~you are my bestest buddies~

A day in Legoland

Assalamualaikum and Good day everyone. 

Berbulan lamanya aku membiarkan blog bersawang tanpa sebarang update. Maklum saja, aku busy nak matik dengan kerja. Cehss!! Padahal sempat je, cuma aku MALAS! Hahaha :D  Elehhh, pegi merayap sampai ke Legoland sempat pulak kan? =,="

Di depan pintu masuk wajid ada gambar

Okay, last week aku dan family ke Legoland, Nusajaya, Johor. Pagi-pagi buta bergerak dari KL ke JB dengan Emak, Angah, Ezam, Incik Faiz, Kak Zura, Susie and 3 orang lagi kawan Ezam. Tiga bijik kereta bergolek-golek ke JB. Sampai Legoland dalam jam 8 pagi. Masa tu orang dah mula beratur tunggu kaunter tiket bukak. Kitorang dah beli tiket awal-awal di Matta Fair. Harganya murah sikit dari harga di kaunter. Entah berapa ringgit murahnya aku pon tak tahu. Bukan aku yang membelinya. Kehkehkeh!


admission pass

Sampai-sampai je depan pintu masuk Legoland, kitorang kene tahan sebab bawak masuk Mee Goreng. Dah la Emak dengan semangatnya masak malam tu untuk bawak bekal dalam Legoland. Actually aku tahu memang tak boleh bawak masuk makanan dalam Legoland ni. Tapi aku mula-mula malas nak percaya sebab aritu masa aku pergi Universal Studios Singapore pon diorang kata tak boleh bawak air dan makanan. So, kitorang pon takdelah bawak. Bila sampai sana, tengok-tengok ramai je manusia bawak. At the end, aku rasa menyesal dan tertipu dengan penulisan blog-blog lain. So, bila kat Legoland ni kitorang memberanikan diri la bawak makanan dari luar. But then, kene tahan pulak. Spoil mood pepagi buta. Hehhh!!



Tapi takpe! Nasib baik dalam beg penuh dengan chips more and roti. At least jimat duit belanja daripada kene bayar makanan yang mahal-mahal. Aku pon tak minat nak spent duit dengan harga sebotol air mineral yang RM1 jadi RM8 bila masuk Legoland. Kot iye pon kau kaya bebenoh, beragaklah sikit ye tak? Tapi kalau memang kaya sangat-sangat, boleh la beli makanan kat dalam sana. Tiada halangan pon. Hehehe :D



Mari kita mulakan misi penjelajahan di Legoland. Tempat ni agak luas dan aku kagum dengan kehebatan jurutera mereka yang mereka-cipta idea dan pembangunan di sana. Pelbagai replika bangunan dan pengangkutan awam boleh didapati di sana. Cuba bayangkan replika bas dan kereta yang sentiasa bergerak mengikut landasan atas jalan raya tersebut tanpa berlanggar antara satu sama lain. Susah nak explain kat sini. Everything is engineering. Wahh, bangga kau sekejap!


Pada aku, permainan dalam Legoland ni suam-suam kuku laaa. Tapi kebanyakannya permainan di sini lebih kepada kanak-kanak riang bersama keluarga tersayang. Untuk aku yang dah besar panjang ni, mungkin akan main permainan jenis roller coaster lah sesuai kot. Aku tak berapa nak hafal nama-nama game yang ada kat sana. Tapi kalau aku sebut roller coaster tu roller coaster jugak la korang kene bayangkan. Jangan pi bayangkan Ferries Wheel pulak ye. Hahaha :D Antara game yang aku join, roller coaster, 4D Legoland, keretapi yang panjang-panjang tengok sekeliling Legoland tu, game yang mcm Menara Taming Sari pon ada, gondola yang jatuh dalam air, game pusing-pusing dalam air. Ahhh, aku rasa buduh sebentar bila tak tahu nama game ni. Main tibai je nama game. Harap korang buat-buat faham saja la ye?


