~you are my bestest buddies~

Showing posts with label terharu. Show all posts
Showing posts with label terharu. Show all posts

Online Hijab : Talent Search 2011. Bolehkah anda vote untuk saya?


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Jikalau minggu lepas, kebanyakan universiti-universiti awam di Malaysia sedang sibuk menguruskan pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Mereka bersaingan untuk bermanifesto dan meraih undi dari kalangan pelajar-pelajar. Sudah pastinya calon-calon MPP ini menginginkan undian yang tinggi dari kawan-kawan di sana.

Aku pulak bukan calon MPP. Malahan aku tak layak untuk jadi MPP. Hahaha... :D Cuma aku ingin meraih undi dari kamu-kamu semua dengan cara menge"LIKE" photo aku pada satu contest Online Hijab di Facebook seperti banner di bawah.



Bagaimana cara untuk menge"LIKE" atau mengundi ?? Caranya adalah seperti berikut :

1) Log in akaun Facebook kamu dengan email dan kata laluan yang betul.
2) Buka fanpage Online Hijab di http://www.facebook.com/onlinehijab .
[Link ini automatically ke fanpage berkenaan.]

3) After LIKE the fanpage barulah anda klik link my photo No. 4.
[Link ini automatically ke fanpage berkenaan.]
4) You are done!

ATAU!! Carilah gambar aku macam kat bawah ni. Anda juga di galakkan untuk vote kawan-kawan aku yang lain yang lebih hebat dari aku kat situ. Hehehe... :))



UNDIAN BERMULA DARI 1 MAC 2011 SEHINGGA 7 MAC 2011!! (^___^)V

Menang kalah adat pertandingan. Tapi yang penting kita harus berusaha baru boleh bertawakal ye tak? Aku hanya ingin mencuba nasib. Ini bukan pertandingan antara rupa paras ya. Tetapi lebih kepada Hijab style and appearance. Gambar di atas juga ingin aku kreditkan kepada SnaPhenomena Photography kerana sudi menjalankan photoshoot dengan aku. Ngeee... :D

Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang sudi LIKE photo contest ini. Penghargaan harus di berikan kepada mereka yang sudi mengundi aku. Bukan senang oke kita nak bukak link itu ini. Pastu nak kene LIKE itu ini. Walaupun ia semudah hujung jari sahaja untuk LIKE, pada aku ia sangat-sangat bermakna. Jadi, kamu-kamu yang sudi LIKE, aku ucapkan berjuta-juta-juta lemon TERIMA KASIH ya. Walaupun belum tentu lagi menang atau kalah, aku ucapkan awal-awal ucapan penghargaan aku ni.



p/s: What can I say, I love you guys!
Thank you sooo much!
I really appreciate it! :)))))



Di saat usiaku meningkat ke angka 22 tahun! Happy birthday, Ezmaliza!


Assalamualaikum and Hello Readers! :)



Gulp! Gambar di atas ini sungguh menyelerakan bukan? Aku yang dah telan habis sebijik kek ni pon, rasa kecur air liur menengoknya. Inilah kek hari lahirku semalam. Terpampang besar ayat ni "Happy Birthday BELLA. Sweet 22!" Kenapa BELLA? Bukan EZMALIZA?? Sebab masa aku lahir dulu, tahun 1989 ni famous gila dengan lagu Isabella dari kumpulan Search tuuuu. Kalau tak kerana nak mengekalkan tradisi nama adik beradik aku yang semuanya bermula dengan huruf "E" ni, dah lama mak aku letak Isabella nama aku. Hahhaha... :D


muka aku yang sememeh baru bangun tidur.sempat lagi aku capai kain batik buat tudung. nak masuk dalam blog la katakan.

