~you are my bestest buddies~

Showing posts with label wedges. Show all posts
Showing posts with label wedges. Show all posts

~ko ada ke kasut macam ni?? haa.. takde kan??~



SALAM 1 MALAYSIA!!

wah! sejak aku dengar Naib Canselor UniMAP berucap, beliau selalu memulakan bicaranya dengan ayat ni. jadi, aku rasa macam nak ikot jugak. huhu.. :)

last two days, kak NEENA ANUAR telah menge'tag' aku untuk buat satu entry tentang kasut kegemaran you all. haa.. jaga-jaga! jap gi, aku akan tag korang pulak. huhu.. :P btw, aku pon giler kasut jugak. al-maklumlah, kata perempuan! rasa ingin jadi cantik pasti ada. huhu.. :) so far, kasut paling mahal yang pernah aku ada adalah berjenama ADIDAS, RM 2++. haha.. tak payah la mentioned harga sebenar. kakak aku yang bagi. kalau aku yang beli sendiri, aku mention aje! haha.. :D then kasut paling cikai a.k.a murah yang pernah aku ada bernilai RM10. haa.. yang ni aku statekan harga. sesuai la dengan aku yang masih belum bekerja. lain la kalau dah keje, aku hebohkan dalam blog ni yang aku beli kedai kasut. wakakka.. :D

wah! intro je dah panjang. belum masuk cerita pasal kasut lagi. oke2..! sabar2! kasut kegemaran I adelah berjenis WEDGES! eh, ada yang tak tawu nih! bukan WEDGES CHEESY yang terjual kat KFC tu ye. salah ye. sila betulkan pemahaman anda. selalunye kaum lelaki yang tak tawu. macam incikFAIZ. hahahaha... :D


incikFAIZ: awak nak hadiah ape untuk birthday awak nanti??
aku: *gulp* erk?hadiah bday?? taknak la. takpe. kiter boleh beli sendiri. [kalo dah aku beli sendiri, bukan lah hadiah birthday aku nanti]
incikFAIZ: alaa..cakap aje la. lepas ni awak balik UniMAP, tak dapat nak belikan ape2.
aku: oke2. saye nak WEDGES. boleh tak? nak 10 pasang!
incikFAIZ: wedges?? yang KFC tu ke??
aku: alahai laki aku.. *pengsan*


huhu.. dekat rumah aku ada banyak sesangat kasut berjenis ini. apa yang besh tentang WEDGES ni? aku suka sebab WEDGES ni mempunyai tapak yang luas. aku tak suka high heels. yang muncung tirus tu. alaa.. kalau pukul orang tu, boleh tercacak la kasut tu kat badan orang. aku tak suka. buat apa pakai benda2 yang menyakitkan badan aku balik. kan3?? huhu... so, WEDGES ni membuatkan aku berjalan dengan lebih stabil selain membuatkan aku konon2 lebih tinggi sikit. wah! gitu dong!! ekekeke.. :P



so, let's review apa yang aku jumpa setelah menggodek agen carian MY LOOK, aku jumpe la kasut2 yang aku suka. mari kita terjah satu persatu!!


WEDGES jenis macam ni aku cam suam2 kuku aje la. sebab hujung mulut kasut ni makin mengecik. buat jari-jemari kaki aku susah nak menggeliat. kadang2 aku rimas jugak. huhu.. tapi cantik! huhu.. :) lagi pon, permukaan bahagian tumit lebih berkonsepkan ala-ala kayu kayan.


WEDGES jenis ni pulak mempunyai bahagian tumit yang bercorak. kalau jenis macam ni, aku takut putih mata nak pakai. sebab kalau la lalu kat kawasan berlopak ke, tak ke luntur kaler corak dye?? huhu.. :P tapi yang ni pon cantik gak! hehe.. :P



haa.. kalau kasut WEDGES yang bertali-tali ni pulak, aku sukeeeee sangat! tapi you all bayangkan la kalau anda dalam kereta sudah hampir sampai ke rumah. tergesa-gesa nak balik cepat sebab nak terkucil. sampai depan rumah nak bukak pintu, kunci pulak buat hal. tengok pulak kasut yang berselirat tali camni. haa.. amik kau. silap2 you all boleh terkucil depan uma aje. haha.. agak bahaya la kasut ni. tapi yang ni poooonnnn cantik gak! aiii..sumenye cantik nih! :P



jenis kasut camni pulak, kurang sikit sestabilannya. bak kata Rizalman dalam rancangan Tangkap Muat, kasut jenis ni macam 'KAPAL TITANIC'! kah3.. :D sengal betul. tergelak2 aku tengok rancangan tu. tapi, lagi luas permukaan, bukan kah lagi kurang tekanannya. jadi, kenapa nak sakitkan kaki?? :)



perrgghh!! kasut ni kalau letak depan uma, pantang alpa sikit je, sekejap tu jugak boleh lesap dari pandangan mata. haha.. :D tengok aje la berlian2 tu. ni kalau nak jalan kat red carpet pon kene hati-hati. takot orang letak gam. mahal tuuuu!! :P tapi ni aku rasa artis2 aje kot yang pakai. perempuan yang gaji beribu setiap bulan pon taknak beli kasut ni. bukan tak berani. tapi takut tak cukup makan anak-anak.





memang you all akan nampak tinggi gila-gila lah kalau pakai kasut atas ni. dia punya tapak, mak aii.. jangan cakap la. tebal gila! dah boleh buat sampan lalu kat atas air dah. confirm tak kene air la kaki you all. tapi, kene get ready untuk basuh balik la kasut ni. sebab penuh dengan lumut2 banjir. :P





wah! kasut ni aku rasa, tikus pon boleh lalu-lalang kat bawah dia. elegan betul! tapi bukan tahap aku la nak pakai kasut macam ni. aku dah la berat. kang pakai kasut ni pergi pasar, mesti pecah tapak dia. elok-elok nak bergaya, dapat malu lak.huhu.. orang kurus dan ringan boleh la kalo tak malu. haha.. :D





haaa... last kopek! kasut macam ni yang aku suka. tali halus dan tidak menyusahkan tuan punya kaki. apa yang aku perasan, incikFAIZ suka sangat pilihkan kasut yang bertali halus ni. aku rasa agaknya bagi dye, seksi kot pakai macam ni. kaki je pon! seksi amendenyer! haha.. :D tapi kasut yang berjenis ini la yang aku buat koleksi macam kedai kasut kat umah. :P






hehe..dah tengok kan semua kasut-kasut tadi?? dah?! oke.. itu bukan kasut aku ye. aku tak bawak koleksi kasut aku kat UniMAP ni. plus, takda pon gambar2 kasut dalam lappy aku. cuma yang ada ni aja. hadiah pemberian incikFAIZ. inilah kasut yang aku suka pakai bila pergi dating. yer la. kita menghargai pemberian orang. pasti dye suka kalau lihat pemberian sendiri dipakai oleh aku. hihihi.. :)



jadi, aku mahu tag mereka yang harus tepekkan pic kasut kegemaran mereka dalam blog. jangan buat panjang2 macam aku ni. buat pendek2 aje. sebab nanti aku nak bace. lagi pon ni bukan contest. hik3.. :P oke?? mereka adalah.....


haa.. buat2!! jangan tak buat! aku menanti dengan penuh tidak reti sabar. dah buat nanti jangan lupa bagitau aku untuk aku komen-komen ye. hehe.. arigato..!!




pesananRINGKAS: panjang gila entry aku ni. ish! :) gudnite!