Haa.. gambar ini sewaktu aku sedang beratur untuk masuk dalam dewan 4D Legoland. Beratur agak lama TAPI sekali masuk dalam berpuluh-puluh orang jugak.Yang paling bengang tu, masa kitorang dah masuk dalam dewan, iklan penaja untuk cerita ni iaitu Canon dia ulang iklan yang sama banyak-banyak kali. So, semua orang dah pelik dah masa tu. Lepas tu satu dewan gelap lama gila. Kot la gimik ke hape. Dalam 5 minit lepas tu terang benderang satu dewan. Then ade sorang lelaki keluar cakap "We are so sorry due to technical problem and please leave this hall". Ape lagi, semua orang mengamuk la. Ada jugak yang keluar dewan dengan muka hampa. Ada jugak yang berdegil tak keluar-keluar macam kitorang. Yang mat-mat saleh masing-masing siap datang ke depan tunjuk protes kononnya depa datang dari jauh, penat-penat beratur but then di arahkan keluar begitu saja?"

As usual, kitorang memang gila. Diarahkan keluar, kitorang ikot. Tapi di pintu keluar, kitorang buat bantahan la sebab kitorang masih nampak orang lain masih beratur panjang untuk masuk dalam dewan 4D Legoland ni. Agak tidak berpuas hati laa.. At least mereka kene la letak sign board yang mengatakan sistem rosak ke, hape ke. So, disebabkan itu, kitorang satu family protes dengan menunggu di pintu keluar. Pintu keluar tu should be automatic tutup, tetapi kitorang tahan supaya jangan tutup. Kitorang panggil technician tu then complaint la sebab penat-penat beratur tapi kene keluar bodoh-bodoh gitu je. Tak sampai 10 minit, orang technician tu panggil kitorang masuk ikot pintu belakang. Katanya sistem dah dibaiki. Wah, masa tu aku rasa eksklusif TAPI aku rasa kesian pulak dengan orang yang masuk sama-sama dengan aku tapi dah blah awal-awal bila disuruh blah tadi. Hmm... Tu laaa..lain kali tunggu saje laa... TAPI salah pihak Legoland jugak. At least, kalau taknak nampak kantoi sangat, just beritahu saja suruh tunggu sekejap dalam dewan sementara sistem sedang dibaiki. Heyyy, we all boleh tunggu laaaaa!! Rather than we have to queue up again for a longggg time. So now, jom masuk dari pintu belakanggggg!!!

Seperti yang dijangkakan, kerusi dalam dewan tu takdelah boleh bergerak-gerak macam USS. Cuma spec 4D bila dah pakai memang okay and tidak memeningkan kepala. Selalunya bila aku pakai spec 4D ni boleh buat kepala aku pening sebab 4D pada skrin tak berapa nak cun. Tapi yang Legoland ni kira okay la. Apa yang akan jadi realnya masa watak-watak Lego dalam cerita ni buat senjata ais, tiba-tiba salji tiruan pon turun. Tapi takdelah sampai basah baju uolls. Memang real la. Yang aku hairan, anak-anak mat saleh depan kitorang pulak yang over. Eh, bukan tempat korang ada jugak ke snow-snow ni? Hahaha :D 



Lihatlah.. Punyalah ramai manusia di sana. Tapi aku masih berpuas hati sebab belum lagi aku kene beratur sampai berjam-jam untuk main satu permainan. Kalau USS, aku beratur lama gila untuk satu-satu game. TAPI, confirm game tu best gila. Cuma penat beratur panjang saje lahhh! Eh, tercerita pasal USS pulak. Maklum saje, aku tetap nak kata USS lagi best dari Legoland ni. Fullstop!



Haa.. ni la keretapi panjang-panjang yang akan berjalan mengelilingi Legoland ni. Bila dah naik benda alah ni baru kitorang tahu game mane yang belum cuba lagi dan pintu masuk untuk beratur. Selalunya nampak game dari jauh tapi tak tahu mane arah pintu masuknya. Hahaha :D Thanks to you long train.




