~you are my bestest buddies~

BEFORE & AFTER : Ya, dulu gigi aku memang tersangatlah buruk!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Suatu ketika dulu, aku langsung tak kenal ape itu braces. Aku tak kenal erti mencantikkan gigi. Aku tak pernah ambil kesah gigi aku tersusun atur atau berterabur. Yang aku cuma tahu, tiap-tiap pagi aku akan tonyoh gigi aku dengan berus gigi sampai kembang gila berus tuh. Sehinggalah satu hari, sewaktu aku masih Form 1, Cik P berborak-borak dengan aku............

Cik P : Kau nak tahu tak Ezma.... budak perempuan tu cantik gila. Tapi yang kurengnya tang gigi dia lah. Gigi dia macam ko sikit taw. Satu kedepan, satu kebelakang.
Aku : Erk? Jujurnya kau ni! Gigi aku buruk ke? (terus aku main-mainkan lidah ke gigi aku.)

Haaa... di saat itu aku sentiasa berfikir dan berfikir. Di saat itu jugak, aku selalu menatap cermin dalam tempoh yang lama sambil senyum lebar-lebar. Bermacam persoalan bermain dalam kepala otak aku nie. "Buruk sangat ke gigi aku?", "Susunan gigi yang macam mana yang cantik?". Aku tak pernah ambil tahu pon masa tu. Bila dah tersentap macam tu, barulah aku nak terbukak bijik mata.





Anyway, gambar di atas adalah rupa gigi aku dari pandangan arah depan. Memang ilusi! Masa ni aku belum pakai braces lagi. Orang takkan perasan betapa teruknya rupa gigi aku pada hakikatnya. Bila mak offer untuk aku pakai braces, aku terus bersetuju. Kos agak mahal sikit. Tapi dah mak nak belanje, aku pon cuba jugak lah. So, pada 24 December 2009 aku mula pakai braces di sebuah private clinic Kuala Lumpur.



Ok, ini adalah satu entry yang amat-amat memalukan. Inilah rupa sebenar kedudukan gigi aku. Yang sebenarnya, masalah aku cuma terletak pada satu batang gigi atas. Satu gigi tu termasuk ke dalam sikit. So, doktor kata gigi tu perlu ditolak ke arah depan. DAN, disebabkan itu braces yang aku gunakan tidak sama seperti braces-braces orang lain yang colorful tu. Sebab ramai yang tanya kenapa braces aku pelik lah, itu lah, ini lah. So, ini jawapannya. Braces yang aku pakai ni namanya Removable Braces. :)



Menurut dentist, dua batang gigi atas tu perlu dijarakkan untuk memberi ruang pada gigi yang hendak di tolak ke depan. Senang cerita, gigi aku perlu ada ruang tengah-tengah macam DJ Hot FM tu la, Syarifah Aleeya. Pernah satu ketika, apabila ada ruang kat tengah-tengah tu, anak buah aku cakap,"Untie!! Untie!! Untie takyah bukak mulut untuk masukkan nasi. Lalukan kat celah-celah gigi tu pon boleh!". Ohhh, lasernya anak buah aku berkata-kata. Nasib baik kau kecik lagi, kalau tak dah lama aku smack down dia nie. Sedih betul!



Jadi, dalam tempoh hampir 2 tahun aku memakai braces ni, macam-macam benda aku perlu jaga demi menghargai sebaris susunan gigi. Dalam bakul mandi aku ada 2 batang berus gigi. Aku harus rajin berus gigi. Aku harus rajin berus braces. Setiap kali selesai memberus, aku akan berkumur dengan Colgate Plax supaya mulut tidak berbau dan nafas sentiasa segar. Aku tak boleh cakap terlalu banyak sebab risau tak dapat cover air liur sendiri. Bila pakai braces, banyak huruf aku tak boleh sebut so, kawan-kawan aku akan suruh aku ulang percakapan aku dua kali untuk lebih jelas. Bukankah ini memenatkan? Hahaha :D Tapi, inilah pengalaman.



Dan sekarang aku akan lalui proses yang terakhir iaitu menyama-ratakan ketinggian gigi atas. Next appointment bila aku balik KL untuk jumpa dentist, gigi aku akan rata sepenuhnya. InsyaALLAH. Dentist said, she will used composite for my teeth. But then, aku dah tak boleh lagi nak makan benda-benda yang keras macam jambu batu ke... Mahu patah gigi aku nanti. Tapi, kalau boleh aku tetap akan pakai braces ni tiap-tiap masa untuk mengekalkan kedudukan gigi sampai bila-bila. Apa guna bayar mahal-mahal, tapi pakai sekejap saje. Pakailah lama-lama, barulah boleh cakap "berbaloi-baloi!!"



