"Cord prolapse!! Cord prolapse!!!!"
Satu jeritan yang mustahil akan hilang dari ingatan aku.......
Assalamualaikum and Hello Readers.
Alhamdulillah, tanggal 23hb Mac 2014, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.38pm di Hospital Ampang. Setelah 40 minggu 2 hari aku mengusung perut ke sana ke mari, akhirnya keluar jugak anak kecil ni. Entri kali ini, semestinya sangatlah panjang sebab aku malas nak buat part by part. Jadi, aku nak abadikan cerita pengalaman bersalin aku di sini untuk tatapan anak aku bila besar nanti.
21 MAC 2014
Sepatutnya hari ini adalah tarikh aku dijangkakan bersalin. Tapi aku mengharapkan agar aku tidak bersalin pada hari tersebut sebab suami aku, Faiz tiada di rumah. Dia ada kursus temuduga Sime Darby di Pulau Carey. Kalau aku bersalin hari itu, macam susah pulak Faiz nak ulang alik dari Klang ke Ampang. Ye tak? So, aku puas berdoa supaya tidak bersalin pada hari ini. Tapi sebelum Faiz pergi berkursus di sana, dia sempat buatkan air selusuh kat semua air yang aku sedang minum : air zamzam, air Yassin, minyak kelapa dara dan semua kurma. Aku tak tahulah apa yang dia sembur-semburkan. Tapi lepas solat Subuh, dia terus mintak benda alah tu semua.
Tengahari tu aku ada mula rasa sakit perut. Just like mild contraction. Tapi aku still boleh bertahan lagi. Rasa dia macam orang nak buang air besar. Puas aku ulang alik ke toilet. Tapi takde pulak aku membuangnya. Aku pujuk-pujuk baby dalam perut. "Sayangggg, jangan keluar hari ni taw. Ayah takde. Ayah ada work. Nanti kesian kat Ayah kena ulang alik. Please Sayangggg". Setiap kali rasa sakit je, aku akan minum seteguk air zamzam yang Faiz dah bacakan selusuh tu.
Sakit perut aku sekejap-sekejap dia datang dan berlarutan sampai malam. Kalau Faiz WhatsApp bertanyakan keadaan aku, mesti aku jawab yang aku OK. Bukan apa. Aku taknak dia risau. Sebab dia cakap, dia akan tinggalkan kursus training tu serta merta kalau dapat tahu tanda-tanda aku dah nak bersalin. Aku pulak taknak dia tinggalkan program tu sebab program tu salah satu penentu masa depan kami sekeluarga jika ada rezeki juga. Hurmmm... Tapi tindakan aku sedikit merbahayakan diri.
22 MAC 2014
3 PM
Alhamdulillah, Faiz dah balik malam tadi. Hari ini aku bercadang nak pergi jalan-jalan. Orang kata, banyakkan berjalan kaki sebagai petua mudah bersalin. Apa lagi, aku ajak Faiz pergi Times Square (TS). Aku pilih TS je sebab dekat sangat dengan rumah. Kang jadi apa-apa, boleh shoot terus balik rumah/hospital. Hakikatnya masa tu, perut aku memang masih rasa sakit macam semalamnya. Tapi aku buat tak peduli dulu. Parking kereta kat Plaza Imbi, then jalan kaki ke Times Square. Aku tawakal je sebab masa keluar je dari kereta lepas parking, perut aku tiba-tiba makin sakit kuat. Tapi aku diamkan. Takut Faiz marah sebab dah bayar duit parking. Kih3 =P Laki aku garang sikit bila dah kahwin. Dulu sebelum kahwin, aku yang garang. Ekekekeke =P
4 PM
Dalam pada menahan sakit perut tu, jauh jugak aku berjalan dalam TS tu. Orang sekeliling semua macam pandang sebab perut besar macam aku ni ada hati lagi pergi jalan-jalan kat TS. Dalam jam 4 petang, aku ajak Faiz makan Kenny Rogers. Niat aku nak belanja Faiz makan sebab Faiz selalu sangat belanja aku makan sebelum-sebelum ni. Lepas order Kenny Rogers, perut aku makin kuat rasa sakitnya. Makanan dah sampai tapi aku jadi tak lalu nak makan. Hanya beberapa suap sempat aku telan. Aku give up! Aku terus suruh Faiz habiskan semua makanan cepat-cepat sebab aku rasa tak tahan sangat sakit perut. Lepas buat payment, aku gagahkan kaki untuk berjalan balik ke parking tadi. Pehhh, jauh sangat aku rasa nak menuju ke tempat tu. Perut makin sakit. Air mata macam nak keluar tapi aku tahankan aje. Malu pulak kalau orang ramai tengok.
