~you are my bestest buddies~

Ezmaliza, the Mommy-To-Be. InsyaAllah!


"Tahniah ye. Kalau ikut perkiraan dah 4 minggu kandungan awak ni", kata doktor Rohana.


Hari Isnin baru-baru ni aku terpaksa ponteng kerja sebab aku rasa perut aku lain macam. Bukan rasa nak terbuang air besar ke apa. Perut rasa kejang sangat. Dalam hati puas aku menidakkan yang adakah aku mengandung? Sebab aku taknak lagi bersedih sebab terlalu memberi harapan yang tinggi menggunung macam bulan lepas. Sedih aku tu macamlah aku dah bernikah 7-8 tahun tapi tak dikurniakan cahaya mata.



SEBULAN YANG LEPAS - 13 JUNE 2013

Hari ini genap usia perkahwinan aku dan Faiz selama 2 bulan. Aku bernikah pada 17 Mei 2013 dan ketika itu aku sedang haid. Niat kami berdua memang mahukan cahaya mata secepat yang boleh dan tidak mahu merancang untuk anak yang pertama. Maka, lebih kurang sebulan selepas nikah, aku dapat panggilan telefon dari Wana, sahabat lama di SEMASHUR bertanyakan khabar aku. Dia bercerita yang dia mengandung sejurus selepas dia bernikah tak beberapa lama. Rezeki dia. Dia semangat memberitahu aku agar aku cepat-cepat cek UPT untung-untung rezeki aku pula. Akibat terlampau excited, pulang dari office aku singgah di Guardian KL Sentral untuk beli pregnancy test. Pening kepala aku nak pilih mana satu. Ada yang mahal, ada  yang murah, ada yang jenis strip, eh, macam-macam jenis pregnancy test lah. At the end, aku beli je jenama murah Guardian yang ada 2 strip dalam satu kotak.


Hari tu Faiz balik kerja lewat malam. Tetapi pada petangnya dia WhatsApp aku tanya samada aku dah cek ke guna pregnancy test tu. Aku pon balas, "It is better to check at the early morning, Sayang." Setahu aku nak cek air kencing ni lebih elok cek sewaktu awal pagi selepas bangun tidur. Tapi masa tu dah petang nak masuk Maghrib. Kalau ikut kitaran period, memang belum masuk waktu lagi. Tapi apa yang aku tahu, seawal 10 hari selepas waktu subur dah boleh nampak keputusannya pada UPT (Urine Pregnancy Test).


Puas aku belek pregnancy test tu untuk baca segala mak nenek arahan dan cara-cara menggunakannya. Maklumler, aku tak pernah tahu macam mana nak menggunakannya. Nak kencing ikut mana, nak tadah macam mana, nak bubuh air kencing lagu mana. Semua tu aku google time tu jugak! Dalam kotak tu, ada disediakan satu kotak kecil untuk kita tadah urine atau air kencing. Setelah puas aku membelek manual yang disediakan, aku masuk bilik air dan mulakan proses cek UPT. UPT jenis strip ni, aku kene rendam strip dalam kotak kecil yang berisi urine tadi. Aku dapat lihat urine aku diserap naik ke atas memenuhi ruang bacaan keputusan. Semua ruang tu bertukar warna menjadi merah dan selepas 10 saat warna merah tu akan berkumpul membentuk jalur pada satu bacaan. Dan apa yang aku peroleh, hanya satu jalur merah pada bacaan C iaitu Control. Dekat 3 minit aku tunggu dengan harapan yang besar agar satu lagi jalur membentuk pada bacaan T, Test. Malangnya tidak muncul pon. Air mata mula bergenang tapi aku tahankan saja sehinggalah Faiz balik dari kerja malam tu, dia bertanyakan soal itu. Terus laju air mata aku mengalir kat bahu Faiz. Pandai suami aku pujuk, "Kita baru sebulan nikah Sayang, tak apalah. Nanti kita usaha lagi." Esoknya terus datang period. T___T  No wonder la single line je....



