~you are my bestest buddies~

Photoshoot : Senja Nan Kuning di Bukit Kubu. Alahai, Berjubah Lah Pulak Si Ezma Nie.

Assalamualaikum and Hello Readers :)

As usual, Ezmaliza loves photoshoot. But I can't be perfect like others. Just because of I am not a professional talents. But I am trying the best as long as I could. Entri panjang cecah lantai ini juga merupakan salah satu photoshoot yang kami jalankan di negeri kecil Perlis Darul Sunnah.



Photoshoot kali ini di jayakan oleh rakan-rakan photographer aku seperti Eim Jusop, Syed Nazir, Acab Pak Tam Mamu, Ili Azim, dan Eppy Syazwan. Sebenarnya tujuan photoshoot ini di buat adalah kerana salah satu kehendak pihak Online Hijab Boutique. Alhamdulillah, aku berjaya tercalon sebagai TOP 10 dalam contest yang aku join baru-baru ni. So, they need us to send a pieces of photos with wearing jubah. WOW!! Mane aku nak cekau jubah? HAHAHA..



Ouh, masih aku ingat, Angah pernah belikan jubah untuk Emak, tapi Emak kata tak muat so, kene bagi Kakak. Kakak tu aku laaa.. Aku try mix and match kan jubah ni finally muat and padan dengan ukuran badan sendiri. Terima kasih la Emak and Angah. Dengan jubah ini jugak lah aku melaram hari tu.



Di sini, aku nak bagi beberapa tips untuk kawan-kawan kat luar sana yang gilakan photoshoot macam aku ni. Pertama, kalau kamu nak berphotoshoot, cadangan aku biarlah pagi-pagi. It is fresh. Sebab kita fresh baru bangun tidur. Mata pon segar. No more eye bag and your skin in the morning is the best to touch up. Percayalah! Macam photoshoot kali ni, aku baru balik kuliah. Mata agak penat sikit and looks very sleepy. T___T



Next, kalau nak berphotoshoot, you should find out yourself where is the best place that have a beautiful scenery. Pemandangan yang cantik turut mencantikkan sesebuah foto. Faktor pencahayaan yang baik kamu harus titikberatkan. Kalau gelap nanti gambar nampak kelam pulak kan? So, tak kiralah di mana tempatnya. Kamu lebih tahu mana tempat yang cantik atau tidak. Kadang-kadang, rumah usang yang lama di tinggalkan orang pon very nice and classical taw. Hehehehe.. Berani ke?? [tok... cucu tumpang amik gambo boleh?]



Mekap yang berkualiti pon amat penting untuk kamu bergambar. Pilihlah jenama yang elok sikit untuk mekap kamu. Takut nanti jika lama menunggu photographer setting camera, then kamu berpeluh, cair pulak mekapnya. Hahahaha... :D Cakap orang pandai je aku ni. Padehal dalam gambar ni, my face looks very oily sebab berpeluh panas dek mentari petang. Hahaha... :D!!



Pemakaian juga penting. Jangan nanti gambar dah cukup cantik dah. Photographer pon amik gambar 'smart' jerrr... Tetibe, baju model macam errrr..... Kirenya yang tak sesuai la. Biarlah sopan dan menarik. Barulah gambar akan lebih nampak hidup. Aku pernah gak photoshoot dengan baju yang aku kurang gemari. Pernah lah aku review dalam blog ni. Cuba godek-godek sampai bawah, mesti jumpa. Hehehe... :P



Masalah aku kalau menjalani photoshoot mesti tang mulut and mata. Mata aku tak tahan nak ngadap silau matahari. Nanti mata aku akan jadi kecik sekecik-keciknyeee... Kalau tang mulut lak, aku ni jenis cepat tergelak. Nanti mulalah nampak semua gigi dalam mulut ni. Aku paling tak gemar sangat lah bila senyum nampak braces. Kalau boleh aku nak dia duduk diam-diam dalam mulut tu. Jangan bagi braces interframe dalam gambar aku. Ekekeke... :)))



Ape lagi ek? Err.. Kalau kamu punya idea yang bijak, pasti props yang terbaik menjadi pilihan. Ape dia props ni? Props ni adalah benda-benda menarik yang kamu ingin guna sebagai barang tambahan untuk berphotoshoot. Sebagai contoh, kamu boleh gunakan elemen seperti payung klasik, tikar buluh, bunga, basikal tua dan sebagainya sebagai props untuk mencantikkan lagi gambar kamu. Sebab tu aku teringin sangat nak cari payung yang orang selalu letak kat tanah perkuburan orang meninggal tu. Tapi mana nak cari eh? Hurmmm........