Dalam kereta, aku terus call Emak. "Mak, kakak dah sakit perut. Kejap lagi kakak sampai kat rumah, Mak terus bawak turun beg hospital kakak dalam bilik. Kakak nak terus pergi hospital." Sebelum pergi hospital, kami singgah kejap balik rumah untuk pick up Emak. Jarak Hospital Ampang dengan rumah aku hanyalah 15 minit. Tak jauh mana pun. Makin dekat nak sampai hospital, air mata aku dah mengalir. Aku nampak Faiz dah mula cemas. Dia pasang double signal masa nak melintasi lampu isyarat merah. Taknak lama pulak lampu merah tu....
6 PM
Sampai je kat kaunter PAC dalam jam 6 petang. Aku dah menangis kesakitan masa duduk kat kaunter. Soalan pertama yang nurse jaga kaunter tu tanya, "Ni macam sakit sangat nih! Awak ada minum air selusuh ke?". Aku jawab takde. Nurse suruh masuk dalam bilik untuk check bukaan jalan. Pehhh!! Pertama kali aku buat VE, sakitnya tak tahu nak kata. Menjerit aku bila nurse masukkan jari dalam rahim untuk check bukaan jalan. Baru 1cm katanya. Nurse bagi pilihan samada nak balik rumah atau admit ward. Aku pilih untuk masuk wad sebab aku taknak amik risiko balik rumah.
7 PM
Dalam jam 7 malam aku masuk wad. Faiz tak dibenarkan berada lama dalam wad. Dia datang hantarkan beg baju dan sedikit makanan untuk aku. Faiz mula geram. Dia ingatkan dia boleh temankan aku 24jam. Rupanya kena ikut jugak waktu melawat. Dia try untuk request wad kelas pertama. Rupanya sama jugak. Husband tak boleh temankan selain waktu melawat dan sewaktu masuk labour room. Bezanya wad kelas pertama, katil sebiji dalam bilik besar yang berair-cond. Uhh, taknak aku duduk sorang-sorang.
9 PM
Sakit perut makin terasa kuatnya. Aku gagahkan diri untuk bangun ke toilet dan ambil wuduk. Aku baru teringat yang aku tinggalkan solat Asar dan Maghrib tadi. Aku pinjam telekung patient sebelah katil dan terus aku gantikan solat tadi. Setiap kali rasa sakit, aku akan baca Doa Nabi Yunus. Memang mujarab sebab sakitnya berkurang. Aku sentiasa pegang handphone untuk update keadaan aku di WhatsApp Faiz.
Malam semakin larut. Rupanya Faiz tak balik rumah. Aku suruh dia tidur di surau tapi katanya tak boleh. Nak menangis aku bila dia cakap dia tidur dalam kereta di Petronas berhampiran. Katanya senang nak terus menuju ke hospital kalau aku dah nak bersalin. Malam tu, aku tak boleh tidur sebab contraction makin lama, makin kuat. Nurse yang datang untuk check tekanan darah dan CTG, semua cakap graf CTG menunjukkan aku sakit kuat tapi bukaan jalan baru 1cm. Mostly semua nurse tanya, "Awak ada minum air selusuh ke?". Aku pon tanya balik, "Air zamzam je saya minum,". Nurse tanya balik, "Air zamzam tu suami dah ada baca-baca ke?". Aku jawab, " Ada!". "Haaaaa... tu air selusuh la tu. Kat sini kita tak benarkan patient minum air selusuh sebelum bukak jalan. Dah 6cm nanti, awak nak minum tu minum laaaa,"
Hairan aku. Tak tahu nak percaya atau tidak. Setahu aku tak boleh minum air akar fatimah selagi tak bukak jalan. Rupanya air zamzam yang dibaca-baca pon tak boleh minum jugak. Bukan setakat nurse Melayu je cakap macam tu, nurse berbangsa India pon percaya dengan kehebatan air selusuh ni. Dalam pada sakit-sakit tu, terdetik dalam hati aku, dahsyat jugak bacaan Faiz kalau sampai jadi macam ni. Wallahu alam....
