~you are my bestest buddies~

Showing posts with label voucher. Show all posts
Showing posts with label voucher. Show all posts

Apabila Masterchef Ezmaliza Membuat Puding Selasih Oren.


Assalamualaikum and Hello U'olls!!

Okeh, hari ni Mak Jemah nak buat satu resipi dari buku resipi yang Mak Jemah baru beli hasil dari Voucher Buku 1 Malaysia. Mak Jemah rasa u'olss mesti pandai memasak kan? Mak Jemah pulak baru nak belajar memasak. Ekekeke :D Arghhh, bencik Mak Jemah cakap macam ni tawww!! Sudah lah! Meh sini cheq nak habaq mai kat ampa semua. Hari tu cheq ada buat satu agaq-agaq taw. Orang kata kalau beli buku resipi tapi tak apply kat kehidupan seharian, baik campak jaa kat laut ... :D Nah, ini bahan-bahannya :)

Bahan A
1/2 sudu makan biji selasih
1 bungkus agar-agar putih
500ml air
125gram gula pasir
pewarna oren secukupnya


Bahan B
1/2 bungkus agar-agar putih
800ml susu cair (anggaran 4 tin)
200gram gula pasir
pewarna oren secukupnya
2 biji putih telur



Mula-mula, u'olss kene rendam dulu biji selasih ni dengan air. Air sejuk lagi bagus kot. Biji selasih ni so far aku tak jumpa pulak dijual di Tesco atau Carrefour. Entah aku yang tak nampak atau memang tak jual. Tapi kedai-kedai runcit insyaALLAH ada. Sementara tunggu biji selasih ni nak mengembang, boleh la teruskan dengan bahan-bahan yang lain.



Aku susah betul nak cari agar-agar yang ada logo halal sekarang ni. Semua nak tulisan cina aje. Kalau Emak aku yang mencari, memang haram beliau nak amik agar-agar bertulisan cina. Hmm.. Ok, sekarang ni kita hendak sediakan bahan A untuk lapisan pertama agar-agar. Masukkan semua bahan A iaitu agar-agar, gula dan air dalam periuk untuk dimasak kecuali pewarna oren. Lebih bagus lagi kalau anda basuh dulu agar-agar tu. Jagalah juga kebersihan makanan.

Rebus bahan-bahan tadi sehingga mendidih. Setelah mendidih, barulah di masukkan pewarna yang berperisa oren dan biji selasih yang telah kembang tadi. Setelah di kacau rata, tuang segala isi dalam periuk tu dalam bekas yang bercorak-corak. Biarkan dahulu dan tunggu sehingga agar-agar sejuk sedikit atau mengeras untuk ditambah lapisan kedua diatasnya. Jangan anda letak dalam peti ais pulak. Jahanam lah alamatnya peti ais kau tu nanti.... :))



Let's move to the second one. Sekarang ni kita hendak buat lapisan agar-agar yang satu lagi iaitu bahan B. Panaskan setengah bungkus agar-agar, susu cair dan gula dalam periuk. Rajin-rajin kacau bahan-bahan ni sewaktu di masak sebab nanti agar-agar ni melekat di dinding periuk. Untuk pengetahuan semua, agar-agar ni susah nak mencair apabila di masak bersama dengan susu cair. Jadi, pasang api dengan kadar sederhana untuk mengelakkan susu cair itu mendidih dengan cepat sedangkan agar-agar masih belum masak sempurna. Kemudian, masukkan pewarna oren. Janganlah tuang sampai sebotol. Cukuplah sesudu kecil sahaja.



Sementara itu, ambil 2 biji putih telur dan kacau sehingga tepu. Asingkan putih telur dan kuning telur tu. Kalau u'olss guna tangan saja, alamatnya 1 jam pon tak sudah. Gunakan sahaja hand-mixer untuk pukul telur sehingga kembang. Masa aku buat, sebelah tangan mengacau periuk, sebelah lagi pukul telur. Hebat tak? Hebat kan? Ekekee :D Takdelah, aku mintak tolong Emak kacaukan periuk. Hehehe :D Pukul telur sehingga kembang dan warnanya bertukar menjadi putih. Kalau dalam Masterchef, telur yang telah kembang sempurna tu takkan jatuh dalam tempoh 10 saat bila u'olss terbalikkan bekas tu. Hmm, aku terbalikkan bekas tu sampai 1 jam tak jatuh-jatuh pon. Punyalah nak cakap bahawasanya bukan main lama lagi aku pukul telur tu sampai kembang. Hahahaha :D



Sambil-sambil dok kacau agar-agar tadi, jangan lupa pada lapisan pertama yang sudah selamat dimasukkan dalam acuan tadi. Make sure lapisan pertama tu tak terlalu lembik atau terlalu keras. Kalau terlalu lembik, nanti bila nak masukkan lapisan kedua takot nanti dia bercampur. Tetapi kalau terlalu mengeras, takut nanti lapisan kedua tak dapat melekat dengan lapisan pertama tadi. Jadi, pandai-pandailah rasa guna jari yang bersih ye...

