~you are my bestest buddies~

Sungguh indah pemandangan Bukit Broga ciptaan ALLAH

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Yeahh! Aku berjaya menawan Broga Hill pada 3 Julai lepas. Syukur Alhamdulillah. Kami selamat mendaki dan selamat turun ke kaki bukit kembali. Hakikatnya tujuan sebenar kami adalah hendak mengambil gambar terbaik sewaktu matahari terbit selain menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH.


peace yaw!

Kami mula mendaki sejurus selepas menunaikan solat Subuh. Aku tahu memang agak lewat kami mendaki ke atas sana. Sedangkan kawan-kawan yang pernah mendaki di sini berkata mereka mula mendaki seawal jam 3-4 pagi. Pergghh!! Waktu sedap melayan mimpi tuuuu!! Tapi kalau hendak seribu daya, taknak seribu dalih kannn....


ramai kan kawan-kawan sekelas aku yang join. ini pon masih ada lagi yang sangkut kat bawah sana.
sakit perut la. tak larat naik lah. hehehe.. :P


Pendakian kami mengambil masa lebih kurang 1 jam kerana ramai orang lain yang turut mendaki bersama pada waktu itu. Kira macam traffic jam jugak la sewaktu melalui denai-denai dalam hutan tu. Hahaha... =D Lebih kurang jam 7 pagi aku sampai ke atas. Ada banyak puncak la pulak kat atas Broga Hill ni. Kira macam pelantar kereta kabel di Langkawi. Aku tak tahu la korang paham ke tak apa yang aku cuba ceritakan ni. Tapi bayangkan la sendiri eh. =)



Stamina yang kuat memang di perlukan untuk mendaki di Broga Hill ni. Cerun-cerun yang curam memang menggerunkan kalau tak pakai kasut yang sesuai untuk pendakian ni. Aku sendiri pakai kasut getah macam orang pergi menoreh tu. Demi keselamatan, ke'smart'an aku abaikan! Wahhh!! Gituuu!! Dalam beg galas aku penuh dengan sebotol besar air 100 PLUS, pisang, nugget dan minyak panas. Aku takut tiba-tiba perut aku meragam pulak bila sampai kat puncak. Hehehe.. Kang mana aku nak cari tandas?!


ini gambar sunrise dari aku. kurang menjadi. setting kamera tak betul kot sebab
aku menggelabah nak kejar sunrise. takut hilang! hahaha =D



yang ini aku curik dari kamera kawan. yang ni punya sunrise macam matahari nak terbenam kan?
tapi aku suka sebab bulat and sharp!



adik-adik, minum air kene duduk taw. jangan ikut perangai buwok kakak ni.
kakak dah tak tahan nak minum air. hehehe... =P


See! Air minuman isotonik 100 PLUS ni memang tak cukup la untuk aku sorang. Kalau kawan-kawan yang belum pernah naik ke sini dan berhajat hendak pergi, aku cadangkan bawaklah first aid kit, minuman isotonik, torchlight, towel kecil untuk lap peluh, snek dan yang paling penting adalah KAMERA! Rugilah naik kat atas sana tapi korang tak merakam gambar kenangan dengan segala keindahan ALLAH ciptakan ini. Kita boleh lihat bandar-bandar yang masih berlampu di subuh hari.


walaupun aku kepenatan, aku mampu tersenyum lebar =)


antara foto yang aku rasakan menarik dari aspek angle dan background-nya! ada satu ni je pon! =)



Lihat sahaja kecuraman cerun-cerun bukit di Broga Hill seperti gambar di atas. Pakailah pakaian sukan yang selesa dan sesuai untuk mendaki bukit. Pemakaian kasut getah akan mencengkam kaki kita ke tanah untuk mengelakkan tergelincir. Mulanya team photography aku nak buat photoshoot kat atas sana. Tapi aku menolak sebab aku rasa leceh nak bawak baju dan mekap kat atas sana. Mungkin lain kali kami pasti akan tunaikan selepas belajar dari pengalaman ini.



