~you are my bestest buddies~

Today E is not for Ezmaliza. But E is for Engagement Day.

Assalamualaikum and Hello Readers.


Seminggu yang lepas, adik aku Ezam kahwin. Ehem-ehem, so tak aci la. Aku nak kahwin jugak. Eh, tapi aku belum nak kahwin lagi. Hanya mengikat tali pertunangan dengan Encik Faiz. Selama 5 tahun perkenalan aku dengan dia sejak zaman matrikulasi, baru hari ini nak mengikat tali pertunangan. Hehehe.. Berapa lama usia perkenalan itu tidak menjadi soal. Orang lain baru kenal sebulan dua pon boleh bertunang dan berkahwin. Okeh, sudah cukup sudah! Aku nak cerita pasal Majlis Pertunangan aku ni. Let's gooo!!


Mini pelamin. Dah macam pelamin nak menikah je aku rasa.

Inilah mini pelamin pertunangan aku. Hasil sentuhan kreatif Kak Zura. Sehari sebelum majlis, semua sofa dan rak TV dikeluarkan. Entah kat rumah jiran mana entah Emak aku sumbat sofa-sofa tu. Hari Jumaat tu aku masih bekerja. Bila balik je rumah petang tu, aku bukak pintu rumah, aku rasa macammmm...... "Wow!! Deco bersama Eric datang rumah aku ke hape ni??" Hahaha... Aku berpuas hati gila dengan mini dais ni. Kebanyakkan barang-barangnya macam kain tirai, lampu dan bunga-bunga hiasan tu aku pinjam dari Kak Erna. Nasib baik dia suggest suruh pinjam je dari dia. Uishhh, jimat perbelanjaan aku. Selebihnya pentas, alas pentas, jambangan bunga semuanya guna pakai semula masa majlis pernikahan adik aku minggu lepas. Aku dengan Susie memang ngam! Sebulan sebelum majlis, asyik Whatsapp je bincang pasal majlis masing-masing. So, aku cuma beli sportlight dengan tirai putih dari Ikea.


Nak ikutkan hati, aku memang taknak buat pelamin bagai ni. Leceh! Selalunya orang sarung cincin dalam bilik. Tapi aku taknak orang masuk bilik. Bilik aku comel je wehhh... Kang masuk ramai-ramai, habis sesak nafas dibuatnya. Bak kata adik aku, Ezam. Kipas bilik aku dah buat bunyi macam Angry Bird. Kohaja je aku rasa! Grrr!! Jadi, nak taknak, aku wujudkan jugak la mini pelamin ni. Kenangannnn!!


Ini adalah 7 dulang hantaran dari aku untuk Encik Faiz. Temanya hijau and gold.

Aku dengan Encik Faiz bersepakat untuk buat hantaran dulang sebanyak 5 dulang berbalas 7 dulang. Antara hantaran yang aku berikan adalah cincin pertunangan lelaki dari Diamoney, sepasang kain untuk dibuat baju Melayu untuk menikah nanti, sehelai kain pelikat, sehelai tuala yang di tempah sulam untuk nama aku dan Encik Faiz, wajik buatan Emak, sejambak Ferrero Rocher dan Homemade Cookies with Famous Amos yang dalam tin serta biskut-biskut lain. Hiasan hantaran semuanya dibuat oleh keluarga sendiri. 2 hari 2 malam Emak menggubah sepasang kain untuk dibuat bentuk bunga. Kejap-kejap terbukak! Hahaha :D Kesian Emak.


Hantaran 5 dulang dari pihak Encik Faiz.

