~you are my bestest buddies~

Aku bukan Artis!

Assalamualaikum and Hello Readers.


Entri kali ini lebih bernada serius. Sudah lama aku ingin taip entri seperti ini tetapi aku selalu fikirkan keburukan aku masa akan datang. Tetapi sampai bila aku hendak berdiam diri dan membiarkan orang-orang seperti aku kelihatan dianiaya. Aku hanya ingin berkongsi rasa sedih dan kecewa dalam hati ini yang tiada sesiapa pon yang tahu. Populariti ini ada banyak baik buruknya. Tetapi orang lain suka salah sangka.


Pernah tak orang lain memanggil anda dengan panggilan "artis", "retis" atau sehubungan dengannya? Aku tidak terkecuali. Anda bangga dan suka ke dengan panggilan tu? Adik-adik yang baru nak up mungkin akan gembira dan kembang hidung jika dipanggil sebegitu rupa. Tetapi bukan aku. Entah kenapa aku rasa panggilan itu lebih bernada sinis daripada keikhlasan dalam hati.


Correct me if I am wrong. Setahu aku artis ni merupakan insan seni yang muncul di kaca TV dan sering kedengaran di corong-corong radio. Hakikatnya tidak pernah pulak mana-mana TV pelawa aku untuk datang ke stesen TV atau radio mereka. Aku cuma blogger dan manusia biasa. Tetapi kenapa aku sering mendapat gelaran "artis" ni? Aku tak kata semua orang panggil aku begitu, tetapi segelintir manusia yang tidak faham akan erti "artis" itu sendiri.


RETIS BLOGGER! Apa "retis blogger"? Sejak bila wujud terma ni dalam dunia blogger? Ohhh!! Adakah disebabkan dunia seni ada artis, jadi dunia blogger pon kena ada artis? Mungkin mereka yang berjaya di panggil "retis blogger"? Apakah sudah tidak ada terma lain yang boleh digunakan untuk memanggil golongan seperti ini? Banyak soalan, tapi takda jawapan.


Sejak bila aku menjadi "retis blogger"? Ada nampak blog aku masuk mana-mana majalah? Ada nampak followers aku berpuluh-puluh ribu? Empat tahun aku berblogging, aku tidak pernah memujuk rayu blogger lain untuk follow blog aku. Takkan hanya sebab kita berkawan dengan mereka yang ada nama, kita pon dapat tempiasnya? Takkan sebab aku selalu mendapat berpuluh-puluh likes di Facebook, aku dah di panggil "artis"? Aku tekankan di sini, BERPULUH-PULUH likes! Bukan BERATUS-RATUS likes! Kenapa cetek sangat fikiran manusia zaman sekarang yang sewenang-wenangnya memanggil orang sebagai "retis". Pada pendapat aku, "retis" yang dimaksudkan ibarat mereka yang popular dan kini ingin demand dan kekwat atau sombong dengan title mereka. Kali ini aku pula akui kerana fikiran aku pula yang kolot. Asal jadi artis je mesti sombong. Ye tak? Tapi semua orang ke macam tu?



"Kau dah lain la Ezma. Wedding saudara/member pon tak pergi. Gathering pon tak pergi. Orang buat reunion pon tak pergi. Mentang-mentang dah jadi retis sekarang."

Yaaa...korang fikir aku kaya-raya boleh terbang ke sana ke mari dalam sekelip mata hanya untuk memenuhi hasrat hati orang lain. Aku masih ada tanggungjawab lain untuk aku tunaikan sebagai seorang pelajar di Perlis. Kini aku tidak lagi bergelar mahasiswa dan InsyaALLAH kalau korang buat apa-apa event insyaALLAH aku berusaha untuk hadirkan diri.


"Laaa... dah kata retis kan? Takkan tak kaya-raya?"

Aku dah kata aku bukan artis. Celah mana aku nak dapat duit? Dengan PTPTN pon aku masih berhutang. Denga Emak Ayah pon aku masih meminta. Tolonglahhh... Jangan panggil aku macam ni. Aku rasa orang lain pon tak suka dengan panggilan ni.



"Mentang-mentang dah jadi retis. Dah ada nama!
Suka-suka kau nak marah eh?"