23 MAC 2014
3.30 AM
Aku dah rasa macam nak menangis. Perut makin sakit. Nurse datang check CTG. Dia cakap, contraction aku sangat kuat. Dia suruh masuk satu bilik untuk check bukaan jalan. Sekali lagi, aku menangis bila buat VE ni. Aku tengok sarung tangan getah nurse tu berdarah-darah bila setel check bukaan jalan aku. Baru 3cm. Aku cuba lelapkan mata tahan sakit perut ni sampailah ke pagi.
6 AM
Memang tidur-tidur ayam je lah aku malam tadi. Aku bangun solat Subuh dan cuba makan sarapan walaupun perut aku macam tak boleh terima apa-apa makanan. Faiz dan Emak aku datang sekitar jam 8 pagi dengan izin pengawal. Faiz suapkan telur ayam kampung separuh masak. Mak mertua aku kata bagus untuk tenaga masa dalam labour room nanti.
9 AM
Sekali lagi, nurse check CTG dan bukaan jalan. Mulanya bukaan rahim baru naik jadi 3cm. Nurse tu kata dia cuba bukakkan lagi jadi 4cm. Sekali lagi aku menjerit menangis masa nurse cuba bukak lagi jalan. So now dah 4cm dan dia kata dah boleh masuk labour room. Nurse masukkan ubat buang najis. Dia suruh aku pergi toilet, salin baju putih dan pergi buang air besar. Pehh, masuk je toilet memang terus aku terberak-beraklah walaupun aku takda rasa nak buang air besar.
Aku call Faiz yang sememangnya berada di lobi hospital dengan Emak. Nurse tolak aku masuk labour room guna wheel chair. Masa tu aku dah seram sejuk ketakutan. Eh, dah nak bersalin ke aku ni? Aku cuma sakit perut je. Takde pulak rasa baby nak terkeluar. Dalam labour room, Faiz setia kat sebelah aku. Dia senyum untuk tenangkan aku. Boleh pulak dia bual-bual tanya aku saat aku mula kenal dia. Aku tahu dia hanya nak aku leka dan abaikan rasa sakit tu. Tapi aku tetap tak boleh nak tahan. Perut aku makin sakit. Setiap kali sakit, aku akan mengerang dan setiap kali tu Faiz bacakan doa Nabi Yunus kat telinga aku. Nurse ada suruh aku sedut gas kalau setiap kali rasa sakit. Faiz pulak pesan, jangan sedut sangat gas tu sebab boleh menyebabkan aku mengantuk dan takde tenaga nak meneran nanti.
11 AM
Doktor datang check bukaan jalan. It's still 4cm. Aku nampak nametag doktor tu. Dr. Fara Hana. Kecil molek je orangnya. Dia memang baik. Setiap kali dia buat sesuatu pada aku, dia akan say sorry banyak kali. Air ketuban aku harus dipecahkan sekarang. Dekat setengah jam jugak doktor dan nurse cuba pecahkan air ketuban aku. Mereka cakap, kepala bayi masih berada jauh di atas walaupun dah masuk laluan. Memang sakit yang amat bila dorang cuba godek-godek nak pecahkan air ketuban. Tiba-tiba datang nurse perempuan India yang kurus melidi. Dia offer diri untuk pecahkan air ketuban aku. Makinlah takut aku dibuatnya. Kalau dah fizikalnya kurus melidi, mestilah jari dia lagi panjang dan lebih mudah untuk dia capai pecahkan air ketuban.
Masa pecah je air ketuban tu, aku rasa macam air paip keluar mencurah-curah. Basah katil dibuatnya. Doktor cakap air ketuban aku terlampau banyak. Mungkin sebab aku selalu minum air kelapa muda masa dekat-dekat nak bersalin ni. Then doktor cakap, baby aku dah berak sikit dalam perut. Aku dah mula risau. Nurse masukkan ubat melalui jarum di tangan untuk bantu mempercepatkan bukaan jalan. Bilik-bilik lain semuanya aku dengar perempuan menjerit-jerit selang 2-3 minit nak bersalin. Faiz konon-konon taknak bagi aku takut, dia tutupkan telinga aku dengan jari dia. Ahhh, lucu jugak laki aku nih. Persoalannya sampai bila dia nak tutup telinga aku ni? =P
1 PM
Sekejap-sekejap nurse datang check CTG dan heartbeat baby. Dari perbualan dan air muka mereka, aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Dengan suara serak-serak, aku bertanya pada doktor. Doktor akhirnya berterus terang. "Heartbeat baby awak makin lemah. Tapi bukaan jalan baru 4cm. Kita akan masukkan ubat supaya tulang pelvic terbukak besar sikit ye," Aku angguk dan diam saja. Tapi aku dah mula risau.
