~you are my bestest buddies~

Showing posts with label elia jejariruncing. Show all posts
Showing posts with label elia jejariruncing. Show all posts

Rentetan 2011 Tinggal Kenangan

Assalamualaikum and Hello Readers.

Terlewat ke untuk aku publish entry ni? Hari ini baru 18hb Januari. Ahh, baru 18 hari terlewat. Bukan 18 minggu pon. Apa pon, rentetan dan kenangan 2011 tahun lepas benar-benar menggamit memori seorang aku. Segala yang aku abadikan semuanya tentang konsep "Pertama Kali". Entry ni ibarat review life aku sepanjang tahun 2011 lahhhh.....


Sewaktu tahun 2011, aku mula berpraktikal di Telekom Malaysia Jalan Semarak. Di situ aku belajar erti kehidupan sebenar. Aku belajar erti penjimatan makanan dan duit, erti kesabaran menghadapi jalan sesak di tengah-tengah kota, erti persahabatan, erti suasana di tempat kerja, erti pergaulan dengan adik-adik dan orang yang bekerjaya. Walaupun tidak mendapat elaun, aku tetap bersyukur kerana rumah aku berdekatan dengan tempat kerja. Dan aku cuma memandu kereta yang memakai NGV. Jadi, ianya masih jimat berbaloi-baloi.


Pada Julai 2011, aku telah berkunjung ke Pesta Bunga terbesar di Malaysia. They called it Pesta Floria at Putrajaya. Ini adalah pertama kali aku melihat pameran bunga yang cukup besar. Pelbagai jenis bunga yang di pamerkan di sepanjang Presint 2, Putrajaya itu. Aku sungguh kagum dengan kehebatan mereka yang menganjurkan aktiviti itu dan mampu menyusun sejambak-sejambak bunga di atas jalan, tepi dinding dan sebagainya untuk tontonan masyarakat. Aku rasa kagum sungguh.


Tahun 2011 juga mampu mencatat kenangan dan kejayaan aku untuk mendaki Bukit Broga bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas aku di UniMAP. Aku sangat teruja bila melihat gambar-gambar pemandangan yang orang lain ambil sewaktu matahari terbit di puncak Bukit Broga. Gerak dari rumah seawal jam 3 pagi ke Bukit Broga pon masih gagal untuk mencuri moment matahari terbit. Tapi apapon, kenangan menaiki Bukit Broga bersama kawan-kawan sekelas aku adalah kenangan yang paling terindah memandangkan aku juga sudah hampir tamat belajar. Pasti aku akan rindu kenangan ini lagi.


Pertama kali menjadi pengapit juga tidak aku lupakan untuk diabadi dalam entri kali ini. Dua kali aku di beri peluang untuk menjadi pengapit kepada pasangan pengantin Encik Aiman & Puan Hawa Jan serta Encik Iskandar & Puan Nonie. Bila diberi kepercayaan untuk menjadi pengapit kepada pengantin, aku harus lebih bertanggungjawab untuk menjayakan majlis. Wah!!wah!!wah!! Bunyi dah macam pengacara majlis jeee... Tapi bukanlah pengacara majlis. Aku harus bertindak untuk menenangkan pengantin yang berkemungkinan besar sedang nervous. Pengalaman menjadi pengapit merupakan pengalaman paling berharga buat aku. Oh ye, untuk pengetahuan semua, walaupun aku sudah dua kali menjadi pengapit, aku belum pernah lagi curi-curi duduk di kerusi pengantin untuk saja-saja ataupun mengambil gambar. Pada aku, aku takut tiada seri sewaktu majlis persandingan aku nanti. Hehehe.. :D


Apabila muncul semester baru, aku join aktiviti "Kami Blogger Utagha" iaitu merayakan Aidilfitri di Kampun Padang Melangit Perlis. Pertama kali aku beraya di kampung orang. Punyalah meriah mereka menyambut tetamu yang hadir seperti kami golongan VIP. Padahal kami hanyalah blogger yang dijemput untuk memeriahkan lagi suasana. Aku masih teringat sewaktu aku ambil makanan, ada seorang makcik bertanya benarkah aku seorang wartawan. Memandangkan aku lengkap berbaju kurung serta kamera di sisi. Alahai makcik. Saya bukan wartawan. Saya cuma blogger. Hasudah! Macam mana pulak aku nak terangkan pada makcik ni apa itu blogger. ALLAHU AKBAR!