Apakah aku tidak boleh ada rasa marah? Sedih? gembira? Hey, aku belum gila lagi nak marah orang suka-suka hati. Kalau orang dah buat salah, aku tegur pon tak jalan, takkan aku masih nak senyum lebar? Aku ni manusia biasa la. Aku bukan malaikat yang hakikatnya sungguh sempurna ciptaan Tuhan. Aku tetap ada perasaan gembira, sedih, marah, menangis dan sebagainya. Takkan aku hendak berpura-pura senyum atas setiap kesedihan yang berlaku. Dulu aku pernah ada kawan yang menelek setiap inci muka aku yang mengatakan aku berbangga dengan apa yang aku ada sekarang. Katanya wajah aku yang dahulu tidak sama dengan sekarang yang membuktikan aku tersangat-sangat bangga dengan apa yang aku miliki hari ini. Kalaulah kau tahu apa isi hati aku, pasti kau akan tarik balik kata-katamu.


"Orang yang berlagak retisss je yang selalu privatekan wall atau
offline chat Facebook ni"


See! Status ini aku pernah nampak di home Facebook aku. Dulu aku pernah privatekan wall sebab setiap aku approve orang, mesti orang tu akan promote barang yang mereka jual. Aku faham mereka ini jenis berniaga. Aku tak marah. Tapi dah kalau semua orang buat macam tu di wall Facebook aku, sehinggakan post aku sendiri jatuh ke bawah. Apa guna medan Facebook aku? Susah nak cakap dengan orang-orang yang tidak tahu hormat hak orang lain ni. Selain itu, aku privatekan wall sometimes kerana aku tidak mahu lagha kerana masa tu aku ingin fokus study untuk exam. Macamlah 24jam orang nak "SiPolan binti SiPilun posted on your wall" right? Memang bunyi tu bajet retis la kan? Tak kesah la. Orang lain faham apa aku sampaikan. Faham tak yang aku nak elakkan lagha. Online memanjang lama-lama di Facebook. Nak pulak kene melayan chat lelaki-lelaki yang tiba-tiba "hye" di chat Facebook. Bila aku membalas dikatanya, "Fuiyoooo... Retis online dan reply chat aku!!!". Bila aku mendiamkan diri, selang beberapa minit, "Jadi retis dah sekarang kan... Manalah nak reply chat kita". Kau faham sometimes aku rasa nak hempuk kepala sorang-sorang ke dinding.


"Ezma, kau kan femes! Retisss!! Meh la join aku program ini. Mesti ramai followers kau!"
"Tolong aku promote benda ni. Bla...Blaaa...Blaaaa"

Yang ini memang ramai. Tersangat-sangat ramaiiiiiiii tak terkata. Aku tak kesah dah kalau ada yang nak terasa jika membaca tentang ini. Ya ALLAH. Aku bersyukur atas kurniaanMu jika inilah yang Kau berikan. Hey, I have no problem la dengan segala jenis promosi sedangkan aku sendiri pon suka mempromote sesuatu. Tetapi dah kalau semua orang mintak tolong aku promote itu ini sampai aku tak terjawab untuk memberikan bantuan. Walau dengan kawan-kawan sendiri, aku perlu bersikap adil. Disebabkan aku tidak dapat membantu kawan-kawan aku untuk mempromosikan sesuatu, jadi untuk anda juga aku tidak dapat lakukan. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata @syamsidflymoo bahawasanya aku boleh buat duit dengan setiap promosi itu. Ada betulnya kata-kata dia ni. Dalam marketing pon mesti ada turun naik harga. Haih, tapi percayalah. Kalau aku jenis demand dan mata duitan dan mintak bayaran atas setiap yang aku promosikan, bukankah semakin ramai yang kata aku ni macam RETISSSSSS nanti?



Hakikatnya banyak lagi insiden dan perkara yang berlaku ke atas aku. Somestimes aku rasa seperti dipergunakan. Entahlah, mereka yang mengalami situasi yang sama seperti aku pasti akan turut merasakannya. Aku bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH berikan jika populariti ini adalah satu kurniaanNya. Tetapi aku ingin gunakan sebaiknya menurut syariat Islam. Setidak-tidaknya jika benar, aku boleh menjadi ikon yang terbaik untuk golongan remaja seperti aku berlandaskan Islam. Apa salahnya. Tetapi aku mohon dan aku berlutut depan anda semua. Janganlah panggil aku "ARTIS" atau "RETIS" lagi. Makan hati aku dibuatnya.


Usah memuji tinggi melangit kerana takut riak dan sombong menyelubungi diri.


Thanks for reading this. Aku memohon seribu kemaafan jika ada yang tersinggung mahupun terasa.

