~you are my bestest buddies~

Photoshoot : Denim and Old School Fashion at Arau Railway Station, Denai Larian and Ladang Getah Gua Kelam.

Assalamualaikum and Hello Readers! :)


i am still wearing braces. malas jumpa doktor, so, kene pakai lagi lama.


Ampun dan maaf di pohon terlebih dahulu sebab aku memang jarang update blog and blogwalking kat blog kamu semua. OMG! Soooo, busy! Next week dah start final exams. Last week was my latest photoshoot for this semester. Even busy, sempat lagi kan nak menggedik-gedik untuk bergambar. Dah menjadi hobby tak boleh nak larang la oke! :)



Photoshoot kali ini di buat dalam dua sesi. Sesi pagi kami bercanda di Stesen Keretapi Arau, Perlis dan Denai Larian, Kangar. Dengan bertemakan "Denim and Old Fashion", aku mengenakan jaket maroon yang di pinjam dari Kak Yani. Thank you Kak Yani :) Checkers dress yang belah dalam tu pulak aku beli di ♥IQAH DESIRE ENTERPRISE♥ . Manakala my lovely boots aku beli murah sajer. As usual at my love shopping mall TIMES SQUARE! Harga yang very affordable. Yang lain semua harta persendirian berhad.



Memandangkan photographers pon memang dah gian dan gatal-gatal tangan hendak snap gambar. Tidak ketinggalan model-model juga gian hendak berposing sakan dan ber'Kuch-Kuch Hota Hai'. Tidak terkecuali juga yang aku pon excited sebab photoshoot yang di buat di railway station gitu. Wow!! Sapa taknak weh?? Hahhaha :D Photographers dari SnaPhenomena Photography seperti Acab Pak Tam Mamu, Syariniey Amran, Syed Nazir, Eppy Syazwan, dan Shafiq Syukri memang the super duper amazing people yang aku boleh bagi tabik spring sebab sangat sporting dan sabar meunggu model-model bersiap. Ekekekke... :PPP


opsss..background gambar sedikit cacat.. sorryyy :P


yeyeahhh!! I am rock stars!! gitar wajib ado walopon den takdolah ghoti main gitar!


aktiviti melompat tidak pernah lupa yaa.. ini salah satu pose favorite aku. yeahh!!


bersama gadis photographer yang sangat comel.


gerabak keretapi yang sangat old school lah! wallaweiii!! aku suka gambar nie!



Oke, cukup-cukup la tu gambar dari sesi pagi punya. Sesi petang kami ke Ladang Getah Gua Kelam. Sangat adventures photoshoot di ladang getah ni! Ape taknya! Kerengga punyalah banyak. Tapi rasanya banyak kerengga betina kot sebab aku tak kene gigit pon. Ekekke... :)) Aku baik kot.. Hehhehe :)) A very thousand milion thumbs up to my Make-Up Artist Ili Dalila Jarni for the great make up. I loves her touch! :) Thanks babe! Aku kaya sikit masa nanti, aku hadiahkan kau satu set make up MAC and Bobby Brown oke? Suka tak???? :P



Pandangan dari atas oleh Syariniey Amran. Usah ditanya kenapa aku punya kening tebal. Itu sebab aku tak cukur laaa... Ada orang boleh tanya soalan bodoh kenapa tak cukur kening? Hey, berdosa tahu tak? Aku tahulah aku punya dosa dah sebakul, takkan nak tambah lagi sebakul? Akan aku kekalkan wajah sebegini rupa hingga akhir hayatku. InsyaALLAH :)



Wardrobe kali ini semua adalah 100% aku punya. Jaket putih yang di beli oleh IncikFAIZ di Padang Besar hari tu. Ada aku mentioned aku beli kat Paris? Takde kan? So, bajet student yang sangat terhad kira okelah daripada "Biar papa asalkan bergaya". Itu membazir namanya. :P Dress merah yang itu pon aku beli di ♥IQAH DESIRE ENTERPRISE♥. Dah lama aku beli, baru sekarang aku nak pakai. Terima kasih pada Fatin Afiqah atas promosi anda. Bila saya ada duit lagi, nanti saya beli yaaa... :)


bercanda di ladang getah bersama kerengga yang jinak


kalau setakat nak suruh buat muka poyo dan sombong, sila serahkan pada aku. aku bisa melakukakannya. :P



Baiklah, cukuplah sampai sini aku berceloteh. Aku belum habis study lagi ni. Isnin ni dah start final paper Electronic Instrumentation. Satu apa tak faham lagi nie. InsyaALLAH aku akan upload di Facebook untuk gambar-gambar selebihnya. Habis jer final exam ni aku dah start praktikal di Kuala Lumpur! Yeeayyy!! I am home! Haaaa... masa tu aku nak terjah blog sorang-sorang yang dah terjah blog aku ni. Terima kasih kepada kamu semua. Jangan kata aku sombong taw!!! Aku lepuk sorang-sorang nanti sapa kata camtu!


