang tanpa sebarang update. Terlalu sibuk dek menguruskan diri dan kerja. Ceeesss!! Orang lain kerja jugak, tapi banyak je masa nak uruskan blog masing-masing. Anyway, ampun dan maaf atas ketidakbertanggungjawabnya si Ezmaliza ni.....
Alhamdulillah, hari ini 29 Januari 2014 tempoh kehamilan aku sudah hampir cecah 33 minggu. Ada lagi lebih kurang 7 minggu nak bersalin woii.... Itu pon kalau lahir ikut EDD. Kalau dia nak keluar awal, makanya kurang dari 7 minggu la aku harus bersedia dari hari ini.....
Sepanjang trimester kedua yang lalu, aku dah tak penat sangat macam trimester pertama. Aku jadi rajin gila masak, kemas rumah, basuh baju, sidai then lipat. Pehhh! Pendek kata, semuanya aku buat macam orang tak pregnant. Sampaikan Faiz cakap dia sendiri macam lupa nak tolong aku kemas rumah. Ye laaaa... nampak bini macam rajin je so dia tak tahu nak tolong apa.... Amboii...!!
i was 20 weeks preggy sewaktu my bff Awin bertunang
shopping barang baby di SOGO.
i was 25 weeks and 5 days on that day.
yang ni pulak shopping barang baby kat AEON Mid Valley. masa tu AEON buat sales!
i was 27 weeks on that day.
penat jugak bawak perut berjalan ke sana ke mari.
kaki kembang macam gajah dah ghupe diaaa......
masa ni pulak i was 28 weeks pregnant. kemho la kite!
Trimester kedua ni sangat tidak sama macam trimester pertama dan ketiga. Orang cakap, trimester kedua kita boleh release sikit la compared to 1st and 3rd one. Start trimester kedua ni jugak aku mula shopping barang-barang baby. As usual la kan, since i nak kahwin pon dah jenis cheapskate, sampai ke anak pon cheapskate jugak la. Tapiiiiiii kannnnn!!! Tetap berlebihan jugak aku berikan untuk my little baby ni. Kalau shopping tu, memang beli yang murah-murah tapi kuantiti yang banyak! Gila tak reti berjimat ibu sorang ni.
see!! inilah benda pertama yang aku beli after baju-baju kat Pasar Sena Machang tu.
ibu very excited to the max!
Let me share the pictures :
ibu very excited to the max!
Since aku ada buat scan 3D/4D di Klinik Fauziah, Ampang, aku dah mendapat keyakinan akan jantina baby supaya aku tidaklah teragak-agak nak beli baju baby boy ke girl. Oh ye, aku buat scan ni masa usia kandungan aku dah 24 minggu 1 hari. Any preggy mommies yang tinggal di Lembah Klang, boleh buat online appointment untuk menjalani scan 3D/4D ni di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/ atau boleh LIKE Facebook mereka 3D 4D SCAN MALAYSIA. Mereka ada buat banyak cawangan seperti di Ampang, Shah Alam, Seri Kembangan, Cheras, Puchong, Kota Damansara dan Bandar Cyber Ipoh.
Memandang masa tu usia kandungan aku dah mencecah 24 minggu, aku berpeluang untuk menjalani scan 2D details dan 3D/4D scan yang berharga RM220 + RM80 (doppler). Scan 2D details hanya boleh dilakukan sewaktu usia kandungan 18 minggu hingga 24 minggu sahaja. Lebih dari tu, mereka mungkin tidak terima sebab baby dah besar. Scan 2D details ni bertujuan untuk check kecacatan bayi. Sonographer akan check satu persatu anggota badan bayi dalam kandungan. Alhamdulillah syukur pada Allah, my baby sihat walafiat dan sempurna sifatnya. InsyaAllah.....
Korang boleh bukak la link yang aku share tu untuk maklumat lanjut. Segalanya mereka dah terangkan satu persatu dalam website tu.
InsyaAllah my little baby ni adalah baby boy! Malas lah nak secret-secret!! Orang asek tanya jeeee.... Macamlah awak tu diva retis sangat nak rahsia-rahsia gender baby ye tak? Kihkihkih =D Tapi tu kalau dah confirm lah. Kalau tak confirm, memang orang lain pon tak berani nak share gender baby.