33 comments:

  1. sabar ye ezma...orang lain memang tak rasa apa yang kita rasa..dan orang lain tak faham apa yang kita lalui sebab mereka takde dalam situasi kita...mulut manusia memang tak boleh nak ditutup..terpulang pada mereka untuk beri apa pun tanggapan yang penting Allah lebih tau siapa diri kita yang sebenarnya :)

    keep smiling friend ! :D

    ReplyDelete
  2. k.ezma b cool ye.. sabar.. biasalh tue, mgkin ada yg bniat tak betul mgkin ada yg ikhlas dorg puji akak... dunia blogging neh mcm nehlah.. pape pun, sy suka akak..sbb dr pemakaian akak.. nmpak sopan. k.ezma kn slalu jgk photoshoot.. suka tgk. Lagi satu, sume ats diri msg2 jgk kak.. kalau kita bt tak lyn, bt xtahu.. InsyaAllah xde pape. Macam akak ckp jgk, bsyukur kalau populariti itu satu kurnian Tuhan. Mulut org kak, xleh kite nk ttp.. pape pon,b strong! Merendah diri lebih baik daripada bangga/riak. biasa biasa sudah kn kak.. Kekalkan apa yg ada dalam diri k.ezma skrg.. saya doakan k.ezma berjaya di dunia dan akhirat. fighting3! :)

    ReplyDelete
  3. hehehhe bukan artis tapi retis.. :P

    ReplyDelete
  4. sayang bersabar erkk?? kalau selama ni abg sendiri menyalah erti... walau pape pn abg tetap menyokong beby taw.. jgn pedulikan ape org nk kata... senyum sokmo sayangg:)

    ReplyDelete
  5. dugaan.. dugaan... banyakkan bersabar eh.. ^^

    ReplyDelete
  6. teruskan senyum ye ezma...setiap ape yang berlaku tu anggap sahaja rencah kehidupan.=)

    ReplyDelete
  7. ala makcik2 ni nak emo2 pulak.jangan le gitu..kadang2 orang nak melawak2 je pun..hehe..

    ReplyDelete
  8. sabar dear! as I said.. mulut org kite tak boleh nak tutup... and trust me that ini lah yg diaorg nak tengok sebenarnye! your haters wanna see you in a sad and angry mode! Ezma dear.. just be yourself ok! Ingat satu jer.. org yg suke kite.. kite buat apa pun diaorg akan padang baik dan akan memberikan kata2 yg ikhlas & baik kepada kite! tapi kalau org tak suke kite.. kite buat lah seribu kebaikkan sekali pun.. tetap kite akan dikritik hebat!

    So my advise is.. just be yourself... memang akak paham terkadang kite terlalu beremosi bile dah banyak kali kene sebegini kan.. tapi yg penting skg nie adelah diri Ezma sendiri.. As long as you know your heart.. you know your sincerity.. you know that you're humble.. so don't worry my dear! yg penting NIAT di hati kite... org bisa menuduh kite.. kalau hakikatnya apa yg dituduh itu tidak benar.. maka mereka telah pun dpt dosa kerana memfitnah! simple as that... so chill darling.. I love you coz I know you're such an humble and good girl! hugsss!!! ♥ ♥ ♥ :)

    ReplyDelete
  9. lumrah manusia kan? ada mulut bercakap ada mata melihat...kita ni sebagai insan yang tak sempurna redha jela dgn apa yang berlaku, don't be sad ye..chill oke :)

    ReplyDelete
  10. orang kalau dengkikan & x sukakan kite ade je perkara buruk yg die cakapkan..
    always..be cool & sabar

    ReplyDelete
  11. sabar awak.. biarlah orang nak cakap apa2pun. yang penting kita kenal diri kita siapa dan asal kita dari mana. mulut orang memang kita tak boleh nak tutup.

    ReplyDelete
  12. biasa la manusia kan.. apa pun ezma kena byk sabar k.. Allah sedang menguji ezma ni.. biar je la apa diorg nak kata or nak pgl haa.. yg penting kita tau diri kita camna.. be strong my dear.. <3 ^__^

    ReplyDelete
  13. Sabar la ye....biar la ape orang nak cakap..abaikan saje....yng penting kita tahu diri kita...:)

    ReplyDelete
  14. ezma, banyak2 kan bersabar ye..mungkin dorang nak jadikan ezma sebagai medium...walau apa pun ezma seorang yang COOL bagi akak...rindu la nak jumpa

    ReplyDelete
  15. sabar dear.. ieqah sukaa ezmaa as ezmaa laa..ezmaa omeyyy takmoo garangg garangg taw... :)