Date : 13 June 2013



BULAN INI - 15 JULAI 2013

Aku bersyukur kerana aku merupakan seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang sentiasa tepat dan mengikut sistem pengovulan seorang wanita normal. Jadi, aku sentiasa bersiap sedia dengan tuala wanita dalam beg tangan pada tarikh-tarikh tertentu kerana aku tahu aku akan period pada hari tersebut. Tetapi pada bulan Julai ni, aku dapat rasakan period aku lewat 3 hari. Ini jarang berlaku dan aku mula berangan adakah aku mengandung. 


Pagi tu Faiz memang ambil cuti kerana dia mahu habiskan cuti tahunannya yang berbaki 2 hari. Tapi aku memang kene pergi kerja lah. So, lepas sahur dan solat Subuh, kami sambung tidur akibat kepenatan memandu dari Johor malam tadi. Bila aku hendak bangun untuk mandi dan pergi office, aku rasa perut kejang semacam. Aku tengok Faiz masih nyenyak tidur. Dalam hati aku ni berbelah bagi nak buat urine test tak ni? Sebab ada lagi 1 set strip dalam kotak yang aku beli bulan lepas. Tapi aku taknak terlalu berharap sebab nanti aku jugak yang kecewa sampai menangis. Sebelum aku turun dari katil, aku sempat bisik senyap-senyap kat telinga Faiz, "Abang, kita nak pergi buat test ni. Sayang doakan yang baik-baik ye." Tapi sebelum tu, aku sempat lagi berangan lama-lama memikirkan skrip yang akan muncul dari mulut aku untuk aku ekspresikan pada si suami kalau test tu positive. Tapi, kalau negative, aku nak buat senyap-senyap je then terus pergi kerja diam-diam. T__T





Selesai berangan, aku masuk bilik air dan mulakan operasi urine test. Setiap saat aku tak lepas pandang melihat urine aku diserap naik oleh strip tersebut. Mulanya jalur pekat berwarna merah muncul pada bacaan C. Aku dah mula rasa frust. Tapi aku sedapkan hati untuk tunggu beberapa saat lagi. Tiba-tiba aku nampak ada satu jalur samar-samar muncul pada bacaan T. Aku gosok mata banyak kali supaya mata aku tak buat silap. Lama-lama warna jalur tu semakin pekat. Terus aku menjerit dari bilik air panggil suami aku, "SAYANGGG!!!". Tapi takde suara membalas. Geram jugak aku nih. Jerit dua kali pon takde balasan. Dibuatnya aku jatuh dalam toilet ke, Faiz dah bangun nak mandi baru tahu agaknya aku pengsan jatuh toilet. Hahahaha =D Tapi InsyaAllah tidak..... =P


Haishhh, tak boleh jadi ni. Aku keluar dari bilik air dan kejut suami aku bangun tidur. Disebabkan Faiz boleh selamba tidur tak dengar jeritan aku, habis hilang semua skrip yang aku cuba reka tadi kalau test ini positive. Haih la Faiz. Saya sayanggg awak! Masa dia bangun, "Kenapa Sayang?". Lama aku terdiam sebab tak tahu nak bagitahu macam mana. "Sayang, I am maybe pregnant." Terus Faiz terduduk atas katil sebab terkejut. Dia punya senyum tu lebar sampai ke telinga. Hahaha =D Terus dia peluk dan cium dahi aku. Makruh tak puasa? =P



