~you are my bestest buddies~

Al-Fatihah : Allahyarham Ezam (24 April 1990 - 20 Januari 2013)


Assalamualaikum and Hello Readers.


"Tanda-tanda 40 hari sebelum kematian:

"Tanda ini akan berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atas kita antaranya ialah dia mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. "


Bila aku baca penyataan di atas, aku terkesima sebentar. Sebab?? 40 hari sebelum perginya adik tersayang, merupakan hari pernikahannya. Allahuakhbar!! Patutlah hari itu, kami rasa kehilangan sangat-sangat. Selesai sahaja arwah Ezam melafazkan akad nikah, kami sekeluarga mengeluarkan tangisan kegembiraan. Segalanya cerita perkahwinan Ezam, telahpun aku dedikasikan di "Walimatulurus Ezam & Susie". Hakikatnya, masa itu daun di Arasy Allah yang tertulis nama Ezam bin Embok Zrik sudah pon gugur. Ya Allah, jodoh si Adik hanya bertahan selama 40 hari sahaja. Sungguh! Hingga ke hari ini, aku rasa macam tidak percaya yang Ezam telah pergi buat selama-lamanya.


Akan Kakak abadikan gambar-gambar kenangan Ezam dalam diari online Kakak ye adik. Tiga hari aku menaip di entry ini sebab air mata asyik menitik sahaja. Lalu aku tangguhkan untuk publish.


Ezam bin Embok Zrik di lahirkan pada 24 April 1990. Emak cakap, Ezam lahir masa hari raya Aidilfitri. Jadi, Emak masih baru berpantang dah kena siapkan juadah hari raya untuk orang datang bertakbir di rumah. Ezam selalu marah kenapa nama dia ada 4 huruf je. Jadi, dia sendiri letak nama yang dia nak sangat iaitu Mohd Fitri Ezam. Dulu dekat tabung kelapa pon, dia tulis nama sebagai "Fitri Ezam". Emak cakap, masa Ezam kecil-kecil dahulu dia seorang penyabar. Kalau nak mintak susu pon, dia tunggu je sampai dapat baru dia menyusu. Kalau Emak tengah sembahyang pon, dia pandai senyap duduk dalam katil dia.



Masa aku kecil-kecil dahulu, kami 3 beradik memang selalu main dan gaduh sama-sama. Ershad yang baju putih merupakan abang tiri kami. Sama ayah lain emak. Setiap hujung minggu, Ayah akan bawak Ershad ke rumah kami atau kami yang ke rumah dia. Memang kami 3 beradik sangat rapat. Ezam akan bangun paling lambat dan dia jugaklah yang mandi paling lambat antara kami bertiga. Kalau tidak, muka masing-masing pasti penuh di taburi bedak dek Emak. Tapi Emak selalu cerita yang Ezam memang anak yang penyabar.






Ezam masa kecik-kecik cengeng orangnya. Maksudnya jenis kuat menangis. Pernah sekali, Emak suruh tukar baju cantik-cantik sebab kami nak ambil gambar. Lepas tu dia tanya banyak kali, kenapa nak kene tukar baju cantik semata-mata nak ambil gambar sama-sama? Kemudian Emak jawab, tukar sajalah. Kan nampak cantik dalam gambar. Tak mahu tukar baju punya pasal, dia menangis tak tentu hala. Lagi pulak bila kena usik dengan abang aku si Erwan yang berbaju ungu di bawah. Makinlah merah hidung si Adik akibat menangis.



Kami di Genting. Kenangan bersama sewaktu kecil.



Dulu, hampir setahun kami tinggal sementara di Johor Bharu. Aku bersekolah Darjah 1 di sana manakala Ezam hanya pergi ke pra-sekolah. Di sekolah tadika Ezam, dia sangat aktif. Setiap kali ada apa-apa event, Ezam mesti menang di tempat pertama dan sering terpilih menjadi pelajar untuk mewakili tadikanya. Ezam memang adik yang bijak. Aku selalu cemburu dengan kejayaan dia waktu itu. Boleh katakan penuh almari dapur dengan tupperware hasil kemenangan dia sewaktu sukaneka sekolahnya. Allahhh!!


Arwah Ezam masuk Pertandingan Membaca Muqaddam.