Ini baru betul-betul berhijab! Hehehe... :D Macam minah arab tak? Tak..tak..tak!! Aku gadis Bugis. Bangga oke aku anak Bugis! Apa yang aku warisi hari ini adalah dari hasil nenek moyang aku yang dolu-dolu. Ayah pernah cakap, kalau Fuang [panggilan untuk nenek bagi orang Bugis] dah takde, muka Kakak ni lah yang jadi ingatan Ayah kat Fuang nanti. Yeke Ayah? Hehehe.. :P



Err.. Let me tell you how much cost of wearing jubah on that day. From the top to toe, Shawl pashmina biru-hitam ni aku beli dengan harga RM10 sahaja. Tak mampu beli mahal-mahal. Inner biru aku beli dari Kak Erna OhShawl dengan harga RM5. Headband ni aku beli di Sinma Sungei Wang Plaza dengan harga RM9. Sebenarnya aku dah tersilap beli. Tapi dah amik, kene lah bayar. Wakakaka... :)) Jubah pulak tak tahu berapa kosnya. Free of charge! Haaa.. Cincin yang kaler biru ni pon aku beli kat Sungei Wang Plaza dengan harga yang sangat murah dan mampu di miliki semua orang, RM4.90! Lupa pulak nama kedai tu ape. Ekekeke... :P And wedges kesayangan aku ni aku beli di Alor Star Mall dengan harga RM60. My lovely stuff nih! Siryes!!







Okelah, last pose dari aku. Nak banyak lagi, nanti aku upload kat Facebook ye. Pose ni macam menadah tangan, sesuai pulak dengan ayat yang aku nak cakap ni, Alhamdulillah aku mampu menghabiskan ayat entri ni dengan penuh kesabaran. Internet tersangat lah selowww membuatkan aku rasa macam nak baling-baling je laptop ni. Aku bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan pada aku. Bukan semuanya aku sempurna. Ada jugak kelemahan aku di sana dan di sini. Sebaik-baiknya kalau kita mampu perelokkan bukankah lebih bagus lagi? Buat kawan-kawan yang sudah LIKE contest aku di OHB, aku takkan putus-putus mengucapkan jutaan Terima Kasih. Aku amat menghargainya tersangat-sangat. Jika ada rezeki aku, insyaALLAH ada la nanti tu. Doa kalian amat aku perlukan.

Thank you soooo much for reading this longggg longggg and longgggg entry. :)




Don't judge a blog by it's header!

Assalamualaikum and Hello Readers. :)

Pada kebiasaannya, setiap blog pasti ada header mereka tersendiri. Samada kamu buat sendiri atau tempah daripada mereka yang pakar membuat header. Sepanjang 2 tahun aku berblogging, aku hanya mampu pakai 4 keping header yang aku buat sendiri melalui gambar-gambar sahaja.

Aku memang tak pandai la nak buat header blog guna Adobe Photoshop. Seriously aku memang buta Adobe. Tahu sikit-sikit jer. Bila dah tersilap sikit mulalah menggelabah sebab dah terpadam la. Itu la.. Ini laa.. HAHAHA... :))) Jap! Aku sedang memerah kepala otak aku sambil berfikir siapa blogger yang ade membuat tempahan header.

Haaaa... Siapa kenal Wan Hazel, Myra Vea.. Errr... Sapa lagi eh? Aku rasa ramai, tapi entah kenapa dalam kepala otak aku cuma tahu diorang saja. By the way, mereka sangat hebat Adobe Photoshop. Jauh di sudut hati aku berkata aku kagum dengan kebolehan mereka sampai boleh menambah sedikit sebanyak duit poket. Hebat wooo...!!

Tapi kalo si blogger Ezmaliza tu, dia buat sendiri jer. Takde nak guna Adobe photoshop bagai. Edit sikit kasi letak URL then SIAP!! Pada kebiasaannya tema untuk header aku adalah wajib meletak muka sendiri TAPI hanya dari pandangan sisi. Jom terjah header aku yang zaman dolu-dolu.


