~you are my bestest buddies~

|| Faeizma Wedding || Tudung dan Baju Nikah

Assalamualaikum and hello my lovely readers!

Kali ni aku nak update pulak pasal my outfit on my solemnization day! Sebenarnya aku teringin sangat nak pakai dress warna kuning cair macam air jagung tu. Tapi tak mengapa sebab kali ni kain untuk dibuat baju nikah adalah kain hantaran sewaktu bertunang hari tu. Faiz cakap dia beli kain di Euro Moda. Memang di sana ada menjual pakej pakaian pengantin untuk lelaki dan perempuan untuk kelihatan sedondon gituuu... 

Amboi.. almari belakang tu macam tongkang pecah. Banyak noh shawls. Rasa cam nak jual jerk! Tapi sayanggg!! =P

Memandang aku takde gambar full baju nikah dan terimalah gambar hasil camwhoring aku ini. Dress nikah ni ada 2 meter kain lace berlabuci dan manik serta 4 meter kain satin untuk persalinan pihak perempuan manakala 4 meter lagi kain satin yang sama untuk persalinan pihak lelaki. Kalau korang pergi jalan TAR, ada banyak gedung kain yang buat pakej untuk pengantin ni taw. Pandai-pandailah buat pilihan dan tawar menawar. Dan rajin-rajinkan mulut untuk bertanya tempat murah untuk mencari tukang jahit baju korang nanti.


Siap ada ribbon minnie mouse you olls!

Masa tu Faiz tak beli kain ni dengan aku, so dia takde teringat nak tanya akak yang jual kain ni. So, aku pon memulakan sesi meng-google mencari tempat jahit baju nikah yang murah lagi berbaloi. Dannnn, pilihan aku adalah di Pasar Rakyat, Tingkat 2 Medan Mara, Jalan Raja Laut bersebelahan dengan Jalan TAR. Di situ nanti akan ada berlambak tukang jahit so korang pandai-pandailah berjalan dan survey harga serta buat proses tawar menawar. Agak-agak mana yang sombong dan kerek tu jangan tempah baju dengan dia! Muahaha! =D Aku memilih design dress labuh dan kembang payung. Upahnya hanya RM300. Kalau kat tempat lain aku pernah jumpa sampai RM500-RM600. Atau mungkin korang ada tahu mana-mana tempat lain lagi yang lebih murah. Tapi, hanya baju aku sahaja yang ditempah disitu manakala baju Melayu Faiz ditempah di Selayang Mall. Kami tidak menempah baju Melayu di Medan Mara sebab harganya terlalu mahal sampai RM120 sekali sulam. Sedangkan di Selayang Mall hanya RM90 sekali sulam di leher, poket dan lengan baju. Buatlah pilihan yang bijak. 




Tudung nikah pulak merupakan lagi satu perkara yang memeningkan kepala aku. Puas aku fikir tudung jenis macam mana aku nak pakai masa akad nikah nanti. Aku tak mahu pakai jenis awning sebab nanti susah nak cium dahi masa upacara batal air sembahyang. Plus, muka aku memang kurang sesuai pakai tudung ber-awning. So, aku pilih untuk pakai halfmoon shawl dan ada hiasan di sekeliling muka. Aku beli 1 meter setengah kain satin warna emas dan aku mintak bantuan Emak untuk gunting kain mengikut contoh halfmoon shawl yang sedia ada. Herot berot mak aku gunting sebab kain satin ni memang payah sikit nak gunting kerana terlalu licin. Lepas tu, aku cuma kelim dan jahit tepi biasa sahaja sebab nanti aku akan letak border lace kat sekeliling shawl ni. 