Tadika Taman Gembira, Johor Bahru.


Pencapaian Ezam sewaktu di sekolahnya.



Memang arwah merupakan anak kesayangan Emak. 


Sekolah Agama Jalan L5, Kampung Pandan.


Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang

1 Berlian, SKTN


Kenangan sewaktu kami di USS. Yes dik. You are the greatest Husband for Susie.



Aku gembira sekurang-kurangnya sewaktu hayatnya, Ezam sempat pergi ke mana-mana yang dia mahukan. Setidak-tidaknya kami juga sempat meluangkan masa bersamanya jika kami melancong ke mana-mana. Apa yang mengagumkan aku, dia ni jenis tak tahu penat. Dia yang akan memandu jika ke mana-mana dan kemudian sambung aktiviti melancong. Lepas ni, kami tak tahulah siapa yang akan memandu.Siapalah yang akan berjenaka dalam kereta. Siapalah yang menggantikan tempatmu dik. Yang pasti, tiada sesiapa boleh menggantikan arwah Ezam. Dia terlalu istimewa dan berbeza. =(


Allahuakhbar. Bila aku lihat album sewaktu graduasi, aku teringat kisah sewaktu kami dalam perjalanan ke dewan konvokesyen. Sesi konvo aku adalah pada sesi petang. Waktu itu, aku sudah kelam kabut sebab Ezam suka berlengah-lengah. Sepatutnya jam 1.30 petang aku sudah berada di dewan konvokesyen. Tapi jam 1.40 petang aku masih di homestay. Dalam perjalanan, puas aku marahkan Ezam kerana aku sudah kelewatan. Ya Allah, mesti Ezam tahan je kemarahan dia pada aku. Padahal, masa aku sampai di dewan lebih kurang jam 2.15 petang, semua orang masih sibuk dengan jubah tak berpakai lagi. Tak pasal-pasal Ezam kena marah dengan aku. Allahhhh!!!! Sewaktu aku sedang beratur menuju ke dewan, aku nampak kelibat Ezam yang membawa jambangan bunga buat aku. Masa tu aku berlari keluar dari barisan dan bergambar dengannya. Ezam, Kakak mintak maaf sebab marahkan Ezam. Kakak tak sengajaaa dik...... =(



Gambar di atas adalah sewaktu di Legoland. Ya Allah. Aku memang tak boleh tengok gambar ini. Aku rasa mahu menangis. Waktu ini aku baru sahaja bekerja dan belum ada duit di tangan. Sewaktu berjalan-jalan di Pusat Bebas Cukai Johor Bahru The Zon, Ezam pelawa aku belanja aku dan Emak untuk beli kasut. "Kakak dengan Emak nak kasut apa? Amiklah. Ezam belanja!". Macam tak percaya Ezam cakap macam tu sebab Ezam ni jenis yang kedekut. Maksudnya jenis sayang duit. Memang payah nak tunggu Ezam keluar duit untuk belanjakan sesuatu. Tetapi hari itu, dia pelawa begitu. Apa lagi, memang aku sambar satu selipar "Check". Aku akan jaga selipar tersebut. Kalau ianya rosak sekalipun, akan Kakak simpan selipar tersebut sampai bila-bila dik. =(



Dan saat inilah aku rasa daun yang tertulis namanya gugur di Arasy Allah SWT. Di hari pernikahannya, kami sekeluarga menitiskan air mata. Kami merasakan Ezam macam pergi tinggalkan kami semua apabila dia sudah bernikah. Pelik! Memang pelik!! Padahal dia adalah pihak lelaki. Sepatutnya pihak perempuan yang mengeluarkan air mata. Tetapi jadi terbalik. Rupanya memang betul dia pergi tinggalkan kami semua. Rupanya kami sudah menangis terlebih dahulu atas pemergianmu dik. Allahhhh!! Peliharalah adikku dunia akhirat. =(