Mereka mengenakan tema berwarna pink untuk hantaran kepada aku. Antara barang-barangnya, sebentuk cincin pertunangan dengan sireh junjung, sepasang kain satin dan lace untuk dibuat baju nikah, sepasang kain baju kurung berserta tudung, sehelai sejadah dan pulut kuning dicucuk dengan bunga telur. Aku tak rasa Encik Faiz yang menggubah hantaran ni. Pasal tangan dia bukan tangan kreatif sangat. Hehehehe :D Sorry tunang saya. Saya sengaja.... :P


Rombongan pihak lelaki sampai dalam jam 12 tengahari. Encik Faiz kata 10 biji kereta datang ke teratak aku. Mak oii.. ramainya saudara mara dia. Makinlah berdebar jantung aku masa tu. Berlari aku masuk bilik bila Encik Faiz message kata dah sampai depan rumah. Dalam bilik, aku tak senang duduk. Fatin dengan Amira temankan aku. Ili pulak aku arahkan jadi tukang amik gambar untuk kamera aku. Sekejap-sekejap dia masuk bilik untuk beritahu keadaan di luar semuanya terkawal. Hahahaa :D 


 Abaya! Encik Faiz kata dia nak warna peach. Ok, nah peach color. Hehe..

Make up by Ili Dalila. Memang aku senang kalau kawan baik sendiri yang mekapkan. Kali ni dia tonyoh muka aku baik-baik aje. Selalunya masa kat UniMAP dulu, kalau ada photoshoot, dia tak bagi aku baring kalau nak mekap. "Amboi Ezma, aku penat mekap, kau tidur je kan? Ahhh, takde! Bangun!!". Sakit je hati aku dengan minah ni. Hahahaha :D Eleh, konon katanya today is one of my big day. So, tak mengapalahhh... Foine! Thanks Ili.... Girls di area Lembah Klang boleh contact dia di Facebook (SINI) beliau untuk dapatkan khidmat andaman okay? Gerenti murah. Tapi get ready la untuk ditonyoh! Hehehe :D



Entah apa yang mereka di luar sana bincangkan aku pon tak tahu buah butirnya. Nantilah aku nak korek cerita dari Encik Faiz. Kalau dia pon tak tahu apa-apa jugak, SAH dia angau. Tak pun berangan! Hahaha :D Padahal dia pon datang. Emak aku kata yang lelakinya tak payah datang. Dia nak jugakkk..... Hahaha :D Adat orang Kelantan agaknya. Aku bukan tahu sangat. Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk oleh Emak. "Dah, jomlah keluar..." Haaa...masa tu menggelabah kau... Bila keluar aku nampak orang ramai sangatttt... Ya Allah... Tak sanggup aku nak pandang. Segan ya amat! Tunduk setunduk yang boleh aku berjalan menuju ke pelamin. Dan kemudian Ma Encik Faiz melakukan upcara menyarung cincin ke jari manis aku. Alhamdulillah.... Terima kasih Ma... Eh, belum boleh panggil Ma lagi... Hahaha :D



Kemudian upacara sarung cincin untuk Encik Faiz pulak. Masa ni, aku tak tahu Ayah pergi mana. Rupanya Ayah lari masuk bilik bila Emak panggil aku keluar untuk sarung cincin. Lama jugak tetamu tunggu Ayah. Bila Ayah keluar, aku nampak mata Ayah bengkak menangis. Emak cakap, Ayah sebak dan sedih sangat aku hampir di ambil orang. Ya Allah... Ayahhhh.... Kakak baru bertunang je ni... Nanti kalau nikah nanti macam mana laaa.... Yeee.... iyeee!! I know, I am Daddy's daughter. Hehehe :D


Nah amik sikit gambar untuk menjamu mata.....

Emakkk!! Tak rugi Emak beli carpet ni Mak. Kakak rasa macam rumput tumbuh dalam rumahhh!!