    ReplyDelete
  16. ramai orang suka cakap ikut sedap mulut ngn hatije skarang ni kan. pekakkan telinga je..and banyakkn bersabar ea. awak kene cool. amik sume ni positif je. ingat je ada banyak lagi perkara yang akan datang, mungkin adala tu xde benda dorang nak cite saje nk cakap awak macam2. take care ;)

    ReplyDelete
  17. kak ezma ! be strong k. yg penting, senyum sokmo ^^ hihi

    ReplyDelete
  18. ezma sometimes orang yg melihat kite tu melihat pada satu hala jerk...
    cube kalu banyak hala...mesti dia akan lebih memahami diri kite sendiri...
    awak kena kuat..ignorekan apa org nak cakap..gunekan itu sebagai satu kelebihan awak..
    semua orang ada aura ..cume pandai xpandai jerk nak gunakan aura yg tuhan dah bagi tu..mayb diorg jeles kot..
    ingat sometimes pujian tu adalah satu kejian utk kite...awak ingt bnda tu..
    terima segala bnda dengan positif...jgn fikir bukan2..okew dear

    ReplyDelete
  19. amboi marah benar ye dak ?? hehe . takpe-takpe. bagus lah ezma tulis macam ni , baru lah ada terasa sikit hati yang bercakap yang kamu tu retis . segan sikit dia nak kata macam tuh , setakat berpuluh-puluh , syafik berpuluh-puluh jugak . hahaha .

    ReplyDelete
  20. kak ezmaaa, kena kuat! orang tak paham diri kitaa, sebab tu dia boleh sesuka hati cakap kita mcmtu. be strong!

    ReplyDelete
  21. sabar ye kak ezma.tak suma orang faham situasi kita.sabar sabar ^_^ tak sabar jugak cari nasywa kat fb, luahkan perasaan akak.saya nak jadi motivator! kekekekeke *berangan je ;)

    ReplyDelete
  22. sys...once people hate u or talk bad about u, meanas that u have something that they don have.. so? just be cool..chill sys..ignore them.. at least u know u have differences from others :) peace sys ^^

    ReplyDelete
  23. Erg, artis blogger? Setahu aku, blogger cuma akan femes dikalangan blogger jugak. Kalau dia lebih dari tue mesti blog dia hebat dan dapat liputan meluas.

    Selalunya yang buat panggilan menyindir tue, ialah orang luar yang tak kenal dunia blogger. Dia ingat kita buat blog, post pic sana sini, cerita sana sini sebab nak femes.

    Kalau mcm tue, sma jugak lar fungsi FB dan sebagainya. Nak femes jugak ke?

    ReplyDelete
  24. ini dilema blogger.sabar ya?

    ReplyDelete
  25. ohh kak ezma . ALLAh sentiasa mmbantu hambanya yg bersbar :D

    ReplyDelete
  26. aiyark!!tbe2 terasa sbb pernah gak panggil kau retis..tapi tu aku nak bergurau manja dgn rumet lama je ok..sori la weyh..hehe..btw kau xyah la sedih sgt tau..berdasarkan komen2 di atas aku..aku rasa ramai orang yang akan sentiasa sokong kau..so abaikan yang mereka yang menyindir kau tu..

    ReplyDelete
  27. hai, kenapa sedih2 ni..biasalah org mcm tu tau tuduh je tanpa tau kenapa kita mcm tu..bila kita sombong sikit je, ckp kite retis..huhu, btw nk wish selamat berpuasa :) awak nak try tak rasa popcorn yg lebih sedap dpd popcorn kt cinema? Jom klik sini --> http://kedaipopcornyemida.blogspot.com/ (tq)

    ReplyDelete
  28. owg yg ckp cm tu sbnrnye jelez..sbr je r,be strong dear =)

    ReplyDelete
  29. hehehe...relex kak....biasalah tu....bila makin dikenali....

    ReplyDelete
  30. retis tu yg benar retis macam kat dalam telebisyen tu... kadang yg macam onie ni pun ada gak yg panggil retis,celah mana retis pun tatau,nak tergelak dengar,haha...ezma,salam ramadhan eh :)

    ReplyDelete
  31. jadi artis pun apa salahnya...tapi yang lebih penting, kita jaga tatasusila kita. Mungkin orang anggap bila dah taraf artis je, kena all to be perfect. Padahal kita hanyalah insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan. Namun jadikan ia sebagai cabaran untuk kita menjadi lebih baik dari hari ke hari.

    ReplyDelete
  32. rasa ngilu tengok org bkk topeng..

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?