~you are my bestest buddies~

Ezmaliza Ezrik berdating dengan Elia Jejariruncing!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Syukur ALHAMDULILLAH, setelah aku berjaya memenangi "The Sweetest Smile" Contest anjuran OnlineHijab E-Boutique, hadiahnya adalah satu photoshoot session with Elia : Jejariruncing dan sepatutnya dengan Kak Pinky Hana tetapi beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Photoshoot session ini dibuat pada Sabtu lepas bertarikh 12 November 2011. So, jom lah kita terjah satu persatu gambar pada hari itu.

Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur



Maaflah atas gambar di atas yang terlampau berbunga-bunga demi menutup segala yang wajib ditutup. Hehehe :D Make up dari Kak Marliy Kama ini berjaya membuatkan wajah aku kelihatan seperti Datuk Siti Nurhaliza. Untuk hari itu sahaja bukan seorang, malah 5 orang cakap masa ini muka aku kelihatan seperti Datuk Siti. Ahh, make up sahaja. Mana mungkin muka aku seperti beliau. Selalunya orang cakap muka aku macam Ina Naim [kalau tak kenal, boleh klik] itu saja. Aku hanya sama pada nama tang "LIZA" itu sahaja. Hehehe :D


tepek bunga untuk tutup aurat. bagus idea si ILI DALILA ni

Inilah hasil make up kak Marliy Kama. Lihat pada kening aku. Sikit pun beliau tidak cukur demi menampakkan kening yang lebih tersusun rapi dan cantik. Hebat betul teknik solekan yang beliau lakukan. Segala parut jerawat hilang dan wajah aku yang selalunya kelihatan bulat seperti bola kini terbentuk bujur sirih. So, jangan nak buat fitnah mengatakan aku telah bercukur kening ya. Tidak sesekali aku akan bercukur kening ni. Mahal nieee... Semua orang nak kening tebal. Jadi, bersyukur aje lah yaaa :)



Jadi, inilah dia Aimie Harmelia a.k.a Elia Jejariruncing. Seorang blogger yang berpersonaliti Muslimah yang semakin meningkat naik. Siapa ada beli Majalah NUR, pasti kalian akan lihat wajahnya di muka hadapan. Lebih mesra di sapa dengan panggilan Elia atau Ya ini sangat comel dan peramah. Aku suka dengan perwatakan beliau yang tidak sombong dan sentiasa tersenyum ini. Maklum sahaja, selalunya blogger-blogger terkenal ni aku selalunya aku perasan sombong-sombong belaka. Tapi tidaklah semuanya. Untuk pengetahuan korang, Elia ni pun rupanya pemakai gigi besi jugak dulu. Hey, kita serupalah! Hahaha :D Tapi aku masih pakai braces dan akan pakai lebih lama lagi.



Kemudian, bermulalah sesi photoshoot di Tasik Perdana. Photographer by Parchie Bisa pula sangatlah pandai berjenaka membuatkan aku dan Elia senang untuk bekerjasama. Sebagai tips untuk kawan-kawan, jika kalian hendak membuat sesi photoshoot, photographernya haruslah bijak memainkan peranan dalam sesetengah situasi. Kadang-kadang subjek (model) tidak tahu hendak melakukan pose atau sudut pandangan yang kurang cantik. Kiranya photographer dan subjek perlu ada chemistry yang baik untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Silalah percaya! Hahaha :D :D



Jubah yang aku pakai ni pula adalah jubah jenis hoodie dari OnlineHijab E-Boutique. Aku sangat tertarik dengan kombinasi warna coklat dan kuning dari OHB ini. Sila ambil perhatian, ini adalah jubah hoodie yaaa.. Bukan skirt dan baju. Kualiti kain dan teksturnya sangat lembut dan berat. Ini akan menjadikan jubah tersebut akan kelihatan terletak apabila dikenakan pada badan. Terdapat banyak lagi koleksi menarik dari pihak OHB. Jadi kalian boleh buka laman web mereka untuk melihat pelbagai jenis selendang, tudung, jubah dan banyak lagi di www.onlinehijab.com.