Dah puas bergambar sakan di puncak sana, kami mula menuruni cerun-cerun bukit sana. Paling best, ada satu tempat tu aku meluncur di satu kawasan cerun tu. Seriously, ianya sangat-sangat extreme! Kalau takde orang jaga kat bawah, alamatnya dah terjun ke lereng-lereng bukit tu. Paling tidak pun, dah arwah dah aku ni. Eh, janganlahh... Amalan aku belum cukup lagi. =))



Sampai kaki bukit semula dalam jam 10.30 pagi. Sempat lagi bergambar kenangan kawan-kawan aku ni. Apa pon, aku rasa seronok sangat dapat mendaki dengan mereka. Satu lagi kenangan manis yang tak dapat aku lupakan. Walaupun agak letih, aku gembira kerana tiada sesiapa pon kawan-kawan aku yang cedera or MIA. Hehehe =D Guys, kalau ada lagi yang belum pergi mendaki di Broga Hill, aku selaku duta tak berbayar Cuti-cuti Malaysia, pergilah ke sana. It is free! Kenangan manis yang tak mampu di beli di mana-mana.


p/s : sepanjang pendakian, aku tertanya sendirian. macam
mana angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaffar
naik kat atas puncak untuk shoot pre-wedding beliau dulu eh?



54 comments:

  1. fuyamaakkkkk,memang extreme abih la! a'ahkan,onie pon terfikir gak,dorang naik kete lemu kot..takpon naik heli :D

    ReplyDelete
  2. hahaa..mmg ngam2 ko pakai kasut getah tu..

    ReplyDelete
  3. Waa... cam bez je!.. lau leh gulink2 ats bukit 2 pn.. oke gak kn akk?? hehehee.. jelez2.. ^^

    ReplyDelete
  4. suka suka;) rindu dak ezma tomey update entry;) heeee=)

    ReplyDelete
  5. @meaw

    hahaa...ezma ase dorg naik heli kotttt....hehehe... =D lembu xlarat la naik kat atas tu yunkkk =D

    ReplyDelete
  6. @JIJI YU

    pinjam org punye laaa...hahaha =D sebab tu ketat sikit...ekeke =D

    ReplyDelete
  7. @m!Rm0_cha!yOk

    hahaha...guling2? boleh aje yunkk :) hahaha...nak guling kat mane jeee??? hahaha

    ReplyDelete
  8. @laskar pelangi

    suke wanie yaaa?? hehehe...wanie, nnti naik broga hill,bgtaw ezma yeeee... :))

    ReplyDelete
  9. Heje ade gak pic kite walaupn 1,hehetq awak.nanti kite g tmpat len plak k? Bnyk ag tmpt xg niehehe.nanti kite redah tmpat lain plak erk

    ReplyDelete
  10. orite dear;) tak sabar nak kumpul stamina nie haaa..hek3

    ReplyDelete
  11. weewit,gmbr ak msk blog yg femes.. hak3

    ReplyDelete
  12. Panjat bukit tak ajak. cemburu tahu? T_T'

    ReplyDelete
  13. waa bestnye~~
    kite tak pernah pun pegi bukit broga lagi pun tau :((

    ReplyDelete
  14. sheikh muszaphar naik pakai heli. dats y dorg naik tak berpeluh langsung...

    ReplyDelete
  15. i tak penah sampai broga lagiiii
    teringinnnn T__T


    btw, anda ditag utk join contest! http://gadismerahjambucontest.blogspot.com/2011/07/mega-giveaway-by-yana-cik-putih.html

    ReplyDelete
  16. dlm hati mmg lame tringin nak g .

    tapi kalau tomato naik kompem golek balik ke bawah ..

    waaaaaaaaaaaaa bila nak kurus ni T_T

    ReplyDelete
  17. @cik tikah

    hehehe...nice kannn?? penah pegi x?? =)))

    ReplyDelete
  18. @faiz

    satu mende..ade byk la muke awak kat sini....berlambak2..tu pon nak tacing...

    ReplyDelete
  19. teringin sgt nak pergi tapi xtaula bila...

