~you are my bestest buddies~

Takde duit, usah berangan nak kahwin.

Duit. Wang. Money. Ongkos. Fulus.

Satu perkataan yang membawa satu maksud yang sama. Takde benda ni, semua benda tak boleh jalan. Zaman sekarang ni semuanya nak guna duit. Paling mudah difahami, nak terberak pon kena ada duit. Tambah pulak lah untuk aku yang bakal melangsungkan perkahwinan lagi la kena guna banyak duit. Susah aku nak ekspresikan perasaan aku tatkala ni. Tapi aku cuba jugak luahkan melalui blog ni supaya orang sedar dan faham. 

Sebenarnya kan, aku kurang berpuas hati bila orang zaman sekarang selalu sangat post kat Facebook cakap pasal kewajipan bernikah dan lain-lain tu semua tak perlu. Kononnya, cukuplah sekadar bayar yuran kursus kahwin, buat HIV test, bagi duit mas kahwin dan bayar upah tok kadi. Haiiihhh laaaa... Memang betul. Buat benda yang wajib sudah la. Yang lain tu semua adat je. Kalau nak ikutkan aku pon nak buat macam tu. Tapi percaya atau tidak, mesti mendapat tentangan hebat dari orang tua dan confirm saudara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan mula mengata. 

"Macam kahwin koboi je", "Ni confirm dah ada isi dalam perut", "Kedekut gila tak buat kenduri kahwin"

Mulut orang kan, mana boleh kita tutup. Tapi selalunya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tapi dalam laman sosial bagai rakkk canang sana-sini kata tak perlu membazir dalam soal perkahwinan. Cukuplah akad nikah yang wajib tu sahaja. Sudah la weiii... Korang hanya pandai menulis. Tapi bila berlaku depan mata habis dicanang itu ini. 



Bukanlah aku nak cakap yang aku tak mahu buat kenduri. Kalau tak buat pon aku tak kisah. Tapi, Emak Ayah aku kisah. See! Emak dan Ayah!! Orang tua kita selalunya akan jadi orang yang bantah itu dan bantah ini. Mereka akan cakap pulak soal adat. Soal mulut saudara-mara atau jiran tetangga jangan cakaplah. Awal-awal lagi dah dengar semua tu. Tapi aku faham dan mengerti maksud mereka. Hukum agama wajib kita buat. Adat kita pula jangan dilupakan. Betul... Aku setuju.... Biasalah zaman dulu pon kenduri kendara mesti ada. Pengantin diarak dengan paluan kompang, dirai atas pelamin, pengantin berbaju indah dan meriah, tetamu diberi bunga telur dan kemudian majlis di sebelah pihak lelaki pula. Semua-semua-semuaaaa tu menggunakan duit. Zaman sekarang apetah lagi. Paling tidak RM10 ribu mesti ada dalam tangan nak buat kenduri. Itu pon tanpa pengantin bersandinglah. Itu baru sebelah pihak punya majlis sahaja. Belum masuk lagi dengan majlis bertandang pulak. 

Haaaa... inilah yang aku cuba nak sampaikan. Everything needs money la weiii! So, please start saving your money. Tipulah kalau korang boleh cakap korang taknak jamu saudara-mara dan kawan-kawan makan kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan korang. Ye tak? Tanya je la pada aku, aku pasti akan mengangguk laju tanda mahu. Disebabkan dari itulah aku mula belajar menyimpan duit dan tidak membazir. Maklum saja, aku bukan orang senang. Tapi aku juga bukan orang susah yang boleh menagih simpati minta dihulur sana sini. Kami masih ada maruah diri. Jadi, jangan menilai sesuka hati. 

Bercakap soal duit dalam merancang majlis perkahwinan, perkara paling banyak menggunakan duit adalah menjamu makan tetamu yang hadir. Jika satu kepala RM10, maka 1000 orang yang datang tak ke mencapai angka RM10k? Takkanlah nak hidang meehoon goreng saje kan? Nanti orang mengata. Tapi si pemikir bijak pandai yang pulak akan menghentam, "Beri sajalah mana yang mampu, asal ikhlas." Tapi dalam hati kecoh cakap, "kenduri aku pergi minggu lepas hidang meehoon goreng jerrrrrr!! " Macam mintak pelempang kan? Zaman sekarang ni lauk kenduri paling murah pon datang dengan pakej nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, pajeri nenas, sedikit buah-buahan dan air kordial. Normallah tu. Nak demand pulak ke lauk masakan kampung tu lagi lah mahal kekdahnyaaa... Ni kalau guna khidmat katering lah. Kalau rewang orang kampung lain pulak percaturannya. Kalau rasa mampu, boleh buat lauk sedap-sedap. Tapi tidak mampu, memadailah dengan apa yang ada. Enough! Hati pon senang kan? Ini tidak, anak makcik Joyah depan rumah tu buat kenduri kahwin anak dia sampai tumbang 10 ekor unta, kau pun nak lawan jugak. Kesudahnya, korang gigit jari. 