Sekurang-kurangnya Allahyarham Ezam sempat mencapai keinginannya untuk berkahwin dan naik pelamin. Sekurang-kurangnya dia sempat merasa nikmat perkahwinan. Sekurang-kurangnya hasrat dia untuk memiliki handphone SIII tercapai. Dari dulu lagi, dia selalu cakap, "Tunggu Ezam beli SIII taw!!". Bila difikirkan semula, kebanyakkan hasratnya tercapai. Syukur Alhamdulillah dik. Sekurang-kurangnya Ezam merasaaaaa.... Kami berasa lega. Aku berasa gembira juga kerana aku sempat berbakti kepadanya. Aku sempat untuk menemani Ezam dan Susie untuk membeli baju nikah, memakaikan inai di jarinya, menyiapkan barang hantaran untuknya dan macam-macam lagi. Kini, aku sudah tiada adik lagi. Kepada siapa lagi tempat aku nak bergaduh? =(



Meriah! Majlis perkahwinan Ezam dan Susie meriah! Aku gembira kerana sang adik sempat naik pelamin. Merasa jugak untuk dia memakai persalinan seperti seorang pahlawan Melayu. Cukup dengan barang hantaran untuk pihak Ezam dan pihak Susie. Paluan kompang untuk pengantin berarak. Bunga telur untuk tetamu. Upacara merenjis. Lengkap! Serba lengkap! Ramai juga sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat-sahabat arwah datang memeriahkan majlisnya. Kakak gembira sangat Ezam. Alhamdulillah, kau merasa semua ni dik. Kakak legaaaaa.........



Arwah Ezam suka mengelat. Dia nakal. Selalunya kalau kami bersalam, dia patut cium tangan aku sebab aku kakak dan lebih tua darinya. Tapi Ezam selalu mengelat. Nanti kalau bersalam, tangan dia dihalakan ke hidung aku supaya aku yang akan cium tangan dia. Allahuakhbar!! Nakal sungguh adik kakak yang sorang ni. Terlalu rindu aku pada peristiwa itu. Hanya dia yang akan buat macam tu pada aku. Sekali lagi, waktu ini, air mata aku jatuh lagi ke pipi. Ezammmmmmmmm............ =(


I love you, family!


Di majlis pertunangan aku, dia juga banyak membantu. Majlis aku pada hari Sabtu. Jumaat itu aku masih bekerja dan dia datang ke rumah membantu Emak untuk berkemas. Lantai di luar rumah dia sental bagi bersih untuk tetamu yang hadir menjamu selera. Sungguh berbakti kau dik pada kami sekeluarga. Kakak takkan lupa semua kenangan kita semua. Adik aku yang lelaki pon turut menolong membasuh pinggan-mangkuk di dapur. Kalau tidak, dialah yang paling malu kerana buat kerja-kerja perempuan. Terima kasih Ezam. Kakak tak sempat nak sebut ucapan itu pada kau dik. 




Pada 20 Januari 2013 jam 4.15 pagi aku menerima panggilan dari adik iparku, Susie. Aku sedang lena terkejut dan hairan kenapa nama Susie yang muncul di telefonku. Sebelum aku menjawab, kepala aku ligat berfikir. Aku hanya ingatkan Ezam bergaduh dengan Susie dan lari rumah ke dan Susie hanya telefon aku untuk mengadu dan bertanya pasal Ezam. Sangkaan aku meleset bila aku terdengar suara Susie teresak-esak menangis dan beritahu bahawa Ezam accident! Pada aku Ezam accident biasa-biasa sahaja sebab sebelum ini pon arwah pernah banyak kali juga accident. Terus aku bangun untuk beritahu Emak akan berita ini di bilik tidurnya. Emak merungut marahkan Ezam dan terus dia ke bilik air untuk mandi dan bersiap ke hospital.


Selang 5 minit lepas tu, Susie menelefon aku semula. Tapi kali ni lelaki yang jawab panggilanku. Rupanya kawan arwah Ezam. "Kak, Ezam dah takda kakkk!! Ezam accident kat Highway Dengkil!!Kitorang semua dalam perjalanan ke sana". Masa tu, aku rasa macam nak pengsan. Kepala lutut aku menggeletar. Dalam masa yang sama, aku tidak tahu bagaimana hendak beritahu hal ini kepada Emak. Sebaik sahaja Emak tahu, Emak terus menangis. Aku masih tidak percaya akan berita itu. Banyak kali aku berdoa dalam hati supaya keajaiban berlaku pada pagi subuh itu. Aku terus menghubungi Angah dan Ershad akan berita itu. Mereka rupanya sudah tahu dan dalam perjalanan ke rumah untuk mengambil aku dan Emak. Aku dimaklumkan untuk menunggu di Unit Kecemasan Hospital Serdang.