Masuk waktu Zohor, Faiz cakap nak pergi solat sekejap. Aku macam taknak bagi. Takut terbersalin tanpa dia sedangkan inilah permintaan dan kemahuan dia dari dulu nak temankan aku sepanjang aku bersalin. Mahu tak mahu, aku lepaskan jugak Faiz pergi solat. Sepanjang Faiz takde, doktor check bukaan jalan dah 5cm. Doktor cakap dalam jam 7-8 malam nanti aku akan bersalin. WHATTT?? Ada lagi 6 jam aku nak tempuhi rasa sakit ni!! Aku menangis kat Doktor Fara Hana tu. Aku merayu mintak czer sebab aku dah tak larat nak tanggung sakit ni. Ececehhh... Aku mintak czer ni macam berani sangat jeee..... Doktor tu pegang bahu aku, dekatkan muka dia pujuk aku supaya kuat. "Puan Ezma, you boleh bersalin normal taw. Kalau you mintak czer, nanti cukup tiga kali you kena czer kita kena ikat saluran peranakan. This is your first baby right? Mesti you nak banyak baby lagi kan? You sabar okay... You kena kuat... ". Aku dengar je dia pujuk macam tu, terus aku angguk setuju untuk tunggu sampai jam 7 malam.
2 PM
Faiz dah masuk semula dalam labour room lepas selesai solat Zohor. Aku cepat-cepat peluk tangan dia sebab aku kesakitan. Air mata jangan cakaplah. Basah sebasahnya bantal hospital tu. Doktor sekali lagi datang check bukaan jalan. Kali ni doktor wanita lain pulak. Kelihatannya dia nampak tegas. Dia cakap dia akan cuba bukakkan jalan kepada 6cm. Kali ni memang aku menjerit kuat. Dia godek-godek mahu dekat 10 minit jugak. Faiz masa tu diarahkan ke belakang tirai. Aku dengar dia baca Yassiin di sebalik tirai tu. Suddenly, doktor tu menjerit, "Eh,cord prolapse!! Cord prolapse!!!!" Hasudahhh! Ni kenapa pulak ni? Dalam hati, puas aku fikir apa tu 'prolapse'? Setahu aku cord tu tali pusat. Prolapse ni apa pulak??!!
Suasana jadi hingar bingar. Sekelip mata je, nurse-nurse datang masuk cabutkan semua wayar yang ada kat badan aku, cabut CTG tapi tangan doktor tu masih dalam rahim aku. Faiz dipanggil ke depan. "Kami terpaksa bedah isteri awak. Tali pusat baby ada kat bawah." Allahu Akhbar!! Aku disuruh sign satu borang. Entah macam mana rupa sign aku, lantak lerr!! Aku disorong dengan cepat menuju ke bilik bedah. Sementara tu tangan doktor tu still berada dalam rahim aku malah dia pon sama-sama berada atas katil yang aku sedang baring waktu tu. Tapi doktor tu dalam keadaan bertinggung. Doktor tu letak satu bantal di bawah punggung aku supaya baby tak turun ke bawah. Aku dah rasa macam dalam drama TV3 yang pesakit kena dibedah siasat. Satu persatu lampu hospital aku lewati. Pehh, sebijik macam dalam drama.
Dalam masa 2 minit je, tiba- tiba aku sampai dalam operation theater. Aku rasa mamai sangat. Tapi aku masih ingat apa yang berlaku dan apa yang aku nampak. Mana tak mamainya. Setiap kali sakit je, aku akan sedut gas berulangkali. Memang mengantuk la jawabnyaaa.... Dalam bilik bedah tu sejuk sangat. Ramai doktor dan nurse dalam bilik bedah tu bersedia untuk berkhidmat. Tinggal tunggu pesakit datang masuk je.
