Assalamualaikum and Hello Readers! :)
Minggu lepas sepanjang cuti Raya Cina, memang heaven giler la! Kerja aku asek berjalan menghabiskan duit walaupun takde duit hakikatnya. Hahaha.. :D Dapat pergi gathering blogger walaupun bila balik rumah kene ganggu dengan ANON. Oke, sudah! Taknak lagi cerita pasal dia. Aku sendiri maafkan manusia tu walaupun dia takde pon mintak maaf kat aku. Hmmm.... Then, pergi Bukit Tinggi dengan IncikFAIZ. Next, bergathering-gathering dengan all my families eat McD. Memang havoc! :)
So, aku nak jugak abadikan cerita aku ke Bukit Tinggi ni dalam blog kesayangan aku ni. Dulu aku pernah pergi dengan family 3 bijik kereta. Tapi kitorang patah balik sebab satu kepala nak masuk Bukit Tinggi tu jer RM10. Dalam kereta yang aku naik ade 5 orang. Belum masuk lagi dengan budak-budak kecik yang berderet-deret kat kereta belakang. Mahu tak beratos-ratos hengget duit melayang-layang. So, kali ni aku tak lepaskan peluang untuk pergi sendiri dengan IncikFAIZ nie. Yeay! :D
Memandangkan minyak pon dah naik harga, nak masuk Bukit Tinggi ni pon naik jugak harga tiket dia. RM12 per person! Adesss...!! Nak pergi Bukit Tinggi ni jer dah bersimpang siur jalannya. Macam jalan kat Bukit Putus Negeri Sembilan dolu-dolu. Perut aku dah la kosong. Macam nak muntah aku masa tu. Haha.. :D Bukit Tinggi ni ada 2 tempat menarik. First place yang aku lawat adalah di Japanese Tea House. Second one is Colmar Tropicale French House.
Nak naik bukit ke Japanese Tea House tu memang tinggi betul darjah kecerunannya. Lenguh-lenguh kaki aku nak naik kat atas tu. Dah lah pakai heels. Adoiii... Siryesly, baru tahu tempat ni macam mana. Tu laaaa Ezma! Lain kali buat la research sikit pasal tempat yang nak di kunjung ni. Kalau tahu dari awal, aku pakai selipar jepun je. Haha.. :D
Wahh, IncikFAIZ pon nak jugak amik gambar. Penat sudah dia. Drive jauh-jauh. Kena angkut semua beg, payung sebab takut hujan and camera stand aku. Dalam beg tu ada botol air dan makanan. Hehe.. :D Denda cikit sebab tak cakap pon tempat ni berbukit-bukit. Sakit dah kaki nie. Haha.. Takdelah denda. Melampau tak aku......... :P
Dalam Japanese Tea House ni ada banyak jugak la tempat best untuk photoshoot. Siryesly best giler. Cuma aku dah tak larat nak jalan jauh-jauh lagi sebab macam nak tercabut lutut ni. Amik pics sikit-sikit boleh la. Sekadar buat syarat. Hehehe.. :D Tapi takdelah nak tepek semua kat sini. Ni pon dah kira banyak la nie... :D
Dalam ni kita boleh sewa kimono. Boleh lah nak feeling-feeling Jepun kat sini. Tak payah dah nak pergi Jepun nun jauh tuuu.. Tapi satu baju RM20. Tu baru untuk aku. Yang IncikFAIZ mestilah nak jugak. Aishhh.... Tak payahlah. Jimat duit. Amik je la gambar kat rumah Jepun nie. Berangan jer la kau puas-puas kat situ Ezma oiii... Huhuhuhu.... :)))
Haaaa... Masa nak turun balik ke tempat letak kereta, memang curam giler jalan tu. Nak taknak, aku kene tanggalkan kasut ni. Boleh rosak kasut murah aku ni kalau aku tak campak kasut tuh. Aih, berkaki ayam la pulak. Batu-batu tu sejuk jer. Tapi sakit jugak la terpijak batu-batu kecil tu kan... Uwaaaaa.... :(((
Hahhaa... Sekali lagi berlaku kejam dengan IncikFAIZ. He was lending me his shoes. Yeaaahhhhaaa!!!! Yeay!!Yeay!! Dia pulak berkaki ayam. Haha.. :D Aku kijam betul kan. Thank you awak. Walaupun saiz kasut awak besar, saya bantai jugak pakai kasut nie. Hahaha... :D Thank you yerpp!! :))
Next place, ke Colmar Tropicale French House. Pemandangan di sini memang cantik! Terdapat kawasan kediaman orang-orang Perancis. Struktur bangunan di situ sangat klasik. Macam real gile ade kat oversea kononnya. Look at the front gate. Jambatan atas tasik macam dalam cerita-cerita orang putih. Syok weh! Jakun abes la si Ezma nie. :)))
Ada 4 ekor angsa kat tasik ni. 2 ekor warna putih. 2 ekor lagi warna hitam. Aku mane lah pernah ada peluang nak tengok angsa dekat-dekat. Tapi gatal nak beranikan diri nak sentuh angsa tu. Kang dia geget tangan ko Ezma. Aihhh... Kurang mas kahwin aku nanti. Hahahha... :D
Hari tu panas gila. Aku pulak sengal habis pergi tertinggalkan payung kat Japanese Tea House tu. Vunguksss!! Ada rasa macam nak terjun kat kolam air pancut ni pon ado. Tapi kang kene saman pulak. Huhu.... Okelah, jom balik. Dah penat dah ni. Lapar pon ada. Makan kat KL je la. Sini mahal gila makanan dia. Macam kat Genting jugak. Aku ni student jer. Kene lah berjimat-jimat sikit.
Oke, sebelum balik jom amik gambar sama-sama. Ingat kamera kecik dulu je boleh buat macam ni. DSLR pon boleh. Menggeletar tangan aku pegang sebelah jer. IncikFAIZ, awak tolonglah pegang sekali. Adessss.... Auchakk!! Bye-bye semua. Sesiapa yang pernah pergi, kamu sangat beruntung lah. Kepada yang belum lagi, pergilah ke sana ya. Banyak lagi tempat menarik di Malaysia ni yang masih belum sempat aku terokai. So, Cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaa!!!!!! Pesanan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. (^___^)v
p/s: err, aku ade bakat
jadi Menteri Pelancongan tak?? :P
jadi Menteri Pelancongan tak?? :P