Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Yes! Seperti title entry di atas. Aku suka buat kerja gila. Tapi aku tak gila taw. HAHA.. :D Ini merupakan satu lagi entry yang panjang cecah lantai sebab penuh dengan gambar sahaja. Aku bosan sebenarnya. So, ajak ILI pergi shoot sama-sama. Syok ape!! :) Sooo, jom layan!
Tempat ni kat Kuala Perlis ajer. Haaa... sapa kata Perlis takde apa-apa? Walaupun bukan negeri yang besar, Perlis masih mengekalkan suasana aman damai dan kehijauan.
Nasib baik lah ada tempat nak landing kat sini. Kalau atas jalan raya, tak nak aku landing. HAHAHA.. :D Daun-daun kering dari pokok ape pon aku tak tau name dye. Tapi bila kering, nampak sangat artistik! :))
Kalau malas nak letak caption boleh tak?? Selalunya orang bukan suka baca pon kan?? Orang lebih suka tengok gambar dari membaca. Termasuklah aku kadang-kadang. Hahaha... :D
Letak la sikit caption eh. Kang kosong sangat orang condemn pulak kan? :D By the way, candid ni aku suka sangat. Habis baju aku melekat dek kerana daun-daun kering tu. Tajam sikit. Auchh!! :PP
Rantai ni merupakan rantai fevret aku taw! Sweet and simple. Murah jer oke! Aku beli kat Arau. Tersangatlah murah dan kadang-kadang aku rasa tak setimpal dengan ke'sweet'an dia. RM5 jer oke. Tak perlu beli mahal-mahal. Aku student lagi. Eh, macam pernah dengar jer ayat ni.....!
Aku bukan mangsa fesyen. T-shirt biasa pon dah boleh pergi kuliah. Aku tak kesah pakai baju yang di beli kat pasar malam. Selalunye baju kat butik-butik yang mahal, aku tengok takdelah cantik mana. Mahalnyer gila tak ingat! Hanya gah pada jenama. Orang bukan tengok pon kain perca yang di jahit kat belakang baju kau kan? :))
Haaa... Ini bukan pose untuk majalah lucah yer. Tapi aku sendiri rasa macam lucah. Tapi mane kelucahannya?? Ado kau nampak?? Takdo!! Hahahaha... :D Oke, next!!
Tak pernah lagi rasenye dapat amik picture macam ni. Sangat teruja bila tengok balik. EZMALIZA dalam keadaan terbalik? Hahaha.. Sometimes it was sooooo funny! :))
Haaa... Cube teka aku tiru gaya siapa ni?? Cepat! Siapa dapat teka, korang memang peminat dia nombor satu. Untuk pose yang ni jer dah banyak kali aku try buat. Tapi susah gilerr!! How come dia boleh lembutkan jari jemari dia. Susah kot nak luruskan. Hahahhaaha... :))) That's why people always said that, just be yourself. And this is not me! But it was HER!! Susah nak tiru!! HEHEHE.... :D
Nampak tak kereta usang kat belakang sana? Itulah harta yang aku ada wat masa ni. Ayah bagi kereta tu untuk kemudahan aku ke kelas. Dari aku kecik lagi, dah wujud kereta tu, tapi syukur Alhamdulillah kereta tu masih berada dalam keadaan yang baik sebab ayah aku seorang yang cermat dalam menjaga harta beliau. Ada aku kesah kau pakai BMW sekalipon?? Janji aku ada. Syukur dah wehhh....
Sudah-sudah la tu... Penat dah nak posing ni. Aku bukan professional model. Juga bukan professional photographer. Seharusnya aku jadikan sampingan buat masa ni. Ini janji aku dengan mak ayah. :))
Siapa tahu ni pokok apa?? ILI kata ni pokok pain. Tapi aku google, bukan jawapannya. Aku pulak bantai kata ni pokok ru, pon bukan jugak. Salah ibu mengandungkah kalau aku tak kenal pokok?? :)))
Sedang aku dok berposing sana-sini, tiba-tiba ada 3 orang abang askar ni lalu kat kawasan ni. Aku dengan ILI dah siap berdoa gila-gila bila nampak diorang ni dari jauh. Seram kot. Takut tibe-tibe kene tembak ke hapa ke...Hahaha.. :D Tengok senapang dia jer dah buat aku rasa gerun. Kenapalah diorang lalu kat tempat-tempat macam ni kan? Ye lahh... Mereka jaga kawasan sempadan. Perlis kan dekat dengan Thailand. Aku lak photoshoot kat tepi laut. Kalau ada yang seludup masuk dadah ke, PATI ke melalui perairan kita, diorang tembak jerrr!! Zassss!! [agaknyelah, aku pon taktau betul ke tak.entah-entah dorang otw nak balik rumah!]
See!! Look at the sunset! Sooooo nice and
Ya ALLAH. Terima kasih sebab pinjamkan matahari dan bulan ni pada kami. Keindahannya tiada tandingan. KuasaMU sungguh aku kagum. KAU ciptakan matahari dan bulan bersilih ganti siang dan malam. KAU maha Adil, ya ALLAH... :) Syukur.....
Andai aku dapat capai langit nan merah, akan ku kongsi bersama dia yang tersayang. Wah! Bermadah youu!! Auww!! See! Buat kerja giler sampai senja dah ni.
Oke-oke! Saya nak balik la ni. Hahhahaa.... :D Dah senja sangat-sangat dah ni. Perempuan tak elok duduk kat luar bila dah senja ni. Motifnya apa eh?? Siapa tahu?? :))
Kamilah photographer dan kami juga lah model. Mekap dan baju semua sponsor sendiri punya badan. Tiada istilah penat dan bosan bila kerja gila ni menjadi hobi kami. Seronok dan kepuasan yang aku dapat. Sesiapa nak ajak aku pergi photoshoot sama-sama, just call me ok. Aku sendiri sedang cari model untuk aku asah bakat aku sendiri dalam bidang yang jauh menyimpang dari Communication Engineering ni..... Hmmmmmmmmm............ :))