Ni pulak game yang aku kata pusing-pusing dalam air tu. Game ni agak sengal sikit. Ape motif entah. Tapi best sebab laju gila bila dia berpusing. Kene pandai pusing handle jugak la. Kalau tak, melekat je gondola ampa. Tapi bila dia dah lajuuuu, memang syokkk!! Boleh pening kepala muntah-muntah kalau perut kosong. Haaaa.... :D



replika jejantas cinonet


namaste! salammmm tajmahalll.....


bagi makan burung kejapppp



Kitorang tinggal di rumah tetamu UTM. Thanks to @mat_jepa kerana membantu aku mencari dan mendaftarkan kami di sini. Harganya lebih murah jika uolls adalah warga UTM. Satu malam RM130. Okay laaa... Kitorang cuma nak tumpang tidur aje. Bukan nak melepak dalam hotel. Haha :D Bilik yang selesa dan bersih. And that one was my first time masuk dalam kampus UTM. Fuhh, besar sungguh. Oppsss, terpuji universiti orang lain pulakkkk :P


so, bye-bye from us. tengah pikir nak ke mana pulak lagi lepas ni..


Komen aku untuk Legoland:

1#  Harga tiket terlalu mahal sampai RM140. Hey, ini dalam Malaysia saje la. Kot iye pon nak buat standard international janganlah mencekik darah sangat. Mungkin after next 10 years, baru harga tiket jatuh kot. 
2#  Dengan harga tiket yang agak mahal tu, seeoloknya perbanyakkan infrastruktur dan lebihkan permainan untuk orang dewasa juga. Ni tidak, permainan untuk kanak-kanak je lebih. 
3# Boleh tak jangan letak harga semua benda mahal gila sampai aku rasa tak logik langsung. Takkan lah payung pon sampai RM70? Ada emas ke keliling payung tu? 


Tips untuk ke Legoland:

Segala tips yang aku tulis entry di USS ni memang boleh digunakan sangat-sangat.
Sila refer DI SINI.
1# As usual, memang kene spent duit la. Melainkan uolls memang datang dari Johor ni kan. Memang boleh datang hari-hari la. Hahaha :D 
2#  Lebih baik bawak sendiri makanan ringan macam keropok, sandwiches, chips more ke, everything yang tak berat macam Mee Goreng yang Emak aku buat. Kang tak pasal uolls menderma sebiji tupperware di Legoland. 
3#  Bawak bekalan air mineral yang cukup untuk keperluan diri sendiri. Nak senang, bawak botol yang pakai tali tu. Senang nak sangkut kat bahu. Takpon, letak je dalam beg sandang.
4#  Bawa payung lipat dan baju hujan. Why? Payung lipat gunanya bila hujan turun senang uolls dah ada payung sendiri yang siap sedia tersimpan dalam beg. Baju hujan gunanya bila uolls nak naik satu permainan yang bila gondola uolls terjun menjunam tu memang jatuh dalam air dan konfom-konfom basah. So, bawak baju hujan. But mostly dorang kat sini tak pakai baju hujan yang uolls pakai masa bawak motor tu, TAPI plastik transparent nipis sebagai pengganti baju hujan. Alaaa.. Aku tak tahu terma ape aku nak gunakan bagi uolls paham laaa! =,="
5#  To all Muslimah, bawa telekung sendiri. Surau memang disediakan dan sangat selesa but then aku tak nampak lagi rak untuk telekung. Jadi, untuk elakkan orang pinjam meminjam, silalah bawa telekung sendiri. 



Last word, aku berbangga menjadi warga Malaysia kerana dalam banyak-banyak negara di Asia ni, Malaysia jugak dipilih untuk terbinanya Legoland. Sekurang-kurangnya dapat memajukan ekonomi penduduk tempatan apabila ramai pengunjung datang berkunjung ke sini. Cumaaaaaa...... cumaaaaaa....... Janganlah mahal sampai cekik darah weiiii.... Melampau nohhh harga-harga korang nih! >,<"


Guys, please don't demand while seeking jobs.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


Dah lebih seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah... Dan sejak masuk dalam bulan Ramadhan ini juga aku dikurniakan rezeki dari Allah yang amat-amat aku tunggu sejak dari dulu lagi. Pertama, aku sudah pun bekerja walaupun belum bergraduasi. Dan yang kedua adalah keputusan peperiksaan semester akhir aku yang agak memuaskan. Eh, tapi bukan lah 4 flat! :P


"Belum grad lagi, cepatnya si Ezma ni dapat kerja!"