Aku beralih katil. Macam-macam benda mereka pasang kat badan aku. Last sekali, aku disuruh bukak mulut..... dannnn........ aku lenyap! Langsung aku dimatikan seluruh badan. Masa tu aku redha je. Mati ke hidup lepas tu, aku tawakal pada Allah. Memang takut sebab banyak lagi amalan tak sempat aku buat.
2.45 PM
"Puan Ezma... Bangun puan... Bangun... Bukak mata.....". Aku bukak je mata, terus aku tercungap-cungap mencari nyawa. Macam orang menangis teresak-esak mencari udara untuk disedut. Aku rasa macam kena kurung dalam plastik beg sampai aku bagai nak gila mencari udara. Badan aku menggigil kesejukan mencari haba. Dekat 10 minit jugak aku tercungap-cungap. Penat jugak ibarat udara tu macam dah habis semua orang guna untuk sedut. T_T Aku fikir kalau aku tak teruskan bernafas, mungkin nyawa aku berakhir sampai situ saja.
Sambil tercungap-cungap, dengan suara yang sangat serak, terketar-ketar tangan kesejukan untuk memanggil nurse. Aku cakap aku kesejukan yang amat. Terus dia bagi satu vacuum panas. Entah! Aku tak tahu apa benda tu. Tapi macam hos vacuum yang mengeluarkan angin panas. Dia suruh aku pegang dan hala pada badan aku. Aku rasa macam tak cukup! Nak mintak satu lagi vacuum untuk hala pada kaki tapi tak tercakap pulak aku masa tu. Masa tu lah aku nampak perut aku dah kempis. Takde lagi baby dalam perut. Tapi aku tertanya mana baby aku? Takde pon kat sebelah aku.
Nafas aku semakin stabil. Tapi seluruh badan aku masih lagi menggigil kesejukan. Aku nampak nurse-nurse tengah uruskan prosedur untuk aku keluar dari bilik bedah. Sedikit demi sedikit aku dah tak shaking lagi. Masa nurse tolak katil aku keluar, aku tanya dia. "Where's my baby? Is it boy or girl? Everything's fine right?". Nurse tu jawab, "Kami tak pasti puan. Sebab baby puan masuk NICU. Nanti sampai kat wad, puan boleh mintak husband pergi NICU untuk tengok baby ok?". Aku mula risau. Hidup ke mati ke anak aku macam takde jawapan yang pasti.
Saat nak keluar dari bilik bedah, aku nampak Faiz, Emak dan Angah di sebalik pintu kaca. Mereka tertinjau-tinjau aku dari luar. Aku cuba angkat tangan pada mereka tanda aku OK dan masih hidup. Lama jugak aku disebalik pintu kaca tu. Kesian keluarga aku. Mesti mereka risau. Masa untuk aku ditolak ke wad. Faiz, Emak dan Angah mengiringi aku. Sampai di wad, seorang demi seorang cium dahi aku. Masa tu aku rasa nak menangis. Tapi ubat bius masih ada di badan membuat aku jadi mamai dan separa sedar.
Aku tidak dibenarkan bangun dan makan apa-apa dalam tempoh 6 jam. Dikhuatiri aku akan jatuh atau muntah. Sepanjang 6 jam, aku berehat dan keluarga aku pulang semula ke rumah sebab waktu melawat dah habis. Sebelum mereka balik, aku mintak Faiz tengok baby kat NICU. Sekembalinya Faiz ke katil aku, dia bawak gambar baby dalam handphone. "Abang dah azankan baby kita. Tapi Abang tak berani nak dukung dia sebab dia pakai oksigen. Abang cuma tunduk dan azankan kat telinga dia je Sayang," Menitik air mata bila tengok gambar baby.
Nasib baik kesan forsep dah hilang malam tu.
PUNCA?
Apa sebabnya tali pusat baby aku tiba-tiba berada di bawah? Ini kerana air ketuban aku terlampau banyak. Bila air ketuban dipecahkan, bayi akan turun ke tulang pelvik sedikit demi sedikit. Akan tetapi, sewaktu bayi turun, tali pusatnya turut mengikut dan turun dahulu daripada kepala bayi. Adalah tersangat bahaya jika tali pusat berada di bawah. Dikhuatiri bayi lemas dan ketiadaan oksigen. Boleh menyebabkan kematian. Sebab itulah aku sangat bersyukur kerana aku dan bayi selamat.
