~you are my bestest buddies~

Pets : Ciko & Cici the Rabbits


Assalamualaikum and Hello Readers.

Since 1 April yang lepas, genap 5 tahun perkenalan antara aku dengan Faiz. Zaman bercinta sejak dari bangku matrikulasi tuuu... Jadi, baru-baru ni Faiz belikan 2 ekor arnab untuk aku. Aku namakan dia Ciko untuk arnab jantan, Cici pulak untuk arnab betina. Tapikan, entahlah sebagai hadiah ke hape. Aku tanya dia, "Awak beli ni sebab nak pujuk saya ke apa?". "Pon iye jugak!", dia jawab.  Hahahaha =D Takde benda lain dia nak beli masa aku merajuk. Lepas ni aku merajuk agaknya lembu pulak dia suruh aku bela. 



Tapi aku suka! Sebab dulu dia janji nak belikan hamster. Tapi masa zaman study, duit untuk diri sendiri pon tak cukup, inikan pulak nak beli hamster. Bila fikirkan balik, hamster aku dah pernah bela dulu. Seekor tu mati sebab dah sampai ajal. Sekor lagi pulak hilang entah ke mana. Tapi kalau bela hamster ni, payah sikit sebab bau dia busuk yang amat. Berbeza dengan arnab taw. Sejak aku bela beberapa hari ni, arnab ni tidaklah busuk mana. Aku letak kat dapur rumah je. Tapi kene rajin bersihkan la sisa kumuhan dia.



Masa hari pertama Faiz bagi arnab ni pada aku, kami sama-sama pergi carikan rumah dia. Haaa... baru sekaranglah aku terhegeh-hegeh Google segala petshop yang ada sekitar Ampang. Banyak tu memang banyak. Tapi entah kat mana tempatnya aku pon tak tahu. Sangkar sebesar 2 kaki ni kami beli di Pandan Indah. Aku fikirkan harganya mesti mahal gila beratus-ratus. Laaa.. murah je. Sangkar biasa macam ni memang murah. Nak sangkar yang beratus-ratus ringgit tu, bertingkat-tingkatlah pulak. Takpelah, disebabkan Ciko & Cici ni masih kecil, beli sajalah sangkar yang sesuai dengan saiz mereka. 



Sebelum aku pergi office dan sebelum aku masuk tidur, aku akan bersihkan sangkar Ciko & Cici ni. MasyaAllah, arnab ni kalau poo-poo taknak banyak pulak kan. Tapi takpa, najis mereka ni tak berbau busuk pulak. Eh, entahlah. Takkanlah najis takde bau busuk. Ke hidung aku yang tersumbat? Cuma kencing arnab je berbau sikit. Tapi masih boleh terima lagi. Takdelah hancing gila macam kencing manusia. Hahaha =D Bila aku perhatikan, sambil makan pon Cici & Ciko ni boleh poo-poo taw! Najis arnab ni bersifat kering dan bersaiz kecil seperti kacang hijau. 


Kalau arnab kencing pula, akan kencing di satu tempat sahaja. Di mana pertama kali dia kencing, di situ lah dia akan kencing sampai bila-bila. Jadi, pada hemat aku, arnab juga adalah haiwan yang bijak dan mudah untuk "Litter Train". Tapi Cici & Ciko suka kencing ke dinding dapur rumah. So, aku akan letak kotak dan surat khabar di tepi dinding tempat Cici & Ciko suka kencing. Tapi lama kelamaan kotak basah dan aku nak kene cari kotak lain. Leceh. Setelah puas aku cari jalan untuk elakkan arnab kencing bersepah, aku terjumpa satu alternatif lain. Aku jumpa satu iklan orang jual pelapik najis arnab di Mudah.my. Apa lagi, aku pon deal dengan orang tu untuk beli pelapik ni esok. Yang pasti, aku takkan susah lagi nak bersihkan sangkar arnab dengan adanya benda ni.






Sejak aku membela rabbits ni, macam-macam benda aku Google mengenai rabbit. Salah satunya, rabbit bukanlah haiwan macam kucing dan anjing yang perlu dimandikan selalu. Melainkan rabbit terlalu kotor, hanya perlu bersihkan tempat yang kotor sahaja. Tapi dalam Youtube aku tengok ada banyak je rabbit yang okay bila mandi. So, aku nekad untuk mandikan Cici & Ciko. Sebab dah 2 minggu tak mandi. Gigih jugaklah aku pergi beli hair dryer kat Mydin Jalan Masjid India tu. Nasib baiklah murah je. Maklumlah, aku tak pakai hair dryer pon untuk keringkan rambut. Semalam masa mandikan Cici & Ciko, punyalah menggelupur dia bila letak dalam besen berisi air sabun. Aku pulak yang menggelabah. Dah kenapa pulak rabbit aku ni? Takut air ke apa? Ke sebab terkejut mandi air sejuk? Jadi, lepas tu aku siram-siram je dengan air sabun. 



Dekat sejam jugak aku keringkan bulu-bulu Cici & Ciko ni. Tapi yang pasti rabbits ni suka sebab dia duduk diam je masa aku halakan hair dryer tu. Ye laaa... mereka darah panas. Bila dah kering, aku cium sikit. Pehh, bau stroberi la Cici & Ciko! Bulu dia jadi lembut gila. Barulah aku nampak bersih sikit. Hmm, nampak gayanya seminggu sekali atau dua minggu sekali aku akan train pulak rabbit supaya tak takut mandi. Kau nak jadi kambing ke hape tak mandi haaa?? 