Jikalau dulu, setiap kali bergambar, aku tak pernah menampakkan gigi. Maklum saja, orang pasti akan cakap macam nenek tua yang senyum sebab aku berusaha untuk tutup gigi dengan bibir ni. Tapi sekarang, aku sudah boleh senyum lebar sehingga ke telinga. Alhamdulillah, terima kasih mak. Pesanan aku untuk kawan-kawan yang sedia ada memiliki gigi yang tersusun rapi, hargailah gigi anda. It is very costly when you want to repair your teeth. Why don't you just spent your money for buying the toothpaste every month?





p/s: Alangkah seronoknya kalau Cik P tu bace blog aku sekarang ini.
Weh Cik P, gigi aku dah cantik ok. Lagi cantik dari gigi kau taw! Hahaha :D

48 comments:

  1. kagum dgn kejyaan nie..mmg berjya sgt2 la..serius cantek gler gg ezma skrng..kagum2..time ksh braces n time kah sbb mak yg sponsor..hehe

    ReplyDelete
  2. memang ketara perbezaannya.... cantik oh! tapi onie takut nak jumpa dentist pebetoi gigi,huhu.....nak cantik,tapi takut....huhu

    ReplyDelete
  3. best nye gigi da cantik hihi kiranya takdelah horror sangat kot masalah awk...mslh oshin lagi parah..berterabur abis haha

    ReplyDelete
  4. weee~~ cantik gigi dia... :)

    ReplyDelete
  5. dah banyak bace entry mengenai buat braces ni. hurm rase nak wt braces jugakk.gg saya pun buruk tp takut sakit la --'

    saya sangat fobia dengan doktor --'

    ReplyDelete
  6. fuuyooo..dh santek..hehehehe nk ngurat bleh =)

    ReplyDelete
  7. fuuyooo..dh santek..hehehehe nk ngurat bleh =)

    ReplyDelete
  8. sys ezma dulu n skrng maintain gojesss.. i likeeeee~

    ReplyDelete
  9. wawawaaaa....comel dah gigi dia...dah leh jadi model colgate awww..=)

    ReplyDelete
  10. serius, lawa lampu kat atas kepala tu..yang warna oren kat gambar last sekali tu..hehehe

    ReplyDelete
  11. Sakit x mula2 pkai braces?
    Tu dah cntik da gg,npe nk pkai braces lg?hehe

    ReplyDelete
  12. Sakit x mula2 pkai braces?
    Tu dah cntik da gg,npe nk pkai braces lg?hehe

    ReplyDelete
  13. I pun pakai braces jugak. Boleh geng ni! ;) Gigi I satu depan satu belakang. So pakai yang metal braces. Yang kena tukar getah every month. Seksa memang seksa. Lagi lagi kalau nak makan. Nangesssss.

    ReplyDelete
  14. cantik...akak pun teringin nak pakai...tp takut skit...andai ada org blnja mcm mak ezma terus tak takut kot hehe

    ReplyDelete
  15. hii..alhamdulillah gg awkk da shantekk..yeaey2.. nampak sgt prbezaan dye..well sy kenal awk kat matrik ag,sy xkesa pn, jnji sy ley jaga awak...:)

    ReplyDelete
  16. Weh kos braces ja dah makan ribu, nanti hantaran ko kompom makan puluh ribu! hehe :D

    ReplyDelete
  17. aaah,sangat jeles!cheqwa pon nak pakai,gigi berterabur gak nih..kekekekeke.akak memang cumel lah cemane pon ;D

    ReplyDelete
  18. pengalaman tu sume berharga, terima je apa org ckp.. minta maaf ttnya, awak pakai jenis braces retainer kan?

    sy mula pakai braces since 12/11/2001, f1..sampai habis sekola f5, org asek ckp..sakit x, mahalx, bebudak lg la kutuk..ejek gigi besi..sy jadi sgt pemalu..sejk tu sampai sekarang...

    dulu abah support byr :) thankful

    ReplyDelete
  19. wah.tahniah!berkesan sungguh.skrg mesti lebih yakin.:)

    ReplyDelete
  20. congrates sis :D sye pon ade mslh gg x cntik jgk. tp dlm dilema nk pakai braces ke x. sobs :'(

    ReplyDelete
  21. ewah-ewah! happynya dia. i'm so happy to hear the good news.
    after this, pasti lagi bersemangat untuk gosok gigi pagi2..hehehe.
    orang cakap pakai braces sakit, sakit sgt ke?

    ReplyDelete
  22. sypon ade mslh sebatang gigi tu je ke depan ckittt..awk buat kt klinik mane ek? dlm kos brape tu?

