~you are my bestest buddies~

Walimatulurus : Ezam & Susie

Assalamualaikum and Hello Readers.

Syukur Alhamdulillah, tanggal 11 December 2012, adik lelaki aku, Ezam selamat di ijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Susie. 

Tok Kadi : Ezam bin Embok Zrik!
Ezam : Yaaa! (kuat dan jelas kedengaran)
Tok Kadi : Aku nikahkan akan dikau dengan Susilanensi binti Sije dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.
Ezam : Aku terima nikah Susilanensi binti Sije dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.
Tok Kadi : Sah?? (sambil pandang kiri kanan melihat saksi)
Saksi : Sah!!!

Alhamdulillahhhhh.................


Masa tu baik aku, Emak, dan Angah semuanya mengalirkan air mata. Entah kenapa, adik bongsu kesayangan keluarga kini sah bergelar suami orang. Macam tak percaya. Mahunya tidak. Aku rasa macam dia belum cukup dewasa untuk memikul tanggungjawab itu. Tekaan aku silap. Ezam berusia 22 tahun. Pada aku dia lebih bijak memilih jalan yang mana yang terbaik buatnya.


Usah di tanya kakaknya bila lagi. Aku akan jawab lain tahun nanti. Hahaha :D Adik aku dah lama bekerja. Jadi, dah tentu dia mempunyai pendapatan sendiri yang cukup untuk mengadakan majlis perkahwinan. Tidak sama kes nya dengan aku. Baru beberapa bulan bekerja. Manakan cukup nak kahwin. Takpe, orang kata kalau kita nak mendirikan masjid, pasti ada rezeki yang Allah beri. InsyaALLAH. Aminnnnn........


acara membatalkan air sembahyang



mini pelamin pon adik ipar aku buat sendiri. good job adik ipar! hehehe


terima kasih Encik Faiz sudi datang :)

kecik-kecik dulu, 3 orang berderet-deret jalan sama-sama. berebut mainan sama-sama. 
dari kiri : Ershad Embok Zrik, Ezmaliza Embok Zrik, Ezam Embok Zrik


Maka, pada 15 December 2012 berlangsunglah majlis persandingan Ezam dan Susie di rumah pengantin perempuan di Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Kami sekeluarga sepakat mengenakan tema warna merah untuk majlis kali ini. Beberapa bulan sebelum majlis, Emak sibuk mencari baju melayu merah dan kain untuk dibuat baju kurung. Luckily my mom was a best tailor!

saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang turut sama menghantar pengantin lelaki

adik aku tinggi macam galah. sama macam Along aku. makan coco crunch agaknya dorang ni.

theme: gold green

giliran Emak menepung tawar pengantin


Now my turn. aku main campak-campak je bunga rampai tu kat pengantin. Dalam hati nak campak kuat-kuat. Tapi adik aku bisik, "kakak ni jahat la. suka rosakkan majlis." "Ah, biar la! Dulik apa kakak!" Hehehe. Naik pelamin jugak kau Zam. Bangga kakak dengan kau.

kalau makan beradab, udang dicucuk dengan lidi kalau takde memang taksah kan? lauk pengantin semua kitorang kebas. walhal tak duduk pon kat meja makan beradab. buruk noh perangai. ngeee :D

the siblings, cousins (Mamat, Eman, and Kak Hyerda) and nephew (Eizad Eizhan and Eizad Erfan)

Along, Emak, Ezam, Susie, Kakak, Angah

Encik Faiz, bila kita nak naik pelamin? Tahun depan kah? Dua tahun depan kah? 

Jarang aku nak pakai warna merah. Anyway, thanks Farhana Norsham for this halfmoon shawls. Ada rezeki lebih, kita nak lagi. Yeayy, promot ni. Untung-untung boleh dapat free. Muahaha... Weh, tak weh! Aku gurau je tu... Orang nak meniaga, kau suka-suka nak free! Beli la sendiri! Hehehe......

My cutest cousin, Kak Hyerda. Kecil molek orangnya. Thanks for coming kak Hyerda.

Meriah!

Muhammad Eizad Eizhan and Muhammad Eizad Erfan. The Anak Jantan Along's.

Pakaian untuk upacara potong kek. How sweet both of you. White color you olls.

I love you Family! 

Haa!! Apesal pandang kita macam tu? Motif? Jeles eh! Hehehehe...