Thank you sooo much for reading this entry! Kalau suka, sila LIKE! (^___^)v

Aku sudah kaya nanti, aku bolot semuanya. Yaaa, aku memang tamak! So, what??

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

It such a been a long time aku tak update blog. So, pemalas aku nih! Well.. well.. well.. Aku ni sedang menjalani kehidupan sebagai student yang kurang berhemah dan juga tidak patuh dalam etika blogging yang baik. Hahaha.. :D So, I should be always update the blog la. Eventough aku jarang update blog, aku selalu jugak blogwalking di blog mereka yang meninggalkan link di blog aku. PLUS! Aku hanya selalu di Facebook sahaja. :)

Sedang aku berjalan-jalan di Facebook, aku rasa sangat teruja untuk share something that beautiful and wonderful which is the girls stuffs. HAHA. :D Lelaki boleh tengok jugak, tetapi hanya tatapan sementara sahaja. But, if you have an extra money, you can buy it for your girlfriends [apsal ade hurup 's' kat ujung?]. Why not? :P

Today, I would like to featured a online shopping web at facebook. It is VINTAGE INSTINCT [just click it, it will bring you the newtab]

Oke, takde siapa-siapa pon yang suruh aku featured online shopping page ni. But memang aku sangat-sangat tertarik dengan keunikan hot items yang dijual dalam website ni. I am serious! Kalau tak cantik, aku tak publish kat blog. But, this is the truth. Just have a look the photos that I 'stole' from the Facebook. Ekekkee... :P


look at the boots. i have one. esok lusa, aku kaya, aku nak beli lagi.

Apa yang seronoknya adalah all the shoes here are custom made. You all boleh request sendiri which design do you like. Either the SIZE, COLORS and THE HEIGHT of the heels. Best ke tak best macam tu? Dan tempahannya dibuka sebulan sekali. So, for those who are interested boleh buat tempahan sekarang sebelum hujung bulan ni. It is because kasut-kasut ni bukan di buat di Malaysia. So, it will takes around 3 weeks for your parcels arrive at your home. So-Sabar-Ye-Makcik-Saya-Tahu-Makcik-Datang-Dari-Keluarga-Yang-Bahagia. HAHAHA... :D


baca terma and syarat untuk order. org yg banyak songeh disqualified. KAH3!!

Well, ade banyak lagi item yang dijual dalam website online shopping ni. Pandai-pandai lah terjah sendiri oke. Kat sini aku cuma curik gambar-gambar kasut yang sangat menarik menarik minat aku. Jom shopping. Pada yang takde duit macam aku, jom cuci mata. =,=


vintage style. OMG! really like it.


the color is very old school. very unique and versatile.


kalau dapat boots ni mmg aku melaram abes la...

So, regarding with the requested design, you all boleh ukur kaki di badan sendiri untuk saiz. Caranya adalah seperti gambar di bawah. Buat pilihan yang tepat. Selagi stok masih ada. Siapa cepat dia dapat. Aku tiada duit, so, melepas! :(




Ada banyak sample material untuk kasut-kasut yang ingin you all design sendiri. Request to the owner how's your dream shoes. Pandai-pandai lah you all design sendiri kasut dengan material yang di sediakan. What is the interesting part is the PRICE! Sangat berbaloi la beli kat dari custom made oversea. Actually, it is affordable by everyone who are really loves the vintage style. But not for me who is the girl yang sangat-sangat boros apabila shopping. Hujung semester aku kopak!! Hahahha.. :))) So, harganya sangat berpatutan setanding dengan kualiti dan nilai keunikannya. Bukan senang nak dapat nih.