Date : 15 Julai 2013


Tengahari itu kami mencari-cari klinik sambil menuju ke Shah Alam untuk mengambil kad nikah. Kami mahu klinik yang ada tulis nama doktor perempuan sahaja. Kalau klinik ada tulis macam, "Klinik Rahman", "Klinik Rajasamy", "Klinik Ah Beng" dan sewaktu dengannya memang aku taknak pergi. Sepanjang jalan mata aku meliar mencari klinik yang ada nama doktor perempuan macam "Klinik Rokiah", "Klinik Fatin Liyana" ke, last sekali aku terjumpa Klinik Rohana Jamil kat seksyen berapa entah. Doktor wanita tu pon excited bercerita dan menerangkan pada aku tentang kehamilan pertama aku. Beliau menasihatkan agar aku rajin-rajin makan buah kurma dan makan asid folik. InsyaAllah, aku akan amalkan. Baik sangat doktor tu. Doktor macam ni aku suka. Bukan sekali masuk tak sampai 5 minit then di caj sampai berpuluh-puluh ringgit. Hahaha =D Adakah aku membayar untuk mendengar doktor tu membebel? Nay! But I like the way like that! =) Macam-macam la kau Ezma.... Hahahhaa........


Seorang demi seorang ahli keluarga kami telefon untuk memberitahu hal ini. Keluarga belah Faiz semuanya okay sahaja. Tapi keluarga belah aku, semuanya menangis bila aku beritahu akan berita gembira ni kecuali Ayah. Ye laaa... Takkan Ayah nak menangis kan? Maklum lah, rumah kami sudah lama tidak kedengaran suara bayi. Bila mereka nangis, aku pon tiba-tiba turut mengalir air mata sekali. =') 


Apa yang aku boleh cakap, semua perasaan wujud dalam diri aku sekarang ni. Gembira, teruja, takut semua ada. Macam-macam persoalan bermain dalam fikiran aku. Dan masa inilah aku menggunakan perkhidmatan Google untuk cari jawapan pada masalah aku. "Apa makanan yang boleh dan tidak boleh aku makan?", "Berat mana barang aku tidak dibenarkan untuk bawa sewaktu kehamilan?", "Kalau duduk macam ni, janin terganggu tak?", "Apa yang boleh aku lakukan untuk elakkan keguguran?", "Start daripada bila aku kena pakai baju mengandung?", eh macam-macam persoalan lah yang bermain di benak fikiran aku. Takpe Ezma. Slow-slow. Doa banyak-banyak. Behave yourself. Jaga pemakanan. Jangan jalan laju-laju kat LRT. Banyakkan bertanya pada orang yang lebih berpengalaman. Harap ada yang sudi membantu aku. 


Till then. Doakan kandungan aku sihat dan selamat sampai waktunya. InsyaAllah jika Allah izinkan, akan due pada 21 March 2014. =') Alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau berikan. 

39 comments:

  1. Tahniah ezma sayang. i'm happy for you... insyallah sampai masa qah t leh belajaa dr ezma pulak. timba ilmu bebanyak taw :)

    Take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u ieqah.. boleh je awak.. insyaAllah kita share sikit2 dalam blog ni kalau rajin kite menulis.. hehehe =D

      Delete
  2. waaaaaa.. tahniah Ezma..

    jaga diri baik2 tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u rinaaa... insyaAllah i will do it dear ;)

      Delete
  3. alhamdulillah !
    rezeki ramadhan.
    jaga diri baik baik masa awal pregnant nih.
    doakan kita ikut jejak langkah ezma pulak ye.
    hee.
    pada hal bulan depan baru nak nikah dah berangan nak baby pulak.
    haha.
    :D~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kite pon anggap inilah rezeki ramadhan :) takpe iqah, kite doakan awak pon boleh cepat2 dapat baby. insyaAllah.. selamat membuat persiapan yg terakhir ye :)

      Delete
    2. thanks ezma.
      tengok baju baby pun dah geram.
      dah la kita jual rompers baby.
      haha.
      sabar sabar , lepaskan majlis dulu.
      hee.
      :)~

      Delete
  4. tahniah ezma dan faiz....jaga baik2 tau kandungan tu...jangan lasak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak shidaaa.. insyaAllah akan kite jaga baik2 kandungan ni :) hehehe