The hantaran's! Most of the hantaran dibuat oleh Emak dan Kak Zura. Sangat-sangat cantik dan pening kepala nak menghiasnya. Aku memang tak sempat sangat la nak menolong dek kerana aku kerja. Bila berlangsung majlis perkahwinan ni, aku rasa mereka yang kreatif mampu menjana pendapatan dengan mengambil upah untuk hantaran. Fuhhh, memang bukan aku laaaaa........

Anyway, aku tak larat nak taip panjang-panjang. Cukuplah sekadar gambar je berderet-deret sampai cecah lantai. Nak pilih gambar pon berpinar bijik mata. Inikan pulak nak suruh aku menaip lagi. Urghhh... Janji aku sempat abadikan kenangan manis keluarga aku dalam blog kesayangan ni. 

Till then, thank you so much to all saudara mara, jiran-jiran dan sahabat handai yang sudi datang memeriahkan majlis. Aku wakil untuk semua pihak mohon ampun dan maaf jika ada kekurangan dalam majlis ini. Kot la ada makanan yang tidak cukup, tidak sedap, pinggan tak cukup ke, goodies bag lupa nak beri ke, bunga telur ada yang tak dapat ke. Mohon maaf semua ya. Mana yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari pihak kami sendiri.

Again, tahniah Ezam dan Susie. Jadilah pasangan suami isteri yang saling menyayangi sampai hujung nyawa. Sentiasalah bersabar dalam menjalani kehidupan bersama. Susie, jaga adik kita baik-baik ye. :) Wah, ucapan aku macam la aku tahu rasa perkahwinan tu macam mana. Alaaa... tapi ucapan tu cliche la kan?



Thanks for reading this longggg entry. :)

November's big event

Assalamualaikum and Hello Readers. :)

Hari ni 30 November bersamaan hari terakhir dalam bulan November tahun 2012. Ohh, banyak sangat event besar berlaku sepanjang my November ni. Ala-ala sweet November gitu. Aku takkan lupa untuk abadikan segala peristiwa manis yang berlaku di bulan November ini dalam blog kesayangan. Gambar pon dah nampak kan? So, mari kita skrol down satu persatu.


MAJLIS MERISIK 24 NOVEMBER 2012

 
Hari Sabtu lepas bersamaan 24 November, keluarga Encik Faiz telah datang ke teratak usang aku di Ampang. Hahaha :D Gituuuu..... kononnya ada majlis merisik. Tapi entah kenapa aku rasa dah macam nak bertunang pon ada. Hehehe :D Family Encik Faiz memang sporting. Nenek, Ma, Abah, Kak Long, Kak Ngah sekeluarga, Dikmi, dan Ibu Saudara Encik Faiz semua datang. Meriah you ollsss...

Majlis dimulakan dengan sesi perkenalan keluarga belah Encik Faiz. Abah Encik Faiz sendiri jadi tukang cakap. Penuh adat dan sopan santun masa aku mendengar Abah dia bercakap. Abah dia perkenalkan sorang demi sorang ahli keluarga Encik Faiz yang datang. Aku duduk disebalik dinding je. Segan yaaa amaaaatttt!!


Upacara sarung cincin merisik. Ni adalah nenda Encik Faiz. Aku tengok dia masih kuat lagi. Kalau nenda aku dah tak larat berjalan dah. Haaa... lelaki sebelah aku pula adalah Encik Ayah. Hai Ayahhh!! Sewaktu nenda Encik Faiz menyarungkan cincin, tangan aku masa tu sejuk gila. Dalam hati aku meronta, sekarang ke kena sarung cincin?? Esok-esok tak boleh ke?? Hahaha :D


 
Hari tu, Emak lah orang paling sibuk. Maklumlah, nak terima menantu. Eh? Hahahah :D Takdelah... Emak dari mula memasak pada semalamnya lagi. Kalau you olls nak tahu, Emak aku memang pandai masak. Main campak-campak je dalam kuali pon dah menjadi. Menu kami hari tu, nasi putih, ayam rendang, ikan bawal masak kicap, sayur kobis masak lemak, salad telur, sambal belacan dan kuih muih. Emak aku memang paling semangat la senang cerita. Seminggu sebelum majlis, dia punya sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Sana dia kemas. Sini dia susun. Sana dia gubah. Sini dia alih. Aku balik kerja je, aku rasa macam Deco Bersama Eric dah datang rumah aku. Hahahaha :D Saaaayyyaaannnggg Emakkk!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UITM AHMAD FAIZ MUSTAQIM 
27 NOVEMBER 2012