Allahyarham Ezam disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Teratai, Ampang. 



Azan Subuh sudah berkumandang sewaktu kami semua menunggu di sana. Tanda-tanda Susie dan kawan-kawan arwah Ezam untuk sampai masih tidak kelihatan. Lama kami menunggu di hadapan hospital. Lebih kurang jam 7 pagi, baru aku nampak van polis sampai di hadapan pintu masuk Unit Kecemasan. Ya Allah, luluh hati aku bila aku lihat satu mayat terbujur kaku di balut plastik hitam di dalam van itu. Kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam van apatah lagi melihat wajah arwah. Emak dah menangis di tepi van macam orang gila. Mahunya tidak. Luluh hati si ibu melihat anaknya terbujur kaku di dalam van polis tanpa dibenarkan untuk melihatnya. Polis cakap, mereka perlu tunggu sehingga jam 10 pagi untuk di bedah siasat. Kerana pagi itu tiada doktor yang boleh lakukan post mortem. Allah!! Dugaan yang maha berat ini kami tempuhi dengan linangan air mata sahaja. Tak sanggup aku lihat jenazah terbujur layu di dalam van itu sahaja. Berkali-kali surah Yaasin dibacakan untuk arwah.


Sementara menunggu doktor sampai, kami sempat bersoal siasat dengan kawan-kawan arwah yang turut datang pagi itu. Mereka kata arwah Ezam tidak sempat mengelak dari lori 3 tan yang tiba-tiba berhenti secara mengejut. Tambahan lagi, lori itu langsung tidak mempunyai lampu belakang membuatkan arwah terlanggar belakang lori. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika benarlah apa yang diceritakan, pemandu lori itu tidak akan selamat dunia akhirat kerana dia lari apabila menyedari orang melanggar belakangnya. Mustahillah dia tidak rasa langsung perlanggaran itu. Allahhhh!! Tunjukkanlah kuasamu. Kawan arwah Ezam juga sempat bercerita kepada kami, "Masa tu saya rasa degupan jantung arwah makin lama makin perlahan kak. Saya pon ada ajar arwah untuk mengucap dua kalimah syahadah. Dia sempat mengucap kak. Arwah menarik nafas lagi. Kali ketiga dia tarik nafas, terus dia pergi kak. Masa tu saya dah tak rasa apa-apa lagi pada degupan jantung dia." Berjuraian air mata kami mendengar cerita kawan-kawan arwah Ezam. Allahuakhbar!! Kuatkan la semangat kami......


Lebih kurang jam 10 pagi, doktor minta waris untuk masuk ke dalam Unit Forensik. Banyak kali Emak menangis kerana tidak mahu jenazah dibedah siasat. Emak tidak mahu dadanya dibelah sewenang-wenangnya. Kami dimaklumkan jika tidak dibedah siasat, kami perlu mendapatkan kebenaran mahkamah dan jenazah akan disimpan dalam peti mayat. Ya Allah... Aku tidak sanggup melihat Ezam terseksa lagi. Kami menerangkan kepada Emak akan kepentingan bedah siasat. Akhirnya, Emak terpaksa bersetuju dan menurunkan tandatangan. Sebelum dibedah siasat, kami keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk untuk melihat dan buat pengecaman mayat. Allahuakhbar!!! Mata arwah tertutup separuh sahaja. Bila arwah melihat Emak, barulah kesemua matanya tertutup. Emak pernah pesan, sekiranya jenazah tidak tutup keseluruhan matanya, maknanya dia mahu melihat orang yang dia hendak lihat kemudian barulah dia menutup mata sepenuhnya. Tapi kali ni, aku sendiri melihatnya. Ya Allahuakhbar!! Ezammmmm............ =( Aku sempat mengucup dahinya berkali-kali. Sekali lagi, berjurai-jurai air mata aku melimpah. Badannya sejuk dan mula mengeras. Sejukkkk sangattt..... Macam baru keluar dari peti ais. Aku dah tak tahan lagi melihat jenazah adik sendiri terbiar lama di situ.


