Assalamualaikum and Hello U'olls!!
Okeh, hari ni Mak Jemah nak buat satu resipi dari buku resipi yang Mak Jemah baru beli hasil dari Voucher Buku 1 Malaysia. Mak Jemah rasa u'olss mesti pandai memasak kan? Mak Jemah pulak baru nak belajar memasak. Ekekeke :D Arghhh, bencik Mak Jemah cakap macam ni tawww!! Sudah lah! Meh sini cheq nak habaq mai kat ampa semua. Hari tu cheq ada buat satu agaq-agaq taw. Orang kata kalau beli buku resipi tapi tak apply kat kehidupan seharian, baik campak jaa kat laut ... :D Nah, ini bahan-bahannya :)
Bahan A
1/2 sudu makan biji selasih
1 bungkus agar-agar putih
500ml air
125gram gula pasir
pewarna oren secukupnya
Bahan B
1/2 bungkus agar-agar putih
800ml susu cair (anggaran 4 tin)
200gram gula pasir
pewarna oren secukupnya
2 biji putih telur
1/2 sudu makan biji selasih
1 bungkus agar-agar putih
500ml air
125gram gula pasir
pewarna oren secukupnya
Bahan B
1/2 bungkus agar-agar putih
800ml susu cair (anggaran 4 tin)
200gram gula pasir
pewarna oren secukupnya
2 biji putih telur
Mula-mula, u'olss kene rendam dulu biji selasih ni dengan air. Air sejuk lagi bagus kot. Biji selasih ni so far aku tak jumpa pulak dijual di Tesco atau Carrefour. Entah aku yang tak nampak atau memang tak jual. Tapi kedai-kedai runcit insyaALLAH ada. Sementara tunggu biji selasih ni nak mengembang, boleh la teruskan dengan bahan-bahan yang lain.
Aku susah betul nak cari agar-agar yang ada logo halal sekarang ni. Semua nak tulisan cina aje. Kalau Emak aku yang mencari, memang haram beliau nak amik agar-agar bertulisan cina. Hmm.. Ok, sekarang ni kita hendak sediakan bahan A untuk lapisan pertama agar-agar. Masukkan semua bahan A iaitu agar-agar, gula dan air dalam periuk untuk dimasak kecuali pewarna oren. Lebih bagus lagi kalau anda basuh dulu agar-agar tu. Jagalah juga kebersihan makanan.
Rebus bahan-bahan tadi sehingga mendidih. Setelah mendidih, barulah di masukkan pewarna yang berperisa oren dan biji selasih yang telah kembang tadi. Setelah di kacau rata, tuang segala isi dalam periuk tu dalam bekas yang bercorak-corak. Biarkan dahulu dan tunggu sehingga agar-agar sejuk sedikit atau mengeras untuk ditambah lapisan kedua diatasnya. Jangan anda letak dalam peti ais pulak. Jahanam lah alamatnya peti ais kau tu nanti.... :))
Let's move to the second one. Sekarang ni kita hendak buat lapisan agar-agar yang satu lagi iaitu bahan B. Panaskan setengah bungkus agar-agar, susu cair dan gula dalam periuk. Rajin-rajin kacau bahan-bahan ni sewaktu di masak sebab nanti agar-agar ni melekat di dinding periuk. Untuk pengetahuan semua, agar-agar ni susah nak mencair apabila di masak bersama dengan susu cair. Jadi, pasang api dengan kadar sederhana untuk mengelakkan susu cair itu mendidih dengan cepat sedangkan agar-agar masih belum masak sempurna. Kemudian, masukkan pewarna oren. Janganlah tuang sampai sebotol. Cukuplah sesudu kecil sahaja.
Sementara itu, ambil 2 biji putih telur dan kacau sehingga tepu. Asingkan putih telur dan kuning telur tu. Kalau u'olss guna tangan saja, alamatnya 1 jam pon tak sudah. Gunakan sahaja hand-mixer untuk pukul telur sehingga kembang. Masa aku buat, sebelah tangan mengacau periuk, sebelah lagi pukul telur. Hebat tak? Hebat kan? Ekekee :D Takdelah, aku mintak tolong Emak kacaukan periuk. Hehehe :D Pukul telur sehingga kembang dan warnanya bertukar menjadi putih. Kalau dalam Masterchef, telur yang telah kembang sempurna tu takkan jatuh dalam tempoh 10 saat bila u'olss terbalikkan bekas tu. Hmm, aku terbalikkan bekas tu sampai 1 jam tak jatuh-jatuh pon. Punyalah nak cakap bahawasanya bukan main lama lagi aku pukul telur tu sampai kembang. Hahahaha :D
Sambil-sambil dok kacau agar-agar tadi, jangan lupa pada lapisan pertama yang sudah selamat dimasukkan dalam acuan tadi. Make sure lapisan pertama tu tak terlalu lembik atau terlalu keras. Kalau terlalu lembik, nanti bila nak masukkan lapisan kedua takot nanti dia bercampur. Tetapi kalau terlalu mengeras, takut nanti lapisan kedua tak dapat melekat dengan lapisan pertama tadi. Jadi, pandai-pandailah rasa guna jari yang bersih ye...
Apabila agar-agar dalam periuk tadi sudah cair sepenuhnya, masukkan ia perlahan-lahan di atas lapisan agar-agar tadi. Satu tips untuk anda, gunakan sudu untuk masukkan lapisan kedua itu. Ini penting supaya tiada tekanan yang terlalu kuat dikenakan pada lapisan pertama agar-agar tadi. Hati-hati ye... Panas taw! Hehehe :D
Kemudian, sejukkan sahaja. Sekali lagi, kalau taknak peti ais u'olss jahanam, jangan letak agar-agar yang panas ni dalam peti ais. Ini fakta untuk menjaga peti ais rumah anda supaya berada dalam keadaan elok. Bila dah sejuk sikit, baru boleh masuk dalam peti ais. Agar-agar ni sedap di makan sewaktu sejuk. Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni la kalau ianya menjadi.