Apabila agar-agar dalam periuk tadi sudah cair sepenuhnya, masukkan ia perlahan-lahan di atas lapisan agar-agar tadi. Satu tips untuk anda, gunakan sudu untuk masukkan lapisan kedua itu. Ini penting supaya tiada tekanan yang terlalu kuat dikenakan pada lapisan pertama agar-agar tadi. Hati-hati ye... Panas taw! Hehehe :D



Kemudian, sejukkan sahaja. Sekali lagi, kalau taknak peti ais u'olss jahanam, jangan letak agar-agar yang panas ni dalam peti ais. Ini fakta untuk menjaga peti ais rumah anda supaya berada dalam keadaan elok. Bila dah sejuk sikit, baru boleh masuk dalam peti ais. Agar-agar ni sedap di makan sewaktu sejuk. Lebih kurang macam dalam gambar kat atas ni la kalau ianya menjadi.

Satu je masalah yang aku hadapi sewaktu makan agar-agar ni iaitu lapisan pertama agar-agar agak keras. Puncanya air terlalu kurang atau agar-agar terlalu banyak. Bagi kes ini, aku harus kurangkan agar-agar sebab kalau aku lebihkan air, nanti tak muat nak masuk dalam acuan. Haaa... Ini dah jadi satu tips untuk u'olss.

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Kalau u'olss buat, habaq mai la noh. Boleh aku datang jadi tester. Ekekee... :D Aku tak boleh la jadi tester. Sebabnya nanti semua orang aku akan cakap sedapppp :))))


Anda sudah guna Voucher Buku 1 Malaysia?

Assalamualaikum and Hello Readers :)

Seronok kan dapat Voucher RM200 dari kerajaan Malaysia. Alhamdulillah. Aku tidak kisah jika mereka hendak cakap bantuan-bantuan yang datang ni semuanya dari duit rakyat sendiri atau semata-mata hendak meraih undi pilihanraya akan datang. Aku tidak peduli semua itu kerana aku rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia dan turut bersyukur kerana masih terpilih untuk terima bantuan ini. Mulanya aku tertanya-tanya, buku apa yang aku boleh beli dengan voucher RM200 ni? Aku kini berada di akhir semester. Lagipun tak banyak buku akan digunakan. TINGGG!! Keluar satu idea!!



Sewaktu berjalan-jalan di sekitar KL hari tu, aku singgah di Borders yang terletak di lower ground floor Times Square. Bersebelahan dengan kedai kasut Esarli. Borders juga menerima pembelian buku dengan menggunakan Voucer Buku 1 Malaysia. Selain itu, Borders menawarkan diskaun 10% untuk pembelian RM100 dalam satu resit dan percuma untuk membuat member card Borders. Apa yang menariknya, member card ini boleh dikongsi dengan 2 orang rakan yang lain. Maknanya kelebihan ini dikongsi dengan 3 orang. Satu lagi, member card ini bukan sahaja boleh digunakan di Borders sahaja malahan di Starbucks, Metrojaya, barangan Campap dan sebagainya. Orang kata, berbaloi-baloilah shopping di Borders ni :) Oh ye, lupa nak cerita. Aku juga ada dapat voucher makanan dari Starbucks setelah menggunakan voucher di Borders ni. Sangat berbaloi-baloi kan? :))



Memandangkan kita tidak dihadkan untuk membeli buku pelajaran sahaja, aku fikir ke hadapan sikit. Buku-buku diatas adalah hasil belian Encik Faiz. Tapi buku ''Bisik-bisik Perkahwinan'' tu aku pon beli jugak. ''40 Kesalahan dalam Solat'' hasil tulisan Mahmud Al-Misri memerihalkan kesalahan-kesalahan yang sering kita lakukan dalam solat. Buku yang sangat bermanfaat untuk kita sebagai umat Islam dalam memperbetulkan bacaan dan amalan dalam solat. Moga-moga ibadah kita diterima ALLAH. Amin :)