Tang border lace ni pon menyakitkan hati. Aku tak tahu pon benda ni mahal gila nak mati. Aku beli border lace ni di Kedai Bunga Reben di Jalan TAR. Rupa-rupanya aku salah tengok harga lace. Lace yang aku nampak RM5 semeter tu terletak betul-betul atas lace yang aku mahukan. Dengan confident aku suruh akak promoter gunting border lace ni sepanjang 3 meter. Then, aku menuju ke kaunter untuk membayarnya. Nak terjojol bijik mata aku bila mesin cashier memaparkan harga RM81. Emak aku dekat sebelah dah beristighfar panjang dah. So, aku buat-buat berlagak macam orang kaya keluar duit dari dompet. T__T Lepas tu aku patah balik ke tempat lace aku digunting, rupanya harga dia RM27 semeter. Bapak ahhh!! Nak cancel memang tak boleh la kannn pasal dah bergunting. Alamatnya minggu depannya aku berpuasa saje laaaa... T__T




Tapi Alhamdulillah, hasilnya aku tetap suka. Bila dah siap jahit, mulalah aku puas nak menggayakan style macam mana pulak nak memakainya. Oh ye, veil pon aku buat sendiri. Beli je kain net kat Jakel dalam 2 meter, then potong bulat. Lepas tu aku hantar ke kedai jahit tepi untuk kemasan hujung veil. See, betapa cheapskate-nya aku dalam men-diy-kan tudung nikah sendiri. Aku memang nak jimat habis-habisan. Beli tudung kat luar pon belum tentu aku puas hati. 


Amacam? Okay tak hasilnya? Aku boleh bukak bisness tudung tak lepas ni? =P

Pesen aku pulak tak suka masukkan tudung dalam baju. Aku rasa aku tidak cantik kalau pakai tudung macam tu. Tapi aku tengok orang lain nampak cantik dan kemas saja. Plus, aku sedikit malu dan segan kalau berpakaian nampak bentuk dada. Aku dalam proses jugak sekarang ni nak berpakaian seperti Muslimah sejati. Doakan eh. Kita sama-samalah sikit demi sikit cuba buat perubahan dari segi pakaian dan sebagainya. InsyaAllah.... 



Dan inilah gambar full body untuk baju aku dan Faiz. Ia menjadi milik kami sepenuhnya. InsyaAllah kami akan buat sewa baju ini dengan harga yang palingggg berpatutan untuk semua bakal pengantin. Sesiapa yang mahu sewa boleh emelkan pertanyaan anda di ezmaliza@gmail.com . InsyaAllah akan di balas sepantas kilat. 

Okay, bye. Esok lusa pulak update next entry. =)

|| Faeizma Wedding || De Hantaran

Assalamualaikum and hello my lovely readers.

Kalau semalam aku janji nak update entry pasal nikah. I think, I have to hold first sebab berpinau bijik mata nak pilih gambar. Kang berjela sampai ke sudah tak habis scroll kang cemana. Jadi, aku update dulu pasal hantaran. Hantaran ini adalah hadiah daripada pihak A kepada pihak B. Selalunya hantaran diberi dalam jumlah ganjil dan pihak lelaki akan menerima hantaran lebih banyak berbanding pihak perempuan. Ahh, adatlah semua ni. Disebabkan masa bertunang dulu, hantaran aku dan Faiz adalah sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang jadi sewaktu hendak bernikah kami sepakat hendak buat 9 dulang berbalas 11 dulang. Pehh, pengsan aku nak perah otak fikir nak beri apa kat orang lelaki nih. Let's go one by one. 


|| HANTARAN DARI EZMA KEPADA FAIZ ||


Ini adalah hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Aku mengenakan tema biru turquoise dan purple. Untuk lebih jimat, aku buat sendiri hiasan bunga hantaran dengan menggunkan crepe paper. Seriously jimat gila nak mati laaa sebab kos sangat murah. Less than RM 7 aku boleh buat 200 kuntum bunga. Tapi yang mahalnya adalah sentimental value yang aku bubuh sewaktu menggentel bunga crepe ni. Mane tidaknya, berminggu-minggu lamanya aku ambil masa nak siapkan bunga crepe ni. Naik kematu muntut aku duduk lama-lama buat bunga crepe ni. Kalau sampai waktu rajin, banyaklah hasilnya. Bila malas, mahu dekat sebulan aku tinggalkan. Tapi aku dah start buat bunga crepe ni dari bulan Januari lagi sebelum arwah Ezam meninggal. 


 Hantaran dari pihak aku sudah tiba di masjid.


