~you are my bestest buddies~

Tips dan Petua : Rahsia Bedak Sejuk

Assalamualaikum and Hello Readers.

Hari ni aku nak share satu tips kecantikan untuk gadis-gadis yang membaca. Tapi kalau ada jejaka-jejaka yang membaca entry aku sekarang ni pon tetap boleh amalkan tips ni sebab petua yang aku nak share ni bergenre bebas. Hahaha =D


Guys, pernah tak pakai bedak sejuk? Bedak sejuk adalah hasil rendaman beras yang bertahun-tahun lamanya. Kemudian, ia akan diproses menjadi bentuk macam ala-ala Ferrero Rocher. Bedak sejuk ni merupakan salah satu amalan tradisional yang sangat murah dan berbaloi untuk dijadikan sebagai masker muka. Daripada beli setiap bulan masker yang mahal harganya lebih baik pakai bedak sejuk ni. Dah la murah malah tiada bahan kimia macam produk yang selalu kita guna tu.



Banyak kelebihan bedak sejuk ni. Antaranya:

# Semestinya menyejuk dan menyegarkan kulit wajah.
# Mengurangkan pengeluaran sebum/minyak pada wajah.
# Menanggalkan sel kulit mati secara semulajadi.
# Kulit akan terasa lebih halus dan licin.
# Menegangkan segala kekenduran kulit wajah.
# Mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan parut jerawat.



Caranya cukup mudah. Selalunya orang akan guna air paip atau air suam untuk cairkan bedak sejuk. Boleh je guna air biasa. Tapi air paip ada klorin. Melainkan kalau rumah korang ada penapis tersendiri. Dulu aku guna air paip aje. Tapi bila bedak sejuk tu kering pada muka, habuk-habuk mudah tertanggal dan mengotorkan baju. Jadi, aku cadangkan apa kata kita gunakan Air Sari Mawar Putih dari Mustika Ratu sebagai pengganti air paip. Selain mewangikannya, bedak sejuk juga tidak mudah tertanggal dan kulit menjadi lebih lembap. Harga dalam sebotol RM6.90. Boleh jumpa di mana-mana kedai runcit atau toko jamu.



Haaaa... Lepas tu tepek la sedikit demi sedikit pada muka. Jangan sapu bedak sejuk pada kawasan atas mata kerana kulit pada mata merupakan kulit yang nipis. Selain itu, dikhuatiri habuk bedak sejuk jatuh dan memasuki mata. Bukan ke tu makin parah? Haha... =D Pantang larang yang aku boleh cipta sendiri sewaktu memakai bedak sejuk ni sama je macam pakai masker iaitu jangan menonton "Super Spontan". Hahaha =D Yela, nanti pecahlah bedak sejuk tu kannn.....



Ini ada satu lagi tips untuk aku kongsikan bersama. Petua ni aku dapat dari adik @eypgonzales di twitternya. Cuba gantikan air mawar tadi dengan perahan limau nipis. Buat masa ni aku belum cuba lagi sebab tak beli lagi limau nipis ni. Tapi aku akan cuba sebab katanya limau nipis dapat mengecutkan jerawat. Ohh, ini aku sangat suka dan bersetuju. Nanti nak ajak Emak pergi Tesco beli limau nipis sekilo. Hehehe =D


Can you see the difference?

Setelah beberapa lama aku amalkan bedak sejuk ni, aku baru sedar yang parut jerawat aku yang selama ini member dok kata aku macam kene demam campak dah hilang. Tapi ambil masa juga untuk aku keluarkan hasil sebab aku tak istiqomah dalam pemakaian bedak sejuk ni. Bila rasa nak pakai, baru teringat nak pakai. Kalau lupa, lupa terus sampai seminggu. Teruk betul aku ni. =,=" By the way, aku nak pesan sesuatu, janganlah cakap macam ni pulak nanti, "Muka dah cantik, tak payah nak makin cantik. Bersyukurlah apa yang ada!!" Memang betul. Tapi salah ke kalau kita menjaga dengan lebih baik lagi kulit yang ALLAH berikan. DIA juga sukakan pada kecantikan. Wallahualam.




p/s: sekali aku bersin, berterabur bedak sejuk atas lantai.
hahahahaha =D

77 comments:

  1. mila pun dah lama xpakai sejak kahwin nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...kahwin dah diaaaa.... pakai laa.... tradisional taw nie :)

      Delete
  2. i'm a guy and i do pakai bedak sejuk. syok! rasa macam sejati habes. hahaha.. good tips!

    part limau tu... blom penah try. ngee~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeee..... ade jugak lelaki yg pakai bedak sejuk kannnn :) haaa...yg limau tu pon saya belum try jugak..nanti nak try la :)

      Delete
  3. dulu je akak rajin..skang? hmmm..malas melampau-lampau..haha..pastu bising muke penuh parut tak hilang2..(-_-")

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... ezma pulak dulu pemalas...bila banyak parut jerawat, baru sekarang terkial2 nak pakai :) hehehehe

      Delete
  4. dah lama kot tak pakai bedak sejuk,hihi.... muka ezma tak payah mekap dah,comeiiii :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih onieee...ezma kene gak pakai bedak sejuk nieee... malam2 pakai rase besttttt jeeee.... mekap tak membantu sgt la onieee...