Let me share the pictures :
Ada banyak gambar yang sonographer bagi sebenarnya, tapi aku cuma share yang ni satu je la ye. Masa Ms Jezzlyn the Sonographer tu scan perut aku, my baby asyik gerak-gerak tutup muka dengan tangan. Sometimes kaki dia pon naik sampai ke mulut. Hisap jari kaki dia sendiri. Alahaiii... hidung dia sebijik hidung aku. Like Faiz always said before we married, hidung bunga! Yeah right, I know it is kembang like a flower. Kan dah kena kat batang hidung anak sendiri. Kihkihkih =D =D =D
Masa ni scan 2D details. Miss Jezzlyn tu check semua anggota badan baby. Dia akan check jumlah jari kaki dan tangan, kandungan air apa entah dalam jantung dan otak, tulang belulang cukup atau tidak, kebulatan kepala bayi samada sempurna atau tidak, peparu, mulut, hidung, tulang belakang, dan alat sulit baby. Dia akan explain satu persatu kepada kita. Syukur my baby semuanya okay dan tiada masalah. Kita hanya mampu berdoa dan berserah kepadaNya kerana kuasa Allah tiada siapa boleh lawan.
Masa scan 4D di Klinik Fauziah tu, aku ada ambil full pakej with doppler. Doppler ni kalau dijual berasingan berharga RM130++ jugak. Tapi kalau kita beli masa full pakej, doppler ni berharga RM80 sahaja. Doppler ni bertujuan untuk check sendiri denyutan jantung bayi. Memang laju sangat jantung baby ni berdegup taw! Setiap kali aku letak doppler ni kat perut, memang payah nak cari kat mana posisi yang tepat untuk aku letak benda alah ni. Tapi kalau Faiz yang carikan, sekejap je dah jumpa. Bila dapat je aku detect dia punya heartbeat, terus kitorang akan senyum dan gelak-gelak sebab bunyi dia teramatlah kuat dan laju macam orang lari marathon 50km.
kuat menendang bila aku pasang ayat Quran kat lappy
Start kandungan aku berusia 7 bulan je, aku dah mula rasa baby mula menendang-nendang. Kadang-kadang tak boleh tidur malam sebab rasa tidak selesa dengan perut bergerak-gerak. Selalunya dia akan mula menendang dengan kuatnya bila masuk pukul 7 malam sampailah aku nak masuk tidur. Buat ibu-ibu mengandung, seeloknya kita amalkan membaca surah Ar-Rahman, surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam. Surah-surah ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk bayi dalam kandungan agar menjadi anak yang baik, soleh/solehah, bijak pandai serta aktif dan cantik/kacak. Alhamdulillah, memang selalu aku amalkan surah-surah ni setiap kali lepas solat. Semoga anak ibu menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat.
p/s: tahun bila pulak aku nak update entry seterusnya ni eh?
ALHAMDULILLAH :)
ReplyDeletewaa. hehe. tahniah. mge dipermudahkan semuanyee.
ReplyDeleteAlhamdulillah..kdng2 tu terkejut kan mlm2 terasa ada sesuatu dlm perut...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.... tak lama dah tu kan. hehe. boleh geng boboi la baby kita nanti :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah...dh x lama dh nk jd ibu...
ReplyDeletewah...KBU tmbh lg sorang pemain bola ye?
take care kak ezma. semoga dipermudahkan. :)
ReplyDeleteI bought shoes too masa 2nd trisem..hahaha. mmg mak dia lebih2 selalunya
DeleteAssalamualaikum awak. bestnya.. sheila takda pun snap gambar pregnant ni. hahaha bestnya boleh check heart beat baby sendiri ~~~
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok kan time die gerak2..baby kite gerak2 time pukul 7 keatas..lepas tu sambung tido, pukul 10 bangun balik gerak2 tolak perut kite...kdg2 tidur pun boleh terjaga...
ReplyDeleteFetal doppler ageltalk tu kalo beli bape ye?
ReplyDeleteKalo beli fetal doppler angeltalk tue harga nye berapa? Di mn blh beli?
ReplyDeleteHarga fetal doppler tu berapa 1? Boleh beli kt mn?
ReplyDeleteHarga fetal doppler tu berape ye? Beli kt mn ye?
ReplyDeleteFetal doppler harge berape ye? Beli kt mn
ReplyDelete