Kasut dari Polo Haus ni beli kat Sogo je. Payah nak carik kasut lelaki. Last sekali, Faiz pilih sendiri.  


HTC Desire X. Comel gila handphone ni. Tapi Faiz suka. =') 

Kemeja T. Kemeja lelaki pon lagi mahal dari kemeja orang pompuan. T__T Pink uolls! Faiz tak kesah! 


Pavlova ni aku tempah dari Cha Chocolate Cupcake. Aku sendiri pon tak pernah rasa pavlova. Tapi dah bagi suami sebagai hantaran. Sayang, sedap ke pavlova ni? Sampai hati tak simpankan sikit untuk kiteee... =P


Jam tangan. Yang ni Faiz beli sendiri. Sebab aku tak pandai pilih jam tangan orang laki. T_T


Al-Quran dan terjemahan. Masa aku beli Quran ni, Faiz cakap dia nak Quran yang siap ada tajwid dan translate-nya. Senang nak merujuk katanya. Good! 


Sejadah ni Emak beli dari Mekah. Emak cakap dia simpankan beberapa helai sejadah Mekah untuk bakal-bakal menantunya iaitu Faiz dan adik ipar aku Susie. Love you, Emak! 


Loreal Man Expert dan Kenzo Perfume. Aku dan Faiz sama-sama tidak gemarkan pakej produk yang siap berbalut dalam bakul yang dah siap berbungkus tu. Yang mahalnya bila dah siap berbalut dengan plastik je. Baik beli satu-satu dan hias sendiri!


Sireh junjung. Dari daun sireh, bunga segar, pinang, kapur dan gambir semuanya aku dan Angah beli di Jalan TAR sehari sebelum nikah. TIPS: Untuk kekalkan kesegaran fresh flowers sebelum dihias menjadi sireh junjung, rendamkan batang bunga dalam baldi berisi air dan letakkan dalam bilik air rumah. Dan gunakan span basah sewaktu menghias sireh junjung.


Wallet, belt, card holder and buckle from Playboy. Ini pun beli kat Sogo. Beli sewaktu ada promosi la woi. Kalau beli time takde promosi, gigit jarilah aku. 


And last but not least, green apple. Sengaja aku letak satu jenis je buah supaya aku cuma akan nampak satu color saja. Tak serabut mata aku memandang. 


|| HANTARAN DARI FAIZ KEPADA EZMA ||

Faiz memilih tema warna biru dan putih sebagai warna tema dari pihaknya dan artificial flowers sebagai bunga hiasan. 
 
Hantaran mereka juga sudah sampai di masjid. Hai Kak Nonie! =P



Mas kahwin dan gelang tangan emas. Mas kahwin ni selalunya bergantung kepada kemampuan pihak lelaki hendak beri berapa. Akan tetapi, duit hantaran pon dah banyak takkan nak demand mintak mas kahwin pon banyak jugak. Jadi, memadailah sekiranya kita ikut mas kahwin bagi negeri Selangor iaitu sebanyak RM300.


Wedges from Elle. Aku prefer wedges dari high heels. Pon beli kat Sogo jugak. 


Samsung Galaxy Note II dan sepasang kain. Memang dah lama mengidam nak pakai Note II. 


Ensiklopedia Solat. Sebelum beli, aku dah bagitahu Faiz awal yang aku tak mahu Al-Quran pasal Quran dah terlalu banyak kat rumah. Jadi, aku mahukan buku ilmiah. Seriously ensiklopedia solat ni bagus gila. Dari sini korang akan tahu kesalahan korang sewaktu bersolat. 


Telekung dari Kak Noni, kakak kepada Faiz. Kain dia panjang dan bila bersujud, confirm tak nampak kaki.


