~you are my bestest buddies~

Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

walaupun aku PEREMPUAN, aku suka pada kecantikannya !

Assalamualaikum! hello readers. :) aku sehat? korang sehat? alhamdulillah. hari ni, aku happy sangat-sangat. kenapa? nanti-nantilah aku cerita. sebab aku tak sabar-sabar nak taip entry tentang kecantikan seseorang perempuan yang cukup membuatkan aku kagum. satu masa dulu, 25 September lalu, aku ada post status seperti di bawah.



dah baca kan? huhu.. walaupun korang perempuan, pernah tak korang tengok perempuan yang cantik?? tak kiralah artis or kawan-kawan korang sendiri. mestilah pernah kan?? cuma antara mampu atau tak je korang nak puji sebab ego terlalu tinggi atau takot perempuan cantik tu bangga lebih pulak kan?? haha.. jom terjah satu-satu dulu kategori perempuan cantik dari kalangan selebriti kat Malaysia ni. terima kasih pada incikGOOGLE sebab bagi aku gambar yang terbaek ni. antaranyalah......

Datuk Siti Nurhaliza! yes! dia memang sangat cantik. aku tak pedulilah ada antara korang yang tak menggemari beliau. tapi aku suke! haha.. :D so, suka hati aku la kan? :P dari dia remaja sampai dah kahwin pon beliau tetap cantik. tak kisahlah walaupun badan beliau nampak makin sihat sikit sejak mendirikan rumahtangga ni. kak SITI, you memang cantik!



next, Lisa Surihani! wow! yang ni memang aku cukup suka. lakonan yang mantap! belajar pon pandai. lihat saja wajahnya di kaca televisyen. memang lelaki cair habis! confirm! hahaha. :D kak LISA, I adore you lah! :D



next is Datin Norjuma Habib Mohamad. pengacara rancangan TV3 ni sooooo cute! penuh dengan ciri-ciri kelembutan beliau. seriously, lemah lembut beliau menampakkan lagi kecantikan dan keayuan yang ada pada beliau! hebat!



last! seorang lagi selebriti pilihan aku adalah Nurul Syuhada Nurul Ain. pengacara TV jugak nih. setiap kali dia mengacarkan sesebuah rancangan tu, mata aku tak lari dari memandang lesung pipitnya yang kejap timbul kejap tenggelam. maklumlah, aku mana ada lesung pipit. puas di tenyeh hari-hari pipi takkan timbul lesung pipit ni pon. hahhahaa... :D


so, berbalik pada status FB aku tadi, macam-macam feedback yang aku dapat. ada yang bertanya siapa. tapi, aku merahsiakan identiti perempuan tersebut. takut juga kalau beliau riak. tapi rasanya beliau tak tau pon aku mengaguminya. persoalan yang bermain di benak fikiranku sekarang ni, salah ke aku mengagumi kecantikannya kerana aku seorang perempuan dan bukan seorang lelaki. salahkah??

oke-oke! ni pendapat aku la yer. korang jangan fikir bukan-bukan. ape?? ingat aku lesbian ke?? abes mane aku nak campak incikFAIZ aku tu? haha. :D macam ni.. aku kagum betul dengan keindahan wajah seorang perempuan ni. beliau pelajar universiti aku jugak. cantik sungguh!! matanya bulat. bibirnya mungil bak delima merekah. hidungnya mancung bak seludang. kulitnya bagai telur di kupas. alis kening yang tersusun rapi. bentuk wajah yang berbujur sireh. mempunyai ukuran badan persis model gitu. wah!! banyak dah ni duk puji melambung-lambung. makna kata memang cantik lah. dah tak tau nak describe macam mane lagi dah ni.

TAPI !!!! please lah.. jangan di tanya aku soalan, siapa weh?? who's that girl?? agak-agak dia single ke dah kahwin?? please! memang aku tak jawab la soalan tu. haha.. tapi indah betul ciptaan TUHAN. dan yang paling pasti, kalau perempuan tu cantik, tambah pulak budi pekerti dia pon cantik jugak.. pergghh!! makin lah aku kagum gila-gila dengan orang-orang macam ni. hmm...bilalah aku nak jadi seperti mereka. kecantikan itu satu subjektif. mungkin perempuan ini cantik di mata aku, tetapi tidak di mata korang sume. jadi, pandai-pandai kita nilaikan.






p/s: dalam Quran ada tulis, air wuduk yang berkekalan mampu
menambah kecantikan seseorang individu itu. (^___^)v