Haihhh, janganlah cakap macam tu yee... Syukur sangat-sangat impian aku untuk bekerja dengan syarikat telco yang terbesar di Malaysia iaitu Celcom berjaya tercapai. Dulu masa latihan industri, aku ada mintak nak training di Celcom, tapi tidak berjaya. Sebaliknya aku cuma dapat buat praktikal di bangunan belakang Menara Celcom iaitu TM Training College. Dan, kali ini aku dapat jugak!




Buat fresh graduate yang masih lagi belum mendapat pekerjaan, aku nasihatkan agar anda jangan terlalu demand.

"Penat-penat aku amik degree, takkan kerja macam ni?"

Guys! Trust me! Jangan terlalu memilih dalam soal mencari kerjaya ni. Biar pun anda adalah pelajar lepasan ijazah sekali pon jika tiada pengalaman bekerja adalah mustahil untuk anda dapat seperti gaji yang anda mahukan. Ada banyak contoh penganggur di luar sana yang masih tidak mendapat pekerjaan hanya kerana mereka terlalu memilih. Zaman sekarang ni adalah mustahil untuk anda dapat apa yang anda inginkan sekiranya tidak bermula dari bawah.


Ada banyak agensi pengiklanan di internet seperti Jobstreet, JobsMalaysia, Mudah.my dan sebagainya yang menawarkan pelbagai peluang kerjaya di luar sana. Hantarkan resume terbaik anda agar syarikat pengiklanan dapat menyesuaikan kerjaya terbaik untuk anda. ATAU paling terbaik, mungkin anda boleh hantar sendiri resume anda ke syarikat-syarikat yang ada. Mana tahu rezeki anda pada hari itu memang ada terpampang iklan "Walk-In interview". Haaaa!!



Memang tak dinafikan soal gaji mesti menjadi persoalan untuk mereka yang terlalu memilih ni. Tapi percayalah, soal gaji kadang-kadang bersifat sementara. Jika anda rajin dan menunjukkan prestasi kerjaya yang bagus syarikat akan menyerap masuk terus anda ke bahagian yang lain dan akan ditawarkan gaji yang lebih lumayan. Apa yang penting adalah kesabaran anda untuk berada di peringkat bawah.

Entah kenapa sewaktu aku di-interview untuk bekerja dengan Celcom, aku teringat kata-kata salah seorang interviewer ni. Tapi cukuplah aku buat sebagai kesimpulan di bawah :

"Pihak Celcom tidak pernah buat open interview untuk orang luar kerana kos untuk training orang luar lebih mahal daripada kami mengambil orang dalam Celcom ini sendiri. Jadi, jika awak ingin menaiktaraf status anda, teruskan performance anda. Dan tahniah kerana awak tidak demand dalam memilih pekerjaan."

So, dari situ aku boleh berfikir.. Dari mana nak datangnya pengalaman bekerja kalau kita tidak bermula dari bawah? Jadi sahaja kuli terlebih dahulu untuk menikmati kehidupan lebih baik masa akan datang. TAPI, lainlah kalau CGPA anda 4.0 flat so anda di mohon untuk demand. HAHAHA!!! Faham maksud aku di situ?



p/s: duduk rumah lama-lama buat apa?
orang Nisemilan kato "Buek menghabehkan boreh jo"


Thanks for reading this. Best of luck kawan-kawan.


Aku bukan Artis!

Assalamualaikum and Hello Readers.


Entri kali ini lebih bernada serius. Sudah lama aku ingin taip entri seperti ini tetapi aku selalu fikirkan keburukan aku masa akan datang. Tetapi sampai bila aku hendak berdiam diri dan membiarkan orang-orang seperti aku kelihatan dianiaya. Aku hanya ingin berkongsi rasa sedih dan kecewa dalam hati ini yang tiada sesiapa pon yang tahu. Populariti ini ada banyak baik buruknya. Tetapi orang lain suka salah sangka.