Ehem-ehem! Kenalkah anda dengan lelaki ini? Orang yang kenal lelaki ini selalunya adalah mereka yang meminati dunia photographer. Beliau adalah Saiful Nang yang datang memberi ceramah motivasi kepada pelajar UniMAP yang meminati dunia fotografi seperti aku. Orangnya tersangatlah santai dan pandai berjenaka. Saiful Nang adalah salah seorang fotografer terkaya di Malaysia tahu. Jadi, pengalaman bertemu dengan orang hebat seperti beliau tidak harus aku lupakan. Semoga Saiful Nang terus sukses dengan kerjaya beliau.


Begitu juga dengan pengalaman aku sewaktu join aktiviti Dara.com. Grooming class yang baru pertama kali aku hadiri ini sangat-sangat bermakna buat aku. Pihak Nutrimetics mengajar cara untuk bermake-up dan membersihkan make-up dengan betul. Pihak MissLilyShop pula mengajar kami cara untuk mix-and-match pakaian yang bersesuaian dengan tema. Memang terbaik! Bertemu dengan mereka yang awesome buat aku rasa awesome for the whole day! :)


Bagaimana pula dengan saat pertama kali naik keretapi? It's not like LRT lahh.. But it is Keretapi Tanah Melayu. Most of my friends said that aku ni sangat-sangat jakun naik keretapi. Yeah, it's true! Hahaha :D Habis semua gerabak aku geledah macam polis penyiasat. Ye lahh, selama ni aku balik KL dalam keadaan duduk aja. Kali ni aku balik KL, dalam keadaan berbaring tidur atas katil. Siapa tak jakun weh? Hehehe :P


Satu lagi kenangan yang tidak mungkin aku lupakan juga adalah sewaktu Outdoor Photoshoot bersama Elia Jejariruncing. Kenapa aku boleh dapat peluang untuk shooting dengan beliau? Ini adalah kerana aku telah memenangi satu contest anjuran Online Hijab E-Boutique. Untuk pertama kalinya juga aku berjaya memenangi contest dari OHB ni. Berdasarkan undian tertinggi, aku berjaya melayakkan diri untuk bertemu dengan Elia. Hasil sentuhan make-up dari Marliy Kama sangat-sangat membuatkan aku kelihatan seperti gadis Arabian. Hahaha :D So, this is one of the best experiences in my life. :)


This is the greatest things happen in my life. Pada 25 November 2011 di surat khabar Metro, wajah aku dan kak Ayu Cinta terpampang di situ. Maklum sahaja, aku bukan artis yang selalu keluar majalah atau surat khabar yang tidak pernah hairan dengan wajah mereka yang keluar di dada akhbar. Tapi pada aku, kenangan seperti ini tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. Silap hari bulan, aku rasa seperti mahu frame-kan page ini di dinding bilik sendiri. Ini sebagai sumber inspirasi aku untuk terus mara ke hadapan sebagai seorang Muslimah. Terima kasih banyak-banyak buat ShawlsAyuCinta kerana sudi memberikan peluang ini buat saya. :)


Tidak ketinggalan, kenangan paling manis aku di tahun 2011 adalah gathering bersama UniMAP Blogger United. Walaupun tidak ramai yang hadir, aku tetap merasa bangga kerana di tahun-tahun akhir, aku berjaya melaksanakan misi untuk mengadakan perjumpaan antara blogger-blogger di UniMAP. Ini satu permulaan yang baik untuk mereka maju terus ke hadapan. Semester depan adalah semester terakhir aku. Jadi, aku mahu gathering ini di lakukan sekali lagi agar aku dapat mengenali semua blogger yang menuntut di UniMAP ini. Jika universiti lain boleh, kenapa tidak kami. Kami pun boleh! :) Tahniah buat UniMAP Blogger United atas pencapaian julung-julung kalinya ini.....




p/s: Kini tahun 2012 bakal melakar sejarah yang baru pula.
Apa azam tahun 2012 aku ya?