Ini adalah header aku yang pertama. Gambar ini adalah masa aku dan family ke Langkawi. Kat Langkawi ada satu pelantar sewaktu kita menaiki cable car. :) Sapa gayat tak di galakkan naik. Duduk la kau kat bawah tu diam-diam :)))))))



This one is my second header. See! Still pandangan dari tepi jugak. Motifnya konon-konon biarlah misteri siapa aku ni. Cess! Padehal gambar muka sendiri jer berlambak aku tepek kat entri. Hahahha.. :)))) Gambar ini diambil sewaktu aku ke Genting Highlands dengan Incik FAIZ. Ikan emas yang sehat-sehat tu menjadi background aku. Bangga la kau kan IKAN EMAS sebab masuk dalam blog aku. Ekekekke... :))))



Haa.... Header ini di ambil sewaktu kita semua umat Islam masih menyambut bulan Syawal. Sebab tu ada elemen-elemen pelita ni. Sepanjang aku guna header ini, banyak jugak bloggers yang cakap kelakar sebab buat mulut macam tu. Plus, ada jugak yang cakap, "Sampai bila nak meniup tu? ". Tak kurang jugak ada yang kata, "Bila lah pelita tu nak padam??" HAHAHA... :D Gambar ni diambil di Sunway Pyramid dengan Incik FAIZ.



And last but not least, this is my new header. Finally, ade hasil yang digunakan melalui Adobe Photoshop. Agak susah kalau aku yang buat sendiri. So, Ili tolong aku siapkan header ni. Haaaa... Ini satu-satunya header yang tidak menepati tema header aku selama ni. Sebab header ni menampakkan semua muka aku. Uwaaa... Tapi aku dah berkenan. So, aku pon bedal je la... :))


Walaupun header baru nampak macam ala-ala kartun sikit, tapi tak bermaksud aku ni kebudak-budakan yeee... :D Aku tetap matang dan muda remaja seperti biasa. Hehehehe... :)) Errr... Aku teringin nak tahu siapa lagi yang pandai buat header. Boleh kasi link blog? Boleh aku terjah blog dia secepat mungkin untuk melihat hasil karyanya sebelum ini. Atau kamu ada tahu siapa-siapa yang handal dan pakar membuat header yang cantik da kemas?? Just tell me.


Thank you for reading this. :)



p/s: Alhamdulillah,
contest hari tu aku
berjaya dapat Top 10.

Esok lusa aku update
tentangnya lagi ya.


Online Hijab : Talent Search 2011. Bolehkah anda vote untuk saya?


Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Jikalau minggu lepas, kebanyakan universiti-universiti awam di Malaysia sedang sibuk menguruskan pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Mereka bersaingan untuk bermanifesto dan meraih undi dari kalangan pelajar-pelajar. Sudah pastinya calon-calon MPP ini menginginkan undian yang tinggi dari kawan-kawan di sana.

Aku pulak bukan calon MPP. Malahan aku tak layak untuk jadi MPP. Hahaha... :D Cuma aku ingin meraih undi dari kamu-kamu semua dengan cara menge"LIKE" photo aku pada satu contest Online Hijab di Facebook seperti banner di bawah.



Bagaimana cara untuk menge"LIKE" atau mengundi ?? Caranya adalah seperti berikut :

1) Log in akaun Facebook kamu dengan email dan kata laluan yang betul.
2) Buka fanpage Online Hijab di http://www.facebook.com/onlinehijab .
[Link ini automatically ke fanpage berkenaan.]

3) After LIKE the fanpage barulah anda klik link my photo No. 4.
[Link ini automatically ke fanpage berkenaan.]
4) You are done!

ATAU!! Carilah gambar aku macam kat bawah ni. Anda juga di galakkan untuk vote kawan-kawan aku yang lain yang lebih hebat dari aku kat situ. Hehehe... :))



UNDIAN BERMULA DARI 1 MAC 2011 SEHINGGA 7 MAC 2011!! (^___^)V

Menang kalah adat pertandingan. Tapi yang penting kita harus berusaha baru boleh bertawakal ye tak? Aku hanya ingin mencuba nasib. Ini bukan pertandingan antara rupa paras ya. Tetapi lebih kepada Hijab style and appearance. Gambar di atas juga ingin aku kreditkan kepada SnaPhenomena Photography kerana sudi menjalankan photoshoot dengan aku. Ngeee... :D

Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang sudi LIKE photo contest ini. Penghargaan harus di berikan kepada mereka yang sudi mengundi aku. Bukan senang oke kita nak bukak link itu ini. Pastu nak kene LIKE itu ini. Walaupun ia semudah hujung jari sahaja untuk LIKE, pada aku ia sangat-sangat bermakna. Jadi, kamu-kamu yang sudi LIKE, aku ucapkan berjuta-juta-juta lemon TERIMA KASIH ya. Walaupun belum tentu lagi menang atau kalah, aku ucapkan awal-awal ucapan penghargaan aku ni.



p/s: What can I say, I love you guys!
Thank you sooo much!
I really appreciate it! :)))))