design it yourself


high quality material

Guys, i just tell you the best. So, kalau aku kaya, aku dah bolot semua kasut-kasut tu. Tapi aku ni hanya student yang berhutang dengan kerajaan, so hanya mampu melihat sambil air liur meleleh. Boots style macam ni walaupun tak layak untuk melaram ke kuliah, aku masih mempunyai keinginan yang tinggi. Girls, kalau you all berminat, tempahan di tutup hujung bulan ni. But for the boys, you all boleh la beli untuk hadiah birthday girlfriend ke. I am very sure your GF mesti suka gila. Hahaha... :D

So, Happy Shopping. Sekali lagi, ini bukan entry blogshop. Dan website ini bukan aku punya. Tapi seseorang yang baru aku kenali, Cik Eiin Bulka. May your business will success ever ya. Saya suka semua item di Vintage Instinct. Tunggu la saya kerja part time nanti, saya nak beli semuanya.... :)




p/s: sharing is sexy. I am sexy. so, I need to share :P




Biar tidak sempurna, janji kita berjaya mencapai misi menyatukan KAMI BLOGGER UTAGHA!!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Sibuk betul aku sepanjang minggu lepas. Macam-macam aktiviti aku buat sampai tak terupdate blog usang aku nie. Entri photoshoot kat bawah tu pon tak menyempat aku nak reply komen satu-satu. Jap gi aku reply yerr... Kawan-kawan!! Hari Sabtu lepas aku pergi Gathering KAMI BLOGGER UTAGHA di Tanjung Asam, Pulau Pinang. Perghhh!! Best giler wa cakap sama luuuu..... Best sebab ape?? Haaa... baca sampai abes dulu naaa....


dalam hati tertanya-tanya "ade ke org nak jumpa aku?", sambil meguis jari jemari

Aku mintak tolong roommate aku untuk teman aku pergi gathering ni. Nasib baik la dia nak teman. Kalau tak, gigit jari la aku tengok dorang enjoy-enjoy kat sana. Ekeke... :P Dalam hati, "Seronok jugak dapat keluar dari Perlis nie. Tapi ade ke yang kenal aku?".. Ayat gile touching! Tapi aku memang tak tahu langsung selok belok jalan ke Penang ni. Adoiii... Mati la aku macam niiii.... Sape nak jadi tourist guide tak berbayar aku? Ayah aku sikit pon taknak bagi hadiah GPS kat aku taw. [aih,,, kalau ade GPS kat tangan aku, makin jauh la kaki aku melangkah!]


cube teka tudung purple tu sape. maleh cek nak bgtaw sape. ekeke.


Walaupun entri aku paling basi di antara semua blogger yang hadir, paling tidak pon aku nak jugak semadi kan dalam blog sendiri. Boleh lah anak cucu aku tengok zaman aku mude-mude dulu ade kawan-kawan yang comel and sporting! Ekekeke... :P Gathering kali ni memang banyak menguji ketahanan fizikal dan mental aku sebab faktor cuaca dan jarak perjalanan yang agak jauh. Memang macam nak patah pinggang drive dari Kuala Perlis ke Penang. Tapi kepenatan itu terbayar bila kami konvoi ramai-ramai sepanjang ke Tanjung Asam. Lebih dari 10 biji kereta berderet pasang double signal. Kereta aku paling belakang sekali tengok kereta dari depan sampai la ke kereta aku menyusur jalan dengan penuh rasa bangga. Wowww!! :))


sampai-sampai jer kami tolong bungkus hadiah


Sampai kat sana, aku tengok suasana dan fizikal kawasan Tanjung Asam ni buat aku rase macam nak terjun mandi lauttttt.... Malangnya, aku tak bawak baju extra. Kalau tak, hujan-hujan pon aku redah jerrr.. Peduli hape aku.... Hahhaha... :D Tapi kami teruskan jugak sesi gathering ni walaupun dalam hujan. Agak ramai blogger yang hadir gathering hari tu. Selalunya aku nampak muka mereka di alam maya, tapi kali ni aku nampak jelas depan mata. Mereka sangat happening and very sporting! :)


siapa tak kenal usahawan berjaya. Kak Ayu Cinta yang giat
memperkembangkan perniagaan shawls di Shawls Ayu Cinta.