Ezmaliza Ezrik berdating dengan Elia Jejariruncing!!

Assalamualaikum and Hello Readers! :)

Syukur ALHAMDULILLAH, setelah aku berjaya memenangi "The Sweetest Smile" Contest anjuran OnlineHijab E-Boutique, hadiahnya adalah satu photoshoot session with Elia : Jejariruncing dan sepatutnya dengan Kak Pinky Hana tetapi beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Photoshoot session ini dibuat pada Sabtu lepas bertarikh 12 November 2011. So, jom lah kita terjah satu persatu gambar pada hari itu.

Lokasi : Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur



Maaflah atas gambar di atas yang terlampau berbunga-bunga demi menutup segala yang wajib ditutup. Hehehe :D Make up dari Kak Marliy Kama ini berjaya membuatkan wajah aku kelihatan seperti Datuk Siti Nurhaliza. Untuk hari itu sahaja bukan seorang, malah 5 orang cakap masa ini muka aku kelihatan seperti Datuk Siti. Ahh, make up sahaja. Mana mungkin muka aku seperti beliau. Selalunya orang cakap muka aku macam Ina Naim [kalau tak kenal, boleh klik] itu saja. Aku hanya sama pada nama tang "LIZA" itu sahaja. Hehehe :D


tepek bunga untuk tutup aurat. bagus idea si ILI DALILA ni

Inilah hasil make up kak Marliy Kama. Lihat pada kening aku. Sikit pun beliau tidak cukur demi menampakkan kening yang lebih tersusun rapi dan cantik. Hebat betul teknik solekan yang beliau lakukan. Segala parut jerawat hilang dan wajah aku yang selalunya kelihatan bulat seperti bola kini terbentuk bujur sirih. So, jangan nak buat fitnah mengatakan aku telah bercukur kening ya. Tidak sesekali aku akan bercukur kening ni. Mahal nieee... Semua orang nak kening tebal. Jadi, bersyukur aje lah yaaa :)



Jadi, inilah dia Aimie Harmelia a.k.a Elia Jejariruncing. Seorang blogger yang berpersonaliti Muslimah yang semakin meningkat naik. Siapa ada beli Majalah NUR, pasti kalian akan lihat wajahnya di muka hadapan. Lebih mesra di sapa dengan panggilan Elia atau Ya ini sangat comel dan peramah. Aku suka dengan perwatakan beliau yang tidak sombong dan sentiasa tersenyum ini. Maklum sahaja, selalunya blogger-blogger terkenal ni aku selalunya aku perasan sombong-sombong belaka. Tapi tidaklah semuanya. Untuk pengetahuan korang, Elia ni pun rupanya pemakai gigi besi jugak dulu. Hey, kita serupalah! Hahaha :D Tapi aku masih pakai braces dan akan pakai lebih lama lagi.



Kemudian, bermulalah sesi photoshoot di Tasik Perdana. Photographer by Parchie Bisa pula sangatlah pandai berjenaka membuatkan aku dan Elia senang untuk bekerjasama. Sebagai tips untuk kawan-kawan, jika kalian hendak membuat sesi photoshoot, photographernya haruslah bijak memainkan peranan dalam sesetengah situasi. Kadang-kadang subjek (model) tidak tahu hendak melakukan pose atau sudut pandangan yang kurang cantik. Kiranya photographer dan subjek perlu ada chemistry yang baik untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Silalah percaya! Hahaha :D :D