Awak nak sedondon kan? Dah...ni dia.... Jubah abaya ni di beli di Jalan TAR saja. Disebabkan Encik Faiz dah ada baju melayu peach, cuma nak beli baju tunang aku sajalah. Payah gila nak cari warna peach yang sama dengan baju Melayu Encik Faiz ni. Mulanya aku cuma nak pakai baju kurung chiffon yang selalu orang pakai tu.. Tapi kalau nak lain sikit, aku nak cari yang ada perincian manik dan labuci pada hujung lengan dan badan. TAPI, payah gila nak jumpa. Last sekali, aku decide dengan Encik Faiz, "Kalau susah sangat kita nak pakai jubah je la. Susah la nak cari. Nak patah pinggang pusing-pusing Jalan TAR ni". Dia ni OK saja. Hehehe :D Halfmoon shawl pon dari Jalan TAR jugak. Femes kau Jalan TAR kali ni......



Cincin pertunangan Encik Faiz dibeli di Diamoney, Semua House. It is Palladium. Survey cincin lelaki ni payah jugak. Kene berhati-hati. Mula-mula Encik Faiz cakap dia nak pakai cincin suasa tapi make sure batu tenggelam. Taknak yang jenis timbul. Survey punya survey, ramai akak-akak kedai emas cakap cincin suasa ni ada sedikit kandungan emas. Memang aku ada survey pasal cincin suasa ni. Kakak kedai emas tu cakap bergantung pada negeri jugak. Ada negeri yang boleh pakai cincin suasa yang ada emas ni. Heyyy, siapa ajar kau? Kalau dah emas namanya, memang haram lelaki pakai. Amboi kak, kot ye nak suruh orang beli, janganlah ketepikan soal halal haram. Walaupun kandungannya hanya 1%. Jadi, hati-hati sewaktu memilih cincin untuk lelaki. Silalah google pasal kandungan cincin suasa ni. Memang ada kandungan emas.



Me with pengantin baru. Thank you sebab tolong majlis Kakak. Tolong hias pelamin. Tolong belikan barang. Tolong kemas rumah. Tolong jaga lauk. Tolong cedok lauk. Tolong basuh pinggan. Eh, thank you for everything la. Hehehe... Giliran Kakak pulak nak ikut jejak langkah adik sendiri. I can't imagine bila Ezam dan Susie ada baby nanti. Hehehehe :D



Thank you Masz and Hazanah sebab sudi datang. Sorang lagi tak dapat datang, Fadilah. Katanya kene kerja. Ohh, mereka ini adalah sahabat baik aku sewaktu sekolah rendah sampai Tingkatan 3. So sad both of you kena balik awal sebab Hazanah ada kelas. Anyway, sangat dihargai kedatangan tuan hamba berdua. Hehehe :D



Adegan candid dari kawan-kawan baik. Dari kiri : Amirah (kawan Fatin), Fatin Izyan (kawan baik aku masa matrikulasi), Aku, Hani Fadzuin (kawan baik di SEMASHUR Tingkatan 4-5) dan Ili Dalila (kawan baik di UniMAP). Aku sangat-sangat terharu mereka sudi datang memeriahkan majlis. You girls memang sporting habis!! Nanti aku kahwin, jadi bridesmaid I okay? :D Hehehe...



Tetamu yang lewat sampai! Kak Hyerda de cousin. Nasib baik tak sesat dari Shah Alam ye. Terima kasih la Hyerda's housemate sebab sudi bawak dia sampai ke rumah kita. Dia ni kecik molek yang tak tahu jalan langsung. Hahaha :D Thanks for coming kak Hyerda. Rajin-rajinlah singgah kalau dah tahu jalan tu.... :D


Untuk majlis hari tu, Encik Faiz mintak kawan sekampungnya untuk jadi official photographer. Boleh tahan jugak hasil kerjanya. Cuma aku pulak yang tak pandai nak berposing bila depan kamera dia. Hahaha :D Sebab aku tak biasa. Aduhhh...payah jugak ni... Nak taknak, aku cuba jugak senyum sehabis mungkin. Boleh tahan murah jugak dia punya service. Gambar pon sangat nice. Tapi agaknya bila dengan kawan-kawan boleh dapat murah sikit kot? Ke free terus eh Encik Faiz? Hahaha :D Again, banyak cantik nak free! Amik gambar sendiri laaaa!!! Hehehe.. Boleh contact beliau seperti di bawah. 

