~you are my bestest buddies~

Showing posts with label Blackberry. Show all posts
Showing posts with label Blackberry. Show all posts

ada siapa-siapa lagi yang sama dengan aku tak??

Assalamualaikum and Hello readers! :)

Actually, aku dah tak tahu nak tulis topik apa lagi dah. tapi tiba-tiba teringat entry yang aku postponed suatu ketika dulu aku nak sangat tulis entry tentang ni! tentang apa?? it's all about my handphones!! pada aku handphone sekarang da makin canggih-manggih! and kalau ada handphone tapi duit kat dalam takdak tak usah nak berlagak! haha.. :D


ini lah dia handphone Nokia 3210 aku masa mula-mula aku dapat dari ayah. aku dapat handphone yang beratnya tak boleh blahhh ni masa aku Form 1 lagi. haaa... korang kiralah sendiri tahun bila pulak tu. kecik-kecik lagi dah dapat handphone ni sebab senang ayah nak amik dan hantar aku pergi sekolah masa tu. maklumlah.. sekolah aku jauh gila pulak tu.. masa tu aku boleh dikatakan agak penakot takot-takot nak naik bas sekolah. paling aku ingat, ayah aku kreditkan RM200 setiap minggu untuk aku call dia kalau-kalau ada emergency. tapi masa tu mana ada kawan-kawan aku pakai handphone lagi. boyfriend nak main message pon takde taw! sumpah tak tipu ni. so, duit dalam tu kadang-kadang burn cenggitu jerk! :(


naik je Form 4, aku pindah sekolah. dapat 8A untuk PMR la konon. ayah bagi lagi satu handphone kecik ni Nokia 6510. aku dapat pulak offer masuk SBP atau nama panjangnya Sekolah Berasmara Berasrama Penuh yang tak dibenarkan bawak handphone.adoiii... kalau aku rindu dengan mak ayah aku camne?? alaaaa... Form 4 jer aku tak bawak handphone tu. naik je Form 5 aku dah naik tocang! haha.. :D nak tau tak, aku ni mengamalkan konsep, PANDAI-MAKAN-PANDAI-SIMPAN taw. aku tak macam orang lain yang sorok handphone dorang dalam tilam lah, tin biskut lah, baju-baju lah dan sebagainya. :P tapi aku guna idea kawan aku untuk simpan dalam air kotak! haha.. :D aku tak tahu la kalau taktik ni dah ramai orang guna ke tak. aku keluarkan air dalam kotak tu tanpa menjejaskan bentuk kotak dan straw. dah basuh bersih-bersih, aku letak handphone dalam tu then aku masukkan balik kotak minuman tu dalam plastik dia. kah3!! :)))) ini sumpah kantoi gila. ahh!! lantak lah! :P


handphone ni adalah Nokia 3220. ayah aku bagi masa aku amik SPM. time tu dah boleh bawak handphone pergi sekolah sebab SPM kan... aku suka gila handphone ni sebab ada lampu blink-blink bila ada orang call and message. aku yang jakun ni excited la kalau orang call ke hape ke. sebab lampu punya pasal. tapi sayangnya handphone ni takde bluetooth. so, lagu-lagu dalam tu pon cumalah hasil record adik aku. serious macam sengal. masa tu aku pakai ringtone Rossa-Pudar. haaaa... lagu tu je la sampai abis riwayat handphone tu aku pakai. kah3!! :D



lepas abis SPM, aku buat part-time sebagai cashier kat Tesco Ampang. kan kat area-area dalam Tesco tu ada banyak orang jual handphone. before masuk kerja je mesti aku dok ushar handphone-handphone kat situ. masa tu entah apa kemaruk sangat aku nak pakai handphone lipat-lipat entah! balik kerja, aku menyendeng-nyendeng kat ayah. "ayaaaaaaaahhhhhh... kakak teringin la nak pakai handphone lipat-lipat. model apa yang cantik eh ayah?".. ceyh!! buat-buat tanya pulak. menyampah!! padehal memang aku nak suh ayah aku belikan pon. hahaha.. :D dua-tiga hari lepas tu aku dapat! ayah aku siap bagi handphone tu kat kaunter cashier tempat aku kerja lagi. macam nak menitik air mata aku taw. satu, sebab aku terharu dapat handphone idaman aku time tuh. kedua, adoiii... aku tengah kerja ni. mana boleh bawak masuk handphone. nanti kene tangkap pulak. :((( so, itulah dia Nokia 6131 aku.




lama jugak la aku guna handphone lipat tu. dari zaman matrikulasi sampai ke zaman universiti semester ke-2. semester ke-2 universiti aku teringin pulak nak pakai handphone slide-slide. ahh, gedik betol kau nih! semuanya nak! haha.. :D Nokia N81 ni aku dah aim lama gila. nak pulak time tu handphone ni boleh guna Wi-Fi la. so, mana tak kemaruknya aku nak pakai handphone ni kan. sampailah ke hari ni aku masih pakai handphone ini saja. takda pulak aku kemaruk dah nak pakai Blackberry ke.. iPhone ke.. ape-ape je lah! mungkin belum sampai seru atau aku dah kesian kat ayah sebab asek nak belikan handphone aku jer keje. hahaha... :D




aku happy jer walaupun aku tak pakai BB or iPhone. [ape motif letak pic ni? saja nak tayang gak muka aku]


tapi aku happy jer walaupun handphone aku tak canggih mana. mungkin zaman sekarang ni, budak kecik pon dah pakai iPhone. ada aku pedulik?? taaaaddeeeponnn!!! :)))) so, ada siapa-siapa tak yang sama dengan aku?? ada tak korang punye handphone sama dgn aku?? ke korang still stick dengan handphone yang lama?? atau dapat-dapat terus Blackberry?? :P



p/s : baru aku perasan, semua handphone aku adalah NOKIA!
al-maklumlah! aku tak pandai pakai handphone brand lain.


FACEBOOK : nak market lebih boleh gune application nih!

Assalamualaikum and hello readers!

hari ni aku tau satu lagi benda baru yang semua orang boleh market lebih la. ni bukan market yang orang dok pergi pasar beli ikan tu oke. tapi market lebih yang di maksudkan adalah saja nak menunjuk lebih tapi sebenarnya tade hape pon! haha.. :D


nasib baik abang aku mengaku.kalo tak, aku kebas BB dye!


semalam aku ternampak status abang aku kat facebook! katanya testing handphone baru. dah aku kata abang tu maknenya abang kandung la. bukan 'abang-abang' !! hahahaha... :D perrgghh!! Blackberry kot! aku semangat dok puji la ni kot-kot kalau aku kipas dia sikit boleh dapat satu lagi free ker?? hahaha.. :D sekali.... ko tengok ape dye tulis! hanyalah application Blackberry yang wujud kat facebook tu. adoiyai.... [sigh]


ade jugak aku ciom-ciom jentik-jentik facebook ni. feeennniiiffffuuuu!!! tapi ada jugak yang betul-betul pakai Blackberry.. tapi apo kan dayo... kalo den dah kato den tanak pecayo, den taknak la tuh.. so, jangan nak percaya sangat seseorang tu nampak kaya bila ade status dia tulis VIA BLACKBERRY sebab tu hanyalah application facebook! nasib kau la sape-sape yang betul-betul pakai Blackbery. hang pon kene tempiasnya sama.. hik3! :P


p/s : mende ni dah lama wujud ke??
ke aku baru tahu??
ke aku kene kencing??
haha..jap lah!
tibe-tibe rase nak terkucil! :D