Jika kalian pernah membeli di OHB, produk mereka tidak pernah didapati di luar sana. Aku perasan tentang hal ini kerana aku pernah dapat barangan dari pihak OHB untuk satu contest suatu ketika dahulu. Punyalah teruja sebab selendang yang aku dapat sangat cantik dan aku tak pernah nampak selendang jenis ini jual di kedai-kedai lain. We called it as homemade style. Sangat menarik. Tapi kalau kalian pernah nampak kat tempat lain, jangan salahkan aku sebab aku cuma pernah nampak di OHB sahaja. Ekekeke :P :P



Chemistry antara dua model juga memainkan peranan juga untuk penghasilan gambar yang lebih menarik. Buatnya sorang model masam mencuka, tapi model sorang lagi tergelak besar seperti melihat lawak Mr. Bean pun tidak menjadi juga. Jadi, aku perasan yang aku dan Elia memang ada chemistry. Wahh!! Pandai-pandai aje kau Ezma! :P Kami kelihatan mesra dan mudah untuk bekerjasama. Elia pandai control situasi bila kami dah tak tahu hendak melakukan pose apa lagi. Sebab itulah aku mudah tergelak bila Elia berjenaka. Hehehe :D :D



Next shoot adalah tudung kedua pula. Kali ini aku perasan wajah aku kelihatan seperti perempuan Arab yang sesat di Tasik Perdana. Hahahaha :D Aku rasa seperti sangat Muslimah bila berpakaian seperti ini. Hehehe :D Thank you kak Lela sebab beliau yang pakaikan tudung ini untuk aku. Gambar di atas merupakan salah satu favorite gambar aku. Sudut pandangan photographer Parchie Bisa sangat hebat dan aku cuma mahu katakan wowwwww!!!!!! :))



Perasan tak aku pakai high heels?? Ohh, tidak pernah sekali aku memilih untuk memakai high heels sebab selalunya aku lebih menggemari kasut jenis wedges. Tapi untuk shoot kali ini, aku cuba pakai. Oh, i feel so sexy! Haha :D Tapiiiii, macam nak jatuh oiii... Macam manelah perempuan lain boleh pakai high heels tinggi-tinggi tu eh? Kagum betul aku rasa! Oh ye, untuk gambar di atas, aku lebih tertarik dengan angle dari Parchie Bisa yang membuatkan tiang-tiang itu kelihatan segaris walaupun hakikatnya ianya berselang jauh. Hebatkan kuasa sesebuah gambar? Mampu memberikan 1001 cerita! :)



Cukuplah sampai sini gambar-gambar yang mampu aku letak. Kang letak banyak-banyak, muntah pulak semua orang. Hehehe :D See, jeles tak?? Jeles tak kami berpegangan tangan di sana? Usually, perempuan berpegangan tangan sesama perempuan itu perkara biasa. Jangan lelaki sama lelaki pulak. Itu nampak janggal kan? Hehe :P Anyway, Elia sangat sporting! Cubalah tegur beliau kalau bertemu di luar sana. Bestttt!! :) Ini merupakan satu lagi kenangan manis dalam diari hidup aku. Syukur Alhamdulillah.....




p/s : dan tegurlah aku juga kalau jumpa kat mana-mana.
sumpah, aku tak sombong gak! ekekeke :P


Sangat klasik wooo balik KL naik keretapi!!

Assalamualaikum and Hello Readers :)

muka excited gua cakap sama lu.


Sewaktu cuti raya Deepavali, aku memilih untuk menaiki keretapi sebagai kenderaan untuk pulang ke KL. Tiket dibeli seawal mungkin risau habis cepat tetiba. Hari berganti hari. Dalam hati ni excited bukan main lagi. Tahap excited aku tak mampu nak cerita lagi dah. Maklum saja aku ni memang tak pernah naik keretapi jauh-jauh ni. Kalau setakat naik LRT or Komuter tu dah biasa sangat. =,="



Kalau di Perlis, stesen keretapi yang ada cuma di Arau, Bukit Ketri [entah kat mane entah!] dan Padang Besar. Paling dekat dengan kolej kediaman aku adalah stesen Arau aje la... Dan waktu keretapi untuk ke KL hanya ada satu waktu sahaja iaitu jam 7.00 malam. Waktu lain tiada ya harap maklum! Tambahan pula, stesen keretapi Arau ni dah berubah tempat tidak jauh dari tempat asal. Dulu aku pernah buat shoot di sana, tak sangka boleh berpindah tempat dalam sesekejap itu sahaja. Lihat ENTRI ini.



