~you are my bestest buddies~

Showing posts with label bowling. Show all posts
Showing posts with label bowling. Show all posts

Aku memang selalu kalah. Tak pernah nak menang! GRRRR!! Kecewa la macam nie!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Walaupun hari ni merupakan hari kedua bagi bulan January, ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2011. Terlambat ke aku? Ahh, pedulik apa. Janji aku update entry ni. :P Agak-agak masih belum terlambat kan untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua readers and followers blog ni. May all your wish will come true. :)


fresh orange is good for you dear


Selalunya malam tahun baru kalau aku kat KL, aku akan keluar dengan family pergi tengok bunga api. Tapi rasanya dah bertahun-tahun aku tak dapat berada di KL setiap kali Tahun Baru. sebab aku ada kat Matrik lahhh, kat Perlis lahh.. Itu lahh.. Ini lahhh!! Geram lak aku! Tapi tahun 2011 ni, aku keluar hang out dengan kawan-kawan. Main bowling!! Yeay!! Masih bersyukur sebab Perlis ni ada jugak lah tempat nak main bowling walaupun takde wayang and McD! Huh! Takpe-takpe! Kira okey la tu kan? Daripada takde langsung kan? Ye tak? :P


register nama nak main bowling

Haaa.. Ini kakak aku. Eh, bukan! Kawan aku kat kuliah yang sama-sama giler macam aku jugak! Ili mane? Ouh, dia takde. Balik rumah sambut new year dengan family konon-kononnya. Hahaha.. :))) Best kan kalau ada kawan yang sama kepala dengan kita. Kalau tak sama, susah nak together-gether lah. Bila sama otak, semua benda best kalau buat join sama-sama. Nak shopping ke, nak tengok wayang ke, nak main bowling ke, nak pergi makan ke. Eh, semua-semua lah! So, ini adalah Kak Neny Kartini yang hebat gila. Semua benda dia power lah! Subjek-subjek elektrik, tanya saje pada beliau. *puji lebih-lebih ni ada makne taw ni kak oii..



Macam biasa, aku kan gila kamera. Pantang nampak, posing maut tak boleh blahh! Actually, kami sedang menunggu turn untuk main bowling. Guess what peeps! This is my first time jejak kaki kat sini. Paling hairan, bowling kat sini takde tempat nak tulis nama pemain bowling tu. Terkejut jugak. "Eh, kat mana nak taip nama kita semua ni?" Rupa-rupanya kene tulis nama masing-masing kat kaunter then dia akan appear sendiri kat screen atas tu. Ya ampun!! Sadis gile. Eh, tapi takpe. Bersyukur la Ezma oii. Ada lagi ke tempat lain nak enjoy? Kalau keluar pergi Alor Star, mesti jalan jem di tahun baru ni. Betul jugak eh. Hmmmm.... kita layankan ajer...



Let's pose before the game. Bowling ni bukan game aku la. Orang yang pertama ajar aku main bowling adalah my best friend masa kat SEMASHUR dulu, Hani Fadzuin. Memang family bowling budak kecik ni. Wajah dia yang sangat cute tu pernah masuk paper sebab menang Pertandingan Bowling masa kat sekolah dulu. Sudah-sudah! Memuji orang pandai lah ko Ezma! :PP Ermmm...



Ok, first game macam biasalah. Mestilah ke longkang jawabnya semua bola bowling tu. Argghh!! Tension aku! Tengok je lah pic atas tu. Terang tang-tang nampak bola tu ke longkang. Satu pin pon tak jatuh. Ceyh! Hahaha.. :D Dah lah aku yang ajak main bowling. Aku yang kecundang. Hahaha... :)))) Kawan-kawan aku yang lain memang hebat lah! Kadang-kadang aku rasa hairan macam mana lah mereka ni boleh hebat main bowling? Kat rumah diorang ni aku rasa ada lane bowling sorang sebijik agaknya.Haishhh...!! Aku nak jugak la macam ni...... Lihat muka tension aku kat bawah ni! Sumpah paling buruk di abad ini. :)))))))



"Haishhhh!! Asyik-asyik dorang jer menang! Bila la turn aku?!!," sambil buat muka tensi seperti di atas. Ahahahhaa.... Aku tak kesah pon kalau nak tepek muka aku yang tengah buat 'muka' kot. [ayat aku pening kan?] I am not type of girl 'cover cun' like that oke! I mean nak letak semua pic yang cover cun aje. No way la.... Hahaha.. :))) Continue back of the story lah..hehe.. :P Aku tension abes la dengan kawan-kawan ni. Point bowling diorang dah makin tinggi dah ni. Aku jugak ketinggalan. Kejor yop kejor!! :)))





Akhirnya, nampak tak kronologi gambar ni? Goaaaaallllllllll!!!! Eh, goal pulak! Strike!!!! Yeahhh!! Buat pertama kalinya aku berjaya menjatuhkan pin bowling semua tu. Tapi untuk kali tu je lah. Yang lain hampeh! Ciput-ciput jer pin yang jatuh. Hahahaha... :)))) Time tu punyelah seronok! Yelah..mane taknye.. Orang first time dapat strike kan? Melompat macam beruk dapat bunga lah! Beruk kalau dapat bunga, dia melompat ke? Nanti aku nak buat eksperimen lah. Pergi Zoo Negara, bawak bunga then bagi kat beruk. Agak-agak dia melompat tak? Kalau betul, maknanya betul lah pepatah Melayu ni kan.. :)))


aku berjalan dengan poyo dan selambe badaknya





Itu sahajalah cara aku sambut Tahun Baru 2011 lately. Tak sempat nak tengok bunga api pon. Kiciwa gua taw! Anyway, azam tahun 2010 untuk mendapatkan DSLR sendiri dah tercapai. It was a Nikon D5000!! Alhamdulillah.... Apa pulak azam baru untuk tahun 2011?? Azam aku tahun ni, hendak beli Speedlite Nikon yang baru. Sure koleksi gambar-gambar aku makin meletop wowwww bila guna speedlite ni nanti. Doakan ya. Hehehe... :))) So, apa azam baru kawan-kawan aku kat luar sana? Teringin gak aku nak tahu. Mane lah tahu ada yang pelik-pelik ke? By the way, may all your wish come true ya. Love you readers! :)


p/s: azam baru yang ni kene tulis sekecik mgkin.
aku nak meningkat kualiti solat aku.
hehe.. :) insyaALLAH :)