Usai sahaja post mortem, aku dan keluarga yang lain turut berada di samping jenazah sehingga ke jenazah dimasukkan ke liang lahad. Pertama kali aku memandikan jenazah. Pertama kali, aku membantu mengkafankan adik sendiri. Pertama kali aku melihat pengebumian saudara sendiri. Pertama kali aku mendengar dengan telinga sendiri talkin dibacakan. Banyak kali aku merayu pada orang yang membantu memandikan jenazah agar mandikan arwah dengan lemah lembut. Sakit badannya nanti. Kami usap dan sapu air pada badan jenazah dengan lembut. Sampaikan aku rasa macam tak sentuh langsung kulitnya. Aku takut arwah adik sakit. Lebih memilukan apabila aku melihat jari jemari arwah adik masih merah dengan inai pengantin. Allahuakhbar!! Kuatkan semangat kami...Selepas Zohor, jenazah adik disembahyangkan di Surau Sri Pinang Villa dan kemudian barulah jenazah di bawa untuk dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Aku tidak sampai hati melihat arwah adik di masukkan dalam liang lahad. Tukang penggali kubur menyuruh jenazah mengiring dan biarkan hidungnya mencium tanah! Allahhh!! Sekali lagi, air mata tak henti-henti keluar. Tudung aku basah dek hingus dan air mata. Bengkak mata aku menangis tak henti-henti. Masa itu, lihat mulut arwah kelihatan terukir senyuman. Aku masih dapat bayangkan keadaan arwah sewaktu itu.Aku hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yaasin buat arwah adik Ezam. Kami terlalu sayang. Kami terlalu kasih pada adik yang menjadi penceria keluarga. 


SEMINGGU SEBELUM KEMATIAN:
Patutlah, seminggu sebelum arwah Ezam pergi meninggalkan kami semua, Ezam ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk aku. Masa itu, aku baru balik dari kursus kahwin. Petang hari kedua kursus kahwin, aku ke Rawang. Di sana aku berjumpa Emak, Ezam dan Susie. Mereka baru sahaja beli kipas di kedai elektrik di Rawang. Aku singgah sekejap bertemu mereka sebelum berpisah semula kerana mereka katanya hendak ke pasar NSK Rawang. Aku sengaja beritahu Ezam yang aku baru balik dari Kursus Kahwin dengan Faiz. Terus lancar mulutnya mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat kami berdua. Dia tergelak-gelak bagi ucapan tu. Aku pula menafikan, "Haishhh, kakak baru pergi kursus kahwin je laaaaaa....". Aku mencebik! Hari ini, aku tak sangka ucapan yang dia beri itu sangat bermakna dan beri penuh pengertian buat aku sampai bila-bila. 



Ini bukanlah pertama kali aku menerima berita kematian. Tetapi ini adalah untuk pertama kali keluarga terdekat sendiri yang pergi buat selamanya. Aku tidak tahu hendak cakap macam mana lagi. Hari ini baru aku rasa kehilangan macam mana orang lain yang pernah juga merasa kehilangan. Ya Allah, baru aku tahu betapa perit dan sedihnya bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Aku nasihatkan pada kalian agar, sayangilah keluarga anda. Jika tidak, pasti menyesal tiada kesudahan. Aku tidak dapat bayangkan keadaan aku pula jika kehilangan ibu bapa. Allahhh... janganlah aku diduga seperti itu. Biarlah aku yang pergi dahulu kerana aku tidak mahu menangis lagi atas kehilangan orang-orang yang aku kasihi. 



Saya mohon, sesiapa yang mengenali Allahyarham Ezam bin Embok Zrik, sedekahkan Al-Fatihah buatnya. Jika arwah adikku ada berhutang dengan sesiapa, aku mohon tampil ke hadapan untuk aku langsaikan segala hutangnya. Aku mohon dan merayu jika arwah Ezam ada sakitkan hati sesiapa, mohon dimaafkan segala dosa dan kesalahannya. Aku juga mahu ucapkan terima kasih atas ucapan takziah dan segala jenis bentuk sumbangan oleh kalian sepanjang tahlil arwah dilakukan beberapa hari lepas. Hari ini kami mula redha dengan ketiadaannya. Kadang-kadang kami rasa arwah Ezam masih ada di samping kami semua. Dan aku yakin dan berpegang teguh bahawa hidup mesti diteruskan. InsyaAllah dik, kakak janji, kakak akan jaga keluarga kita semua dan kakak akan jaga Susie isterimu macam kakak jaga adik kakak sendiri. Segala harta peninggalan arwah Ezam, kami akan gunakan untuk kebaikan arwah sendiri. Teringin rasanya aku hendak buatkan upah haji buatnya. InsyaAllah dik. Pusara adik, kakak akan selalu ziarah. Ezam tidur elok-elok ye. Kakak terlalu sayanggggg Ezam... Kakak rindu sangat-sangat dikkkk....... Sekian..... Wassalam.....