    ReplyDelete
  23. nk pakai braces jgk la , sbb gg jarang .. :(

    ReplyDelete
  24. well done kak ezma! gila dah lawa skrg..bleh la sengih puas2..hehe.

    ReplyDelete
  25. cantik looo....gg kamu....nk gak cmni...;(

    ReplyDelete
  26. comei jew :)

    heee.. kg pandan ekk ? dekat jew la.. sya dekat pandan jaya :)

    ReplyDelete
  27. oyeahhh semakin lama semakin cantik :) ps: tapi tak sakit ke pakai yunk oi

    ReplyDelete
  28. tidak sia-sia untuk mencubaa . heee

    ReplyDelete
  29. alhamudlillah,thank you for all the comments.. :)

    tak sempat nak balas semua. sy reply kat sini aje la ye :)

    anyway, pakai braces ni mula2 mmg sakit. so, kene disiplin sikit la. orang kata kalo nak cantik, kene sakit sikit. so, sy pon bertahan sehingga ke hari ni. almost 2 years i'm wear this braces. alhamdulillah, semakin menampakkan perubahan.

    bagi kawan2 yg baru nak pakai braces boleh la try survey harga kat klinik. ada yg murah. ada yg mahal. it is depends jugak dgn kerosakan gigi anda.

    so, hargailah gigi kita. bukan murah kalau nak repair semula.

    take care peeps :)

    ReplyDelete
  30. waaaa. kejayaan yang sgt besar. bestnye. hihi :)

    ReplyDelete
  31. tgk jek tingin..tgk jek tingin haha..

    ReplyDelete
  32. banyak perbezaannya tuh..
    chantek sudah..

    ReplyDelete
  33. ezma..gigi dah lawa..dah leh jadi model professional.hehehe

    ReplyDelete
  34. owahhh.. mmg cantik gigi ezma nih. hehe ^^ rasa nak pakai braces jugak tp cam takot aje nak jumpa dokter gigi tuh. adehhh =.='

    ReplyDelete
  35. bestnya baca kisah 2 thn awak, mesti mcm2 dah dilalui demi gigi cantik ni. kawan sya dlu pun ada 2 3 org pakai braces trus badan kurus sbb kurang makan, diorg tak suka makann lekat celah braces. tahniah gigi dah cntik, gambar pn ceria


    My Latest Entry: Saya akan cuba buat surat sokongan. @_@

    ReplyDelete
  36. Teringin nak buat tapi tak tahu prosedur dan bajet ongkos. ^^"

    ReplyDelete
  37. memang berbaloi-baloi....

    tgk la hasilnya skrg

    =)

    ReplyDelete
  38. Tumpang promo ye...

    Salam. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!
    Blog: http://lunashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  39. waaaa.. tringin nak pkai mende tu jugak~! mahal x awk??

    ReplyDelete
  40. salam kak ezma....
    mula2 tahniah kat kak, sbb dah dpt gg tersusun cantik....kagum2.!! hehe...
    jannah kagum sbb, b4 ni jannah pon prnah pakai removable braces ni, n ada masalah gg mcm kak jugak... tp jannah pakai skejap jer, dlm 3 month kot.. sbbnya, jannah xtahan dgn kene pantang mkn, dan tak boleh ckp banyak....hahaha.. janah ni dh la kepoh, bila kene senyap jer, rase pelik jer... n rasa mcm xkn ada hasil jer bile pakai benda tu, yerla, sng nk tbukak kan.. n payah nk mkn... bila tgk, akk pakai n berjaya dpt gg yg cntik... rasa nk pakai lg skali jer... hehe.. anyway.. tahniah lg skali... cantik.!! luv u =)

    eh jap, camne akak bleh mkn dgn pakai braces tu ek?? xmelakat ke?? bkn ke xslesa bila mkn nasi, coklat sume...?? xpernah bukak ek??..kagum3.. heee =)

    ReplyDelete
  41. buat kawan2, maaf tak reply satu2 komen di sini..

    braces mmg mahal sikit. tp sy xmampu nak gune duit sndiri. tapi ni duit mak ayah. ape pon, mula2 mmg sakit.tp lame2 kite dah biasa.. org kata, nak cantik kene sakit sikit. :)

    masa makan, sy perlu bukak braces ni sbb mmg tak boleh nak gigit ape makanan jika braces ni masih dalam mulut sy. jadi, sy sudah biasa buka braces sebelum makan depan org ramai. ia kelihatan seperti sy sedang buka gigi palsu. haha..ape pon, kene byk bersabar semasa pakai braces. :)

    sehingga hari ini sy masih memakai braces demi mendapatkan sesuatu yg berbaloi2 :)

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?