Bunch of chocolate. Hancur diet aku makan coklat. =P 


Produk kecantikan Safi Balqis. Yang ni semua aku beli sendiri. Sebab aku taknak Faiz salah beli. Aku beli satu-satu dari krim siang, krim malam, toner, serum, BB cream, gel pengelupas, pencuci muka, skrub dan sebagainya. Total semua ada 10 jenis dan aku dapat dengan harga less than RM120. Berbaloi tak? Hehe =D


 Decellini handbags. Aku tidak memandang kepada jenama, tetapi aku pandang kepada fungsi beg tersebut pada aku. Compartment dalam besar muat untuk letak wallet, mini telekung, make-up kit, kamera, pampers anak, susu tin anak, basikal untuk anak, buaian untuk dan muat untuk tumpang wallet Faiz, handphone Faiz, kunci keta dan kunci motor Faiz pon dah cukup lah. =,=" Then kiri kanan beg tu ada lagi kocek. Faiz cakap, "Haa.. boleh letak botol susu anak kita nanti". Grrrr!!


Dan last sekali bunga telur serta wajik. Nasib baik mereka tak bagi sireh junjung. Sebab pada aku membazir je sireh junjung walaupun tu kepala segala hantaran. Bukan makan sangat sireh tu. Elok lagi aku makan telur rebus dan wajik tu. Hehehe =D Nak ikutkan aku tak mahu bagi sireh junjung. Tapi Emak aku nak jugak letak! 


GOOD TIPS : Kalau nak beli barang-barang hantaran, belilah 4-6 bulan lebih awal. Sebabnya, duit boleh spent untuk benda lain pulak bila dah nak dekat-dekat kenduri nanti. Jangan beli last minute melainkan korang anak orang kaya lagi berada. Sekian, terima kasih.




p/s : next entry nak update pasal apa eh. 
macam banyak lagi je sebelum update entry nikah.
ada idea tak?

|| Faeizma Wedding || Sesi Berinai & Majlis Khatam Al-Quran serta Tahlil Arwah

 Assalamualaikum and hello my lovely readers.

Syukur Alhamdulillah kali ini aku update blog bukan lagi sebagai gadis bujang tetapi sebagai isteri seseorang. Dua minggu ke'busy'an melanda dari sebelum dan selepas nikah, baru sekarang ada masa nak update blog. Nanti korang pon macam tu jugak. Takkan malam ni nikah, tup-tup esok pagi update blog. Express bonaaa tuu... Kih3 =D Akan ada banyak episod 'Faeizma Wedding' ni. InsyaAllah aku cuba kongsi dan sampaikan satu persatu cerita dan mungkin tips untuk penjimatan terhebat buat bakal pengantin di luar sana. 


|| BERINAI ||

Di sebabkan aku tak suka tengok duit mengalir macam air terjun yang deras, aku lebih suka sesuatu yang lebih murah, jimat dan berbaloi. Dan seperti biasa, aku juga macam gegadis lain yang ingin kelihatan seperti pengantin yang memakai inai. Nak buat inai di jari Emak aku pon tahu nak pakaikan. Tapi disebabkan aku nak jugak ada inai yang berukir di tangan, aku cubalah menyervey harga aci-aci yang buat inai di Jalan TAR. Pehhh, ada yang mahal gila sampai beratus-ratus. Ko letak emas ke dalam inai tu nyah oii? So, I decided to choose Aunty Hema (016-377 8992) untuk buatkan inai aku. Dia duduk bersidai tepi Mydin je. Hehehe =D Pakej yang dia tawarkan RM70 untuk inai kaki dan tangan. Harga berbeza kalau nak suruh dia datang ke rumah pulak. So, aku buat dekat situ jugak dengan bertemankan oleh Angah. Aunty Hema ada pesan suruh pakai legging dan jangan pakai jeans kalau nak datang buat inai. Legging? No way! Baju kurung is better. 







Mula-mula dia buatkan kaki aku dulu. Katanya lebih cepat kering. Selamba je dia suruh aku letak kaki atas peha dia. Patik ini orangnya beradat. Tak sampai hati patik nak letak kaki atas peha orang lain. Macam kurang hajaaarrr pule rasenyeee... T__T  Dia kata ini sudah kerja dia. Sob3 =( Macam tu la orang nak cari rezeki... Aku perhatikan laju dan cukup mahir dia buat melukis atas kaki aku. Pesen aku pulak sukakan inai yang merah kehitaman dan lukisan inai yang haluuuusssss amat. 