Satu je masalah yang aku hadapi sewaktu makan agar-agar ni iaitu lapisan pertama agar-agar agak keras. Puncanya air terlalu kurang atau agar-agar terlalu banyak. Bagi kes ini, aku harus kurangkan agar-agar sebab kalau aku lebihkan air, nanti tak muat nak masuk dalam acuan. Haaa... Ini dah jadi satu tips untuk u'olss.
Selamat mencuba ye kawan-kawan. Kalau u'olss buat, habaq mai la noh. Boleh aku datang jadi tester. Ekekee... :D Aku tak boleh la jadi tester. Sebabnya nanti semua orang aku akan cakap sedapppp :))))
ok, aku first! haha.. the agar looks awesome. :) nk try ke x ni.. haha...
ReplyDeletepandainye die buat agaq2...heheh..sedap ke x ni?nak sikit..
ReplyDeletechef ezma memang ada iras chef ezani..akak masa dok tgok masterchef mcm nak sms je tanya ezma..ezani n ezma nie sedara ke....
ReplyDeletekali nie chef ezma masak...hebat nya....puding selasih oren lagi...alamak akak x mkan selasih kalau x leh jadi tester....
lepas nie masak laksa pulak yer
fuyyoo..nak try buat la nanti balik cuti..cam best jer..
ReplyDeletewuuu!:) menjadiiiii:))
ReplyDeletebestkan masak masak:) cuti aritu pun macam2 wanie try masak..cam best plak sesi masak2 ni..eheee~
pehhhhhhhhhh pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak gokkkkkkkkkkk :D
ReplyDeletewaseh! terer adik kaksha ni buat puding..nak rase boleh? ehehe..
ReplyDeletecantik la acuan yang ezma guna tu..
@ati shariffuddin
ReplyDeletehahaha...betul lah ko 1st :))
try la atie! simple sgt nie... :))
@cik CT
ReplyDeletehaipp..mestilah pandai...hehehe :D belajar guna buku je pon...ekeke :D
@aDisH.sHidA
ReplyDeletehahahha..pakcu pon cakap muka ezma ade iras ezani masterchef...haha :D lain sgt ni kak :))
aik? kenapa kak adish shida tak makan selasih??
@ROSNAJIHAH
ReplyDeletehaaa..buat cik rosss...jgn tak buattt :D hahahha :D
@laskar pelangi
ReplyDeletememang org pmpn ptotnye kene tahu masak kan? dah nak kawen ler katakan :D hahaha :D
@tomatokering :)
ReplyDeletehehehe..kalo tomato kene buat sendiri puding tuu..hik3 :D
@♥CIK SHA♥
ReplyDeletehahaha..itulah acuan berkurun lamanya Emak ezma punye...hehehe :D sejak ezma lahir lg dah ade kot acuan tu... :P nak pinjam ke kak sha?? hek3...
cantiknyer..rse syg plk nk mkn kan..
ReplyDelete@Ummi Alesya Sofea
ReplyDeletehahaha :D kalo sayang nak makan, nanti basi pulak kak... :D
nk..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
ReplyDeletetp mls nk buat hehehe..
cantiknyeeee....mesti sedap! i nk try lah bwk blk kg..budak2 mesti suka kan?
ReplyDeleteBTW do you love bags?
Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!Bags!
Feel free to visit us at http://thepuffyclouds.blogspot.com
or
Find us on FB : The Puffy Clouds
All item below RM 50 ^.^
@nuruashia
ReplyDeletelololorr...kalo malas, mcm mane nak dapatkan satu? :D
@the puffy clouds
ReplyDeletethanks for invite :) yaaa..most children loves this :)
wah...sedapnya..
ReplyDeletejunior aku rupanya..
puding telur katak.. keh3...
ReplyDelete@mfadhlan
ReplyDeleteermm..hai senior! eh, senior mane? sekolah ke u ke? :)
@Solihin Zubir
ReplyDeletehahaha...kalo letak dalam air sirap, jadi air sirap telur katak...keh3.. :P
nmpak cam sedap tp rasa xtau lah.hee..xsia2 beli buku masakan tu :)
ReplyDelete@LAici KAng Ais
ReplyDeleterasenye mestilah sedap..dah buat ikot buku sepenuhnya dah nie :P
nak test skit..haha
ReplyDelete@Hafizin Jamil
ReplyDeletehaha..nak test di mane ni? haha :D kompom sedap nie!:D
kellllasssss...nnt masuklah masterchef 2...bolelah kami2 gossip ezma menang pasal muka ada iras ezany....hehehehhehe..
ReplyDeletenak mintak resipi bole?? hehe.
ReplyDeletebukan-bukan, maksud I, mintak izin dicurik resipinye. ;)
ReplyDeletenak tanye lg, ijan mcm x berapa clear part telur putih tu.. lepas dah dikacau smpi kembang, dicampurkan dlm bahan B td ke or mcm mane?
ReplyDelete@mizzura
ReplyDeletewahhh..belum masuk masterchef lg dah ade gossip2 nie..please, no camera! hahaha :D
@Ijan Alonso
ReplyDeleteyupp..masukkan dalam bahan B je ijan..senang..hehehe ;D haah la, mcm tak clear ape yg ezma tulis tu..hahaha =D