Assalamualaikum and Hello Readers.
Walaupun dah ramai yang post tentang Pesta Floria di Putrajaya ni minggu lepas, aku tetap nak tulis jugak tentangnya. Pesta Floria ini berlangsung dari 9 Julai hingga 17 Julai di Presint 2, Putrajaya. Aku berkesempatan untuk turut berkarnival pada 16 Julai baru-baru ni. Kalau ada yang dah pergi, pasti mereka lebih tahu pengalaman manis ke sini.
Lebih-lebih lagi, kalau ada sang LELAKI yang pergi ke sini aku memang tabik spring! Tak kesah la kalau korang hanya pergi bersama keluarga, menemani teman wanita atau kawan-kawan, serta sekadar membuat photoshoot di taman bunga. Apa pon, bukan mudah lelaki hendak datang ke tempat-tempat yang kebiasannya wanita sahaja yang berminat. Tahniah LELAKI!
Tema Pesta Floria kali ini adalah "Roses are Forever". Ada berjuta-juta kuntum bunga terdapat di sana. Pelbagai warna dan jenis yang membuat hati rasa nak petik-petik sahaja bunga di taman. Memang sesuai untuk bergambar di sana walaupun siang harinya teramatlah panas dek mentari. Wajib bawak air sendiri daripada membazir beli sana-sani.
shoot malam ni memang aku lemah sikit la. =(
let's see the bridge. just like Penang Bridge like? sangat cantik!Daripada kita berfoya-foya di shopping complex, apa salahnya kalau kita berjalan-jalan mencuci mata untuk melihat ciptaan ALLAH. Ucapkanlah Subhannallah dengan setiap ciptaanNya. Sungguh agung dan cantik dan tak mampu di tandingi oleh sesiapa pon.
Dan apa yang paling menariknya di sini, aku yakin pasti semua pengunjung yang datang berkereta akan sesat dan berkata seperti, "Ya ALLAH, mana aku letak kereta aku tadi?" atau "Alamak, kereta aku dah kene curikkkk!!" atau pun, "Aku rasa alien dari planet Marikh dah songlap kereta aku la!". Yes, inilah ayat yang keluar dari mulut aku sebab tak tempat parking kereta sendiri. Macam nak patah kaki mencari satu-satu kereta. Dekat sejam baru jumpa. Letak kat tempat lain, cari kat tempat. Memang lah tak jumpaaaaa.....
p/s: aku suka melihat ciptaan ALLAH.
aku suka abadikannya di dalam kenangan.
bagaimana caranya? it is photography!
aku suka abadikannya di dalam kenangan.
bagaimana caranya? it is photography!





