SYUKUR ALHAMDULILLAH aku panjatkan setinggi-tinggi kepada Allah. Aku selamat. Baby pon selamat. Baby dimasukkan ke NICU takdelah kritikal macam kena duduk dalam incubator ke. Doktor harus monitor keadaan dia sebab nafasnya laju dan masih dibawah ubat antibiotik. Pehhh, nangis meleleh-leleh air mata aku sebagai ibu dia setiap kali kena masuk antibiotik. Dia punya menjerit, Allah je yang tahu. Aku pon sakit kalau antibiotik masuk dalam badan. Urat tu macam di tarik-tarik bila kena masuk antibiotik. Siapa yang pernah rasa mesti tahu macam mana keadaannya. Dan aku bersyukur yang amat kerana hasil penjelasan doktor yang operate aku hari tu datang beritahu bahawa peluang pembedahan aku hanyalah 50-50. Samada salah seorang akan pergi atau kedua-duanya sekali. Allah masih beri aku peluang untuk terus beribadah dan bertaubat..... ='(
QAISH QAYZER BIN AHMAD FAIZ MUSTAQIM
Aku namakan baby QQ sebagai Qaish Qayzer bin Ahmad Faiz Mustaqim. Puas aku cari dalam internet dan buku-buku agama nama yang cantik dan maksud yang bagus. Qaish bermaksud firm(tegas) dan Qayzer (Kaiser) bermaksud Raja. Dengan berat 3.62kg, baby aku dibenarkan discaj pada hari ke 4. Syukur Alhamdulillah......
Kini tanggungjawab aku sebagai ibu bermulaaaaa........................ Semoga Allah berikan kekuatan kepada aku untuk pikul tanggungjawab ni... Aminnnn...........
Kami cukur rambutnya pada hari ke 7 di majlis Aqiqah dan Doa Selamat baby Qayzer
p/s : 2 hari aku taip entri ni. kejap-kejap Qayzer nak susu.
Assalamualaikum ezma, nangis sheila baca entri ni. Allahuakbar. Alhamdullilah Allah panjangkan umur awak dan baby QQ.. syukur.. tak sabar rasanya nak lahirkan zuriat ni, tapi takut T___________T"
ReplyDeletesinggah menabung downy sini~~~
wohaaa...tersentuh...begitu hebat pengorbanan seorang ibu.....anyway tahniah sis dan alhamdulillah semuanya selamat....nak call makkkk...tetiba rindu kat mak...
ReplyDeleteTahniah Ezma..
ReplyDelete:)
Alhamdulillah....selamat semuanya...
ReplyDeletepart doc dok btenggek atas katil tu sambil kena tolak p OT tu mmg mcm crita omputeh ER ja...huhuhu
allahuakbar. hanya Allah penyelamat awak dan baby sayang. syukur alhamdulilah. sebak akak baca. moga jadi ibu yang solehah. dan Qayzer jadi anak soleh yg berjaya dunia akhirat amin
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah semuanya selamat/ Terharu baca nie .
ReplyDeletemenangis sy baca entry akk
ReplyDeletetahniah kak..
assalamualaikum ezma...allahuakbar...sedihnya baca entry ni...semoga ezma dan QQ dipanjangkan umur...amin....take care...tahniah tau....
ReplyDeletehai kak Ezma! ya Allah berdebar sgt aih bace story akk ni. slalu lynn denga je doktor ajar obstetric emergency yg pasal cord prolapse. ni pengalaman real dr patient sndiri. bedebar jeeee *phewww* alhamdulillah akak and baby selamat. slmt menjalani life as ibu kak Ezma!!
ReplyDeleteEzma,naghis ila baca entri ezma..sungguh terkesan baca sebab kita sndiri pernah alami suasana melahirkan walaupun ila tak berpeluang utk jaga baby. Subnallah kuasa Tuhan, tahniah kerana berjaya hadapi saat2 getir tu..banyak pahala ezma,campur pahala susukan baby,jaga,semuanya dijanjikan pahala.Alhamdulillah
ReplyDeletewalau da beranak 3, tetap rasa ngeri baca pengalaman bersalin orang lain.syukur ezma n bb QQ kuat..