Itu belum masuk lagi dengan baju pengantin. Kang kalau pakai baju kurung biasa orang mengata. Tak campur lagi urusan kad kahwin, doorgift dan sebagainya. Takde semua tu orang mengata. Apakah kita hidup atas dasar orang mengata sahajakah? Bukan dari redha Allah? Biasalah manusia.... mana boleh kita tutup mulut mereka. Sesempurna manapun sesuatu majlis pasti ada mulut mengata. Percayalah. Itulah yang tidak kena. Itulah yang tidak cantik. Ini pulak tidak sedap. Itulah terlampau manis. Macam-macam kan? Biasalah.... manusia... mana berpuas hati. Orang dah bagi makan pon dah kira bersyukur dan besar rahmat tahu. 

Fuhhh, puas dah aku meluahkan segala isi hati yang teringin sangat aku nak buat video and cakap depan semua orang. Tapi cukuplah aku ekspresikan dalam bentuk tulisan saja. Nanti kena kecam, payah! Iyeee... memang betul. Semuanya guna duit. Tapi tak usahlah nak buat majlis semewah gila babeng macam nak bagi gajah yang makan. Cukuplah sekadar mana yang mampu sahaja. Mulut orang pedulikan. Biar dia tahu bagaimana bila mereka pulak yang buat sesuatu majlis. Haaa.. itu jam ampa rasa macam mana. Ada rasa coklat berperisa oren? Hahaha =D 

Sebaiknya bakal pengantin mulalah menyimpan dari sekarang. Eh, silap! Kalau dah namanya bakal pengantin, sepatutnya dari dulu lagi kita kena menyimpan duit. Percayalah. Bila lagi 2-3 bulan korang nak menikah, korang akan rasa macam duit simpanan tidak cukup walhal dah beribu-ribu ringgit dalam akaun bank. Takpe, menyimpan dan berjimatlah. Siapa cakap urusan nikah kahwin ini mudah. Susahhhh hakikatnya. Biasalah... semua orang yang dah berkahwin akan fikir macam tu. Mula lah rasa macam adat Melayu ni menyusahkanlah, membebankanlah dan macam-macamlah. So korang yang dah tahu kenapa nak buat bodoh lagi? Menyimpanlahhhh dari sekarang. 

Tapi aku cukup tabik dengan pasangan pengantin yang buat majlis kenduri kahwin simple sesimplenya! Tapi simple macam mana pon, duit tetap kena ada dalam tangan. Lainlah kalau kahwin free. Itu lagi orang mengata. Aneh kan hidup ni? Kalau terlalu murah, orang kata takda harga. Bila terlalu mahal, orang kata membazir. Bila langsung takde, orang kata kedekut taik hidung masin. Jadi, buatlah seikhlas mungkin. Allah menjanjikan rezeki pada setiap manusia yang hendak mendirikan masjid. Tak mengapa... InsyaAllah rezeki itu akan datang jika cuba berusaha untuk mencari. Tang tu, aku yakin sangat.

Buat bakal pengantin macam aku, lakukan semuanya seikhlas mungkin. Jangan buat ala kadar sahaja. Berbeza hasilnya orang yang ikhlas dengan orang yang buat ala kadar hanya nak cukup syarat. Mari kita cuba sama-sama pedulikan kata-kata orang yang bercakap belakang. Usah takut. Sebenarnya mereka pun belum tentu mampu nak buat seperti anda. Tak usahlah kita nak membazir hanya untuk majlis satu hari. Kehidupan kita masa akan datang pon bukan orang yang mengata tu corakkan. Memadai dengan niat kita hendak menjamu kawan-kawan makan sedap-sedap sewaktu kita disatukan sebagai suami dan isteri. Walimah ni sunnah muakad kata Nabi SAW. Jadi, buatlah sekadar yang termampu. Tak usahlah sampai nak berhutang dengan ceti haram mahupun bank. Kalau dah tak mampu sangat, buatlah loan dengan Pa&Ma. (tak paham sudah!)

Insyaallah, aku juga akan buat sekadar termampu sahaja. Aku tak mahu membazir atas perkara yang entah hape-hape! Mana yang kita boleh D-I-Y, kita cuba buat. Zaman teknologi sekarang ada macam-macam cara penjimatan boleh dilakukan. Antara mahu atau tidak. Antara rajin atau malas. Itu sahaja. InsyaAllah nanti aku kongsikan dalam blog satu persatu penjimatan yang boleh dilakukan untuk tatapan bakal pengantin di luar sana. Hidup kita biarlah tampak indah di sisi Allah juga, jangan hanya nak nampak indah di mata manusiawi sahaja. Kalau tidak, syaitan bermaharajalela. 