Selain itu, aku paling suka buku ensiklopedia "Pengubatan Herba Terapi Alternatif Kedoktoran Islam" hasil tulisan Dr. Khalid Gadd. Harganya RM50. Nilainya tidak sama dengan ilmu yang bakal kita dapat setelah membaca buku ini. Ternyata pelbagai petua kesihatan dengan perubatan herba dan tumbuh-tumbuhan mampu kita peroleh dan disertakan dengan pelbagai ayat al-Quran dan hadis bagi mensahihkan lagi bukti-bukti kebenaran. Seriously, aku jatuh cinta dengan buku ni sangat-sangat. Hari tu, aku cuma sempat pinjam untuk sementara waktu sahaja. InsyaALLAH, ada rezeki lebih aku akan beli buku ini sebagai koleksi bacaan aku nanti :)

Usia aku kini sudah mencecah 23 tahun. Mustahil aku tidak memikirkan soal perkahwinan. Walaupun nampak masih muda, tidak salah jika aku membuat persediaan dalam menghadapi alam perkahwinan. Jadi, buku "Bisik-bisik Perkahwinan" turut aku beli hari tu. Tulisan Ustaz Johari Yaman ini kadang-kadang melucukan. Walaupun aku belum habis lagi membacanya, setiap tulisannya membuatkan aku geli hati bila membacanya. Sebagai contoh, antara ciri-ciri lelaki yang belum boleh di kahwini adalah mereka yang 'Anak Emak' dan sangat addicted dalam sukan. Haaa...terasa tak? :P Nak tahu lebih lanjut, wajib lah beli buku ni. :)



Buku seterusnya aku peruntukkan untuk Emak. Maklumlah, kalau aku nak belikan buku-buku sekolah untuk adik-adik, aku mana ada adik yang masih bersekolah. Jadi, aku belikan Emak buku-buku bercorak masakan. Buku-buku resipi ni bukan sahaja untuk Emak. Tetapi lebih kepada untuk aku yang tidak pandai masak. Hahaha :D Sesuai sangatlah tu kan? Nak kahwin kene pandai masak kan? "Citarasa Malaysia masakan Kedah", "Chef Wan Manisan" dan "Pelbagai Jenis Puding" aku pilih untuk cukupkan kuota voucher ni. Orang kata kalau dah berlambak buku resipi tapi tak terbuat langsung resipi tu tak guna jugak kan? Alhamdulillah, keesokkan harinya tu jugak aku cuba buat salah satu resipi puding tu. Nanti aku cerita lain di entry yang lain :)



Last but least, "Koleksi Langsir Terbaik" dari Puan Noraini Margono, "A-Z Sulaman Manik" dan "Variasi Gubahan Pengantin" turut menjadi pilihan. Emak kata, beliau suka dengan koleksi langsir dari Puan Noraini Margono. Ini bermakna memang tak sia-sia aku belikan buku ini untuk Emak. Lagipun, Emak memang hebat mereka cipta langsir di rumah aku sendiri. Memang tak pernah beli secara siap. Emak adalah tukang jahit yang terhebat pada aku. Semua baju kurung aku beliau yang jahitkan. Terima kasih Emak :)

Buku sulaman manik pula memang aku beli khas untuk aku. Entah dari mana datangnya minat untuk menjahit manik pada baju sendiri aku tak tahu. Dulu aku pernah jahit sendiri manik pada lengan baju raya tahun lepas. Ramai jugak yang memujinya. Walhal, aku jahit manik itu tersangatlah simple dan ringkas. Nampak gayanya bolehlah aku mengaplikasikan sulaman manik dari buku tu ke baju nikah aku sendiri. Hehehe.. Gatallah kau Ezma! :P

Hey-hey! Ini ada lagi yang lebih menggatal! Aku siap beli buku gubahan untuk pengantin taw! Bukan apa, nanti senanglah aku. Tak payah susah-susah nak upah orang lain untuk membuat gubahan pada hantaran aku nanti. Paling tidak pun, boleh lah aku pulak yang ambil upah untuk buat hantaran orang nanti ke? Hehehhee... :D Hebat betul perancangan manusia ni. Tetapi perancangan ALLAH lebih hebat lagi. Jadi, sama-samalah berdoa agar impian aku tercapai. Hehehe :D Amin... :)




p/s: Aku masih ada lagi RM100 voucher buku tu.
Masih lagi terfikir tak tahu nak beli apa?