      Delete
  5. Replies
    1. yaaa...marilah kita same2 jaga muka kitaaa...pinjaman Allah niee...jaga baik2 yeee... :)

      Delete
  6. slalu guna bedak sejuk untuk hilangkan jerawat..errr :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSP yang jantan pon pakai bedak sejukkkk....tabik springgg:)

      Delete
  7. hewhewhew , bukan senang nak berkongsi petua dengan kak ezma nieh .. =P btw , perkongsian yang sgt berguna ! bertukar-tukar petua pulak kan .. hee~ thanx kak ezma , bangga jap jadi @eypgonzales sebab tetibe sesat kat entri ni .. :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... thank u eyp sebab sudi kongsi petua dengan kak ezma..sgt2 bergunaaa...kalo ade jerawat boleh gune kan?

      Delete
    2. bley lah .. lagi cepat effect pengecutan nye .. HAHAHA , maaf la , mmg failed bm , buat2 faham ye .. hee~ selamat mencuba ! saya nak cari jugak air mawar tu .. :'D

      Delete
    3. elelehhhh.... takpe, cakap je dalam BI, kak ezma paham..hehhehe :D

      btw, kak ezma masih belum cuba lagi yg limau nie... tak sabar nak try bile ade jerawat nanti :P

      Delete
  8. Replies
    1. haaaa...try2.... jangan tak try :)

      Delete
  9. Replies
    1. thank u kak khumaera :) try...jgn tak try! :D

      Delete
  10. fiza guna jugak air mawar tu.. tp pkai jrg2.. kejap pkai, kejap tinggal.. mmg xnmpk la kesan dia.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kite pulak, sejak nampak kesannya, baru lah terhegeh2 rajin nak pakai..hahaha =D

      Delete
  11. kite pn pakai jgk bedak sejuk ni tp dgn air kulit pokok tanjung. nenek sedara ckp tu petua utk manusia yg hidap resdung n berjerawat. asah dulu kulit tu. then bila dh agak pekat, cmpur bedak sejuk, haaa tepek lah kat muka smpai pg. hik3 ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. air kulit pokok tanjung? hahaha.. kite tak tahu pokok ape tu...tapi satu lg tips berguna untuk kiteee..thank u comel :)

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. nak pergi beli kejapppp. dah lama teringin nak pakai! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... bedak sejuk ni murah aje taw :)

      Delete
  14. salam..thanks awak sebab sudi follow blog sy..tapi atas sebab yang tak dapat di elakkan, sy terpaksa menukar link blog saya..
    mohon maaf atas kesulitan..

    http://www.rosnajihahahmad.blogspot.com.

    keep in touch sahabat blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik ros sbb ingatkan ezma pasal new link blog cikros :)

      Delete
  15. ohhh ni laa rahsiaa cantik ezmaa upenyaaa...

    nk pkai jugaklaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiipppp...ni bukan satu rahsia la ieqah..kalo rahsia,kite tak share kat blog. hahahaha

      Delete
  16. wawhhhh..boley try ni...nuru nk bg kulit licin heheheheh :)
    tq systa <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ezma pon baru je try ni dear...kalo malas tu, kadang terlupe gak :D

      Delete
  17. Kalau aku pakai, kena kawan-kawan nampak, mahu sampai mati aku kena gelak ni. Hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...zaman skrg lelaki pon dah pandai taw nak cantikkan kulit :) so, don't worry...be positive :) nanti dorg gigit jari bila nampak kulit awak cantik.

      Delete
  18. hahaha.. dulu selalu jugak pakai.. lepas pakai tu, kulit muka rasa halus je.. cerah.. eh, lelaki pun ada jugak pakai tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. lelaki pon ada pakai... sesekali lelaki yang menjaga penampilan diri, kan nampak lebih kemas dan berkeyakinan....

      Delete
  19. waaaa.menariknya.nak try la!! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. along takyah try laa...nanti kulit along lagi gebu dari ezma...susah hati nanti. hahaha =D

      Delete
  20. suka pakai bedak sejuk jgak tapi ssh nk istiqamah =D
    malas nak pakai tiap2 mlm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... istiqomah ye? takpe, ingat je lepas solat isyak mesti pakai bedak sejuk...insyaALLAH :D

      Delete
  21. hahahaha suke ayat last tuhh :D
    thanks info :D
    boleh try nehhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat last tu untuk org yg suke memperlekehkan org2 mcm kita yg ingin menjaga penampilan..ye tak? :)

      Delete
  22. dulu selalu gak guna bedak sejuk.. sekrang dah jadi pemalas. hehehe... teruknye dni nih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tapi muke sis dah comel and mulus gituuu :)

      Delete
  23. Hello, we're Newskaki, Malaysian Bloggers News Network Portal. We are pleased to invite you to our big family of bloggers, no matter you are local or not, just log on to www.facebook.com/newskaki or you can return us an email: advertise@newskaki.com. Not a blogger? It's okay for us, visit us at www.facebook.com/newskaki for latest hot events.
    Also, don't miss the tempting Tutti Frutti with 20 percent discount in 1Shamelin only for first 50 Newskaki fans and bloggers! Not a fans yet? Join us now!
    See you soon.