    ReplyDelete
  20. @laskar pelangi

    kumpul manyak2 tawww...kene rajin turun naik tangga...hehehe =))

    ReplyDelete
  21. @nora amila ghazali

    nora, nnti kite buat trip KBU gi sini nak? hehehe =))

    ReplyDelete
  22. @adebe

    aih..ngengada la adebe..aku cepuk kanggg!! hahaha =))

    ReplyDelete
  23. @Pieka

    ko jauh yunkkk...cene nak ajak...hahaha =)))

    ReplyDelete
  24. @Shaofie

    ohhh..yeke?? aku dah agak dahhh...hahhaa =))

    ReplyDelete
  25. @♥GAdiSMeRaHJaMbU♥

    hehehe..mmg best dear...pergi laa...tak rugi pon tawwww... =)

    thanks tag ezma..insyaALLAH ezma join...

    ReplyDelete
  26. @saya bukan tomato

    hahhaa...kalo tomato bulat mmg la bergolek2...hahaha =)))

    ReplyDelete
  27. @suichi

    hahaha...ye lettewww...hahaha =)))

    ReplyDelete
  28. @Mila Ahmad

    hehehe..xpe dear...bile2 pon boleh pergi...best tawww..pergilaa... =)

    ReplyDelete
  29. kalo GK nk p sana..xdapat la...

    mampu naik gunung jerai ja haha

    ReplyDelete
  30. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

    gunung jerai?hebat la tu cik gksb..ezma rase gunung jerai lagi tggi kottt =))))

    ReplyDelete
  31. aku igtkn da abeh pasal Sheikh Muszaffar ko..haha

    ReplyDelete
  32. @eimjusop

    hahahaa...aku masih tertanya2 laaa...hahaha..ohhh...naim ade account gmail.. :)

    follow la aku weiii....hahahaa =)))

    ReplyDelete
  33. Dah pernah naik sekali. Memang cantik pemandangan kat atas tu. Nanti nak naik lagi lah :D

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  34. subhanallah...cantiknya ciptaan Allah.kak ezma lagi lah,comel sangat! ;D

    ReplyDelete
  35. bestnyaa! teringin nak daki bukit broga. penah daki bukit keluang jep~hehe

    ReplyDelete
  36. @a n a s t a s y e a

    ohh..kak! =) hehe..cantik kannn??

    insyaALLAH ezma pon nak peegi lagi jugak niee...hehehe =))

    ReplyDelete
  37. @cheqwa

    hahaha..kite suh tgk bukit bukau sane la yunkkk...anyway, thanks honey =) alhamdulillah....

    ReplyDelete
  38. @ain revival

    pegi la yunkkk...best tawww...kalo pergi nanti ajak kite yeee... =)))

    ReplyDelete
  39. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah !


    cantik giler pemandangan nye :)

    ReplyDelete
  40. tak pernah g agy bukit broga.. mmg indah tapi indah lagi tuan blog ni hihi

    ReplyDelete
  41. pergh..
    terbaek ler panjat gunung ganang..
    ramai lak tue
    next time leh try selam ramai2 lak:)

    ReplyDelete
  42. @lilypelangi

    mmg cantik tawww...hehee....pergila mendaki..hehehe =D

    ReplyDelete
  43. @Qaseh dalia adelia

    wahh..kak Qaseh dtg komen =) haha...alhamdulillah..thank u kak Qaseh =)

    ReplyDelete
  44. @shark

    mmg best bro! pergila ke sana kalau belum pergi lagi..hahaha =D

    ReplyDelete
  45. masyaallah, sangat sangat cantik!! especiallt the sunruse. I x pernah tengok sunrise depan mata kt atas bukit. huhuuu

    ReplyDelete
  46. @z a z a

    thank u sooo much zaza..mmg cantik pemandangan ciptaan ALLAH kat atas tu... zaza penah pegi?? =)

    ReplyDelete
  47. huwaaaaaaaaa!! bestnya dapat naik brogaa T_T
    nak join....

    ReplyDelete
  48. @micosey

    insyaALLAH ade rezeki nanti kita naik ramai2 lagi sekali... :))

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?