Jadi, aku makin sayang pada mereka dua ekor ni. Manja gila bila aku gosok-gosok kepala dia. Seriously hilang stress aku balik-balik kerja, lepas tu main dengan rabbit. Paling aku suka bila rabbit ni berdiri dengan dua kaki. Ahh, comel gila. Macam meninjau sesuatu yang tak dapat dilihat. Hahaha =D Kadang-kadang tu, dia akan terlompat-lompat sebab makanan dia aku sediakan banyak! Mesti dalam hati, "Inilah syurga makananku!". Ciko & Cici akan berlari-lari lepas tu dia terus landing baik punya atas jubin yang aku letak. Suka lettew rasa sesejuk jubin tu. 



Bagaimanapun, pemakanan arnab pon perlu dijaga. Arnab juga mempunyai diet tersendiri untuk elakkan obesiti. "Eh, kalau gemuk lagi comel!". Betul. Memang comel. Tapi tulang arnab ni mudah patah bila dia tak mampu nak tampung berat badan sendiri. Jadi, ini menyebabkan kematian sering berlaku pada arnab yang obesiti. Dulu, masa kat sekolah aku belajar arnab makan carrot. Tapi dalam Google, carrot tidak boleh diberi terlalu banyak. Cukup sekadar ala-ala snek sahaja. 



Haaa..inilah makanan terbaik untuk si arnab. Alfalfa Hay namanya. Hay adalah sejenis rumput kering mengandungi zat yang baik untuk arnab. Hay haruslah diberi tanpa had kepada arnab. Ibarat hay ni macam nasi kepada manusia kot. Kiranya macam makanan ruji arnab laaa... No wonder Cici & Ciko pon suka dengan Hay ni sebab bau dia pon sedap. Memang mampu menaikkan selera sang arnab untuk makan. 


Macam inilah rupa hay tersebut. Daunnya panjang-panjang. Jadi untuk elakkan Cici & Ciko tercekik, aku gunting rumput-rumput menjadi pendek. Eleh, takkan tercekik punya. Arnab mesti pandai makan slow-slow. Tapi aku saja buat macam tu sebab hay ni selalu jatuh alas lantai. So, aku taknak la membazir. Lagipun aku nak memudahkan arnab ni mengunyah. Takdelah dia mengah nak kunyah rumput panjang-panjang. Hahahaha =D



Ni pulak bijiran arnab. Ada kuaci, jagung, sayuran dan macam-macam lagi. Aku tengok pon dah macam Nestle Cornflakes dah. Ini aku beli kat Tesco. Kat petshop aku tak nampak dorang jual. Tapi Ciko & Cici memang suka la benda ni. Laju dorang menerpa kalau aku refill makanan dia yang ni. Jadi, bila ada benda ni, aku tak perlu lagi beri dia carrot atau treats lain untuk dia makan. 



Yang ini pula namanya Pellets. Kandungan protein dalam pellets ni memang tinggi. Jadi, pemberian pellet kepada arnab haruslah dihadkan. Kalau berlebihan, bimbang arnab akan mudah cirit birit. Tapi pellet ni pon memang Cici & Ciko kurang berminat. Entahlah kenapa. Tak sedap ke? Mungkin nampak tidak menarik kot. Hahaha =D Tapi pellet ni perlu juga diberi setiap hari dalam kuantiti yang sedikit untuk keseimbangan diet harian arnab. 



Dan yang ini adalah Vitamin untuk Cici & Ciko. Sejak aku letak vitamin ni dalam minuman, Ciko & Cici ni suka gila minum air. Mungkin rasa sedap. Setiap 30ml perlu letak 4 penutup vitamin. Vitamin ini membantu arnab atau hamster untuk terus cergas dan menghalang penyakit seperti kurap dan cirit birit. Tapi memang aku nampak bezanya sejak bagi vitamin ni. Sebelum ni, Cici si betina nampak lembik. Tapi satu hari dia minum vitamin ni, dia cergas dan mampu berlari macam Ciko. 


Lepas ni, aku nak carikan nail clipper pulak untuk arnab. Nak potong kuku arnab pon kena berhati-hati sebab dalam kuku dia ada saluran darah. Haihhh, macam mana pulak aku nak belajar potong kuku arnab nanti ni. Ini penting untuk elakkan arnab mencakar tuan. Hahaha =D 

Dan, aku dalam proses untuk buat penyelidikan mengenai pemandulan rabbit. Katanya kalau sekali rabbit beranak, mahu cecah 12 ekor anaknya. Siapa nak bela sampai 12 ekor? =(  Tak mampu aku. Dan yang bagusnya, bau kencing arnab juga akan kurang busuk apabila sudah dimandulkan. 





p/s: orang kata, jika kita bela haiwan, 
dia akan membawa rezeki 
masuk dalam rumah. aminnnn =)

4 comments:

  1. abg ika pon suka pelihara arnab . dh banyak arnab kat rumah ika . hahaha

    ReplyDelete
  2. dpt lembu pun bagus,pastu jd petani berjaya..kaya wooo..haha.

    ReplyDelete
  3. waaa rajin nye jage rabbit.ely x pernah bela rabbit.hamster prnah tapi xlame mati plak.maybe xpndai jage huhu

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?