    ReplyDelete
  24. wahhh! mmg ketara jugaq perubahan tu ... nak try jugaqlah ... tengs 4 sharing :)

    ReplyDelete
  25. sy dh cri sari mawar tp da abes..gne g lain2 bole?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh :) kalau gune limau nipis atau limau kasturi lebih mujarab lagi :)

      Delete
  26. tmpng tanya, bedak sejuk tu bli kt mne ye kalau area shah alam?tqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. shah alam? kedai runcit byk je jual.. =)

      Delete
  27. tmpng tnya. bedak sejuk tu bli kt mne ye kalau area kt shah ala..tq

    ReplyDelete
  28. Kena pakai sekali je sehari ke kak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pakai sebelum nak tdo je awak... =)

      Delete
    2. Oh okay okay. Thanks kak. Em one more question, kalau muka Iera, ada parut terbakar kena minyak haritu, rasanya boleh pakai ke? Sebab haritu muka Iera terbakar teruk. Tertumpah minyak panas. Boleh kata satu muka kena. But now Alhamdulillah, parut tinggal sikit sikit je. But, maybe I took too much anti scars products, habis muka Iera naik jerawat. Hmm.

      Delete
    3. Kalau ada parut terbakar kat muka, boleh pakai ke kak?

      Delete
    4. rasanye mmg boleh sbb bedak sejuk kan bersifat sejuk.. so, boleh sejukkan muka...tp jgn letak campuran limau pulak..makin pedih nnt.. campurkan dgn air suam atau air ros pon dah okay ;)

      Delete
  29. Oh ok kak. Iera dah try dah semalam. Guna limau tu pedih sangat. So Iera guna air biasa je ;)

    ReplyDelete
  30. Akak, lagi satu nk tanya. Sebelum pakai bedak sejuk ni, memang tak boleh basuh muka guna pencuci muka ke? Semalam lepas Iera cuci muka, terus Iera pakai. Muka Iera rasa pedih. And terus jadi merah. Rasa macam kena bakar pulak. Agak agak kenapa ye? Or selama kita pakai bedak sejuk ni, memang diharamkan pakai pencuci muka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dear lambat reply.. btw, kite tak tahu pulak kalau cuci muka sebelum pakai bedak sejuk ni boleh buat muka rasa pedih.. tp dulu kita penah jadi mcm tu masa kite gedik2 cuba produk emak... abes muka merah. pastu kite letak ais sejuk kat muka kasi cepat sejuk.. hahha

      tp better awak pakai bedak sejuk and air biasa saje. then cuci gune air suam. kalo berlarutan, jgn guna. mgkin muka awak sgt sensitif pakai produk tadisional... =)

      Delete
  31. Ohhh. Hmm ok kak. But for this time being, mama tak kasi pakai dulu. Sebab takut ada side effect sebab parut terbakar tu. Anyway thanks for the advise kak :)

    ReplyDelete
  32. nak tnya , kak pakai tak pencuci muka sbelum pakai bedak sejuk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya, saya cuci muka mcm biasa dulu.. =)

      Delete
  33. Yup..emg elok pkai bedak sejuk..caye la.juz kne rajin la.tp lau mlm suami blek keje..better lap dlu kang tkejut plak si dia..hahaha

    ReplyDelete
  34. kak kak . nak tnya, cmpur air paip dgn bedak sejuk tu boleh ke? bhaya ke klau nk gna air paip ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je guna air paip..hehe.. kite pon guna air paip gak kalo air rose tu dah habis. hehehe

      Delete
  35. Dah try yg limau tuh.. Aduhh.. Pedihnye...

    ReplyDelete
  36. Wah... cantik nya kulit. perkongsian yang menarik. biasanya, saya cuma pakai air paip je.. hehee

    ReplyDelete
  37. Perkongsian yang best sangat.. Terima kasih admin.. :)

    ReplyDelete
  38. Muke boleh jadi putih tk ?

    ReplyDelete
  39. Muke boleh jadi putih tak ?

    ReplyDelete
  40. Muke boleh jadi putih tk kak ?

    ReplyDelete
  41. Sy pernah pkai bedak sejuk. mase 2 x thu lg kne colek skit-2, jd sy pon pkai mcm bedaklah.. Satu muke sy sapu.. lepas 1/2 jam sy nk pei buang habuk jatuh kt bj, alangkah terkejutnya sy bile tngok cermin muke dah mcm pocong.. mase 2 zikir tak habis-2.. nakal oo nakal..

    ReplyDelete
  42. Saya baru je 12 tahun tapi saya cuba apa yang akak ckp tu allhamdullilah selepas 1 minggu awek makin ramai ....

    ReplyDelete
  43. Saya baru 12 tahun sejak saya ikut apa yang akak ckp allhamdullilah awek makin ramaii

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?