Aku dah kaji dalam e-fatwa di internet tentang hukum pemakaian inai lukis ni. Hukumnya harus jika tidak bertentangan dengan agama dan akan jatuh kepada haram sekiranya corak inai bermotifkan haiwan. Manakala untuk lelaki pula, diharuskan memakai inai pada sebilangan jari bagi menandakan anda adalah pengantin. Correct me if I am wrong. Ini apa yang aku baca dalam e-fatwa. Boleh rujuk SINI. By the way, seeloknya pakai inai 1-2 hari sebelum nikah. Bukan apa, takut inai hilang kepekatan warnanya. Tapi inai yang aku pakai ni mampu bertahan lebih 1 minggu. 




|| MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN TAHLIL ARWAH ||


Pada siang harinya dah selesai berinai. Malam harinya iaitu Khamis 16 Mei 2013 diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Arwah serta Doa Selamat di teratak ibubapaku sendiri. Bila masuk waktu malam je, mulalah aku nak batuk-batuk. Maklumlah, aku di duga dengan macam-macam keadaan sebelum hendak bernikah. Aku mengalami tonsil, kemudian dapat pulak alergik antibiotik, lepas tu batuk dan demam panas tak reti nak sembuh. Tapi aku gagahkan juga. Mungkin ini penghapus dosa-dosa kecilku. 




Malam tu aku mengenakan jubah putih milik adik ipar, Susie dan shawls Sumaiyah tajaan ShawlsAyuCinta. Sepatutnya shawl grey itu aku pakai sewaktu Majlis Bertandang, akan tetapi warnanya tidak sama pulak dengan dress aku. T__T Masa ni, suhu badan dah start menaik. Muka dan start panas kemerahan tapi aku cuba buat rilex jerk! Tak nak ahh nampak lembik sangat. Konon nak control cun lettew....









Majlis dikendalikan oleh Kumpulan Marhaban Nurul Iman, Kg Pandan. Semua berbaju uniform pink you olls


Why so serious Ezma? =,= Aku demam la woi.





Bermulah Majlis Khatam Al-Quran oleh aku dan diikuti oleh hadirin yang lain. Alhamdulillah, bacaan aku masih lancar walaupun kadang-kadang terselit sedikit bunyi-bunyi batuk yang tak berapa nak merdu. T__T Dari surah Dhuha hingga ke surah An-Nass aku baca satu persatu hasil didikan guruku, Cik Arah yang duduk di atas sofa itu. Alhamdulillahhh... sejak aku berumur 8 tahun hinggalah sekarang sudah berkahwin pon dia masih ingat aku sebagai anak muridnya.







Sewaktu bacaan tahlil pula, mulalah aku rasa sebak mengingatkan arwah adik, Ezam yang baru sahaja meninggalkan kami pada bulan Januari hari tu. Aku dah janji tak mahu menangis lagi, tetapi makcik yang duduk disebelah kiri aku bertanyakan akan hal itu. Mahu tak mahu, aku bercerita sambil berjurai air mata kerana rindukan adik Ezam. Al-Fatihah buat Allahyarham Ezam. ='( Tahlik arwah ini kami tujukan buat arwah adik, arwah atok dan nenek dan semua umat Islam yang telah pergi dahulu dari kami. 


Alhamdulillah, rumah kami kecil sahaja. Harap selesa buat tetamu yang hadir.
Terima kasih Kumpulan Marhaban Nurul Iman.







Juadah kami malam itu adalah dari Nasi Lemak Saleha Kg Pandan Dalam. Seriously memang sedap! Korang boleh cuba nasi lemak dia di Kg Pandan Dalam. Mereka beroperasi dari jam 5 pagi hingga 11 malam. Pehh, boleh sahur sekali la kiranya tu. Majlis kami berakhir lebih kurang jam 11 malam. Setel je majlis, aku terus membongkang tidur. Pening gila kepala aku. Suhu badan makin tinggi. Aku telan panadol, ambil kain basah letak kat dahi then bukak air-cond then bantai tidur sampai pagi. Zzzzz!!





p/s: next entry, entry nikah.
pening kepala nak pilih gambar.
=,="