Aku dan Ili memilih katil atas second class koc sebagai tempat tidur aku malam tu. Not very bad ok?! Harga untuk katil atas adalah RM48 for kelas kedua. Kalau katil bawah pulak harganya RM54. Kalau harga untuk kelas pertama aku tak pasti pulak berapa RM. Tapi cecah ratus-ratus ringgit gak kalau tak silap. Well, katil atas kelas kedua pon not bad apa?! Nyenyak jugak aku tidur. Untuk maklumat lanjut, boleh bukak laman sesawang KTM Komuter Senandung Langkawi ni.


inilah rupa setiap koc gerabak keretapi itu. katil double decker seperti dalam dorm asrama.



Gambar diatas agak menjijikkan. Err, tak payah nak jijik sangat lah kan? Aku yakin gambar ini jugak yang korang nak tengok. Ramai antara kita yang tidak tahu bahawa dalam keretapi ini juga terdapat banyak kemudahan seperti tandas. Ini termasuklah Mak aku sendiri. Dalam keretapi Mak telefon aku....


Mak : Kakak nanti sampai KL Sentral pukul berapa??
Aku : Dalam pukul 5.30pagi Mak. Kenapa?
Mak : Takdelah, pagi sangat tu. Barang-barang penting semua jaga. Jangan tinggalkan kalau nak pergi mana-mana. Jangan banyak sangat minum air tu. Kang mana nak cari bilik air.
Aku : [gelak terkekeh-kekeh dulu!] Mak... dalam keretapi ni ada tandas la makkk... Mak jangan risau sangat la yeee....

Itulah kasihnya seorang ibu sampaikan risau segala benda tentang anak-anaknya. Pasal aku takda tempat nak terkencing pon Mak aku risaukan jugak. Hahaha :D Alahai Mak aku.... :)

Toilet dalam keretapi memanglah kecil. Tapi bersih dan selesa. Dalam gambar korang memang nampak macam kotor. Maklum saja, lantai tu takkan nak letak jubin marmar pulak kan demi nak sedapkan mata memandang? Hahaha :D Yang paling penting, ianya selesa dan bersih!



Haaa... Dah sedap-sedap tidur, tiba-tiba aku nak berjalan-jalan dari satu gerabak ke satu gerabak! Sampailah aku terjumpa kantin dia. Pada mulanya aku ingat harga makanan dan minuman kat kantin ni mahal gila-gila ke.. Tapi ianya murah dan mampu dibayarlah. Kira ok lah harga secawan Milo panas RM2.50. Sedap pon sedap! Aku rasa kalau kat kapal terbang ni, mahu jugak harga dia RM10 ke atas. Milo panas dalam keretapi sedap la wehhh! Percayalahh! :P Sebagai kesimpulannya, harga makanan kat dalam keretapi tidaklah semahal mahal langsung seperti yang digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak pernah makan di kantin keretapi.





p/s: siap pakai baju kurung kan?
ini maknenye aku nak ambik mood ala-ala klasik gitu!
kira klasik la balik kampung naik keretapi. :)))

.: The Gorgeous of ShawlsAyuCinta :.

Assalamualaikum and Hello Readers.


Ini adalah entri untuk kaum wanita yang inginkan penampilan tudung anda lebih bergaya dan sopan secara tidak langsung tidak melanggar batas-batas sebagai seorang wanita Muslimah.


Jika anda ingin mendapatkan tudung dan selendang yang cantik dan murah, anda boleh la berkunjung di blog Puan Ayu Cinta serta di Facebook beliau.


Aku yang diamanahkan untuk menggayakan koleksi Shawls Ayu Cinta ni pun turut terpikat dengan warna dan kualiti kain beliau. Harga yang sangat berpatutan untuk mereka yang ingin tampil menarik dan elegan dengan bajet yang rendah.



Lokasi : Mahligai Puan Ayu Cinta
Shawls : Koleksi ShawlsAyuCinta
Pakaian : Ezmaliza Ezrik
Make-up & Photog : Ili Dalila Jarni the official MUA of EE's


warna biru yang mempersonakan


behind the scene


the owner of ShawlsAyuCinta


pashmina yang tebal tetapi sangat lembut


pink of me


awesome syria with jubah. simple but nice.


homemade shawls. i love it seriously!


tudung awning yang sangat gorgeous! sesuai untuk wanita bekerjaya.


homemade shawls yang sangat tinggi kualitinya.






p/s : ohh yee.. bulu mata tu baru tumbuh sehari sebelum shoot. :P
sape nak, sila berdoa banyak-banyak! hahaha :D