Pernah tak orang lain memanggil anda dengan panggilan "artis", "retis" atau sehubungan dengannya? Aku tidak terkecuali. Anda bangga dan suka ke dengan panggilan tu? Adik-adik yang baru nak up mungkin akan gembira dan kembang hidung jika dipanggil sebegitu rupa. Tetapi bukan aku. Entah kenapa aku rasa panggilan itu lebih bernada sinis daripada keikhlasan dalam hati.


Correct me if I am wrong. Setahu aku artis ni merupakan insan seni yang muncul di kaca TV dan sering kedengaran di corong-corong radio. Hakikatnya tidak pernah pulak mana-mana TV pelawa aku untuk datang ke stesen TV atau radio mereka. Aku cuma blogger dan manusia biasa. Tetapi kenapa aku sering mendapat gelaran "artis" ni? Aku tak kata semua orang panggil aku begitu, tetapi segelintir manusia yang tidak faham akan erti "artis" itu sendiri.


RETIS BLOGGER! Apa "retis blogger"? Sejak bila wujud terma ni dalam dunia blogger? Ohhh!! Adakah disebabkan dunia seni ada artis, jadi dunia blogger pon kena ada artis? Mungkin mereka yang berjaya di panggil "retis blogger"? Apakah sudah tidak ada terma lain yang boleh digunakan untuk memanggil golongan seperti ini? Banyak soalan, tapi takda jawapan.


Sejak bila aku menjadi "retis blogger"? Ada nampak blog aku masuk mana-mana majalah? Ada nampak followers aku berpuluh-puluh ribu? Empat tahun aku berblogging, aku tidak pernah memujuk rayu blogger lain untuk follow blog aku. Takkan hanya sebab kita berkawan dengan mereka yang ada nama, kita pon dapat tempiasnya? Takkan sebab aku selalu mendapat berpuluh-puluh likes di Facebook, aku dah di panggil "artis"? Aku tekankan di sini, BERPULUH-PULUH likes! Bukan BERATUS-RATUS likes! Kenapa cetek sangat fikiran manusia zaman sekarang yang sewenang-wenangnya memanggil orang sebagai "retis". Pada pendapat aku, "retis" yang dimaksudkan ibarat mereka yang popular dan kini ingin demand dan kekwat atau sombong dengan title mereka. Kali ini aku pula akui kerana fikiran aku pula yang kolot. Asal jadi artis je mesti sombong. Ye tak? Tapi semua orang ke macam tu?



"Kau dah lain la Ezma. Wedding saudara/member pon tak pergi. Gathering pon tak pergi. Orang buat reunion pon tak pergi. Mentang-mentang dah jadi retis sekarang."

Yaaa...korang fikir aku kaya-raya boleh terbang ke sana ke mari dalam sekelip mata hanya untuk memenuhi hasrat hati orang lain. Aku masih ada tanggungjawab lain untuk aku tunaikan sebagai seorang pelajar di Perlis. Kini aku tidak lagi bergelar mahasiswa dan InsyaALLAH kalau korang buat apa-apa event insyaALLAH aku berusaha untuk hadirkan diri.


"Laaa... dah kata retis kan? Takkan tak kaya-raya?"

Aku dah kata aku bukan artis. Celah mana aku nak dapat duit? Dengan PTPTN pon aku masih berhutang. Denga Emak Ayah pon aku masih meminta. Tolonglahhh... Jangan panggil aku macam ni. Aku rasa orang lain pon tak suka dengan panggilan ni.



"Mentang-mentang dah jadi retis. Dah ada nama!
Suka-suka kau nak marah eh?"


Apakah aku tidak boleh ada rasa marah? Sedih? gembira? Hey, aku belum gila lagi nak marah orang suka-suka hati. Kalau orang dah buat salah, aku tegur pon tak jalan, takkan aku masih nak senyum lebar? Aku ni manusia biasa la. Aku bukan malaikat yang hakikatnya sungguh sempurna ciptaan Tuhan. Aku tetap ada perasaan gembira, sedih, marah, menangis dan sebagainya. Takkan aku hendak berpura-pura senyum atas setiap kesedihan yang berlaku. Dulu aku pernah ada kawan yang menelek setiap inci muka aku yang mengatakan aku berbangga dengan apa yang aku ada sekarang. Katanya wajah aku yang dahulu tidak sama dengan sekarang yang membuktikan aku tersangat-sangat bangga dengan apa yang aku miliki hari ini. Kalaulah kau tahu apa isi hati aku, pasti kau akan tarik balik kata-katamu.