      Delete
  5. tahniah awak. jaga kandungan elok2 ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik eka.. insyaAllah i will dear :)

      Delete
  6. alhamdulillah...tahniah ezma dan faiz..bakal jadi ibu dan ayah..semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah..

    due 21 march eh? besday encik CH kak sha tu..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... itu pon kalau baby kite cukup bulan lahir tepat pada waktunya la.. hehehe :D insyaAllah.. kak sha doakan kite selamat semuanya sampai bersalin ye :)

      Delete
  7. Tahniah ezma...

    take care k...jgn stress2

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak zai :) insyaAllah kite akan happy2 jeeee...hehehe :D

      Delete
  8. wah.. alhamdulillah~ happy for u.. Moge2 dipermudahkan semuanya.. amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u wanie :) insyaAllah semoga Allah permudahkan... :)

      Delete
  9. kita plak yg berdebar baca cter sys ni ehheheh.. tahniahhhhh!!! alhamdulilah :) take care ye systa <3 <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u nuru syg :) insyaAllah kak ezma akan jaga diri..

      Delete
  10. congrate ezma . tahniah , tahniah , tahniah .. ^_^..take care . jgn stress sgt , jgn makan bnyak , tapi kene kerapp.. jgn angkat berat2 , jgn tolak/tarik brg guna kaki.. haha

    happy mommy to be.. :D ..

    doakan aja jugak.. due 1 march! ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... 1st march eh? insyaAllah.. sama2 kite jaga kandungan kita.. tahniah utk ajashar jugak =)

      boleh la kite share2 pregnancy tips kan?? hehehe

      Delete
  11. congrats ezma..jaga diri elok2 ok..jgn stress,efek baby.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u ilaaa =) insyaAllah kita akan jaga diri baik2.. hmm.. stress tu tak tahu mcm mane nak handle.. tapi insyaAllah kita cuba... untuk ila, selamat bersalin nanti ye... =)

      Delete
  12. ezma,tetiba kita senyum sensorang baca entry awak ni.... tetiba letak tangan kat perut sendiri,haha...anyway,tahniah ezma dan faiz ,tak sabaq nak timang anak korang berdua,heeeeeeeeeeee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. comel je onie. tq onie. insyaAllah jika tiada aral melintang, onie boleh timamng bulan mac tahun depan :)

      Delete
  13. tahniah ezma!...kita punye time lebih kurang je,sy baru check 2 hari lepas,Alhamdulillah positif.,tp belum pergi jumpa doc je lg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... yeke.. kite dah nak masuk 6 mggu.. ape pon tahniah utk awak juga moon bulan. org ckp, awal2 kehamilan, mmg kene jaga gila2.. =)

      Delete
  14. betol tu ezma.,semua nak kene jaga termasuk la makan minum. sama2 la kita jaga kesihatan ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kita akan jaga makan minum.. skrg ni pon bulan puasa, masuk tengahari je dah lapar gilaaa...

      Delete
  15. betol tu ezma.,semua nak kene jaga termasuk la makan minum. sama2 la kita jaga kesihatan ye =)

    ReplyDelete
  16. salam.. Alhamdulillah.. tahniah yup.. finally u get it,

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... terima kasihh.. alhamdulillah.......

      Delete
    2. Tahniah....seronok akak baca kisah ni, terkenang2 zaman dulu2... excitednya x boleh nak dikata, ...

      Dofollow blog ni.,.

      Delete
  17. tahniah ezma , lama tak bukak blog die pastu skrg buka tau2 da ada isi . Alhamdulillah =) . congratz

    ReplyDelete
  18. tahniah awak :) kalau nak cari supplemen yang bagus for ibu mengandung, boleh singgah blog saya eh :)

    ReplyDelete

Berbudi bahasalah dalam berbicara. Budi bahasa bukankah budaya kita?