Jubah yang aku pakai ni pula adalah jubah jenis hoodie dari OnlineHijab E-Boutique. Aku sangat tertarik dengan kombinasi warna coklat dan kuning dari OHB ini. Sila ambil perhatian, ini adalah jubah hoodie yaaa.. Bukan skirt dan baju. Kualiti kain dan teksturnya sangat lembut dan berat. Ini akan menjadikan jubah tersebut akan kelihatan terletak apabila dikenakan pada badan. Terdapat banyak lagi koleksi menarik dari pihak OHB. Jadi kalian boleh buka laman web mereka untuk melihat pelbagai jenis selendang, tudung, jubah dan banyak lagi di www.onlinehijab.com.



Jika kalian pernah membeli di OHB, produk mereka tidak pernah didapati di luar sana. Aku perasan tentang hal ini kerana aku pernah dapat barangan dari pihak OHB untuk satu contest suatu ketika dahulu. Punyalah teruja sebab selendang yang aku dapat sangat cantik dan aku tak pernah nampak selendang jenis ini jual di kedai-kedai lain. We called it as homemade style. Sangat menarik. Tapi kalau kalian pernah nampak kat tempat lain, jangan salahkan aku sebab aku cuma pernah nampak di OHB sahaja. Ekekeke :P :P



Chemistry antara dua model juga memainkan peranan juga untuk penghasilan gambar yang lebih menarik. Buatnya sorang model masam mencuka, tapi model sorang lagi tergelak besar seperti melihat lawak Mr. Bean pun tidak menjadi juga. Jadi, aku perasan yang aku dan Elia memang ada chemistry. Wahh!! Pandai-pandai aje kau Ezma! :P Kami kelihatan mesra dan mudah untuk bekerjasama. Elia pandai control situasi bila kami dah tak tahu hendak melakukan pose apa lagi. Sebab itulah aku mudah tergelak bila Elia berjenaka. Hehehe :D :D



Next shoot adalah tudung kedua pula. Kali ini aku perasan wajah aku kelihatan seperti perempuan Arab yang sesat di Tasik Perdana. Hahahaha :D Aku rasa seperti sangat Muslimah bila berpakaian seperti ini. Hehehe :D Thank you kak Lela sebab beliau yang pakaikan tudung ini untuk aku. Gambar di atas merupakan salah satu favorite gambar aku. Sudut pandangan photographer Parchie Bisa sangat hebat dan aku cuma mahu katakan wowwwww!!!!!! :))



Perasan tak aku pakai high heels?? Ohh, tidak pernah sekali aku memilih untuk memakai high heels sebab selalunya aku lebih menggemari kasut jenis wedges. Tapi untuk shoot kali ini, aku cuba pakai. Oh, i feel so sexy! Haha :D Tapiiiii, macam nak jatuh oiii... Macam manelah perempuan lain boleh pakai high heels tinggi-tinggi tu eh? Kagum betul aku rasa! Oh ye, untuk gambar di atas, aku lebih tertarik dengan angle dari Parchie Bisa yang membuatkan tiang-tiang itu kelihatan segaris walaupun hakikatnya ianya berselang jauh. Hebatkan kuasa sesebuah gambar? Mampu memberikan 1001 cerita! :)



Cukuplah sampai sini gambar-gambar yang mampu aku letak. Kang letak banyak-banyak, muntah pulak semua orang. Hehehe :D See, jeles tak?? Jeles tak kami berpegangan tangan di sana? Usually, perempuan berpegangan tangan sesama perempuan itu perkara biasa. Jangan lelaki sama lelaki pulak. Itu nampak janggal kan? Hehe :P Anyway, Elia sangat sporting! Cubalah tegur beliau kalau bertemu di luar sana. Bestttt!! :) Ini merupakan satu lagi kenangan manis dalam diari hidup aku. Syukur Alhamdulillah.....




p/s : dan tegurlah aku juga kalau jumpa kat mana-mana.
sumpah, aku tak sombong gak! ekekeke :P