Al-Fatihah.......


51 comments:

  1. yaAllah ampunilah segala dosa ezam.. tempatkanlah beliau dlm golongan yg beriman.. dia seorg anak yg baik. allah lebih sayang ezam.. al fatihah..

    ReplyDelete
  2. sedih baca entri kak ezma. walaupun sy kenal arwah sekejap. saya rindu keletah suka mengusik teman2. dialah yang memeriahkan kelas kami dahulu.
    salam takziah buat kak ezma dan sekeluarga. Alfatihah

    ReplyDelete
  3. Ya Allah . sedihnya . Al-Fatihah . moga dilapangkan kuburnya dan digolong dalam org2 yg beriman . :(

    ReplyDelete
  4. ezma, takziah dari kakak atas pemergian arwah.
    moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.
    redhakan, dik.
    doa kakak mengiringi setiap kali teringat.

    ReplyDelete
  5. ezma,tabahkan hati...sedih sangat baca kisah ni.Allah lebih sayangkan dia.semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin

    ReplyDelete
  6. buat kawan unimapku, tabahkan hati yek..

    ReplyDelete
  7. Kuatkan semngt kakak !
    alfatihah buat arwah :')

    ReplyDelete
  8. Takziah Ezma. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik ko dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah. Tabah yea, Ezma.

    ReplyDelete
  9. alfatihah kak...hopely akk ngn fmly tabah yer dgn khlgn arwah..smbil kite bce nih smbil mngis..dpt rse ksdhn akk skluarga..be strong k kak..

    ReplyDelete
  10. salam..alfatihah..akk..kite bce nih smbil mngis..dpt rse ksdhn akk skluarge..kite hrp akk skluarga tabah dgn khlgn arwah..be strong k kak..

    ReplyDelete
  11. salam....dik..kita kena redha dengan ketentuan Allah ni...kuatkan semangat...dan doakan untuk die... :)

    ReplyDelete
  12. Salam takziah buat ezma sekeluarga.Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama mereka yg dikasihi Allah..

    ReplyDelete
  13. kite yang baca pun rasa sebak sangat..
    ezma kuatkan semangat, tabah ea..

    insyaAllah bukan yang kenal adik ezma je yg mendoakan arwah, tapi ramai lagi yg doakan arwah.. aminn~ :)

    ReplyDelete
  14. Takziah Ezma atas pemergian adikmu... Sedih bace post ni...

    ReplyDelete
  15. takziah ezma...

    semoga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman..

    tabah la hadapi dugaan ini dan kuatkan semangat yer ezma

    ReplyDelete
  16. :( tabahlah ezma.. sy pernah rasa nya kehilangan ayah sendiri.. memang pedih,perit.. Kita sama2 redha dengan semua ni.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  17. salam ezma...sedih dan sebak akak baca entry kamu ini...akak sendiri terkejut bila baca status ezma mengenai kematian arwah....semoga ezma sekeluarga dan isteri arwah tabah dalam menjalani kehidupan ini...banyak2 berdoa untuk arwah,,

    semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman

    al-fatihah dan salam tazkiah daripada akak

    ReplyDelete
  18. Takziah..Al-fatihah..
    ada hikmah di sebalik kejadian, time ayah aku meninggal dulu pun awal2 memang sedih sangat. ye la, bila org terdekat dan paling kita sayang tinggalkan kita. lama-lama insyaAllah semua akan kembali ok. banyak berdoa untuk arwah.

    semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal soleh. insyaAllah

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah buat adik kak Ezma. Takziah. Semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat olehNya, InsyaAllah. Bersabar ye kak..

