~you are my bestest buddies~

Zaman Sekolah Rendah : Tudung Bulat dan Surat Cinta


Terlalu rindu aku dengan zaman persekolahan. Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, Ampang menjadi satu kenangan manis dan mustahil untuk aku lupakan. Meh sini aku nak cerita kisah aku masa zaman persekolahan. Masa kat sekolah rendah, aku selalu di panggil "Bulat". Sebab aku suka pakai tudung bulat. Betul-betul bulat! Selagi tak bulat, selagi tu aku tak berganjak dari cermin solek. Lagi pulak, masa sekolah rendah aku seorang pengawas yang berdedikasi. Gitu kaaauuu! Aku sangat garang. Entah, kawan aku cakap aku garang. Eh, mestilah! Jadi pengawas kene la garang. Mind set aku masa sekolah rendah laaa... 


So, sebagai seorang pengawas, aku tak boleh buat salah. Kalau tak, nanti aku takkan di hormati. Dari Darjah 3 sampai Darjah 6 aku merupakan pengawas sekolah. Bila cikgu-cikgu sekolah bermesyuarat, semua pengawas di arahkan untuk bertugas menjaga kelas jagaan masing-masing. Kalau aku nak jaga kelas, aku nak jaga kelas yang dah siap sedia ada bulu rotan. Senang! Kalau budak-budak bising, aku nak libas bulu rotan atas meja. Wahhh, garang uolls!


Masa kat sekolah aku bukanlah budak pandai sangat. Paling pemalas subjek Matematik. Aku benci gila topik "Tolak" dengan "Pecahan". Soalan exam ni kan suka sangat bagi soalan "Tolak" yang aku pinjam dengan angka sebelah. Aku memang bodoh gila masa tu. Penah sekali aku pinjam jam tangan member yang ada kalkulator. Apa lagi, aku kira matematik guna jam tangan kalkulator you olls. Mampus aku kalau mak aku tahu aku meniru masa ujian fasa bulanan. Hahahaha :D


Darjah 6 merupakan tahun peperiksaan UPSR. Aku masih ingat, cikgu-cikgu aku gigih buat bank soalan, kelas malam, latih tubi etc. Macam nak muntah aku jawab soalan matematik beribu-ribu soalan untuk satu malam. Buku latihan matematik tu tak payah cakap la. Tebaiii nak mampus. Lepas habis satu, aku stapler dengan buku baru. Hujung tahun sampai 5 keping buku berstapler dan ade 3 set. Memang mujarab hasil ajaran Cikgu Anuar Sadat, cikgu matematik aku. Kata orang, cikgu paling garang. Dia panggil aku, "Esmony". Kuasam punya cikgu. Sebab masa tu femes iklan aiskrim Esmony.


Sampailah satu hari, aku dipanggil Guru Disiplin yakni Guru Bahasa Inggeris aku gak. Aku masih ingat nama dia. Puan Hanisah Othman. Haaa... yang ni sah memang cikgu garang. Kalau aku pandang dia, badan aku seram sejuk. Dia panggil aku kat bilik guru. Aku masih ingat dialog ni.


Puan Hanisah : Ezmaliza! Awak adalah prefect. Awak tahu apa kesalahan awak?
Aku : Haaa?? (aku dok pikiaq punya pikiaq) Agaknya sebab  saya bawak pensel Shaker. (masa tu sekolah aku mengharamkan pensel tekan. eh, pensel mekanikal kononnya)
Puan Hanisah : Awak bawak pensel Shaker? Nooo!! Bukan itu. Saya dah rampas surat cinta awak dengan budak lelaki ni.
Aku : Haaaaaaaa??? ( kali ni mulut aku terlopong)


Aku seorang pengawas. Mana mungkin aku ada berbalas surat cinta dengan budak lelaki. Bila aku tengok surat tu, aku yakin itu bukan tulisan aku. Sampai hati ada orang menyamar jadi aku untuk balas surat cinta budak laki tu. Tapi masa tu aku tak berpeluang untuk defend diri aku. Sebab aku terkedu. Yang kesiannya, mesti budak laki tu ingat aku yang balas surat tu. 


Daripada kes ini lah, aku selalu dijadikan bahan kalau Puan Hanisah tu berucap sewaktu perhimpunan Isnin. Memang la dia tak sebut nama aku. Tapi mesti sikit-sikit dia cakap, "You all semua masih belajar. So, tak payah nak berBUAYA-friend dan ber-GILA-friend sangat ye." Maksudnya toksah nak berboifren and bergirlfren sangat lah time-time study ni. Cehs!! Masa tu aku jadi down gila. Setiap kali pergi sekolah mesti aku rasa berat hati taknak pergi sekolah. Setiap kali kene perli dalam kelas, aku menyumpah-nyumpah dalam hati rasa nak saman je Puan Hanisah masa tu. Ye laaa... Dia malukan aku satu sekolah padahal bukan aku yang tulis surat cinta tu. (ni kalau cikgu aku ke atau sanak saudara dia baca ke, aku tak dulik dah. tolong la bagitahu dia yang aku tak bersalah) hehehehe


Disebabkan itu, setiap kali kelas Bahasa Inggeris aku mesti tunduk je. Memang langsung tak fokus. Dah tentu-tentu aku dungu cakap omputeh masa tu. Sepatah haram aku tak paham apa dia berceloteh kat depan kelas. Tambah pulak dia asyik dok perli-perli aku. Last-last masa keputusan UPSR keluar, subjek Bahasa Inggeris jugak yang aku tak dapat score. I got 4A 1B. English la yang dapat B tuh! Nak apply sekolah asrama penuh pon tak layak jugak ni.

