~you are my bestest buddies~

~Ezma, you jump, I jump! contest~



STICKY MODE

:: NEXT ENTRY?? SILE SCROLL DOWN OKE? ::

salam & hye sume. sempena ezma bakal dah pon menyambut hari lahir yang ke-21 ni, ezma nak buat satu contest. hehe.. :) anda minat tak bergambar sambil melompat?? susah kan?? tapi hakikatnya itula yang ezma paling suka! so, contest ezma arini ialah.......

~Ezma, you jump, I jump! contest~




Terma & Syarat :
1. Jadi follower blog e.Z.m.@.L.i.Z.@ [tak jadi follower pon takpe, tapi nanti cene nak tau result kan? :) ]
2. Buat satu entry pasal contest ni bertajuk "~Ezma, you jump, I jump! contest~ " dan jangan lupa letakkan banner contest di dalam entry dan sidebar anda.
3. Jangan lupa linkback my blog supaya kawan2 anda senang nak terjah, kot2 la kalo dorang pon mahu join juge. :P
4. Tepekkan cume SATU (1) keping sahaja gambar anda atau anda dengan keluarga atau rakan2 yang sedang MELOMPAT sahaja. Jika anda letak gambar anda bersama kawan2, make sure mereka pon MELOMPAT juge. Anda dibenarkan untuk edit tetapi janganlah gune adobe photoshop utk crop n paste gambar anda di background yang lain. oke? :)
5. Kalau anda nak ceritakan sedikit pasal gambar anda tu pon boleh juge. [tapi, jgn la pjg berjela.penat nak bace karangan nti. :P ]
6. Akhir sekali, sile tinggalkan nama & full link entry anda di ruang komen di bawah entry ni. kalau anda letak di chatbox, ezma takot terlepas pandang pulak. :)
7. Hakim adalah dari kalangan rakan2 sekelas ezma & incikFAIZ serta ezma sendiri. haa.. pandai2 la amik hati mereka juge ye. TQ.

DEADLINE : 1st MARCH 2010

HADIAH???? haa..hadiahnye sudah pasti lumayan. 12hb Feb ni ezma balik KL, ezma akan cari hadiah utk 3 orang pemenang yang memberikan gambar paling cuns dan lebih cuns dari banner ezma kat atas tu.. hehehe... :) tapi kalau boleh, biar ezma tau dulu samada pemenang dari kalangan lelaki atau perempuan atau golongan mama-mama. takot hadiah yang diberi tak bersesuaian dengan pemenang. takkan nak bagi skirt pulak kalo lelaki yang menang, kan?! so, ni la anggarannya :

1st PRIZE: barangan bernilai lebih RM50
2nd PRIZE: barangan bernilai lebih RM30
3rd PRIZE: barangan bernilai lebih RM20
saguhati: insyaAllah ada jika banyak penyertaan

itu sahaja. ajak kawan2 yang lain juge ye. :) bye2..


~my grandma is hospitalized~

salam.

EMERGENCY!!!
I am really sorry to all my contestants. ezma kene balik kampung JB emergency sebab nenek ezma masuk hospital disebabkan strok. ezma baru dapat tau tadi mase my mom called. ezma tak nak menyesal kalau terjadi ape2.

so, disebabkan itu, akan berlaku kelewatan pengumuman pemenang contest ezma. tapi tak lewat sgt. dalam 2-3 hari aje. maafkan ezma ye. mmg tak disengajekan. ampun..

doakan kesihatan nenek ezma. and doakan perjalanan bas ezma dari Kangar ke JB malam ni. tiket bas pon baru nak pegi cari ni. maaf ye sume. jgn mara ezma.. :(

~perempuan merokok?! cantik sangat ke tu??~

pernah dengar atau pernah tengok perempuan yang merokok?? aku pernah. dulu mase zaman2 aku kecik2 dulu, masa aku balik kampung. aku selalu nampak perempuan2 tua duduk tepi tangga uma then dye hisap rokok. aku hairan betul. perbualan ni aku igt lagi. masa tu aku masih kecik. kecik la. kecik dari sekarang.... aku berbisik kat telinga mak aku...


aku: mak2, nape nenek tu hisap rokok? perempuan maneley isap rokok kan mak??
mak: hish.. diam je la. jgn cakap ape2 kat nenek tu. pegi salam tangan nenek tu.
aku: [erk..aku kene salam ke??ish..salam je la..]