Facebook | Redzuan Azis
Fanpage Facebook | Pixelated Design


Layan je la gambar dari OP. No caption. Hehehe....










Setakat ini sahajalah dapat aku ceritakan dalam blog kesayangan. Kami belum tahu lagi bila tarikh pernikahan dan persandingan. Tapi yang pasti akan di buat sebelum musim Haji tahun depan. Hajat Ma Abah Encik Faiz hendak dilangsungkan sebelum mereka ke Tanah Suci. Ya Allah, semoga urusan kami dipermudahkan. Kalau boleh aku memang nak kahwin cepat-cepat. Sebab aku akan selalu outstation berkaitan dengan kerja. Kalau boleh aku mahu ada lelaki yang halal di sisi yang boleh menemani aku nanti.


Aku bagi pihak keluarga memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan. Makanan tak sedap ke, tak dapat doorgift ke, pinggan tak cukup ke, rumah sempit atau kurang selesa ke, semua-semualah. Maafkan kami. Apa pon, keluarga kami sangat gembira menerima tetamu yang hadir. Keluarga dan sanak saudara Encik Faiz, kawan-kawan aku, jiran tetangga dan sebagainya. Terima kasih banyak aku ucapkan. Doakan supaya urusan kami dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin..........




Thanks for reading this long loonggggg entry!

54 comments:

  1. SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU,CECEPAT KAWEN ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...insyaAllah... doakan semoga urusan kita dipermudahkan ye onie... :D

      Delete
  2. ezma modelku..hihi
    suka sangat wani cakap cam gitu. anyway,tahniahhh ezma ;')
    tak lama lagi jadi orang kelate plak dia..yeppii~hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2...wani sorg je suke sebut mcm tu..hehehe :D takpe, itu trademark wanie pada kite..hehehe :D insyaAllah..lepas ni kene belajar kecek klate la pulok.. :D

      Delete
  3. Alhamdulillah, Tahniah kak ezma ! semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...terim kasih myra ;) amin ya rabbal alamin..semoga semua urusan dipermudahkannya...aminnn :D

      Delete
  4. Assalamualaikum.Tahniah kak ezma, semoga kekal hingga ke alam perkahwinan dan seterusnya kekal till Jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam adik amalina :) terima kasih byk2 atas ucapannya itu.. doakan semoga urusan kak ezma dipermudahkan ye...insyaAllah... :D

      Delete
  5. tahniah ezma!!! hihi cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zoeyyy!! kak zoey pon dah ehem3 kan? tahniah jugakkk..ngeee :D

      Delete
  6. oh tahniah. :) yeay 1st... bilalah nk ikut jejak langkah ini....... wuu~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atieee~ haihh..atie jgn cepat2 sgt..mata ar-razi makin meningkat naik nie.. hahaha :D

      Delete
  7. Simple but nice...
    k.Zai btunang hr tu pon just pkai jubah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jubah je senang kan kak zai? lebih sopan sebenarnye..ngeee :D

      Delete
  8. a'ah la ezma..agaknye adat org kelantan mmg cenggitu kot..kazen kaksha masa tunang dulu camtu jugak dgn husband die..hehehe..

    apa2pun, tahniah sekali lagi dari kaksha..alhamdulillah..semoga jalan seterusnya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh..mmg adat kelantan mcm tu kot kan kak sha..takpe la..dah selesai dah pon..nnt kalo si lelaki tak ikot kang dia ngorat pompuan lain kat luar sane. hehehe :D terima kasih kak shaaaa :D

      Delete
  9. tahniah!! dah jadi tunang orang... :) sukanya tema kaler E-Day dy....shatek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tema e-day kite warna warni..hehehe :D anyway, mekasih yatt :D