  
Peristiwa bersejarah yang kedua dalam bulan November ni pulak adalah Majlis Konvokesyen bakal tunang saya, Encik Ahmad Faiz Mustaqim bin Mohd Noor. Syukur Alhamdulillah, walaupun kebanyakan universiti lain semuanya selesai dengan majlis konvokesyennya. UiTM agak lewat sikit berbanding yang lain. Berkonvo jugak awak ye Encik Faiz... Hehehe :D 



Alhamdulillah, kini giliran Encik Faiz pula memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Shah Alam. Tahniah Encik Faiz. Saya berbangga dengan kejayaan awak. Pasti Ma dengan Abah bangga dengan awak jugak. Akhirnya penat lelah usaha kita membuahkan hasil. Inilah hadiah untuk ibubapa kita yang selama ni bertungkus lumus menyekolahkan anak-anak.



Kini, kami berdua sudah bergraduasi. Syukur sekali pada Allah kerana kami sudah pun bekerja sebelum berkonvo. Hari ini Encik Faiz adalah seorang engineer di sebuah kilang kamera di Shah Alam iaitu Canon Opto (M) Sdn. Bhd. Hehehe.. Bolehlah aku mintak dia bagi sebijik kamera Canon untuk hantaran nanti. Hahahaha :D Dan aku pula kini bekerja sebagai engineer di sebuah syarikat komunikasi di Plaza Sentral, KL iaitu di SMART Digital International Sdn Bhd. Syarikat aku lebih pada bahagian fiber optic la. So, takkan nak bagi fiber optic sebagai hantaran Encik Faiz pulak kan? Nak buek apo dongan fiber optic den?! Sorry yo! Hehe :D




p/s: haaaa... Ezma, agak-agak bulan 
December ni ada big event tak? :P


Happy Graduation Day, Ezmaliza!

Assalamualaikum and Hello everyone :)

with scroll and flowers

Thanks to Allah. Syukur Alhamdulillah kerana memberi peluang pada aku dan kawan-kawan untuk menghabiskan pengajianku di Universiti Malaysia Perlis dengan jayanya. Pelbagai dugaan dan cabaran mendatang di sepanjang 4 tahun aku mengaji di Perlis ni. Hanya Allah sahaja yang tahu. Kini Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perhubungan dalam genggaman. :)


with my scroll only


with my Emak

Sad story. My Ayah tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedih jugak gambar Ayah tak dapat diabadikan di sini. It's okay Ayah. You also in my heart. Tanpa mereka berdua, maka tidak kesampaian aku nak bergraduasi hari ini. Penat lelah, usaha gigih mereka yang membuatkan aku memakai jubah biru itu. Terima kasih Emak & Ayah. I love you so muchhhh!! :)


candid-them!


Incik Faiz beta

Buat Ahmad Faiz Mustaqim juga aku ingin ucakan ribuan terima kasih. Dia juga salah satu insan yang buat aku kuat semangat. Dia jugaklah insan yang buat aku senyum, ketawa, menangis, marah, maki hamun dan macam-macam lagi laaa! Tapi dia tetap setia melayan kerenah aku walau banyak kali kene marah. Heyyy awak, sebagai balasannya, saya sudi jadi isteri awak nanti. Hehehe :D 




orang kata muka dia sama dengan aku. adekah ini abang kembar 
saya yang terpisah di sebelah katil spital dulu??


pic paling cun aku rasa!


i love you, Emak!


cantik gak kalau ni gambo nikah? peghasan! 


me with Ili Dalila

Inilah satu-satunya sahabat baik aku sepanjang di UniMAP. Kami lalui susah senang bersama. Dia jugaklah kawan tempat aku nak luahkan segala masalah, suka duka bersama. Semua kerja gila mesti datang dari idea gila dia manakala aku pula si gila yang merencanakannya. Ohh, terlalu banyak benda gila yang pernah kitorang buat sama-sama. Ini semua kenangan..... Ohhh now, she is businesswoman. Boleh bukak blog dia di SINI untuk lihat jualannya. Plus, dia pandai make-up. Kalau rasa-rasa teringin nak panggil dia untuk jadikan MUA dengan harga paling jimat boleh contact dia. Seriously, u will be cun!


open table!

Mana lagi tempat makan best di negeri Perlis Darul Sunnah ni? Salah satunya adalah di Kuala Perlis. Dengan bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa di waktu malam. Weh, apesal angin sepoi-sepoi bahasa ek? Ape kaitan bahasa dengan angin? Wutevaaa.....  Thank you Incik Faiz kerana membelanja kami sekeluarga makan besar malam itu. 




p/s: aku rasa aku nak grad dengan gelaran Master pulak lepas ni.