"Orang yang berlagak retisss je yang selalu privatekan wall atau
offline chat Facebook ni"


See! Status ini aku pernah nampak di home Facebook aku. Dulu aku pernah privatekan wall sebab setiap aku approve orang, mesti orang tu akan promote barang yang mereka jual. Aku faham mereka ini jenis berniaga. Aku tak marah. Tapi dah kalau semua orang buat macam tu di wall Facebook aku, sehinggakan post aku sendiri jatuh ke bawah. Apa guna medan Facebook aku? Susah nak cakap dengan orang-orang yang tidak tahu hormat hak orang lain ni. Selain itu, aku privatekan wall sometimes kerana aku tidak mahu lagha kerana masa tu aku ingin fokus study untuk exam. Macamlah 24jam orang nak "SiPolan binti SiPilun posted on your wall" right? Memang bunyi tu bajet retis la kan? Tak kesah la. Orang lain faham apa aku sampaikan. Faham tak yang aku nak elakkan lagha. Online memanjang lama-lama di Facebook. Nak pulak kene melayan chat lelaki-lelaki yang tiba-tiba "hye" di chat Facebook. Bila aku membalas dikatanya, "Fuiyoooo... Retis online dan reply chat aku!!!". Bila aku mendiamkan diri, selang beberapa minit, "Jadi retis dah sekarang kan... Manalah nak reply chat kita". Kau faham sometimes aku rasa nak hempuk kepala sorang-sorang ke dinding.


"Ezma, kau kan femes! Retisss!! Meh la join aku program ini. Mesti ramai followers kau!"
"Tolong aku promote benda ni. Bla...Blaaa...Blaaaa"

Yang ini memang ramai. Tersangat-sangat ramaiiiiiiii tak terkata. Aku tak kesah dah kalau ada yang nak terasa jika membaca tentang ini. Ya ALLAH. Aku bersyukur atas kurniaanMu jika inilah yang Kau berikan. Hey, I have no problem la dengan segala jenis promosi sedangkan aku sendiri pon suka mempromote sesuatu. Tetapi dah kalau semua orang mintak tolong aku promote itu ini sampai aku tak terjawab untuk memberikan bantuan. Walau dengan kawan-kawan sendiri, aku perlu bersikap adil. Disebabkan aku tidak dapat membantu kawan-kawan aku untuk mempromosikan sesuatu, jadi untuk anda juga aku tidak dapat lakukan. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata @syamsidflymoo bahawasanya aku boleh buat duit dengan setiap promosi itu. Ada betulnya kata-kata dia ni. Dalam marketing pon mesti ada turun naik harga. Haih, tapi percayalah. Kalau aku jenis demand dan mata duitan dan mintak bayaran atas setiap yang aku promosikan, bukankah semakin ramai yang kata aku ni macam RETISSSSSS nanti?



Hakikatnya banyak lagi insiden dan perkara yang berlaku ke atas aku. Somestimes aku rasa seperti dipergunakan. Entahlah, mereka yang mengalami situasi yang sama seperti aku pasti akan turut merasakannya. Aku bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH berikan jika populariti ini adalah satu kurniaanNya. Tetapi aku ingin gunakan sebaiknya menurut syariat Islam. Setidak-tidaknya jika benar, aku boleh menjadi ikon yang terbaik untuk golongan remaja seperti aku berlandaskan Islam. Apa salahnya. Tetapi aku mohon dan aku berlutut depan anda semua. Janganlah panggil aku "ARTIS" atau "RETIS" lagi. Makan hati aku dibuatnya.


Usah memuji tinggi melangit kerana takut riak dan sombong menyelubungi diri.


Thanks for reading this. Aku memohon seribu kemaafan jika ada yang tersinggung mahupun terasa.