Assalamualaikum! hye readers! hari ni hari pertama bulan Zulkaedah. tak tau nak cakap macam mana. semalam hari terakhir bulan dalam bulan Syawal merupakan hari paling gembira buat aku. kenapa?? ianya seolah-olah mendapat keberkatan terakhir dalam bulan Syawal untuk aku memohon keampunan dan kemaafan aku pada sahabat-sahabat yang sekian lama aku tak bermesra.. bercakap.. bergurau senda..
segalanya terluah malam semalam. sumpah! aku tidak akan lupa kejadian malam tadi. bercucuran air mata aku pada seorang sahabat yang selama ini aku pandang serong. aku pandang dengan penuh rasa dosa. tetapi dek akibat terlampau mendengar kata-kata hasutan orang, aku turut memandang dia sebelah mata. memang tidak patut untuk aku ceritakan siapa. biarlah kekal abadi di alam maya untuk tatapan anak dan cucu aku kelak.

malam tadi, aku bertindak untuk terus bersemuka padanya. sebab aku dah tak sanggup lagi nak menahan segala kesedihan dan kemarahan atas perbuatan sahabat aku ni. segala-galanya terjawab apabila aku mengetahui dia tidak mengenali aku dengan sebaiknya. hanya mendengar kata-kata orang. ya !! situasi ini sama seperti aku. YA ALLAH!! Kau menjadi saksi kejadian malam tadi ya ALLAH.. betapa aku bersyukur padaMu!!
aku tak mahu lagi menanggung beban dosa terhadap sahabat aku sendiri. dan disebabkan itu aku ingin berterus terang padanya. betapa mulianya hati beliau sebab sanggup memaafkan kesalahan aku. alhamdulillah....kemaafan adalah dendam yang paling indah!! malam tadi adalah malam paling membahagiakan aku. kawan-kawan aku telah bersatu kembali. yang dahulu berkelahi, telah bercakap sesama sendiri semula. yang dahulu menyimpan dendam, telah terurai segalanya. berterima kasih aku tidak terhingga pada kawan-kawanku yang lain kerana sudi memberi kekuatan padaku untuk bersemuka dan memohon kemaafan pada gadis ini.

hari ini aku kenal siapa kawan-kawan aku. hari ini aku makin sayang kawan-kawan aku. hari ini jugak aku makin kenal erti persahabatan. dan mulai hari ini, aku tak mahu kehilangan kawan-kawan aku. tanpa mereka, aku tidak kuat untuk terus hidup di tempat aku menimba ilmu kini. maafkan aku.......................

pikah, aku mintak maaf pada kau pikah. selama ni, aku sangkakan kau yang buat macam ni pada aku. aku terlalu mendengar kata buruk orang. yang baik aku tolak jauh-jauh. pikah, aku dengan ILI memohon maaf pada kau. aku tak sangka kau begitu baik dan sudi memaafkan kami berdua. kalaulah aku kenal kau dari dulu lagi, silap-silap haribulan mesti lagi seronok. kita mempunyai minat yang sama. macam-macam!! tapi, aku silap pandang kau, sayang. maafkan aku. aku berharap hubungan baik aku dan kau kekal sampai bila-bila! pikah, aku ni jenis orang yang sayang kawan taw. kalau kau kene maki atau kene kutuk, carik aku taw. biar aku maki dia balik. hehe.. :)