ReplyDeletenangissss T_T
ReplyDeleteTAHNIAH EZMA ;)
rasa nak nanges baca.. takut lak nak bersalin nanti.. btw tahniah.. bambamnye baby QQ.. semoga ibu dan baby sihat sentiasa :)
ReplyDeletetakut bila baca pengalaman orang... terharu pun ada...besarnye pengorbanan ibu tu kan...Alhamdulillah semua selamat.....semoga baby QQ sihat
ReplyDeletebergenang air mata baca pengalaman ezma ni..huhu..
ReplyDeletealhamdulillah baby dan ibu selamat..kuasa Allah..semoga ezma dan baby sentiasa sehat dan dalam lindungan Allah..
giliran kak sha pulak nanti..lagi berapa minggu je lagi..wuu..takot..semoga Allah permudahkan..doakan kak sha eh..
tahniah kak... seram kita baca pengalaman akak.. akak memang hebat :")
ReplyDeleteTahniah! Selamat datang ke dunia ibu yang penuh cabaran. Anak yang lain esok, lain pula ceritanya. Syukur kerana dianugerahkan pangkat yang tertinggi dalam hidup seorang wanita. tidak semua wanita Allah kurniakan nikmat ini
ReplyDeletesllu jd silent reader tp entry kali ni kena komen jugak
ReplyDeletesedih nya baca cerita akak. besar nya pengorbanan sorg ibu.
nway tahniah dh jd ibu. kirim cium dkt baby yee .. ;)
tahniah ezma. tiba2 rasa nak menitik air mata bila baca part baby dan mamanya dah selamat. seram sejuk pun ada jugak. nak2 mengingatkan bulan 9 ni saya akan bersalin. in sha allah.
ReplyDeleteselamat berpantang ye.
Menitis air mata sambil baca entry ni. Sakit terasa kat diri ni, belum lagi yg menghadapinya kan. Apa pun, tahniah kak telah bergelar seorang ibu. Besar pengorbanan seorang ibu, insyaallah besar juga ganjarannya di akhirat kelak. Amin
ReplyDeletecongrats ezma. welcome to motherhood - full with happiness and sleepless nights. :) selamat menjalani kehidupan baru.
ReplyDeletesiyes seram jer bace pngalamna akak. sy pun pernah alami keadaan masa dlam ot tapi bkn sakit nk bersalin lar. sejuk takut nangis semua tu pnglmn buruk bila dkt ot
ReplyDeletealhamdulllah semuanya selamat..
ReplyDeletetahniah sis diberi peluang jadi ibu..
selmat berpantng ye
wahhh..takotnyee.ecah sekarang 33weeks..risau jugak..harap2 semuanya ok..
ReplyDelete**ecah follow awak^^
http://ecahkhalili.blogspot.com/2014/06/persediaan-untuk-bakal-baby-buds-beo.html
saya pon pernah mengalami pengalaman bersalin secara czer(anak sulung ).. bezanya, saya dah lerlebih hari, kena bersalin paksa..masuk ubat, dan guna tiub getah.. bila dah 8cm..baby dah luquor..terus tolak g b.bedah..esoknya , baru boleh jumpa baby..dan sebelum sakit2 tu, saya p perabiskan air selusuh akar fatimah... 2hari b4 kena induce..doktor dah pesan jgn minum air selusuh if tak da rasa sakit..huwaaaaa, tapi dah berlalu..saya dah minum habis 1 botol besar... end up, sedih yg teramat coz tak dapat normal.. walaupun gitu..tetap bersyukur anak dan saya selamat..Alhamdulillah... next pregnant..jadikan pengajaran .. :)
ReplyDeletesaya pon pernah mengalaminya ..bersalin secara czer.. b4 that, kena induce coz dah terlebih hari.. masuh ubat, masuk tiub getah..bila bukaan dah 8cm..baby dah liquor..terus tolak ke b.bedah.. esoknya baru jumpa baby..b4 induce dah mula rasa surge 2 in 10 tapi tak strong.. terus decide induce.. ada doktor siap pesan lagik jangan minum air selusuh if tiada rasa sakit.. tapi, saya dah perabis air selusuh akar fatimah 1 botol..huhuuuu... next pregnant, jadikanlah pengajaran..heheee..Alhamdulillah, anak dan saya selamat..
ReplyDelete