sekarang aku da beso. [erm.. beso dah ke?] aku boleh nampak bukan setakat nenek aje yang hisap rokok tapi cucu nenek2 pon dah pandai hisap rokok. yang menghairankan aku, yang merokok ni perempuan. lawa ke perempuan merokok?! persoalan yang aku nak ulas di sini bukanlah bermaksud kalau lelaki pulak yg merokok tidak mengape la. NO WAY! it is just same.

yang lelaki tu aku dah malaslah nak cite banyak sangat. sebab dah menjadi kebiasaan la kot lelaki zaman sekarang merokok. kononnye, tak macho la weh kalau tak merokok. huh! macho amendenye! bau busuk tak ingat dunia. ada hati nak kata macho. ceyt! [mati la aku. ade kot yg kene banned kang pasni. haha :D] alaa..relax la weh. just bagi pendapat dari aku sebagai seorang perempuan. aku ni bersyukur yang teramat la sangat sebab ayah aku memang tak merokok. incikFAIZ pon memang tak merokok. aku bersyukur. cuma lelaki yang merokok ni aku tak leh nak buat ape lagi la kan. cume pandai2 la korang jaga kebersihan mulut dan gigi ye. nafas berbau rokok, nanti pompuan lari taw. hahahaha... :D


oke, now aku nak focus pada pompuan pulak. lawa sangat ke kalau perempuan merokok?? muka dah cantik dah. mata dah pkai eyeliner ngan maskara dah. bibir dah mungil berlipstic bagai. rambut dah sanggul setinggi KLCC dah. tiba2 dye kuarkan lighter ngan rokok sebatang. adussshhhh...!! kalau aku lelaki, boleh hilang stim beb.. hahaha... :D tapi aku ni pompuan, aku cuma mampu menjuihkan mulut je la. huhu.. :P hilang seri kecantikan seseorang perempuan itu bila dye merokok. memang langsung
TAK CANTIK oke! yang menambah kehairanan aku, siap boleh bangga lak lagi tuh. sedut asap berkepul2 then kuakan ikot hidung. kembang kempis kembang kempis hidung dye sedut asap rokok tuh. adoii.. paling tak boleh blah tu, dye hembuskan asap siap ade bentuk LOVE lagi tuh.. fullamak aiiii!! aku pon tak reti buat kalo cenggitu.. hahahaha... :D


itu baru satu kes. mungkin perempuan ni non muslim. tapi ni haaa... yg bertudung pon ade taw. tudung labuh bukan main lagi. tiba2 dye pegi satu sudut, kuakan lighter ngan kotak rokok. haa.. merokok la kau seko2 kat corner tuh. alamak aii.. buruk gile weh. bila dah bertudung mestilah perempuan tu muslim kan? takkan la ada agama lain yg suruh penganut dye bertudung. setahu aku Islam aje la yang suruh kan?? tapi tak tau la kan kalau2 dye ni beragama lain then pakai tudung labuh2. tapi fesyen baru ke camtu? kalau bertudung separuh kepala tu mungkin adelah jugak kan? adess.. heran2..!!


disebabkan hal itu, maka tidak hairan la jika kita lihat budak2 sekolah pon dah pandai merokok. lebih2 lagi student perempuan. lagi la dye dok bangga merokok pakai baju sekolah. pastu merayap kat shopping complex. bagus sangat la tuh. ceyh! ape la dorg ni. dulu zaman aku pegi sekolah, setiap kali balik kelas tuisyen aku terus balik uma. gile tak berani aku nak singgah mane2 la termasuk la pegi KFC yang depan pusat tuisyen. perrgghh...!!
[tapi sekarang ni dah boleh nak pegi mane2 ye. :P ]

wahai kaum yang sejenis denganku. aku ni sejantina dengan kamu jua. aku ingin sampaikan hasrat hati yang mungkin sama dengan hasrat hati wanita lain jugak. berhentilah merokok! memang merokok ini membahayakan kesihatan. malah tidak elok juga untuk bahagian peranakan kita. silap2 haribulan anak2 kita pulak yang dapat akibatnya hasil daripada ibunya yang merokok. itu masih bernasib baik masih mampu nak beranak lagi. buatnya kalau kamu tak dapat lgsg nak mengandung lagi camne pulak??!! haa.. kan tak pasal2 zuriat kamu terhenti sampai situ aje. jadi beringat la ye kawan2. entry ini bukan nak mengutuk sape2. cume untuk mengingatkan kawan2 dan juga diri aku sendiri.

end.


p/s : gambar ihsan incikGOOGLE!