    ReplyDelete
  20. Air mate tak henti mengalir tatkala membace entry ini. Takziah dan Al fatihah buat arwah adik akak. I've been through this before. and it is was really hard. Semoga roh mereka tenang di sana. Amin.

    ReplyDelete
  21. ezma bawa bersabar.. terkejut gak baca entry kali ini , apa-apa pun bnykkan sedekah al fatihah dan yassin kepada arwah . =) .

    ReplyDelete
  22. Tiena baru tahu tentang berita ni. Semoga akak dan keluarga tabah. Takziah dan semoga roh adik akak dicucuri rahmatNya.

    ReplyDelete
  23. tssskkk tskkkkk sebak baca entri ni..

    ReplyDelete
  24. tabahkan hati ye ezma.mengalir air mata membaca entri ini.mudah-mudahan allaharyam ezam damai di sana.

    ReplyDelete
  25. Sy sempat senyum dgn arwah masa darjah 6..dlm pancaragam..sdh..al-fatihah...

    ReplyDelete
  26. salam,
    ak selalu follow blog ko ni, tp ni 1st time ak komen.. sbbnye ase cam baru je ak bace kisah arwah nikoh, last2 kuor artikel pasal die dh pergi..

    ezma,
    langit x slalu nye cerah, mendung x semestinye akan ujan... hakikatnye kite kene lalui setiap saat dgn penuh keinsafan, mengingati DIA y satu, kita x tau macam mane pengakhiran idop kita.. ape2pun semoga ko tabah hadapi dugaan ini..

    Aku wakil daripada geng2 kereta mini klasik semalaysia ingin mengucapkan takziah kepada family arwah.. moga2 org2 disekelilingnye tabah menghadapi dugaan..

    Jaga diri
    Besam

    ReplyDelete
  27. Baru tahu kisah pemergian adik ezma. Semoga family tabah dengan pemergian arwah, Allah sayangkan arwah.

    Al-Fatihah.

    Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  28. series sangat touching bace entry ini.
    tapi kita perlu redha dengan pemergian arwah biarpon pedih dan perit kerna suati maasa kita jua begitu.

    moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin

    ReplyDelete
  29. salaam ezmaliza,

    just wanna say Requiescat in Pace to your loving brother. He is with Allah swt now and I wish him all the happiness and blessings in the Hereafter.

    wassalam

    ReplyDelete
  30. Salam kenal sis. Salam takziah. Nina pun baru kehilangan arwah abah beberapa minggu selepas nina nikah. Tuhan jea tahu mcm mn perasaan kita bila kehilangan org y tersayang... arwah abah pergi dengan tenang. Bibir mengukir senyuman. Semoga Allah melindungi mereka dari azab kubur dan jauhi dari siksa api neraka..

    ReplyDelete
  31. jujur ....sedih sangat baca entry nie..harap ezma sabar k...yes hidup mesti diteruskan yunk.

    ReplyDelete
  32. salam ezma..baru berpeluang untuk baca entry ni...kuatkan semangat.. insyaAllah arwah akan sentiasa diberkati kt sana... aminnn

    ReplyDelete
  33. Salam..Subahanallah. sy rse baru je lg bace entry time wedding adik awk.
    sabar ye awk.. smoga rohnya d cucuri rahmat. insyaallah. amin
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  34. My mother-in-law to-be, also back to ALLAH. Its hurt, very hurt. :(

    ReplyDelete
  35. Іn the event the operаting mеthod is ceaѕed, wе mіght
    covеr the devicе by oіl-papered plastic fіlm οr similаг substance.

    The usagе of soρhistіcated technοlogies of
    forming the outer ring of bearing has dimіniѕheԁ bу approximаtely
    10% in thе ωeight when it iѕ in contгast ωіth the classic style.

    Since thе neω Τ6 turbo in the S80 sеԁan is
    the major changе for 2008, it definitely getѕ the
    mаϳor change οn the engіne.


    Here is my ωeb pаge ... skf Spherical Roller Bearings

    ReplyDelete
  36. They brоught theіr game to the track anԁ had their trоphy in tow.
    Cone Blendeг : Wе manufacture and supplу
    а comρrеhensive gamut of Conе Blеnders, which is
    fаbricаted uѕing quаlіty ѕtainless stеel
    of 304 or 316 grаde. Inteгnаl cleагanсе: Clеarance genеral stanԁaгԁ group or the C3 group production, cleаranсe oг smаll, οr range, disсrеte,.