Malam tu aku tertidur awal. Sumpah aku lupa esok adalah birthday aku. Seminggu sebelum tu, aku ingat jer. Tapi siang harinya aku sibuk dengan photoshoot dengan team SnaPhenomena Photographer di sekitar Perlis ni. Akibat penat yang melampau, aku langsung tak ingat untuk berjaga-jaga kot-kot ada kawan-kawan aku nak baling telur ke, tepung ke, air 'wangi' ke.. Sumpah lupa sampai tertidur. Alahai Ezma........!! :)))


tiup ezma! jangan tak tiup!!

Saat aku nyenyak tidur dalam gelap, tepat jam 12 tengah malam, datang seorang kakak menuntut barang yang aku pinjam untuk photoshoot siang hari tu. Menggelabah aku bangun bukak bijik mata yang melekat macam magnet tu. Alahai dia ni tak boleh tunggu esok ke?? Tibe-tibe......!!

Happy birthday to youuuu..............
Happy birthday to youuuuuuuuuuu.............
Happy birthday to Ezmaaaaaa...............
Happy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..............

Makkkkkkk!! Nak nangisssss..... Chek terharuuuu........!!!!! T____T



Rasa seronok sangat sebab ada jugak orang nak celebrate birthday aku yang sudah tua ni. Kawan-kawan yang tolong belikan kek, segala chickadees yang ado! Kak Neny, Ili, Kak Erna, Kak Munir, Kak Desilina, Farah, Bedah, Fiza, and last but not least adik Leeyana! Thank you sooo much guys! Dengan wishes yang sangat berlambak kat facebook tu, aku sangat-sangat menghargainya. Bukan senang seseorang individu tu nak bukak profile setiap birthday yang ada. Dah tu nak kene wish pulak. Aku amat menghargainya. Gambar di atas antara hadiah realiti yang aku dapat birthday card dari Nadia. And handmade souvenir from Ili my roomate. Sarung external hard disk yang dia buat sendiri. Oke, sapa-sapa nak tempah boleh contact aku. Hahhaha... :D Sooo, creative!


Oke, sebelum aku pergi ke conclusion paragraph, aku bagi hint sikit gambar-gambar untuk entry akan datang. Layankan dulu gambar photoshoot aku hari tu. Photographer yang sedia ada ni memang terbaik dari ladang. InsyaALLAH, aku yakin mereka boleh pergi jauh. Tunggu untuk next entry yang panjang cecah lantai yeee... :)))







Tahun 2011 ni aku berusia 22 tahun. Syukur alhamdulillah, aku masih dikurniakan kehidupan yang sempurna oleh ALLAH swt. Masih di berikan peluang untuk menghirup udara yang di pinjamNya. Masih diberikan masa untuk aku beribadah dan bertaubat kepadaNya. Masih diberikan peluang untuk aku menginsafi segala dosa dan kesilapan masa lalu.

Buat EMAK dan AYAH, ini ada sedikit bingkisan buat dua insan paling bermakna dalam hidupku.

EMAK dan AYAH,
tanpamu, aku tidak akan melihat matahari dan bulan,
tanpamu, aku tidak kenal A, B, C.. Aliff, Baa, Taa... One, Two, Three.. Do, Re, Mi..
tanpamu, aku tidak mengenal alam fana yang penuh pancaroba,
tanpamu, aku tidak akan sampai ke sekolah, asrama dan universiti,
tanpamu, aku mungkin tak mampu hendak menulis di sini,
walaupun aku sedar hakikatnya aku tidak akan mampu untuk bayar segalanya,
tapi EMAK dan AYAH, percayalah........
aku akan bahagiakan kalian dengan segala kebahagiaan di dunia dan akhirat,
dalam setiap solatku, belum pernah aku lupa untuk mendoakan kesejahteraan EMAK dan AYAH.

Terima kasih duhai BONDA dan AYAHANDA tercinta kerana melahirkan aku ke dunia.



p/s: entah macamane boleh meleleh air mata aku tatkala menulis entry ni.
basah kot keyboard ni. kalau la EMAK dan AYAH baca ni..... indahnya.. :((