Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Beberapa minggu lepas, aku dan family bercuti sehari suntuk di Singapore. Perghhh, this is my first time aku bercuti menggunakan passport. Kira macam oversea jugak lah walaupun cuma sebelah Johor Bahru je kan? Hahaha =D Tujuan kami ke sana hanyalah untuk masuk ke Universal Studios Singapore (USS) sahaja. Tempat lain belum difikirkan lagi. Hahaha =D
Memandangkan aku sahaja manusia yang masih belum ada pendapatan sendiri, maka dengan itu aku telah di-support sepenuhnya termasuklah duit untuk buat passport, tambang bas ke Singapore, duit makan dan minum serta duit membeli cenderamata. Keh3 =D Mula-mula aku rasa macam Eh-Seronok-Jugak-Orang-Belanja-Kan? Hakikatnya TIDAK! Aku kena beragak-agak sikit dengan setiap permintaan kerana harga barangan di Singapore jauh terlalu tinggi berbanding di Malaysia.
sebenarnya diharamkan mengambil gambar. ampun pak, saya tak tahu!
First of all, kalau nak ke luar negara anda mestilah mempunyai passport. Buatlah passport awal-awal. Jangan jadi macam aku. Esok nak ke Singapore, hari ini baru aku terhegeh-hegeh nak buat. Kalau anda tinggal di Kuala Lumpur, sebaiknya sebelum Subuh dah beratur untuk buat passport ya. Jangan tanya kenapa. Anda pon tahu apa sebabnya. :) Sediakan 2 keping gambar berukuran passport tanpa nampak gigi, photostat IC depan belakang sehelai dan better bawak pen sendiri daripada meminjam sana sini. Buat passport RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun.
Sewaktu menukar duit Malaysia ke Singapore, nilai matawang antara RM100 bersamaan $40.88 sahaja. Jadi, tersangat-sangat mahalnya duit Singapore ni. Urghhh!! Sebab itu kami sekeluarga bersepakat tidak mahu membawa kereta masuk ke Singapore. Satu, sebab tak tahu jalan nanti buat habis minyak aje. Kedua, procedurenya lebih leceh kata orang. Ketiga, entah berapa dolar pulak nak bayar parking kereta. So, dari KL, kami menaiki kereta sehingga ke Larkin, JB dan parking di sana. Kemudian naik bas yang disediakan dari Larkin terus masuk ke Woodlands iaitu kastam Malaysia-Singapore. Ya ALLAH, punyalah leceh yang teramat! Malas nak cerita. Nanti makin mencecah ke lantai entry aku sedia panjang ni.
kerja aku melompat je! memang aksi feveret dah ni.Harga tiket untuk ke Universal Studios Singapore ini adalah $74 per pax dan setelah diconvertkan ke duit Malaysia, ia menjadi RM181 seorang. Harga untuk kanak-kanak aku tak pasti pulak. Tak ke mahal nak matik kalau macam tu? Untuk Singaporean, pada mereka itu nilai biasa sahaja. Tetapi tidak pada Malaysian. Urghhh again! Masa tu aku berfikir, alangkah indahnya kalau aku sudah bekerja.... Ohhhh!!
makanan Malaysia, sini pon ade jual jugak.

Ok, now focus on the second pic. Nampak tak roller-coaster yang warna biru dan merah tu? Aku cuma sempat naik kedua-dua roller-coaster tu sahaja. Roller-coaster untuk gambar atas aku tak rasa macam nak naik. Haha =D FYI for those who dunno, both of the roller-coaster berjaya membuat hormon adrenaline aku merembes dengan jayanya. Punyalah kecut perut aku dibuatnya! You must try this! Tersangat-sangat besttttt!!
Emak kata, "Tak tercabut ke nyawa naik roller-coaster tu?". Hahaha =D Kesian Emak... Yelaaa, bukan usia beliau untuk main game-game macam tu. Tapi nasib baik Emak ada, boleh tolong jagakan beg-beg kami semua. Sebab, tiada barang boleh dibawa bersama sewaktu beratur untuk kedua-dua roller coaster tu. Kalau anda mahu sewa loker, haaaaa....!! Harganya taknak mahal pulak kan? Siap ada had masa pulak tu. Kalau lewat ambil barang dari loker, loker anda akan di-lock! Haaaa, duit lagi!
LAPAR! Kami lunch di Oasis Spice Cafe. Perghhh!!Sedap gila makanan ala-ala Oasis ni. Harga pon sedapppp!!!!
masa aku buat pose ni, adik aku bantai gelak gila sebab katanya sama sangat! kuang asam ko Ezam! haha =D
Haaa!! Masa ni tengah tunggu untuk masuk dalam panggung wayang 4D Shrek! Beratur punyalah panjang and lama giler! Pastu masuk dalam satu chamber untuk dengar seorang amoi ni membebel entah hapa-hapa! "Hek eleh! Punyalah lama aku beratur untuk tengok benda alah ni bergerak-gerak aje?" Aku mula rasa macam nak nanges sebab macam menyesal gila!! Huwaaaa... T__T Tapi, sabar dulu..........
Lepas amoi tu membebel-bebel and sekawan Pinocchio duk berdrama dengan Mirror-Mirror-On-The-Wall tu, barulah pintu masuk ke pawagam tu terbukak. Inilah dia Shrek 4D. Pakai spec 4D tu buat aku rasa macam nak pegang-pegang je Dragon and Thumbelina yang ada dalam tu. Memang real gila lah! Kerusi dalam pawagam tu buat kita rasa real sangat-sangat! Contoh, sewaktu kuda tu berlari bawak Shrek dengan bini dia, kita pon akan terlompat-lompat macam kuda tu jugak! Paling kelakar sekali, sewaktu ada labah-labah muncul terasa real gila macam labah-labah jatuh atas kaki. Masa tu semua orang bantai gelak!! Haha =D
Cukuplah dulu sampai sini aku cerita. Penat dah ni... Entry pon dah mencecah lantai sangat-sangat dah! Nanti aku sambung Part 2 as Finale Part! Aku akan bagi tips untuk kawan-kawan yang belum pernah pergi dan ingin ke USS ni nanti. Bagi aku masa untuk fikir ayat. Hehehe =D
Terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca sampai habis. Nantikan sambungannya ok? =)
Terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca sampai habis. Nantikan sambungannya ok? =)