Walaupun gathering yang join kali ni tidak di buat di shopping mall yang besar-besar. Tidak ada aktiviti berkarok ramai-ramai. Tiada aktiviti baling bola bowling sampai pecahkan pin. Tapi, gathering kali ini penuh makna kerana pihak KAMI BLOGGER UTAGHA turut menjemput anak-anak yatim di sana untuk menyampaikan sumbangan dari pihak kami. Aku rasa tulus dan mulus betul niat suci dan murni mereka. Walaupun tidak dalam keadaan yang formal, sumbangan ikhlas berjaya disampaikan kepada Rumah Sinaran Kasih di Pulau Pinang. Ini baru betul di katakan Gathering Blogger sambil Beramal!! Alhamdulillah... Semoga ALLAH sahaja yang membalas niat suci kalian semua. :)


ini Cik Sha yang aku baru tau bila dah sampai rumah. this is one of my blog readers yang rajin bagi komen kat aku. tapi apsal la aku tak kenal muka kakak cun ni.


Macam biasa, apabila wujudnya gathering mesti ada sesi ice-breaking, makan-makan, bergambar, sesi bertukar fikiran dan ade sidikit games. Walaupun ada blogger yang aku tak kenal, tapi semuanya dah macam satu family. Tapi macam lah semua orang kenal aku. Ekeke... :)))) Boleh pulak aku jadi mangsa pertama untuk game Kotak Beracun ni. Tak pasal-pasal aku kene jadi orang utan. Argghhh!! Tak kira, aku lah orang utan yang paling comel di alam ini. Sapa lagi nak puji orang utan macam aku kalau bukan diri sendiri. HAHAHAHA... :D


Ini adik comel nama dia Erika Rain a.k.a tomatokering. Pipi dia bulat sgt rasa macam nak cubit-cubit ajer.


Dari kanan, Oshin Manji, kak Ayu Cinta dan aku.


Dah kenyang makan, sementara tunggu hujan reda. dalam gambar ni ada Tatia Bulat, Erika Rain, Siti Jusiza, Yuyu Zulaikha, Kak Ayu Cinta, Oshin Manji, Ili, dan Kak Ila.



Ini antara blogger yang sempat bergambar. Ada yang dah balik awal. Yang blogger lelaki pulak banyak nama yang aku kenal tapi muka tak pasti mane satu. huhu.. :P Jangan mara naaa...



Dari kiri Onie yang stylo, Anith Shasha Chan yg happening, Erika Rain yang sgt comel, Anith Abil yang pemalu, Tatia yang bermata bulat and last but not least our founder Cik Hanis a.k.a Cik GKSB yang penat mengusahakan program ni sampai berjaya. Tahniah! :)



Sebelum mereka balik, kita bergambar kenangan dulu dengan banner. Ouh, terlalu banyak nama hendak di listkan ni. Tapi aku dah ingat name sorang-sorang. Hehehe... :D Ini blogger lelaki pulak. Meh aku try listkan sorang-sorang. Kirin Selama Perak, Adi Suda, Ady Budika, Mikro Kokus, Mohd Fadil, Nadh Zher Ee, Nadzli Azlan, Encik Angah, Incik Eman, Izamir Ridzwan, Pakcu Sofi, [aih sape lg nie??? matik aku nak ingat sorang-sorang]. Sape lagi??? Haa.. Cikali, Daus Spartanz, Abdul Hadi... alamak aihh... tak ingat dah....



Okelah, di sini aku menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon ampun sekiranya ada salah silap bicara sepanjang gathering di jalankan. Dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada mereka yang bekerja keras menjayakan program ini. Sangat terbaik lah wehh!! Siap ade baju kelab, button batch, sticker kereta KBU, banner dannnnn warga KBU yang sangat-sangat happening! :)



InsyaALLAH, ada rezeki kita bertemu lagi. Jadikan pengalaman ini satu pengalaman penuh makna. Manfaatkan peluang yang ada untuk saling bertukar fikiran dan pendapat sesama sendiri. Tiada sengketa dan selisih faham. Wahhh, ada macam pakar motivasi tak? Hahahha... :D



Aku memandu pulang ke UniMAP dengan senyuman sahaja. Lucu pon ada. Tapi aku singgah berhenti solat di R&R Gurun tapi tertidur pulak sampai jam 11.30 malam. Hujan makin lebat. Aku harus memandu dengan lebih berhati-hati. Dua nyawa dalam tanggungjawab aku. Alhamdulillah, selamat sampai kolej kediaman jam 1.10 pagi. Penat memang penat! Tapi segalanya terbayar dengan kegembiraan di gathering. Lain kali buat lagi, jangan lupa ajak aku lagi tawwwww.... :)

Lagi senarai list blogger yang hadir ada di blog Izamir Ridzuan.