
.hari ini, jika panjang lagi jodoh kami, hubungan ini genap 2 tahun.
.1 April 2008 di KMJ, menjadi saksi untuk segalanya.
.apabila di campur, di tolak, di darab dan di bahagi, hati ini nak berkata, "cukup ke 2 tahun ni?".
.gaduh je dah berbulan2.
.memamg tidak di nafikan, aku dan dia selalu bergaduh.
.seolah-olah dah jadi hobi sampingan untuk tiap-tiap minggu.
.orang kata, umur kami sebaya, itu yang cepat panas.
.ada jugak yang kata, muka kami SAMA, pasti ada JODOH.
.benarkah?.
.hakikatnya, aku jauh dengan dye.
.hati aku mudah merajuk apabila perasaan aku tersentuh.
.pantang ada silap sikit, mudah sungguh aku meradang.
.kadang-kadang aku kasihan.
.kadang-kadang aku menyampah.
.kadang-kadang aku geram.
.dye seperti tidak faham.
.aku cuma seorang perempuan.
.hati dan perasaan aku mudah berkecai.
.sudah banyak perkara yang aku lalui bersamanya.
.sudah banyak tempat jugak aku pergi bersamanya.
.sudah banyak masa juga aku luangkan bersamanya.
.sudah banyak wang turut aku habis bersamanya.
.tapi, pernah aku ambil kira itu semua?.
.ada suka dan duka di kala aku dengannya.
.cuma aku mengharapkan dye sentiasa mendapatkan yang terbaik dalam dirinya.
.sudah tentu bukan aku.
.kerna, aku belum cukup terbaik untuk dye.
.seharusnya dye mendapat lebih dari itu.
.untuk itu, di hari yang bersejarah ini, aku kenangkan semula lakaran kita.
.foto-foto yang menjadi tatapan aku di kala kerinduan.
.andai memori ini masih dalam ingatan kamu, aku sungguh bahagia.
.andai ada jodoh di antara kita, ALLAH akan temukan kita di suatu hari kelak.
.AMIN.
foto ini sudah genap usianya 2 tahun. pada waktu inilah kami declare as a couple. mulanya, aku kurang percaya kerana takut di permainkan. maklumlah, masa tu AprilFool.
foto ini pula merupakan dating kami yang pertama kali. waktu ini kami masih malu-malu. segan silu. makan pon tak habis. cakap pon langsung tak dengar. tapi sekarang? ya ampunn..! :)
kombinasi dua foto ini pulak adalah semasa Hari Raya Aidilfitri 2009. dye MMS gambarnya di pagi raya. sumpah aku terkejut sebab warna bajunya kebetulan sama seperti aku. waktu ini aku di kampung Negeri Sembilan. hmm.. kebetulan pulak ye. :).bukan tiada lagi gambar kami, cuma cukuplah sampai di sini sahaja.
.tidak mahu membazir air mata.
.andai dye membaca dedikasi ini.
~AP 2DNIESR~
*thank you sooo much on what you have done for the rest of my life*
notakaki: jiwang tak aku? :P meleleh air mata aku taw! :(