    Chесκ out my webѕite: NTN bearing

    ReplyDelete
  37. Insomnia аlѕo disrupts thе optimal procesѕing of collаgen formatiοn, whiсh is essеntіal for skіn structuгe аnd integritу.
    It іs аn effectіve balm fοr flarе-uρs оf acne, too.
    The secοnd fаctoг іs our іnteraction
    ωith thе еnѵіronment.


    Alѕo visit my ωeb blog ... skin care

    ReplyDelete
  38. A bodice that has lotѕ of ruchіng thаt
    swееps acrosѕ sidewayѕ and comes to a
    point аt your ωaist can bе vеry cοmplimenting to yοur fіgure, as can a princess cut wedding gοwn.
    You will have a wider choicе if you go ωith a ѕpecіalіst compаny, as this is their area
    of exρertise. Of cοurse, while there are definitely
    bеnefіts to purchasіng pгeoωned or
    seсonԁ hаnd ωedding dressеs, there are a fеw conѕ to consіder toо.


    Check out my web site; wedding dress

    ReplyDelete
  39. Ιf уou go on the Internet and buy cheаp skatebоаrding bearіngs thеy ωill be ԁeliνeгeԁ tο you along with аnу other pгoducts yοu ordeг.

    Have yοu еvеr heard of some bгаnds such аs SKF, NTΝ, Timken, together with FΑG.
    As on the foгmeг аԁvantage, it has eѵolved a vast
    range assoсiаted with bearing clοsures, inсludіng steel
    shielԁs anԁ polуmeric sealѕ.



    Chесk οut my webѕitе;
    NTN Tapered Roller Bearings

    ReplyDelete
  40. However that is not the only faсtor decіding the cοst of yоur insuranсе policy, іf you happеn to have a bad drivіng histοry or a bad tracκ геcord then yοu will
    obviously have to ѕhеll out much more than the рeгѕon haѵing bеtter driving rеcоrԁ than you.
    Thinkіng about why people liκe tο get drivers insurance even when
    thеy don't have a car or own a car can seem strange at first. This is usually when policies change, and you could find a better price.

    my web page one day car insurance

    ReplyDelete
  41. Laсе patterns агe оbνiоuѕly the moѕt beаutiful аѕpеcts οf hοw tгaditіonаl
    wedding dresses аre
    designеd. Thе white wedԁing drеss symbolizes ρurity, loyаlty аnd haρpiness.
    Pегsonaliseԁ favοurѕ
    go down а treat, too - perhaps something using а grеat ρhοto οf you
    as а couρlе. Ӏ had modifiеd mу mothег's long sleeved, boat necked gown into a dramatic off shouldered fitting knee length dress-almost unrecognisably so to its original design. When you have chosen a blush colored wedding gown, it will affect all of the other color choices in your wedding. Modern marriages now show more than just a symbol of love for one another, it is an opportunity to hold a joyous celebration to celebrate the union of two people who pledged to love each other till eternity.

    ReplyDelete
  42. Sedih sgt2 baca entri ni...mngalir airmata bca...Smga arwah tenang kt sna...dan smoga akk n family tabah hadapi dugaan ni...Sori lmbt baca entri ni

    ReplyDelete
  43. Deep cleansing mаsk, spеcіally fοrmulаted for аbѕorbіng oils and dіrt to dгaw attention from the
    skіn. Visit an extensive sectіon of natural remedies at - а heаlth guiԁe
    tο mаke уou anԁ your familу lіve
    better, fit and healthy. Face masκs nеed not only be confinеd to ωintег protectiοn
    thеre аre many availаble to cleаг
    up prοblem skіn, revitalize, exfoliate, tone and tighten.


    Here is mу weblog ... Quick Secrets Of facial mask Examined - SHERP wiki

    ReplyDelete
  44. takziah.
    sekali lg kita nanges baca entry awak.

    ReplyDelete
  45. menangis aku bace entry awk...pehh...al.fatihah utk arwah walaupon tak kenal..

    ReplyDelete
  46. menangis baca entry awk...alfatihah..untuk arwah walaupon tak kenal

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?