Masa tu aku fikir nak cepat-cepat berambus dari sekolah tu. It just like a nightmare kalau lalu atau terpandang sekolah itu. Sampai sekarang aku masih tak tahu siapa yang menyamar jadi aku. Tak pasal-pasal nama aku busuk dek kerana rampasan surat cinta. 


TAPI, ada hikmahnya yang berlaku. Bila aku rasa down sangat, aku jadi kental untuk terus diam dan fokus untuk belajar subjek selain dari Bahasa Inggeris. Memang aku jadi pelajar yang pendiam dan bukan lagi ceria macam biasa. Sampai sekolah terus bukak buku. Takde nak merayap pergi singgah mana-mana kelas kawan yang lain. Balik rumah pon jadi pendiam. Buku je la tempat aku nak melupakan masalah. Sebodoh-bodoh aku jawab matematik, akhirnya berjaya jugak aku perolehi A. Subjek Sains yang membencikan pon aku boleh score A. Sah, ini penangan dari kes surat cinta itu jugak. 


Hari ini, aku tidak lagi benci sekolah itu. Tapi sebaliknya aku rindu. Dalam semua kehidupan zaman sekolah rendah aku, tak semuanya pahit. Ada jugak yang manis. Alaaa... zaman budak-budak. Paling seronok pergi kedai buku sekolah. Aku tak paham kenapa setiap kali rehat mesti singgah kedai buku dan beli pemadam bendera. Lama-lama penuh beg aku dengan pemadam bendera. Tapi sebelum beli pemadam, aku akan tenung lama-lama pensel shaker yang dijual. Dalam hati aku, Emak mesti takkan bagi duit RM17 untuk sebatang pensel shaker ni. Tetttttttttt!!!


Sekian. Entri takde gambar. Sekadar melepaskan kenangan rindu zaman sekolah rendah. Esok lusa aku update pasal kenangan sekolah menengah pulak ye. Uii...zaman cinta monyet tuuuu....... :P

21 comments:

  1. ezma kita pun prefect dari darjah 3 sampai darjah 6.

    ReplyDelete
  2. hahaha , kalau dapat surat cinta time skolah rendah , mmg hebat la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu bukan hebat namanya.. tapi gataiii.. ngeeee :D

      Delete
  3. Replies
    1. hehehe... tu baru sekolah rendah taw :D sekolah menengah lagi interesting! :)

      Delete
  4. standard la beb..zaman sekolah rendah mesti ada cikgu yang meninggalkan kesan sakit hati.. kita pn de..mmg akan igt nama dia sampai mati woo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn!! mmg tak gemor lgsung dgn cikgu tu... sgt meninggalkan kesan sampai hari ni........

      Delete
  5. Replies
    1. sometimes kite akan rindu zaman persekolahan... hehehe :D

      Delete
  6. alooo..kita nk tgk gmbo..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambo?? erm... nanti kite update yg baru utk letak gambo ye...

      Delete
  7. gambar tudung bulat xade ke? ^____^..

    mesti comel gilee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha :D gambar tudung bulat byk gambar yg dicuci.. takde gambar dalam laptop. ngegege :D

      Delete
  8. yes...rindu jugak kat sktn.. cikgu anuar sadat, cikgu zailani, ustaz nordin dan macam2.. teacher hanisah tu mmg garang nak mampus n suke sebut "samdol bin dogol"... lagi 1 cikgu garang sampai tahap nak mati, cikgu siti sapora.. cikgu math... mana la mereka skrang??? hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha...ni sah2 murid sktn gak ni! sgt kenangan la mereka semua ni.. yg tinggal rasanya encik anuar sadat dgn encik zailani je.. yg lain dok tahu gi mano.. :D

      Delete
    2. ckgu zai dah pindah sekolah..last jumpa mase 2tahun lepas we all (batch 1995-2000) buat talk n sikit motivation utk student darjah 6 but ckg anuar still there n remember pakcik hasan owner kantin?? tetap sampai sekarang kat kantin tu ..

      Delete
  9. mne gmbr akak zman skulah dulu???? nk tgkkkkk hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la yanggg :D kalo ade, nanti kite update yg baru...hehehe :D

      Delete
  10. sabor jela cikgu ni....boleh plak kantoi ke cikgu kann...sabor ye..adik ezma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ni semua kenangan ezma masa zaman persekolahan kak mizzura... lucu pon ade...ngeeeeee

      Delete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?