      Delete
  10. Replies
    1. terima kasih yuyu.. tahniah buat yuyu jugak kerana dah menjadi tunangan org :D

      Delete
  11. tahniah dear. Moga kekal hingga ke akhir hayat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dear rara...insyaAllah...sama2 kita aminkan doa awak... :)

      Delete
  12. tahniah...tahniah...tahniah...huhuhu...cepat wat countdown untuk jadi bini org..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih beb sbb sudi dtg mekapkan aku... ehh..xnk la aku countdown.. sorammm!! :D

      Delete
  13. geez... bergenang mata ni. haha. happy tears nih tau!! tersentuh ati baca entri kali ni.hehe. tahniah ezma!! happy for yer both.

    moga segala urusan ke next stage dipermudahkan ye! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..jgn la nanges..nnt kite nanges jugak.. :D amin ya rabbal alamin...semoga urusan kami berdua dipermudahkan..syukur... :D

      Delete
  14. awk tq sebab sudi time pinangan sy.. insyaAllah sy akan jaga awk leklok nanti. org kata darah manis time bertunang ni, yela syaitan mesti kaco org yg nk mendirikan masjid.. :).. kite sesama jage k? sayang awk.. tahniah utk awk jugak sbb da jd tunangg sy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... awak pon nak wish tahniah jugak? okay2... terima kasih tunang saya.. saya ingin menjadi lebih baik.. itu saja.. semoga urusan kita berdua dipermudahkan. insyaAllah.. :)

      Delete
  15. tahniah Ezma, selamat menjalani alam pertunangan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih milaaa...insyaAllah...kite cube yg terbaik :)

      Delete
  16. tahniah akak senior..moga dipermudahkan langkaj seterusnya...:)
    http://nurmencariredha.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik...insyaAllah semoga urusan kami dipermudahkan... :)

      Delete
  17. babe lama tak jengah sini. tahniah babe=) cantik sangat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..lama dia tak dtg sini.. xpe, jap lg kite dtg kat uma awak pulak.. anyway, terima kasih byk2 dear :D

      Delete
  18. congratulationn..:)..

    semoge cepat2 kawen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much :) insyaAllah...dalam proses ke peringkat seterusnya la nie.. hehehe :D

      Delete
  19. Replies
    1. thank you dear.. baju kita biasa je awak.. tak mcm baju tunang org lain.. baju kite cap jalan tar je..hehehe

      Delete
  20. Tahniah k.ezma. Sgt lh sweet.. smoga berkekalan sampai ke jinjang pelamin,ank cucu cicit,dan akhir hayat ye akak... Smoga dipermudahkan segala urusan... weee...comel2.. darah manis nehhh... eheeeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bahaya kan darah manis.. anyway, terima kasih adik comel.. sama2 kita aminkan doa adik tu..semoga dipermudahkan..insyaAllah....... :D

      Delete
  21. dah tunang eh....aduh ketinggalan keretapi sungguh...kemain si faiz bersampin bagai..dah boleh nikah ni..hehe..ezma as usual...cute jerrrr...congrats dik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nak ikotkan nak je tros menikah.. tapi kursus kawen pon tak amik lagi... hehhe :D terima kasih kak mizzura...kite pon lama dah tak lawat blog akak..hahaha

      Delete
  22. AHhh ketinggalan zaman sungguh rasa bila bru taw akk da betunang.. Anyway congrats ,, sungguh kelihatan muka babyface mukamu kak ezmaliza ! HAHA .. wedding jln lpe jemput !! :D , smge berbhgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa... takde maknenye baby face la dik oiii..insyaAllah..nnt kite jemput melalui blog ye :) hehehe..anyway, thank you for the wish dikkk :)

      Delete
  23. hehe..tahniah2...hebat pelamin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... haha.. tu org yg buat...bukan kiteee...hahaha

      Delete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?