Phewww, berjaya jugak aku luahkan segalanya. Ok, bye! =)







p/s: Duit tak mampu membahagiakan seseorang. 
Tapi dengan adanya duit, seseorang itu mampu untuk bahagia.

30 comments:

  1. yup betul.. "duit tak mampu membahagiakan seseorang.. Tapi dengan adanya duit, seseorang itu mampu untuk bahagia" :)

    nice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata2 tu pon dipetik dari blog sape entah. keh3 :D tapi ade betulnya.. =D

      Delete
  2. Selamat pengantin baru in advance ezma. Nyu lambat lagi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aii..melampaunye wish awal2... =,="

      Delete
  3. phewww... penat menghayatinya...

    tapi memang betul tak ada duit apa pon tak jalan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..sakan noh bakal pengantin ni menghayati blog kite.. nnt kite share2 eh tips2 berguna..ekekke =D

      Delete
  4. Hehehe. betul. mulut orang takleh nak tutup.buat la sekadar yang termampu kan :)
    p/s:along pon dah start menyimpan.ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..tahniah along.. selamat menabung.. seriously, kalo lama lg perancangannya, kite akan rasa lega sgt sbb dah menyimpan dari awal. :)

      Delete
  5. tu dia bakal pengantin dah berletiaq! hehe.. tahniah, ezma! all the best for your upcoming wedding..jangan stress2 ye..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaAllah tak stress.. cume letih sikit la fikir pasal kenduri yg bakal menjelang :) ngeee

      Delete
  6. hehehe.. betol2... sy pn jimat jugak ni.. makan kueh 3 biji je sehari... hhahaha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaallah lepas kita berkahwin nanti, hidup kite lebih senang sayang. kalau dulu masa belajar kite hidup susah. skrg nak kawen byk kene jimat2.. insyaAllah lepas kawen, lebih senang. gaji awak dah la besar... nak ikutkan cukup je sayangku...

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih encik luqman zakaria. :)

      Delete
  8. banyak benda nak di fikirkan bila nak prepare untuk majlis kawin kan...? sama la kita..pening kepalaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..selamat membuat persiapan bersama-sama dear. :) mmg pening kepalaaa... hari2 minggu pon mcm tak cuti jeee...

      Delete
  9. Penah t'pk nk wt yg wajib gak hr tu tp kena mrh dgn family...

    Duit cash dlm tgn wajib ada ms shari 2 nk knduri...ms tu la bnda2 kecik yg kita x t'pk nk beli/guna ms knduri kena beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. antaranya apa kak zai yg selalu beli/guna last minute tu? share laa..hehehe :D

      anyway, takpela..restu mak ayah ni penting..kite ikutkan sahaja laaa... :)

      Delete
  10. xnak kawin r camni..baik duit bnyak2 tu wat modal meniaga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..anda lelaki takpelaaa... boleh kahwin lewat pon okay.. kite ni orang pompuan... susah sikit..hehhee

      Delete
  11. setuju dik non. catering saje dah berbelas ribu lebur. *pitam*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn?? jadi kalau duit hantaran lelaki sahaja tu mmg tak cukup.. kene jugak ade duit sendiri utk tambah sikit2.. :D

      Delete
  12. BETUL....BUAT LA MCMANA PON, TETAP ADA MULUT YG MENGATA~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kak jusiza lebih memahami lebih2 lagi akak baru je lepas jadi pengantin hari tu kan... susah nak tutup mulut orang kannnn :)

      Delete
  13. idea DIY mudah:

    lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Ingatkan saya sorang je tertekan..rupanya ramai lg tension sbb nak kawen kan..huhu..adoii..tension.duit abis camtu je..semua mahal2..buat simple orang mgata..sakit kepala smpai rasa taknk kawen je..huhuu.

    ReplyDelete
  15. Perh.. Baca blog nie..tak tepk pulak owner dy gegirl.. Coz isipadu dlm blog nie sume padu.. Haha..harap ada jugak org mcm tuan punya blog nie kt lua sane..sama2 bpk nk settlekn prob..tak harapkn satu pihak shj.. SALUTE!!

    ReplyDelete
  16. Perh.. Baca blog nie..tak tepk pulak owner dy gegirl.. Coz isipadu dlm blog nie sume padu.. Haha..harap ada jugak org mcm tuan punya blog nie kt lua sane..sama2 bpk nk settlekn prob..tak harapkn satu pihak shj.. SALUTE!!

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?